Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 27 Oktober 2012

RC (radio controlled) toys


 Assalamualaikum, hari ini aku nak share pasal RC (remote radio controlled) tank dan helikopter...kenapa? sebab aku ni selain daripada membuang masa dengan menjelajah negeri2 orang bahkan kampung2 orang pada masa yang sama aku pun penggemar hobi RC kereta kebal dan helikopter ni. Actually memang aku minat gilerrr...model2 RC ni tak kira la apa jenis pun tapi the most attractive pada aku ialah kereta (especially off-road),kereta kebal,helikopter dan kapal terbang.

Tiger tank RC...the design really attracts myself.



with the so-called tank commander hahahaha...




this is my first RC collection: Off-road racing car (like combination of F-1 and buggy car isn't it?)



Heli RC Apache Longbow.look like real right?


with fake rocket and gun





Tak sangka dalam masa 8 bulan sahaja aku berjaya collect 6 jenis RC..alhamdulillah berkat rezeki lebih yang aku ada..maka why not spend some of it to my hobby kan? huhu...ok dalam pics di atas kiri kanan ni,anda semua boleh lihat sebahagian daripada koleksi RC yang aku ada. Ok koleksi first yang aku beli ialah RC off-road racing car...yg macam rupe F-1 tu tapi tayar off-road..aku beli RC off road racing car tu di Ayer Hitam, Keluang Johor. Masa tu aku fikir nak start dengan benda2 murah dulu...kos beli cuma RM69.00 sahaja. Ia dalam satu kotak yang sederhana besar ermm lebih kurang macam saiz kotak paper A4 tu. Dalam tu complete ada charger,battery (tapi yang bezanya battery untuk RC ni bukan dalam bentuk pek tau macam yang selalu ada dalam market tu,ia macam battery size AA tapi Ni-Cd punye..so memang kena recharge la kalau power dah habis),radio controller dan of course off-road racing car tu sendiri la. Daripada segi body dan engine pada aku la...average grade aku boleh beri. Why? walaupun ia boleh dimainkan di atas permukaan tak rata dan berbatu tetapi still tak boleh go through watery surface dan selain tu duration control agak sedikit terbatas iaitu dalam tempoh 10 - 13 minit sahaja tanpa henti...beyond the duration,maka off-road pun gerak slow sikit then bila nak habis tu mula la merangkak2 dan bunyi enjin pun macam tersedut2 je.

Ok, itu description bagi first RC yang aku beli...later on aku decide nak beranikan diri membeli RC helikopter pula. Maka RC helikopter ni ialah the second collection in my RC collection. Aku beli RC heli ni dalam akhir tahun 2011 tak silap aku dekat2 hujung tahun la. Aku beli RC heli ni di Kuantan Parade di Kuantan la. Reason aku beli RC heli ni satu je...nak rase pulak kesoronokkan main RC heli ni. Ye la sebab aku tengok dalam YouTube tu pun macam best je main RC heli ni. So dalam rasa takut2 berani tu aku berani kan diri untuk beli juga. Ye lah mana tak nye, kan harga RC heli ni mahel giler..tapi mujur la masa aku beli dari kedai RC (lokasi dia GF dekat dengan kedai kamera, sebelah kedai video di tepi tangga) ni aku dapat harga dalam RM 300 sahaja berbanding harga asal yang dipamerkan iaitu RM499.00 jika tak silap aku la. So memang dalam bajet aku la sebab aku standby duit RM400 je huhuhu...so masa purchase tu,towkey kedai dia tunjuk la cara2 nak main game RC heli ni...Alamak lupa pulak nak describe RC heli aku ni. Ok RC heli aku ni based on model Longbow Apache 64 McDouglles (bukan McDonald tau hahaha) dengan scale 1:24 menggunakan enjin berkuasa battery Lithium Polymer a.k.a Lipo battery dan of course come together with radio controller la. Selain tu terdapat juga spare part yang diberi sekali iaitu blade heli dan screwdriver (kecik punye). Kotak die pergh besar giler beb...macam kotak TV LCD tu ha...pasal radio controller untuk RC heli ni agak tricky sikit...sebab pada joystick both left and right tu agak licin bila digerakkan..so kalau tergerak dengan kuat,jangan terkejut kalau heli tu suddenly terus take off tinggi giler hahahaha...altitud paling tinggi RC heli aku ni fly ialah 10 meter lebih kurang bangunan 3 tingkat la.dan paling jauh flight dalam 50 meter dengan syarat tiada lain2 frequency radio controller yang berada di sekitar kita. jika tak,hehehe mayday mayday, we're going down.crash landing la...in fact frankly to speak my RC heli ni sudah 3-4 kali crash dengan 2 daripadanya terpaksa tukar blade heli.tapi praise patut diberi pada body RC heli ni kerana walaupun crash pada altitud yang tinggi namun masih dalam status OK good to go.setakat scratch tu normal la tapi takde la teruk sangat. Modification yang aku buat pada RC heli aku ni ialah installing mercun rocket kononnya nak represent sebagai anti tank rocket la hahaha...tapi not easy task you know!! really tricky one. Mana tak nye,bila dah terbang macam mana nak bakar fuse mercun roket tu so terpaksa la buat cepat2 sebelum take off dan letak kat bawah pod mini roket tu.then depend la pada altitud mana roket tu terbang, kalau sempat pada aras kepala yang tu je la sempat..kalau sempat sampai kat bumbung rumah pun ok dah tapi seingat aku la tak sampai aras kepala aku pun shhhhhuuhhhhhhh mercun roket tu terus terbang tapi tak straight la then booommm!!! meletop...huhuhu


Last but not least my RC tank a.k.a kereta kebal RC..yang ni aku boleh kata the most expensive in my collection la sebab aku beli dengan harga yang agak mahal la...tak silap aku RM 450 itupun lepas tawar menawar dengan towkey (harga asal RM 600 tau). Lokasi aku beli RC tank ni pun tempat sama gak iaitu di Kuantan Parade,Kuantan  Pahang. Model RC tank ni based on Tiger tank tapi masa aku mula2 beli ni aku ingatkan King Tiger hahaha...bila aku survey balik dalam internet dan tengok sendiri model ni baru la aku tahu ia Tiger tank. Sejarah Tiger tank ni la sebenarnya attract aku untuk purchase model ni...boleh dikatakan Tiger tank ni legend dalam sejarah kereta kebal di dunia ni lebih lebih lagi semasa Perang Dunia Kedua di Eropah dulu dalam tahun 1940-1945. Tapi kereta kebal Tiger ni dibuat pada tahun 1940 dan siap pada tahun 1942 dan terus digunakan di lokasi perang di Afrika Utara, Eropah termasuk Russia semasa operasi Barbarossa atas arahan Hitler. Bahkan ia juga pernah muncul di Jepun tapi sekadar pameran untuk rakyat Jepun dan tiada rekod tentera Jepun copy paste technology Tiger tank untuk manufacturing purpose. Wah wah...dah macam historian ni aku eh hahahaha....tak po la just sharing. Ok la balik kepada topik asal....walaupun harga boleh tahan mahal dan saiz yang besar (mana tak nye scale 1:16) dan enjin pula guna kedua dua minyak dan battery Lipo tapi pengendalian radio controller amat mudah...mungkin juga pengalaman control RC heli controller tu la banyak membantu sebab design yang sama. Bezanya banyak function pada RC tank controller ni. Ia ada joystick untuk gerakkan tank,turret tank,menembak meriam,asap dan juga alignment track tank tu sendiri. Bahkan battery untuk RC tank ni agak banyak lebih kurang 8 battery size AA yang mana aku suggest la better cari yang Heavy Duty purpose atau Alkaline (mudah le nak recharge nanti,tak perlu beli baru bila dah habis power nanti). Aksesori pun ada gak iaitu doll tank commander, minyak spare, BB ammo,track spare plus screw dan juga armor plate spare. Antenna radio pula mudah dicabut so memudahkan kerja menyimpan dalam ruang kecil so that tak bengkok la antenna radio pada tank tu. Cuma pada masa aku mula2 beli RC Tiger tank ni ialah pada track sebelah kanan, sebab bila corner kanan kan...kerap bebenor wheel track depan tu tercabut. So solution yang aku buat sangat la bijaksana iaitu aku guna gam gajah sebanyak yang boleh,aku salutkan pada main screw dan juga hole pada wheel track tu then tampal dan lock. Aku biarkan dalam setengah jam,kemudian bila aku test drive RC tank dan buat right corner pergghhh langsung tiada masalah, alhamdulillah. Ok pasal shooting tank cannon..aku boleh beri full mark 100% sebabnya sangat mudah untuk menembak walaupun Tiger tank sedang bergerak dan turet 360 darjah. Jarak efektif tembakan walaupun guna BB ammo pellet ialah sejauh 70 meter. Satu lagi jarak jauh yang Tiger tank RC ni boleh pergi ialah sekitar 70 - 90 meter non stop dan durasi enjin dan radio control ialah 30 minit (paling lama berbanding lain2 koleksi RC aku). Tiger tank RC ni pun agak lasak sebab ia boleh bergerak baik surface off-road dan on road serta watery surface macam lecak yang tak berapa dalam tu (setakat paras buku lali tenggelam la) boleh la die redah tapi kalau banjir memang hancus hahaha..even sampai sekarang ni pun RC Tiger tank ni masih lagi menjadi kegemaran ku untuk bermain dan kadang kala aku buat firing test di kawasan belakang rumah aku ni yang baru je dah jadi padang (asalnye semak samun)

