Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 12 Julai 2013

Macam mana nak urus kewangan peribadi...cara aku lah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pembaca blog ini.

 Di saat membuat catitan di entry ini,umat Islam di seluruh dunia amnya dan Malaysia khususnya sudah pun memasuki hari ketiga puasa Ramadhan al Mubarak yang merupakan rukun Islam ketiga. Ok lah jika post post sebelum ini kesemuanya bersifat relaxing,santai dan sometimes involve bab history and sciences sikit. Kali ni aku nak buat catitan post yang bersifat agak berat sedikit lah tapi penting kepada semua manusia di muka bumi ni. Ia tentang cara kita menguruskan wang peribadi kita.

Terdapat banyak buku tentang pengurusan kewangan peribadi di kedai kedai buku dan tak kurang juga dibuat secara e-book. Tak salah dan tak rugi membeli bahan bacaan ilmiah seperti ini. Ilmu hendaklah diamalkan.

 Mungkin ramai sudah biasa menguruskan wang, namun bagaimanakah cara kita kendalikan kewangan peribadi kita? Adakah berdasarkan keperluan atau mengikut kehendak hati dan naluri kita yang nak itu dan ini semata mata?

Jawapan nya ialah terletak pada diri anda sendiri.

Jika kita berbelanja mengikut kehendak dan bukan keperluan maka ini lah yang anda bakal hadapi
Bankruptcy a.k.a muflis
Untuk pengetahuan, golongan bankruptcy di abad ini bukan lah terdiri daripada golongan businessman yang rugi perniagaan bahkan seawal lepasan graduan universiti pun sudah ada bergelar muflis. Antara punca punca berlaku muflis yang dikenal pasti ialah:-

  1. Berbelanja melebihi kemampuan.
  2. Terlalu banyak membuat pinjaman tetapi enggan atau culas membayar semula pinjaman.
  3. Tiada perancangan kewangan.
Namun yang pasti anda akan diisytiharkan muflis apabila anda tidak membayar semula pinjaman yang anda buat sebelum ini.

Berikut sebahagian petikan daripada Bernama, 3 Disember 2012;


Seramai 241,740 individu diisytihar bankrap di negara ini setakat April lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 52,917 kes berlaku di Selangor dan 42,843 di Wilayah Persekutuan, manakala 70 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita.
“Pinjaman kenderaan menunjukkan kes kebankrapan yang paling tinggi iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit 4.9 peratus,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini

Yang pasti ramai yang terlibat dalam pinjaman kenderaan dan peribadi serta kredit ialah golongan muda seperti saya dan juga anda.

Credit card
Debit card

Terus terang saya mengaku,saya juga turut membuat pinjaman kenderaan,peribadi dan kredit. (Pinjaman untuk perumahan saya belum mampu buat lagi kerana masih dalam dilema samada mahu membeli tanah dulu atau rumah. Perancangan saya untuk membina sebuah rumah di negeri kelahiran saya sendiri iaitu di Terengganu).Bahkan pernah juga overlap sebelum ini..

Walaubagaimanapun sekali lagi perancangan kewangan peribadi yang memainkan peranan penting. Tak kira lah anda belum buat pinjaman atau sudah buat pinjaman,tak kira lah juga siapa status pekerjaan anda sama ada anda seorang Pembantu Awam Rendah atau mungkin juga seorang pegawai executive sebuah bank terkemuka di dunia ini,dan siapa jua diri anda..pengurusan dan perancangan kewangan peribadi memainkan peranan penting dan elemen yang menjadikan pengurusan dan perancangan kewangan peribadi ini sangat efektif ialah sikap disiplin dalam berbelanja.


Ya..disiplin! Itulah ramuan utama kejayaan sesuatu pengurusan kewangan yang berjaya. Saya sendiri pernah berhadapan situasi seorang rakan kepada teman sekerja saya. Beliau seorang jurutera di sebuah syarikat petroleum yang terkenal di seluruh dunia ini dan gaji beliau mencecah RM xxxxx (5 angka tau) namun kerap kehabisan wang sebelum masuk gaji pada bulan berikutnya. Saya juga mempunyai seorang teman yang hanya bekerja sebagai seorang atendan kesihatan dengan gaji bulanan bersih RM xxx dan hanya sekali sahaja membuat pinjaman (maaf saya tak pasti pinjaman apa yang dia buat) namun hidupnya nampak seperti orang yang tak kehabisan wang.

