Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 22 September 2017

The Klang Valley battlefield.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Wow, sudah lama aku tak update entry dalam blog aku ni. Last time aku update dalam bulan Jun 2017 yang lalu which mean over 3 months ago.

Macam mana aku nak update. Selesai aje cuti raya haritu sibuk dengan hal kerja nye. Kemudian awal bulan Ogos bebaru ni sempat la aku cuti selama 2 minggu straight tapi sibuk pulak jadi baby sitter dan tolong parents aku kemaskan rumah serta jaga nenek (sebelah abah) aku yang dah uzur. Kemudian prepare dengan program RC tank yang berlangsung di Lembah Klang area Lembah Keramat di Ulu Klang. Itu lah point aku nak update blog aku hari ni.

Okay program RC tank ni merupakan anjuran RC Tank Legion selaku sole distributor RC tanks bagi brand Heng Long dan juga lain lain peralatan spare parts dan aksesori RC tanks. Ia juga anjuran bersama dengan kelab rc berdaftar UKRCC (Ulu Klang Remote Control Club). Buat pertama kali juga, program RC tank kali ini diadakan di kawasan luar premis which mean outdoor arena. Ini sangat bagus bagi penggemar hobi RC tanks kerana RC tanks khususnya scale yang besar seperti 1:16 dan ke atas lebih sesuai untuk dibuat di kawasan yang terbuka. Buat pertama kali juga aku mendaftarkan diri sebagai ahli UKRCC yang mana RC Tank Legion juga bernaung dibawahnya. Ini menjadikan UKRCC sebuah kelab berkaitan aktiviti RC yang kian membesar bukan sahaja ahli tetapi juga jenis jenis RC dan aktivitinya juga. Untuk makluman, UKRCC (sebelum RC Tank Legion join) hanya terdiri daripada collectors dan fans RC crawlers, drones dan helicopters. Namun kini sudah ada RC tanks dan juga RC sailing dan boat.
Aku punya UKRCC form registration
Okay mulakan dengan cerita awal ni...

Aku bertolak ke KL dengan menaiki bas ekspress Transnasional dari Terminal Sentral Kuantan pada jam 4.30 petang, 12/8/2017 hari Sabtu. Ini kali kedua aku naik bas ke KL untuk menyertai event berkaitan dengan RC tanks. Last time kira kira bulan 5 lepas tapi masa tu nak join event berkaitan RC tank di Muzium Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan.

No automatic alt text available.
Buat pertama kali aku gunakan beg troli aku sebagai RC tank bag case. Memang muat tapi korang kena letak banyak surat khabar lama yang digumpal sebagai alas untuk hold position RC tank. Kalau tidak, berguling sana sini dalam beg tu. Abes semua aksesori sekeliling RC tank tu rosak dan patah.

No automatic alt text available.
Rupa RC tank aku yang telah touched up sikit.

Image may contain: cloud, sky, outdoor, water and nature
Sepanjang perjalanan ke KL, gambar ni aku ambil di atas jambatan LPT yang merentangi Sungai Pahang di Temerloh.  Bermula di Maran hingga lah ke KL hujan je. Cuma mujur lah tak lebat. Untuk mengelakkan aku kencing. Aku kurangkan minum air kosong sebelum naik bas. Kalau minum pun seteguk kecil je. Sebab trip bas dari Kuantan ke KL kalau berhenti pun hanya sekali sahaja. Macam bas Transnasional prefer berhenti sekejap di hentian sebelah LPT Maran atau Lanchang. Kalau bas lain mostly berhenti di hentian rehat selepas Tol LPT di Karak.

Image may contain: one or more people and basketball court
Alhamdulillah, aku sampai di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) pada jam 8 malam. Alkisah ceritera, sebelum sampai KL, sepupu aku ada hantar text WhatsApp. Dia kata kalau bas yang aku naik tu lalu di MRR2. Jika nampak stesen minyak Shell sekali dengan Mcdonalds selepas dari Zoo Negara. Dia suruh aku berhenti dan turun di situ. Mudah dia nak ambil. Aku iye kan aje. Lastly, terlelap dan bila sedar aje bas sudah pun melepasi Ampang. Maka terpaksa lah minta sepupu aku ambil aku di TBS. 