so that's all folks...sebab aku malas dah nak citer lagi 2 RC aku tu. hahahaha....bai bai

Khamis, 25 Oktober 2012

Puasa Sunat Hari Arafah..keberkatan disebaliknya.

                          


Puasa sunat Hari Arafah ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ


Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”

dipetik daripada blog http://maisarahmyblog.blogspot.com......sekadar perkongsian untuk kebaikan sejagat.

Salam lebaran Aidiladha





Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
                              

Hari Raya Aidiladha dalam hadis

  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

....sumber dipetik daripada Wikipedia.com dengan rujukan daripada  Koleksi Hadith > KITAB SEMBAHYANG DUA HARI RAYA > KITAB SEMBAHYANG DUA HARI RAYA

http://www.mymasjid.com.my/hadith/bab.asp?nBab=267&nKitab=9&str=Aidiladha

Kursus di penang lagi...

Dah beberapa hari aku tak taip di blog aku ni. Al maklum la minggu lepas aku busy dengan kursus seminar perubatan nuklear (nuclear medicine) di Sunway Hotel Seberang Jaya, Penang. Minggu ni pulak ambil adik aku di UiTM Shah Alam dan shopping di Nilai 3, Seremban Negeri Sembilan.
long time not touching this subject..

so kursus yang aku attend tu actually takde la related directly dengan kerja aku namun disebabkan aku ni pernah study subject ni masa time duduk kat Unisza dulu (masa tu dipanggil UDM) tak silap aku semester 5 dan 6 (tahun final la). of course la wajib pada aku untuk timba balik apa yang aku dah lupa selepas 3 tahun tinggalkan subject ni. Seminar ni makan masa 3 hari dan selama 3 hari tu la aku berkampung di E-red Hotel tak jauh dari tempat seminar ni. Ikutkan aku memang nak je duk kat Sunway Hotel tu tapi alahai mahel bebenor kos penginapan..mane tak nye 1 malam RM 300 lebih weh...memang bankrap la aku hohoho...nauzubillahi min dzalik. So nasib bek la ada gak bajet hotel area situ dengan rate accomodate cuma RM 100 satu malam. Tapi yang best nye of course la makan memang sedap sedap...breakfast, lunch, hi-tea memang full complete. western,chinese,japanese,melayu,india semua ada...boleh kata 3 hari breakfast tu memang ada capati,roti sandwich yg gebu punyer...western sandwich kot. time lunch pulak pergh...memang satu meja tu complete la masakan timur-barat satu dunia. hi-tea pulak macam biasa je cuma makan tu macam breakfast...hohoho...banyak citer pasal makan ek? hehehe...tak po la bukan selalu makan hotel. setahun sekali je kan hehehe..

Lepas habis kursus tu aku ambil peluang la pergi ke sebelah pulau...di Penang ni actually ada panggilan dia sendiri. Penang sebelah pulau tu dipanggil pulau atau Penang. Kalau di tanah besar ni kadang tu dipanggil tanah besar. Salah satu tempat aku sempat snap pic ialah di Jambatan Pulau Pinang.








traffic jam over the bridge...right in the middle of Malacca Strait 

Actually aku nak try pekena pasemboq, nasi kandar ori pulau dan char kuey teow penang...tapi cuma sempat pekena nasi kandar dan char kuey teow tapi bukan di Penang sebaliknya di Kepala Batas je huhuhu...so memang aku kempunan la nak pekena pasemboq nih...tapi takpe la tahun depan insya Allah takde aral aku nak mai lagi ke sana maybe dengan junior staf kot. Tapi aku sendiri tak sure nak mai lagi ke tak since aku ni actually dah complete course di Penang...tahun lepas tajuk Radiation Protection and Updates in Imaging di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas Penang. emmm ye kot sebab AMDI Kepala Batas Penang cuma organize 2 jenis kursus ni je kot. Ok la sambung next time..huhu bye.










