Khamis, 25 Oktober 2012

Kursus di penang lagi...

Dah beberapa hari aku tak taip di blog aku ni. Al maklum la minggu lepas aku busy dengan kursus seminar perubatan nuklear (nuclear medicine) di Sunway Hotel Seberang Jaya, Penang. Minggu ni pulak ambil adik aku di UiTM Shah Alam dan shopping di Nilai 3, Seremban Negeri Sembilan.
long time not touching this subject..

so kursus yang aku attend tu actually takde la related directly dengan kerja aku namun disebabkan aku ni pernah study subject ni masa time duduk kat Unisza dulu (masa tu dipanggil UDM) tak silap aku semester 5 dan 6 (tahun final la). of course la wajib pada aku untuk timba balik apa yang aku dah lupa selepas 3 tahun tinggalkan subject ni. Seminar ni makan masa 3 hari dan selama 3 hari tu la aku berkampung di E-red Hotel tak jauh dari tempat seminar ni. Ikutkan aku memang nak je duk kat Sunway Hotel tu tapi alahai mahel bebenor kos penginapan..mane tak nye 1 malam RM 300 lebih weh...memang bankrap la aku hohoho...nauzubillahi min dzalik. So nasib bek la ada gak bajet hotel area situ dengan rate accomodate cuma RM 100 satu malam. Tapi yang best nye of course la makan memang sedap sedap...breakfast, lunch, hi-tea memang full complete. western,chinese,japanese,melayu,india semua ada...boleh kata 3 hari breakfast tu memang ada capati,roti sandwich yg gebu punyer...western sandwich kot. time lunch pulak pergh...memang satu meja tu complete la masakan timur-barat satu dunia. hi-tea pulak macam biasa je cuma makan tu macam breakfast...hohoho...banyak citer pasal makan ek? hehehe...tak po la bukan selalu makan hotel. setahun sekali je kan hehehe..

Lepas habis kursus tu aku ambil peluang la pergi ke sebelah pulau...di Penang ni actually ada panggilan dia sendiri. Penang sebelah pulau tu dipanggil pulau atau Penang. Kalau di tanah besar ni kadang tu dipanggil tanah besar. Salah satu tempat aku sempat snap pic ialah di Jambatan Pulau Pinang.








traffic jam over the bridge...right in the middle of Malacca Strait 

Actually aku nak try pekena pasemboq, nasi kandar ori pulau dan char kuey teow penang...tapi cuma sempat pekena nasi kandar dan char kuey teow tapi bukan di Penang sebaliknya di Kepala Batas je huhuhu...so memang aku kempunan la nak pekena pasemboq nih...tapi takpe la tahun depan insya Allah takde aral aku nak mai lagi ke sana maybe dengan junior staf kot. Tapi aku sendiri tak sure nak mai lagi ke tak since aku ni actually dah complete course di Penang...tahun lepas tajuk Radiation Protection and Updates in Imaging di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas Penang. emmm ye kot sebab AMDI Kepala Batas Penang cuma organize 2 jenis kursus ni je kot. Ok la sambung next time..huhu bye.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan