Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 5 November 2010

happy birthday to her and....me??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

aku mulakan dengan kalimah Bismillahirahmanirrahim (Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Mengasihani)..

Hari ni aku bekerja di hujung minggu tatkala adik beradik ku,rakan-rakan ku serta sesiapa sahaja edang relex bersantai di rumah. Menonton televisi,mendengar radio, mengemas rumah dan sebagainya. Jika ikut planing aku sepatutnya balik ke kampung namun atas tugas dan tanggungjawab aku sanggup korbankan keseronokan itu. ditambah pula situasi musim tengkujuh yang kian bertambah membadai seluruh Pantai Timur. Kelantan dan Terengganu sudah dilanda banjir namun paling teruk ialah di zon Utara Semenanjung..terjejas dengan begitu teruk sekali hingga setakat ini sudah meragut 4 nyawa. Kembali semula di Pahang Darul Makmur ni terutama UIA lebih2 lagi Kuliah Pergigian...keadaan serba tak pasti bagi permohonan cuti ku yang sepatutnya berlangsung pada 15-16 november. Ini disebabkan oleh satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang ketua yang in-cahrged bab natural disaster bagi wilayah Pahang. Dia mengatakan bahawa mulai minggu depan semua cuti staf gov akan dibekukan sama sekali berikutan persediaan menghadapi banjir. Ermm...pada aku maybe dia refer kepada staf tetap penjawat awam dan UIA mungkin tiada kena mengena dalam hal ini. Namun ada satu lagi perkara yang menjadikan ia tak pasti iaitu semua pelajar tahun 1-4 Kuliah Pergigian akan menghadapi peperiksaan blok 1 which means may be i have to postpone my vacation. Adoiiyaiii.... really give a little headache if not much.

Hari ini hari special untuk kawan sekerja ku Azreen Farhana Bt Uyub kerana hari ini merupakan hari jadi beliau yang ke 22. Happy birthday to you..walaupun dia tak add aku dalam Facebook namun aku still wish her best of luck for her life. Moga cepat2 dapat jodoh dan kahwin dan naik pangkat hehehe...
aku plak tengah fikir peluang untuk bekerja sebagai RI (radiografer industri) maybe di sektor perkilangan,lombong atau loji di mana sahaja di seluruh dunia namun kalau boleh di Malaysia la huhu.