Jom saya list down perkara apa yang perlu dalam melakukan pengurusan dan perancangan kewangan peribadi;
  1. Perbelanjaan mestilah dibawah gaji pendapatan bulanan diperolehi. Nak formula mudah GAJI-(SIMPANAN + PELABURAN + BAYARAN WAJIB) = PERBELANJAAN
  2. Jika hendak berbelanja,pastikan buat check list terlebih dahulu. utamakan barangan mana yang perlu dibeli dan barang mana yang hendak dibeli. Penting kena bezakan keperluan dan kehendak.
  3. Setiap kali dapat gaji,pastikan anda menyimpan paling minimum 10% daripada gaji bulanan anda. Ia bertindak sebagai emergency money jika memerlukan.Pastikan asingkan 10% itu ke akaun lain.
  4. Disarankan anda membuat auto debit terus ke akaun takaful. Sebagai contoh macam saya sudah join Takaful Ikhlas dengan permulaan potongan auto debit secara bulanan sebanyak RM100. Ada banyak kelebihan join skim Takaful Ikhlas ini, setiap potongan yang saya dapat tu bukan sahaja untuk saving tetapi juga untuk insuran,pelaburan (di syarikat syarikat yang berpotensi menjana margin profit yang besar) dan juga khairat kematian atau derma. Cukup 3 tahun (jika saya tak buat sebarang withdrawal) saya boleh keluarkan saving saya jika mahu guna. Bahkan setiap tahun juga saya akan dapat keuntungan hasil pelaburan yang dibuat oleh Takaful Ikhlas dan ini bermakna jumlah wang saving (simpanan) saya sebenarnya makin bertambah. Bahkan boleh juga tambah sendiri wang anda ke akaun Takaful Ikhlas selain daripada potongan auto debit,tapi wang itu cuma diletakkan ke akaun saving sahaja.
  5. Pelaburan di skim yang disahkan oleh kerajaan seperti ASB,biarlah modal sikit asalkan konsisten setiap bulan. Ibarat kata pepatah orang tua 'sedikit sedikit,lama lama jadi bukit'.  
Ok macam mana pula jika anda ada buat pembiayaan peribadi (bahasa popular: Personal loan). Bagi yang bekerjaya tetap, jangan risau pembayaran semula dibuat melalui potongan gaji anda setiap bulan. Asalkan tidak melampau batas sudah la..

rate pembiayaan peribadi-i MBSB. sekarang ni dah tak boleh buat 20 atau 25 tahun.Semua fix rate pada 10 tahun sahaja.
  1. Sebelum anda mahu membuat pembiayaan peribadi, anda kena justify sebab dan kenapa anda mahu membuat pembiayaan peribadi ni? lain orang lain sebab..namun pastikan sebab itu bersifat keperluan dan bukan kehendak semata mata. tak salah jika mahu beli barang yang bersifat kehendak tetapi hendaklah ada batasan dan berwaspada.
  2. Jangan survey pembiayaan peribadi hanya pada 1 bank sahaja. Hendaklah bandingkan setiap tawaran yang diberi oleh pihak bank. Ini penting kerana lain bank,lain offer dan side offer yang diberi. Percent payout financing pun anda patut kena semak dan teliti kerana lain bank lain nilai percent payout. Apa tu payout? Payout tu ialah jumlah duit yang anda perolehi ke dalam akaun bank anda selepas siap sign document. The best is the higher percent payout. Dalam erti kata lain,kata la anda buat P.F (personal financing a.k.a pembiayaan peribadi) sebanyak RM40,000. Anda cuma dapat not exactly Rm40,000. Jika bank itu memberi nilai payout 97% maka anda cuma dapat RM40,000 x 97% = RM38,800. Jadi di manakah balance RM 1200 tu?  Duit balance tu ditolak sebagai komisyen,stamp dan takaful. Di Malaysia ni nilai payout berubah ubah dari 90% ke 97%. Jarang benar banks boleh offer sampai exactly RM40,000.
  3. Bagi mereka yang bekerjaya sendiri dan tak tetap sila lah ukur kemampuan di badan anda sendiri sebelum buat P.F ni. Bagi yang bekerjaya tetap pula mereka ni tertakluk kepada gaji kasar dan bersih serta komitmen lain termasuk pinjaman yang telah dibuat sebelum ni, ditolak semua itu baru lah mereka dapat eligible limit amount P.F yang mereka boleh buat. Pada 8/7/2013 baru baru ni pihak Bank Negara Malaysia telah menetapkan bahawa tempoh pembiayaan peribadi dihadkan kepada 10 tahun sahaja dengan syarat minimum P.F ialah gaji mesti paling minimum RM2000 dan lain lain komitmen dan potongan gaji diambil kira terlebih dahulu.
  4. Setelah anda dapat buat P.F ni,anda akan ditawarkan pilihan membuat kad DEBIT atau kad KREDIT. Disarankan untuk meneliti makna dan fungsi perbezaan kedua dua kad itu. Kad debit dalam bahasa mudah merujuk kepada kad duit cash (nilai kad tu bergantung kepada jumlah amount duit cash yang ada dalam akaun saving anda. Setiap perbelanjaan dibuat maka nilai duit itu susut. Hanya akan bertambah jika anda tambah duit ke dalam akaun saving anda). Manakala KAD KREDIT pula bermaksud kad HUTANG. Fungsi sama seperti kad debit cuma bezanya ada LIMIT. Kad kredit ada limit yang tersendiri sebagai contoh limit kad krebit bank XX ialah RM3000. Setiap perbelanjaan yang anda lakukan mengguna pakai kad kredit ni,nilai kredit akan susut TETAPI anda WAJIB kena BAYAR BALIK jumlah yang anda telah gunakan. Bahkan jika anda tak gunakan juga anda kena bayar balik. Lagi teruk jika setiap hujung tahun akan ada percent tax dikenakan pada kad kredit ni. *Kenapa saya tulis bold and capitalize kan ayat tu? Sebab itulah yang banyak berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Suka pakai kredit tapi over limit budget. Main slash card tanpa berfikir dan merancang terlebih dahulu.
  5. Setelah anda memperolehi amount P.F, sila buat perancangan kewangan terhadap duit pembiayaan peribadi itu. Ramai yang setelah dapat P.F ni terus berbelanja ikut hentam keromo sahaja. Beli ini dan itu (saya pun tidak terkecuali dalam hal ni tapi mujurlah sempat sedar awal) tanpa justify dari segi keperluan dan kehendak. So nak mudah dan selamat pastikan 10% amount wang pembiayaan peribadi disimpan dalam akaun lain sebagai emergency saving money. Balance daripada tu hendaklah buat list down atau check list senarai apa yang perlu dan hendak dibuat. Sekali lagi kena bezakan keperluan dan kehendak. Keperluan tidak sama dengan kehendak!
  6. Perkara paling penting di sini ialah DISIPLIN. Tanpa disiplin anda sukar menguruskan perancangan kewangan. Saya sendiri pun menghadapi masalah dalam menguruskan kewangan dan kehidupan dek kerana lack of dicipline (kurang disiplin) namun hendaklah berusaha dan belajar menjadi seorang berdisiplin terhadap diri sendiri dulu.
salah satu jadual pembiayaan peribadi-i MBSB tahun 2013 sebelum pekeliling baru BNM dikeluarkan. Sekarang sudah tak pakai lagi jadual ni.