Okay dipendekkan cerita. Pada tarikh 13/8/2017, bangun seawal jam 6 pagi. Dah tentu lah nak solat Subuh. Lepas tu kemaskan barang dan prepare apa yang patut la untuk event RC tank tu yang dijangka kononnya start jam 9 pagi. Dalam kepala otak aku memang konfem tak ramai datang jam tu sebab yer la hari Ahad kan. Kena pulak geng yang sudah kawen and ada anak anak mesti sibuk jugakkan nak siapkan apa apa yang perlu pada hari Ahad tu. Jadi aku pun ikut lah sepupu aku ke satu kedai makan area Lembah Keramat. Lupa AU apa entah tapi yang pasti ramai jugak lah orang nye. Kebetulan entah bagaimana, terserempak dengan bekas vokalis kumpulan Spring yang pernah popular sekitar dekad 90 an dulu Ameng Spring. Paling aku tak jangka ialah sepupu aku (aku bahaskan diri dia sebagai Abe Yeng) selamba je tegur sape dan borak sekejap dengan Ameng ni. Sempat jugak lah bersalaman dengan Ameng Spring ni. Kemudian aku tanya macam mana boleh sembang seperti geng lama. Abe Yeng cakap kat aku yang si Ameng ni peramah dan baik orangnya walaupun dalam media hiburan ada aje pasal berita sensasi pasal dia. Si Ameng ni pulak tak kedekut tau orangnya. Walaupun dah lama popular dan hanya sekali sekala aje keluar di media hiburan arus perdana (TV la..) kalau bab belanja makan, memang dia pemurah. Cuma masa aku dan Abe Yeng datang tu dia dah nak balik ke rumah dia kat Setapak. Kalau datang awal lagi mungkin dapat kot hahaha...

Image result for nasi putih lauk kari ayam
Ni lah rezeki makan pagi aku pada tarikh 13/8/2017 hari tu. Alhamdulillah..thank you very much to my lovely cousin Abe Yeng kerana sudi belanja makan si sepupu ini.

Okay lah terus kepada point ye... erm nak taip panjang panjang pun kot nanti korang bosan nak baca kan? So aku letak aje lah semua gambar yang ada dalam simpanan aku. Ada gambar ni aku ambil sendiri dan ada juga yang dapat menerusi perkongsian dalam WhatsApp group kami dan juga ada sesetengah member yang upload dalam Facebook dan tag nama aku. Jom kita tengok....

Ni cuma sebahagian sahaja. Yang ni tak silap aku kononya klinik RC tank. Yang mana RC tank ada masalah mekanikal, electronic dan lain lain akan diletak dan diperiksa serta dibaik pulih di sini sebelum masuk bertanding. Bahkan kitorang gelarkan area ini sebagai RC tank medic tent. Aku punya RC tank ada problem tak boleh nak shoot IR. Alhamdulillah finally dengan bantuan Afiq Ehsan RC Tank Legion dan juga beberapa member UKRCC yang ada bawa mobile solder. Solder atau pateri penting weh kalau nak sambungkan wayar yang putus daripada board atau nak buat wiring baru.

RC tank event kali ini turut menarik perhatian geng RC tank dari Singapore. 

Acah konon konon king of battle. Walhal tank aku paling teruk kena belasah dengan German King Tiger dan Russian T-90 MBT

RC tank ni milik tokey RC Tank Legion Stanley Lai. Memang superb RC tank dia. Siap pasang FPV camera sekali. Dia guna model Russian T-90 MBT/

Ni pun hanya sebahagian peserta RC tank event. Ikutkan ramai lagi. Tapi masa ni jam 5 petang. Ramai sudah angkat kaki. Ikutkan diorang nak stay sampai habis tapi sebab ada dikalangan diorang bawa orang rumah dan anak anak sekali. Itu pasal kena angkat kaki awal. Kalau tak next time tak boleh dah. Tengok punya power penangan orang rumah.

Kreatif owner ni. Sebenarnya ini RC tank model M41A3 Walker Bulldog. Sepatutnya guna lambang US Army la sebab ia US Army tank. Tapi pandai owner ni bab painting. Mati mati aku ingat tank German mana ni.

Model ni very rare. Tak payah sibuk sibuk nak cari mana mana kedai RC kat Malaysia even Singapore yang jual model ni sebab memang takde. Ni model Maus WW2 German super battle tank. Ikut sejarah, Maus ni sudah siap dalam fasa prototype tapi tak sempat masuk ke fasa factory production sebab Germany surrender. Hanya 2 buah prototype Maus ini sempat dirampas oleh tentera Rusia Soviet Union ketika memasuki Germany pada tahun 1945. Okay balik kepada RC tank version pula. Model Maus ni adalah homemade orang Malaysia tau. Body dan gun turret all wooden made. All made by hand. Hanya track dan gearbox sahaja guna specs Heng Long.

Kreatif...model bangunan bangunan dan kereta kereta serta halangan tank.

Salah seorang participant. I call him Capt.Joe because he is a commercial flight captain pilot. Kadang kala jika tak sibuk dia akan turun join event RC tank. Dia juga dulu aktif dengan RC sailing. Sama dengan Afiq Ehsan la.

Yang kanan Falah dan kiri Nas. Baju hijau nampak sekerat tu sepupu aku. Diorang ni datang siap bawak anak bini sekali.

Menarik...

Ni pun very rare punya design. Asalnya RC tank model Challenger 2. Tapi Zairul which is owner for this super cool design model telah ubah suai aksesori luaran Challenger 2. Nampak mirip seperti Megatron. The previous or original accessories are very basic and simple. He made this tank look super cool.


