Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 16 Januari 2012

rilex tapi giler muahaha


Tatkala aku sedang menaip blog ini, aku sebenarnya sedang menunggu kes2 x-ray yang bakal datang bertimbun2 huhuhu... Ok la sudah lama rupa nyer aku tak taip apa2 dalam blog aku ni (lamer ker???) yer la asyik sibuk dengan kerja. kemudian ambil masa lapang pergi mengembara sekitar muka bumi semenanjung malaysia ini. Dari pantai timur ke selatan dan ke barat kemudian kembali ke timur. Itu lah aktiviti yang aku lakukan pada tanggal 13-15hb januari bebaru ni jer hahaha..nampak macam kerja giler tapi aku puas huhu..

Aku bertolak ke Tanjung Gemok Kuala Rompin pada 13/1/12 sebelah petang camtu la. Actually pelan asal aku ialah untuk menginap di hotel seri malaysia tu je kemudian sampai hari ahad petang aku nak check out then balik kuantan la.
   

Namun ditakdirkan oleh Dia Yang Maha Esa, aku terbukak berita buletin utama tv3 pada malam 13/1/12 tu jugak maka dengan tetiba jer news reader tu cakap jalan nenasi-pekan serta jalan2 kampung di sekitar pekan tak dapat dilalui oleh kenderaan2 ringan. Maka terpaksa la aku buat emergency plan iaitu pada 15/1/12 aku akan bermobilisasi (huhu cam indon plak) ke Mersing kemudian terus ke Kluang dan naik ke Kuala Lumpur seterusnya balik ke Kuantan. Then aku pun per lagi belek bukak sume map yg aku ada termasuk la Google Map pun aku pulun sekali.


yang atas tu ialah link kepada google map yg aku guna pakai untuk buat emergency long trip aku semata2 untuk elakkan banjir huhuhu..

Oklah untuk mengelakkan rasa resah gelisah pasal journey home aku, so esok nya pada pagi 14/1/12 aku pun membawak lah diri bersiar2 seantero pantai2 yang terdapat di Mersing dan juga Endau. Antara pantai yang aku dah takluki ialah pantai pasir lanun, pantai penyabong, pantai air papan dan tanjung resang. Banyak2 pantai aku gi ni, aku rasa pantai yg agak happening ialah pantai air papan sebab ramai orang le. Pantai selain yang aku sebut pun ada orang gak yang mai tapi tak semeriah pantai air papan la.

salah satu view yang aku capture di pantai air papan mersing 
tapi kebetulan aku snap pics di pantai air papan mersing ni, alahai orang pulak tak ramai. aku tanya sorg peniaga warung makanan kat situ dia kata kalau jam 1-2 petang ni memang kurang lagi orang. Kalau nak ramai tunggu hari ahad dan petang sabtu. Tapi bila aku pikir balik nasib bek la aku mai awal,kalau tak nanti susah bebenor nak dapat parking huhuhu..



Pics kat atas ni aku ambil tatkala on the way balik ke Hotel Seri Malaysia Rompin. Aku lalu guna jalan kampung tak silap aku nama kampung tu ialah kampung tenglu dalam daerah Mersing. Cuma aku selalu confused Endau ni dalam Mersing ker atau Rompin atau memang Endau tu berdiri atas daerahnya sendiri eh? hanya Allah saje yang tahu hehehe..apa2 pun memang aku rasa indah n nyaman serta tenangnya tatkala melalui kawasan sawah bendang walaupun dibawah sinar terik mentari (cewah cam ayat jiwangers la huhuhu) ditambah pula angin sepoi2 bahasa dari arah pantai bertiup fuhhh...memang lentok gua dibuat nye.memang betul ciptaan Allah sangat menenangkan jiwa sedangkan ciptaan manusia kadang kala haru biru dibuat nyer huhu..insaf aku :)

Okay la len kali pulak aku nak citer pasal keje giler aku drive dari Rompin-Mersing-Kluang-Muar-Melaka-Ayer Hitam-KL-Kuantan dalam tempoh 24jam sahaja memang cari nahas lah aku time tu huhu..