Jika anda dapati yang gaji anda kecil maka disyorkan anda buat part time dan over time samada di tempat kerja mahupun di luar. Jika anda berkemampuan untuk melakukan perniagaan samada direct selling,online dan pelbagai lagi buat lah asalkan jangan ada elemen menipu dan tiada elemen penindasan. Namun begitu nak buat business ni kena juga ada ilmu. Kena pastikan juga produk yang kita mahu jual tu ada market value dan merupakan barang yang memang diperlu atau dikehendaki oleh pembeli. Lebih penting business yang kita buat tu bersifat long term (jangka panjang) untuk mendapatkan sumber side income yang berterusan. Jika bersifat seasonal business,anda cuma dapat side income secara seasons saja la..contohnya business kuih raya time hari raya atau business bulan puasa..tapi tak salah pun jika anda mahu buat. Semua terpulang kepada anda.
Produk Herbalife ni menjadi kegemaran sebahagian masyarakat pekerja untuk buat side job business tapi majoriti datang daripada golongan pelajar universiti.

Produk kesihatan seperti Shaklee ni pun menjadi kegemaran penjawat awam dan swasta untuk buat side income business.Rakan sekolah menengah saya ramai terlibat secara aktif dalam Shaklee ini.
Produk Tupperware yang dah lama bertapak di Malaysia juga turut menjadi salah satu subjek masyarakat pekerja untuk buat side business. Termasuk lah adik dan mama saya yang jadi dealer Tupperware ni.

Tentang lain lain perbelanjaan terutama sekali makan dan minum,saya sarankan untuk belajar memasak sendiri. Kenapa nak masak sendiri? Penting tau untuk masak sendiri kerana ini akan menjimatkan kos makan minum di luar. Contoh paling mudah yang saya biasa buat dulu ialah masak nasi goreng. Ok cuba bandingkan kos masak nasi goreng sendiri di dapur dengan kos beli nasi goreng diluar setiap hari.

Kos masak nasi goreng sendiri:
Beli barang masakan..bawang RM3, minyak masak RM10, beras RM10, ikan bilis RM2, sayur sayuran pelbagai jenis RM8, sardin RM4-6 (kadang kala tak beli pun sardin ni sebab saya jenis more to vegetarian tapi bukan la vege sangat hehe..). total kos beli RM40-50 sebulan. dan kesemua barang ni saya masak dalam tempoh sebulan. Mujurlah saya ni jenis makan nasi sekali sehari je.

Kos beli nasi goreng di luar setiap hari termasuk hujung minggu:
Standard harga nasi goreng di Kuantan ni RM4.00. Kata la makan nasi goreng sekali sehari selama sebulan, jadi RM4.00 x 30 = RM120.00 Maka inilah jumlah yang saya perlu belanjakan selama sebulan.

nasi goreng favourite eden hehe..

Jadi nampak sangatkan perbezaannya...sangat ketara (RM120-RM40) / RM120 x 100% = 66.67% penjimatan yang dapat dilakukan.

Walaubagaimanapun ini cuma contoh yang saya biasa buat selaku orang bujang la..Sudah tentu akan berubah jika sudah hidup berdua dan ada anak nanti. Saya tak nafikan yang saya pun makan luar tapi saya cuma makan luar jika pada hari bekerja (time lunch sahaja) dan travelling. Jika berada di rumah sewa dan kampung saya cuma makan di rumah sahaja la kecuali pada hari tertentu seperti hari jadi parents,adik beradik,jumpa teman teman lama yang tu sudah tentu makan di luar punya hehehe..

