Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 26 Mei 2014

Surah Al-Mulk - Bacaan Syeikh Saad Al-Ghamdi -





Sebelum masuk tidur,jom baca surah Al Mulk.

Bacaan Yasin - Ust Hj Dzul Karnain FULL





Jika ada masa lapang,apa kata sama sama kita (yang beragama Islam) baca surah yassin. Salah satu daripada surah surah di dalam Al quran. Insya Allah banyak khasiat dan fadhilat jika kita sentiasa baca dan amalkan surah ini. Namun jangan lah dilupa pula surah surah lain.

motivational words / kata kata semangat.

Tiada apa yang aku ingin nukil kan di sini cuma sekadar perkongsian kata kata semangat kepada rakan rakan blogger dan non blogger di luar sana tak kira lah dalam apa jua situasi anda. Jom kita renungi sejenak kata kata ini

" Tanda kita kuat ialah kita mampu tersenyum di saat dilanda musibah,mampu ketawa di saat berduka, mampu bangun di saat kita rebah.

Ingat lah tatkala kita sedang dilanda musibah,akan ada segelintir manusia yang bertepuk tangan dan senyum semasa kita dilanda musibah dan apabila kita kelihatan lemah.

Buktikan segala apa jua tanggapan mereka itu salah.

Kita mampu bangun walaupun lutut dan kaki calar balar, kita mampu senyum walaupun bibir dan mulut berdarah.

Kita masih mampu terus berlari."

Sekian, Terima kasih.

Sabtu, 24 Mei 2014

Beriadah: Taman rekreasi dan tasik Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.



Apa khabar semua, di saat aku sedang menaip entry baru ni aku sedang bercuti untuk kali kedua dalam bulan yang sama iaitu bulan May selama seminggu. Kali pertama aku bercuti lama ialah 2 minggu yang lalu. Punca nya sebab aku tak sihat dan disahkan oleh doktor bahawa kandungan kolesterol dalam darah aku naik sedikit serta ditambah pula dengan masalah 'anxiety disorder' yang aku alami. Namun demikian, Alhamdulillah sejak aku amalkan cara hidup sihat selain makan ubat yang diprekripsi oleh doktor. Gejala atau simptom masalah yang aku alami mulai berkurangan. Terima kasih kepada Allah kerana Dia lah jua Yang Maha Penyembuh. Moga masalah kesakitan yang aku alami itu menjadi kifarah kepada diri ku ini juga. Amin..

Isnin, 19 Mei 2014

Zikir Tenang & Penawar Hati Hijaz Munif Ahmad





Jom sama sama lah kita berzikir untuk tenangkan jiwa dan hati kita. Bloging dan vloging tu buat jugak tapi jangan lupa dan jangan lalai dalam mengingati Allah dan Rasul Nya setiap masa. Banyak hikmah berzikir ini. Namun jangan lupa pula kepada tuntutan perkara wajib dan fardhu ye :)

Khamis, 15 Mei 2014

Jalan jalan: Zoo Melaka.



Apa khabar semua. Kali ini aku nak buat entry pasal pengalaman aku berjalan jalan di Zoo Melaka. Anyway untuk makluman, lawatan aku ke Zoo Melaka ni sebenarnya entah kali ke berapa. Kali pertama aku melawat ke Zoo Melaka ialah pada tahun 1996 (masa tu aku berumur 11 tahun) bersama dengan famili aku. Kali kedua pula tahun 2000 (form 3) ikut rombongan sekolah selepas habis exam PMR. Manakala kali ketiga pada tahun 2012 dan ke-4 pula pada Disember 2013. Namun gambar gambar yang aku paste kan nanti semuanya pada tahun 2012 dan apa yang aku nak cerita ni pun pada tahun 2012 hehehe...sorry ye.

malu pulok...hehehe

Okay kisah nak ke Zoo Melaka pun bermula.

Rabu, 14 Mei 2014

Masjid Tengku Tengah Zaharah dan Kuala Ibai.

File:Basmala.svg


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Harap semoga anda semua sihat walafiat ketika ini ye..

Okay lah, entry aku pada hari ini menyentuh tentang salah satu tempat yang menjadi kegemaran untuk aku pergi setiap kali balik ke hometown di Kuala Terengganu ni. Jika pada entry sebelum ni aku ada cover pasal Bukit Besar, pada kali ini pula aku akan cover pasal Masjid Tengku Tengah Zaharah dan Kuala Ibai.

Masjid Tengku Tengah Zaharah?? 

Isnin, 12 Mei 2014

Jogging: Bukit Besar, Kuala Terengganu.


Apa khabar semua, sejak akhir akhir ni aku sering post share video dari youtube. Aku pun tak tahu la kenapa suka bebenor buat perkara macam tu. Tapi itu lah yang akan aku buat jika aku lost idea nak taip entry baru.

 Okay kali ni aku nak sentuh pasal tempat yang sering menjadi 'port' aku untuk bersantai dan beriadah tiap kali pulang ke hometown aku di Seberang Takir, Kuala Terengganu ni iaitu Bukit Besar

Mungkin ada yang bertanya kenapa tak nak cerita pasal Masjid Kristal ke, Muzium Losong ke, Pulau Redang ke dan tempat tempat lain yang kira famous la dan sering masuk TV. Well guys, tempat macam tu dah ramai blogger dan vlogger sentuh so aku nak kurengkan sikit cerita tempat tu. In fact dalam tv pun banyak kan? However insya Allah ada masa jika aku ke sana (walhal memang aku dah gi pun) akan aku buat entry pasal tu pula ye.

Isnin, 5 Mei 2014

Jalan jalan: Dari Bagan Lalang ke Zoo Taiping dan mee udang banjir.

Apa khabar semua, kali ini aku nak share pengalaman aku melawat ke Zoo Taiping. Lawatan ni aku pergi seorang diri je, al maklum lah lone ranger macam aku ni siapa nak teman kan? Lawatan ini sebenarnya dibuat pada tahun lepas pada tarikh 10 Februari 2013 pada hari ahad (time cuti weekend). Actually sehari sebelum tu pula aku menginap di Hotel Seri Malaysia di Bagan Lalang, Sepang Selangor. Biasa lah bai time tu fulus aku cukup banyak beb dan komitmen pun sangat kurang melainkan kerja hakiki dan kerja part time serta over time di waktu minggu bekerja. So apa lagi pulun lah relek kat tempat orang pulak. Sekarang ni aku terpaksa hadkan semua aktiviti travel aku dek kerana masalah kesihatan selain daripada bertambah komitmen sebab tahun ni aku bakal sambung pengajian ke USM Penang dalam ijazah sarjana Matematik. Dah tentu nak pakai duit banyak kan..huhuhu... redho dan sabor jer lah yerr..