Jumaat, 12 Oktober 2012

One day at army museum

Assalamualaikum...well rasa macam lama je tak update blog aku ni.anyway no hal lah...huhuhu ok hari ni aku nak share pasal journey atau visit aku ke Muzium Tentera Darat Malaysia bertempat di Kem tentera Port Dickson Nogori Sombilan..kampung kosukaan den walaupun den tak diboranakkan kek sini yo.

Ok..ikut pelan asal ni sebenarnya aku dari Melaka plan nak balik terus ke Kuantan setelah bersuka ria dengan haiwan2 di Zoo Melaka sehari sebelum tu. Zoo Melaka pun dah banyak alami perubahan berbanding kali terakhir visit aku ke situ pada tahun 2000 dulu. Aku stay di Hotel Seri Malaysia di Ayer Keroh Melaka tak jauh la dari Zoo Melaka dalam 1 km je kot. Aku ke muzium army pada hari ahad which actually cam tak best gak tau tapi sebab curious punyer pasal aku pun redah gak la...kenapa tak best? yer la hari ahad kan weekend so maybe officer yang in charge muzium tu cam kureng mode nak keje huhuhu...

Ok la..aku bertolak dari Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh dalam jam 9am...masa tu aku pikir memang nak balik terus ke Kuantan. tapi bila sampai di Gemas.baru la aku teringat pasal niat aku nak visit ke muzium tu.so aku pun terus divert jalan dari Buloh Kasap terus naik ke Gemas-Bahau-Gemencheh-Seremban-PD. dalam jam 1 pm baru aku sampai kat muzium tu pun sebab tersesat masuk highway PLUS di Seremban dan juga terlajak masa cari parking di area Kem PD ni.


British Mk1 pounder..World war two till Emergency 1948


Bofors 40mm


Japanese APC

Japanese gun type 37 during Battle of Malaya 1941-1942

Japanese anti aircraft gun.



tugu peringatan tentera darat yang terkorban 1941-kini


A4 Skyhawk from TUDM



Alloutte gunship



 


yang tadi sume tu terletak di perkarangan luar muzium...anda boleh melihat pelbagai aset ketenteraan yang pernah digunakan oleh tentera Malaysia sejak dalam zaman kolonial British hinggalah sekarang ni.yang banyak kedapatan ialah zaman Darurat la 1948-1960 dan juga 1968-1989 disamping juga aset tentera penjajah baik British mahupun Jepun sendiri serta ada juga koleksi meriam2 lama zama Kesultanan Melayu Melaka,Portugis dan Belanda yang ada di kawasan sama.

Meriam howitzer jepun type 38 kot.

bom 500 pound..dilekatkan pada fuselage Zero,Aichi atau G3M Nell.


US M1911 Colt 45..pistol tentera bersekutu mostly US and British

type 38 revolver Jepun

Arisaka type 44 dan Katana pedang samurai jepun yang banyak memenggal kepala orang










Add caption


Nambu type 14 pistol askar Jepun.
yang atas ni pulak sume nye terletak di dalam bangunan Muzium. Bangunan Muzium tentera ada 2 buah tau...satu yang dekat dengan gerabak keretapi tu dan satu lagi dekat dengan  artifak pemancar radar. Bangunan muzium ni memang ada perbezaan untuk menempatkan artifak sejarah perang dan tentera. Di bangunan pertama mostly pasal sejarah perang dunia kedua,penubuhan rejimen askar melayu ketika zaman British,tentera Jepun,pendudukan zaman Jepun di Malaya dan juga terdapat sejarah kesultanan Melayu Melaka iaitu fungsi tentera di zaman itu. di blok bangunan 1 lagi tu...ada laluan terowong PKM.memang exciting la tapi apa kan daya bateri camera aku udah abis...so tak dapek la nak snap pics banyak2 di terowong tu.lagipun terowong tu agak gelap tau dan panas..kalau stay lama memang tak tahan la.tapi macam mana gamak nye komunis stay dalam terowong tu eh..ye la cam tak berbaloikan...losing fight. ok la aku rasa cam malas nak taip lagi..sambung next time eh bai bai...