Sentuh bab travelling ni pun kena ada perancangan kewangan dan travelling..haha penting tau. Antara perancangan yang saya sering buat sebelum dan semasa travelling ialah:-
  1. Kos maintainance dan servis kereta. Cari pusat servis yang buat promosi servis kereta. Bukan setakat dapat harga rendah tapi boleh dapat hadiah lagi. Jika tiada harga promosi servis,jangan risau..sila pastikan apa yang perlu hendak di servis..yang wajib seperti minyak engine 10,000km,spark plug iridium (100,000km)..lebih baik daripada spark plug biasa yang perlu kena tukar setiap 10,000km, Alignment tayar dan condition tayar setiap 10,000km yag sebaiknya, minyak gear setiap 30,000km, dan air filter (air filter mesti bersih untuk tingkatkan efficiency / kecekapan engine).
  2. Cara pemanduan dan kelajuan..the best should be between 80-100 km/h tetapi kena tengok juga lah condition jalan tu macam mana. Tak kan selekoh tajam nak bawa 100 km/h kan? huhu...
  3. Bagi kereta manual users kurangkan pertukaran gear dan pedal clutch semasa memandu di jalan yang lurus. Auto pula kurangkan tekan pedal minyak terlalu kuat semasa memandu. Insya Allah anda boleh dapat extra dalam 50-80 km. 
  4. Produk penjimat minyak seperti E-Booster pun mampu membantu mengurangkan penggunaan petrol yang banyak selain daripada penggunaan minyak petrol low octane.
  5. Jika menggunakan lebuh raya bertol terpulang samada nak bayar tol secara tunai, guna kad Touch N Go atau Smart Tag. Tetapi saya sarankan gunakan lah kad Touch N Go bagi mereka yang kerap travelling di laluan highway bertol. Jika kurang,pakai tunai sahaja sudah.Tapi pastikan kad Touch N Go tu hendaklah sentiasa top up walaupun tak pergi ke mana mana supaya kekal aktif.  
  6. Beli barangan yang perlu sahaja setiap kali singgah di kedai makan atau RnR. Saya biasa makan nasi berlauk dan air mineral (itupun saya top up dari rumah sebelum travel dan pastikan botol macam Tupperware tu dan bukan botol plastik sebab botol plastik ni jika terdedah pada cahaya dan suhu yang tinggi ada chemical elements bercampur ke dalam air minuman kita) serta buah buahan. Air selain air mineral ialah air tenaga seperti tongkat ali power atau 100 Plus.
  7. Souvenir pula saya sarankan untuk beli di tempat yang menjadi daya tarikan pelancong dan bukan di kawasan highway. Contoh key chain di Kota A Famosa atau di Lumut lebih murah berbanding beli di highway PLUS (ada jual juga tau).
  8. Pilih dan banding harga souvenir dari banyak kedai,bukan hanya sebuah kedai.
  9. Jika travelling itu lebih sehari dan melibatkan penginapan, sila booking tempat penginapan (tak kira hotel bajet, hotel yang ada title star dan homestay) at least 2 minggu sebelum jika bukan musim cuti sekolah dan sebulan sebelum jika musim cuti sekolah. Penginapan bergantung kepada citarasa bajet anda ye..bukan citarasa naluri anda. Nak save bajet lebih baik pilih hotel bajet sebab rate penginapan sekitar RM60-RM120. Berbanding hotel yang ada stars ni sampai rate satu malam daripada RM130-RM300. Nak save lebih lebih jimat sila lah cari rumah saudara mara yang dikenali..hehehe..bukan setakat duduk free je tapi makan pun free cuma kena ada gift la untuk mereka hehehe..
Kereta Viva Elite 1000cc AT. Salah satu kereta yang jimat minyak. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur hanya memerlukan sekali isian petrol penuh. Sampai di KL baru isi semula. Cuma bab barang servis jika tiada promosi memang agak sedikit mahal la.

Kemudian masuk pula bab hobby atau collectibles pun kena ada juga perancangan kewangan. Selaku pengumpul dan penggemar hobby koleksi RC Tank (remote control radio Kereta Kebal),saya tak terlepas daripada merencana bajet untuk membeli koleksi RC Tank ni. Mana tak nya, sebuah RC tank sekecil skala 1/24 pun standard harga RM100-200. Skala 1/16 pula boleh mencecah hingga RM300-500 sebuah. Tapi mujurlah saya kenal seorang dealer RC yang offer harga bawah dalam purata RM80-RM450 kadang kala siap dapat diskaun lagi. Cuma sebelum kenal dengan dealer ni,saya terpaksa survey menerusi Mudah.my namun kena hati hati la sebab takut dapat barangan yang dah rosak atau kemungkinan untuk ditipu. Brand pun ada yang offer harga mahal dan murah,jadi pandai pandai lah memilih mengikut kemampuan masing masing.

salah satu model RC tank scale 1/16 brand Hobby Engine.


Ok lah rasa nya setakat ini sahaja yang saya mahu catit dalam entry ini. Apa pun yang pasti setiap perkara yang kita buat ni termasuk lah bab harta kena lah ada perancangan dan hendaklah dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab dan disiplin. Jangan hanya tahu buat planning tapi tak ikut..rugi jer bahkan pecah amanah kepada diri sendiri tu. So sekali lagi perancangan kewangan dan disiplin diri memainkan peranan penting dalam hidup ini. Come on lah makin besar dan makin lama hidup, makin besar tanggungjawab,makin banyak ilmu kena cari dan disiplin kena makin kuat serta paling penting agama pun kena lah lagi kuat sebab itu lah benteng diri kita yang sebenarnya.

Doa murah rezeki dan jauhi hutang:-

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ


Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu.

Doa selepas solat sunat Dhuha juga bagus untuk diamalkan setiap pagi selepas matahari terbit:-
 

Solat sunat dhuha buat tapi jangan lupa buat yang wajib dan fardhu dulu yer :)

Ok sekian..wasalam..nak prepare juadah berbuka puasa dulu...