Apa kaitan bihun goreng dengan RC tank? Well sebenarnya untuk penganjuran RC tank kali ini. Ada geng nak buat BBQ session. Jadi ada lah juga yang bawa sekali bihun goreng. Tapi sebab ramai budak budak datang. Maka aku tak sempat nak rasa bihun ni. huhuhu...

Yang ni salah seorang geng RC crawler. Kebetulan venue battle site RC tanks dan crawlers sebelah menyebelah je.

Model ni pun rare sebab tiada dijual dalam market. Gambar model depan sekali ni ialah Russian heavy tank KV-2. Dalam rc tank market memang tak dibuat dan tak dijual dalam scale 1:16 kecuali scale yang lebih kecil. Dengar khabar, owner rc tank KV-2 ni nama dia Haniff telah buat 3-D printing gun turret KV-2. Untung jugak nak buat KV-2 ni sebab hanya turret aje kena buat. Manakala body lower hull, gearboxes dan lain lain semuanya sama seperti KV-1.

Another view of the rc tank division

Insya Allah akan datang aku pun nak equip RC tank aku dengan FPV system ni. Bagus untuk fight tank-to-tank cuma kena jenguk jugak lah ke arah battle site. Tak kena cara, silap silap rc tank ko masuk ke dalam parit.

Tadi aku ada sebut pasal rc tank Challenger 2 Megatron. Okay yang tengah tu Megatron. Rupa asal Challenger 2 ialah yang paling kanan dalam gambar ni. Memang superb effort nak transform original Challenger 2 kepada Megatron Challenger 2.

Salah satu scene BBQ. Ko tengok, ramai budak je tapi bagus jugak buat macam ni daripada biarkan budak budak ni buang masa dan buat perkara takde faedah. Masa ni boleh tunjuk skill cara nak masak. Mana lah tahu akan datang boleh buka gerai jual burger ke..kan?? Boleh buat duit.

Entah kenapa rasa macam real battle scene pulak hahaha...

T-90 Russian MBT.

German Maus Super heavy battle tank WW2.

Sesi menonton.


Sesi merawat RC tanks


Wow macam real battle pulak. Siap dengan asap.

Ni model Panther G. The German medium battle tank of WW2.

Disamping buat event, RC Tank Legion juga ada membuat jualan model RC tank, aksesori, spare parts, dan juga T-shirts.

The KV-2 Russian Heavy battle tank of WW2.


Itu lah logo UKRCC. The registered rc club in Malaysia.

Konon konon T-34/85 nak bedil Panther G. Hahaha...takde lah. kebetulan Panther G datang so aku photoshoot je la scene ni.

Selain RC tanks, ada juga geng RC crawlers. So ada antara mereka bertukar tukar idea pasal hobi rc ni.





Baru la nampak muka aku sikit...paling kanan. Time ni rambut botak. Hehehe...

Megatron Challenger 2 British MBT.



Cantik juga visual recording FPV system ni.







For sale....







Sorry lah beb jika susun atur nye agak berterabur. Maklum lah nak recall setiap pictures by time and event memang susah. Jadi aku pun campur adukkan aje lah. Anyway harap harap dapat lah info serba sedikit pasal RC tank activity ni. Anyway jika yang membaca blog aku ni berminat dengan RC tanks boleh lah join Facebook page RC Tank Legion untuk mengetahui senarai katalog model model RC tank yang dijual, aksesori, spare parts dan aktiviti terkini yang diadakan.


Oh ya, sebelum aku lupa. Suka cita nak dimaklumkan bahawa pada hari Sabtu tarikh 14 Oktober 2017 ini pihak RC Tank Legion akan mengadakan pertandingan RC tank di AU3 Lembah Keramat dekat dengan EPL Kafe. Pelbagai kategori berkaitan dengan RC tank akan diadakan. Kali ini peserta dijangka lebih ramai kerana geng RC tank dari Johor juga terlibat. Selain itu, geng RC tank sebelah utara juga kini kembali aktif dan turut bersama dengan RC Tank Legion untuk mengembangkan lagi aktiviti RC tank ini. Geng RC Tank Singapore juga seperti biasa dijangka juga akan hadir memeriahkan aktiviti ini.

Selain model model RC tanks keluaran syarikat Heng Long. Pihak RC Tank Legion juga turut menjual RC tanks keluaran Mato dan Taigen dengan kaedah ready stock dan juga pre-order. Bagi spare parts, aksesori dan elektronik RC tank, RC Tank Legion menawarkan kesemua itu daripada syarikat CLARK, MATO dan DKLM.

Jadi jika berminat, sila lah datang ke RC Tank Legion  yang bertempat di Menara TKSS aras 9 di Jalan Segambut, Kuala Lumpur. Manakala, event RC tank pula anda boleh datang ke tapak outdoor RC Tank Legion/UKRCC di AU3 Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Okay, setakat ini sahaja lah perkongsian dan kemas kini aku di blog aku ini. See you next time..bye..Wasalam.