Selasa, 9 Julai 2013

Salam Ramadhan

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan al Mubarak. Moga puasa ramadhan tahun 2013 ini dapat kita laksanakan secara lebih tekun dan teratur dan paling penting kena lah ada ilmu..jangan main follow tanpa ilmu (taklid buta). Jika takde ilmu,belajar lah daripada yang alim seperti ulama',ustaz dan ustazah.


Khamis, 4 Julai 2013

Ramadhan menjelang lagi..

Bertemu kembali dengan Ramadan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula

Ramadan yang mulia
Di Ramadan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan Mu
Melangit tinggi

Ramadan rahmat dari Ilahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadan terakhir bagiku
Kuharap ianya 'kan membela ku di akhir nanti


Itulah petikan lirik lagu kumpulan nasyid Brothers lama dulu tapi setiap kali Ramadhan menjelma lagu ini konfem akan berkumandang di corong corong radio di Malaysia ini.  Wah sedar tak sedar tatkala entry ini sedang aku taip, tinggal 5 hari sahaja lagi umat Islam bakal menjalani ibadah puasa fardhu bulan Ramadhan al mubarak nanti. Insya Allah sama sama lah kita berdoa moga kita ketemu dan menikmati keindahan dan kelazatan menunaikan ibadah puasa ini dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan kepada Yang Maha Esa.


Moga Allah permudahkan urusan kita untuk sampai ke bulan ramadhan ini.


Amin amin amin ya rabbal alamin...moga juga diharapkan agar kita dapat menemui 1 malam yang mana jika kita beribadah di malam itu ganjarannya sama seperti beribadah selama 1000 bulan. Malam yang tiada pada bulan bulan lain melainkan bulan Ramadhan al Mubarak sahaja iaitu Malam Lailatul Qadr.

Ok lah berbalik pasal diri aku ini pada bulan Ramadhan tahun 2013 ini.. sedar tak sedar sebenarnya sudah hampir 4 tahun aku berpuasa di Kuantan ni sebagai staf dental radiografer di UIAM Kuantan ini. Alhamdulillah tiada apa pun masalah besar dalam bulan puasa ini kecuali tang kerja la terutama sekitar tahun 2011 dan 2012 lalu. Mana tak nye ada klinikal untuk dental students pada bulan puasa,jadi yang amat letih la jawab nye. Tahun 2013 ni alhamdulillah cuma kena jaga final exam dental students since most of their exam dates fall on Ramadhan. Namun mujurlah sebelah pagi hingga tengahari sahaja dan takde lah sampai ke petang. Pada bulan puasa ni lah aku kerap sangat pulang ke kampung halaman pada hujung minggu setiap minggu. Maklum lah nak ambil barakah buka puasa bersama famili. Jika di Kuantan ni aku cuma buka puasa bersama housemate atau kadang kala bersendirian je. Nak berbuka puasa di masjid suddenly rasa segan pun ada tapi most of time sokmo terlepas sebab tertidur dek kerana penat lepas balik kerja hehehe..cuma yang untungnya bila da terjadi macam tu kan,bila kita pergi ke pasar ramadhan lebih kurang dalam 10-15 minit sebelum masuk waktu berbuka maka kita akan dapat makanan dan minuman free dengan syarat beli dulu. Pernah sekali aku dapat sampai 5 bungkus air tebu yang besar sedangkan aku beli air tebu dalam cawan plastik tu je. Pernah jugak aku dapat nasi lemak free walaupun aku cuma beli sebungkus nasi berlauk campur dengan sayur sikit..hahaha rezeki tu name nye.

salah satu pemandangan biasa di Padang MPK 2 Kuantan di bulan puasa tatkala menantikan azan maghrib berkumandang cuma yang aku kesal ialah sikap umat Islam di sini yang berbuka puasa tapi enggan bersolat jemaah di masjid yang cuma terletak depan mereka. Belum campur lagi bab jaga aurat dan batas pergaulan,jangan terkejut lah ye jika terjumpa spesis couple yang nampak macam da kawen tapi tak akad nikah lagi.

pasar, ramadan, kuantan, malaysia
Pasar Ramadhan di padang MPK 2,Kuantan.
Pasar Ramadhan IM8
Menu yang menjadi kegemaran aku time bulan Ramadhan ni very simple..tak perlu banyak banyak masa berbuka tu...ikut sunnah Nabi itu penting bai...

Buah kurma atau tamar itulah yang penting tatkala memasuki waktu berbuka puasa.
Minum air masak atau mineral pun sudah memadai dan kemudian pi solat maghrib berjemaah. Balik dari surau atau masjid, aku pun masuk lah 2nd round tapi tak dikira melantak lagi la..sekadar makan untuk add energy time untuk solat fardhu Isyak berjemaah dan solat sunat terawih berjemaah.
Bubur cha cha..bese nye mama aku suka buat time bulan puasa.
yang ni nekbat..aku tak suka tapi ia jadi fevret menu mama dan abah aku.
kuih bakar pandan..lumrah dalam famili aku.tak rugi beli ni sebab jika simpan betul2 boleh tahan sampai 3 hari.
kuih cara manis..memang manis sebab dalam nye ade air gula. famili aku buat kuih ni jika ramai berkumpul hehe..mostly time nak dekat abes puasa la baru merasa.
kuih akok..kuih tradisi ore kelate.fevret nenek aku sebelah abah sebab die ore kelate.tapi sekarang ni tak leh makan dah sebab dah ada diabetis.
buah melaka a.k.a onde onde..fevret mama aku sebab dia orang muar,tak jauh dari melaka pun huhu..
kuih puteri mandi..juadah sekali sekala famili kami.akan dibuat secara sendiri dalam kuantiti banyak jika ada tetamu berkunjung dalam bulan puasa.kadang kala untuk jamuan berbuka puasa di masjid kampung kami.
roti jala dengan kuah kari..of course huhu..
Haha..banyak kuih muih jer ek..actually itu aku je.kalau mama,abah dan adik adik aku konfem nak kena makan nasi atau mee sebelum proceed dengan solat Isyak dan terawih.

Ok lah asyik duk sembang soal makan,jangan lupa lah ye kepada para pengunjung blog aku ni sekalian untuk tidak melepaskan peluang beramal jariah di bulan yang mulia ini. Banyak amal ibadah yang korang sume boleh buat hatta paling kecik sekalipun..agak2 apa dia? senyum..senyuman itu satu sedekah dan tak perlu pakai duit pun. zikir pun pakai mulut je dan tak perlu pakai duit. lagi pe die? Hang pa tolong buang halangan atau sekatan kat atas laluan pejalan kaki atau jalan raya pun dah kire amal jariah. apatah lagi benda yang lain sepert baca al quran,solat berjemaah fardhu,solat solat sunat seperti rawatib,tahajud,tasbih dan lain lain lagi (sedekah,zakat). Bab baca al quran pun Allah beri 10 kali ganjaran atas satu huruf dibaca misalan nya huruf Alif Lam Mim setiap satu tu dah 10 ganjaran apatah lagi baca seluruh isi al quran sepanjang ramadhan ini. Jadi aku harap sangat la agar kita ni sama sama buat yang terbaik untuk ibadah bulan puasa ni. Anggap lah puasa ramadhan ni merupakan yang terakhir untuk kita dan maka hendaklah buat yang terbaik dan sebaik mungkin.
Di bulan ramadhan ini,syaitan dirantai kemas dan ketat cuma yang tinggal ialah hawa nafsu. maka bulan ramadhan ini lah medan untuk menjinakkan nafsu syahwat dan amarah kita yang sekian lama membelenggui diri kita ni.
Jangan lupa yer tunaikan zakat fitrah.jangan malas pulak..berdosa tau. Yang ni rate zakat fitrah tahun lepas. Untuk tahun ni aku sedang cari dan insya Allah akan update nanti.
Jika tak pernah bertadarus Al quran,apa kata tahun ni cuba kita buat secara berjemaah. Kepada yang berkeluarga boleh lah buat tadarus al quran bersama isteri dan anak anak.

Selasa, 2 Julai 2013

The first Kuantan RC tank gathering.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry hari ini ialah tentang Kuantan RC tank group first gathering yang baru sahaja diadakan pada 30/6/2013 lalu di Pantai Batu Hitam, Kuantan Pahang.

kawasan Kuantan RC tank group berkumpul ialah di medan selera MPK. sebelah BS resort.

Sebelum aku sentuh pasal gathering ni,aku nak bagitau dulu la apa dia Kuantan RC tank group ni, macam mana mai idea nak organise group ni dan apa yang ada dalam group ni.

OK lah..Kuantan RC tank group ni sebenarnya merupakan group bagi penggemar dan pengumpul mahupun pemain RC tank ( BM: Kereta Kebal kawalan jauh) di daerah Kuantan dan sebenarnya aku lah yang tubuhkan group ni dalam Facebook hasil idea bersama dengan seorang member yang bekerja Navy yang juga seorang peminat RC tank ni. Usia group ini pun sangat la baru..masuk hari ni baru sahaja berusia 3 minggu. Ikut pelan asal aku,nak organise group ni selepas the first RC tank gathering ni namun bimbang kot jika postponed nanti langsung tak boleh buat maka aku pun awalkan lah rancangan ni. Walaupun nama group ini ialah Kuantan RC tank group tapi aku kasi open page ini untuk semua so that bukan RC tank owners dari Kuantan sahaja yang join bahkan dari negara luar pun boleh join asalkan ada minat pasal RC tank ni.

Sila layari link dibawah ini untuk melihat koleksi RC tank members kami. Jika anda mempunyai akaun Facebook boleh join group kami jika berminat dengan dunia RC tank.


Selain group RC tank yang aku buat ni,aku juga ada join lain lain group berkaitan RC tank ni antaranya ialah:
  1. Scaled RC Tanks & Armour of Malaysia and International
  2. World RC Tank Community
  3. Indonesian RC Tank Community
  4. Brunei Armoured R/C Tank Club
  5. Northern (Malaysia) RC Tank

Ok lah,kita berbalik semula kepada cerita aku tadi ye...pelan untuk buat gathering ni bermula pada minggu lepas dan masa tu aku berada di KL untuk grab new stock RC tank iaitu Leopard 2A6 scaled 1/16 keluaran Hobby Engine. Boleh layari entry yang aku buat sebelum ni untuk tengok rupa dan karakter serta functions Leopard 2A6 itu.
Aku dapat SMS daripada member aku pasal planning nak buat gathering ni,so aku on je cuma terfikir macam mana nak buat gathering tapi pada masa sama nak ajak rc tank owners di Kuantan ni join sekali. Maka di situ lah timbul idea nak bikin Kuantan RC tank group ini. Asal nama Kuantan RC tank group ni ialah Pantai Timur RC Tank group. Wow..cukup panjang nak type dan sebut yer tak? So member aku yang tengok group ni cepat cepat inform aku untuk modify nama ni dan kebetulan dia mention tukar ke English atau short form kepada Kuantan rc tank. Maka aku pun come up dengan idea Kuantan RC Tank Group. Cara aku nak cari member dalam group ni mula mula sekali aku add friends yang aku kenal dan giler giler RC tank ni dan dari situ mereka pun promo lah kepada rakan rakan dalam FB mereka untuk join group ni. Memandangkan aku yang buat group ni maka aku lah yang responsible untuk approve mereka yang nak join ni, akan datang mungkin bertukar tuan kot hahaha...
Ok plan gathering ni kami buat pada 27/6/2013 actually sebelum tu dah ada cuma men cakap jer la. Masalahnya ialah bila aku buat post tapi takde respon,bila aku survey ada yang busy dengan hal len samada kerja dan family dan ada juga yang takde RC tank lagi hehehe...So tak pe lah,aku re-discuss dengan member aku ni so last last cuma 4 orang je boleh attend.

Hari Gathering:

Pada 30/6/2013 aku bergerak ke Pantai Batu Hitam a.k.a Black Stone Beach pada jam 10 pagi. Al maklum lah pada 29/6/2013 tu aku on da way dari KL ke Kuantan sebab angkut satu lagi RC tank scaled 1/16 brand Hobby Engine iaitu M1A2 Abrams.

ini lah M1A2 Abrams HE scaled 1/16. ada accessories lagi..
So total RC tank scaled 1/16 brand HE dalam koleksi aku ialah 2 buah. Tak campur lagi Heng Long brand dalam 5 buah tapi 2 buah sudah let go tinggal 3 buah sahaja iaitu King Tiger,Jadgpanther dan ZTZ99A (semua scaled 1/16).

Sebelum gerak ke sana tu aku sempat breakfast dulu,lapar weh..mana tak nye malam aku balik ke Kuantan dari KL tak jamah apa apa makanan kecuali air mineral,air Power Tongkat Ali hahaha..., aku breakfast di Restoran Rahmat di IM8 setentang dengan Masjid Tengku Mahkota IM 1 di Jalan Kuantan-Sungai Lembing. Menu breakfast ialah Nasi Goreng campur iaitu aku campur nasi goreng kampung,nasi goreng cina dan nasi goreng cili serta sedikit kuih muih dan sebijik telur mata dan air milo bing (milo ais da...)

nasi goreng kampung
Nasi goreng cina
Nasi goreng cili

Korang campur la sume nasi tu..nampak lah rupe nasi goreng campur nye hahaha...

Ok lah selesai sahaja menjamu selera di pagi hari,aku pun terus bergerak ke Pantai Batu Hitam..masya Allah jalan di Kuantan Bypass especially area Gebeng benar benar menguji kesabaran aku bai... mana tak nya,berlubang sana sini mengalahkan jalan Jerangau-Jabor la pulok. Hinggakan accessories MG42 machinegun pada Leopard 2A6 RC tank aku tercabut dan patah kes nak elak lubang jalan sana sini. Memang hampeh betoi la agensi government yang bertanggungjawab bab jalan ni..sape lagi tak lain tak bukan JKR..dah tau kawasan tu kawasan industri dan banyak kenderaan berat lalu so kena la double care kawasan tu..ker MPK ker sape??? aku tak kisah sape pun jalan tu hak rakyat so kena la bertanggungjawab jaga dan repair elok...tak pasal nak masuk mukadimah politik hahaha...

Sampai di Pantai Batu Hitam dalam jam 10.30 pagi..yang kelihatan cuma 2 orang saja member yang ada..dalam hati 'eh ni je ker yang ada?'. Tapi aku buat dek je la sebab paling penting asalkan ada dan member yang datang tu pulak mesti bawa RC tank sekali huhuhu..Mula2 berjumpa macam bese la tanya khabar itu ini,borak pulak dah tentu hal RC tank tapi ade jugak la campur hal kehidupan,kerja dan lain lain. Jadi makna nye group kami ni bukan lah pasal RC tank semata2 tapi boleh juga jadi tempat untuk sembang dan diskusi hal hal lain. Members aku yang datang ni masing masing bawa RC tank mereka sendiri tapi majoriti brand Heng Long la cuma dalam pelbagai scale..ada yang 1/16, 1/24 dan juga 1/32..makin besar nombor bawah tu makne nye makin kecil la saiz RC tank tu. Ok lah jenis model tank pula macam macam ada tapi sebab kekurangan participant maka variasi tu kurang la sikit. Antara yang ada waktu hari gathering ni ialah:

  1. KV1s scaled 1/16 brand Heng Long.
  2. Tiger scaled 1/16 brand Heng Long.
  3. Panzer III scaled 1/16 brand Heng Long.
  4. M1Abrams scaled 1/24 brand Heng Long.
  5. Sherman M4 scaled 1/32 brand Heng Long.
  6. Leopard 2A6 scaled 1/16 brand Hobby Engine.
  7. M1A2 Abrams scaled 1/16 brand Hobby Engine.
KV1s Ekranami scaled 1/16
Tiger 1 scaled 1/16
Panzer III scaled 1/16


M1Abrams scaled 1/24.
Sherman M4 scaled 1/32
Leopard 2A6 scaled 1/16
M1A2 Abrams scaled 1/16

Di sini anda boleh lihat ada nye elemen modern battle tank dan juga world war two tanks. Memang ada perbandingan antara kedua dua nya. Terutama part body design,gun turret dan mobility serta saiz gun (meriam) diguna pakai tapi yang sume tu aku tak nak sentuh sebab tu dah masuk bab real tanks..yang aku nak emphasize sekarang ni ialah Remote Control Battle Tanks sahaja dan gathering Kuantan RC Tank Group...

Maka masing masing pun keluarkan lah model model RC tanks yang ada dalam koleksi masing masing...Jadi nak short aku punya citer..sila lah tengok pics di bawah ni..huhuhu...













































Haha.. so amacam? kepada RC Tank commanders out there mesti ada yang 'terbakar' kan?? kene kene pulak jika takde model M1A2 Abrams dan Leopard 2A6 sebab time aku tengah type entry ni model Leopard 2A6 sedang hangat 'diburu' di pasaran seluruh dunia..sekali lagi SELURUH DUNIA tau..bukan Malaysia sahaja. Walaubagaimanapun ada juga sesetengah RC tank owners ni prefer kepada World War Two RC tanks versions berbanding modern RC tanks..itu bergantung lah kepada minat masing masing,kalau aku memang minat bebenor asalkan RC Tank tak kira lah version apa,scale apa dan brand apa.

Paling menarik semasa kami buat gathering ni ialah kami menjadi tumpuan ramai pengunjung Pantai Batu Hitam yang berpiknik di situ even RC tanks kami juga menjadi sebahagian tumpuan lensa kamera kamera DSLR dan compact oleh pengunjung pengunjung di sini. Bahkan ada seorang cameraman yang sedang buat photoshoot di situ pun tak lepaskan peluang merakamkan aktiviti RC tanks kami ni hehehe...kami anggap ia seperti rahmat pabila menjadi tumpuan orang ramai. Yang bertanya pun ramai jugak daripada kanak kanak hatta orang dewasa termasuk warga emas pun hehehe..Tak kurang juga yang tanya samada RC tanks kami ni Diecast model,kami jawab RC tanks la sebab memang ada diecast tank models dalam scale 1/16. Kepada yang tak tahu apa tu diecast model ia macam seperti replika statik dalam bentuk patung,kenderaan,robot dan apa sahaja tapi dalam military diecast ni sudah tentu kesemua replika statik ialah berbentuk aset aset military dan terdapat dalam pelbagai scale dan rupa. Kanak kanak yang kejor RC tanks kami pun ade jugak..mungkin nak main main jer kot. Mujur lah parents diorang control kalau tak risau gak kami ni. Masa kami bermain RC tanks ni pun ade jugak member dalam group kami buat simple recording video boleh klik di sini yer untuk tengok.

Semasa bermain RC tanks ni kami juga turut perhati apa kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap RC tanks kami. Ia penting untuk kami repair dan upgrade performance RC tanks kami. Setiap model RC tanks memang ada advantages dan disadvantages. Sebagai contoh mudah ye.. RC tanks aku punye seperti Leopard 2A6 dan M1A2 Abrams mempunyai advantage dari segi range of control kerana pakai sistem kawalan frekuensi 27 Gigahertz (GHz) manakala members aku yang lain cuma pakai kawalan frekuensi 27 Megahertz (MHz).Namun agak kureng dari segi tembakan gun BB, aku punya cuma boleh tembak sejauh 1 meter sahaja manakala RC tanks members aku (mostly brand Heng Long) tembak sejauh 5-10 meter. Daripada segi mobility dan durability pula of course RC tanks brand Hobby Engine juara berbanding Heng Long tapi agak limited jika nak buat modification tambahan. Selain tu RC tanks brand Hobby Engine takde compartment untuk produce smoke (asap) dan kuasa tembakan. Akan tetapi bab gun turret rotation pulak boleh rotate sampai 360 darjah beb!! hahaha...yang mana itu agak mustahil dilakukan oleh RC tanks brand Heng Long yang cuma sekitar 200-220 darjah sahaja. Satu lagi RC tanks Hobby Engine ni boleh shoot gun in motion walaupun pada maximum speed berbanding RC tanks Heng Long yang mana boleh juga buat macam tu tapi bukan pada semua model la..kalau tak boleh rosak sistem gun tu huhu... 

Kami selesai buat gathering tu pada jam 1.10 pm..kebetulan dengar pak imam baca al quran dari sebuah surau berdekatan tanda nak masuk waktu Zohor da..Sebelum tu sempat bincang bila next gathering tapi rasanya itu lambat lagi la kot sebab members aku ni kerja sebagai sailor dalam Navy (TLDM)  dan kebetulan esok nye tu (1/7/2013) mereka belayar selama 2 minggu jadi next time lah kot hahaha...Ok lah itu sahaja daripada aku yang mewakili group RC Tank Kuantan ni sekian terima kasih. See you in the next entry :)