Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 1 September 2012

1/9/2012

Wah...sudah tengah malam kah...no wonderpet la pun ahahahaha....ok actually aku baru jer selesai meng download,install dan update game lama tp still berbisa bagi ku iaitu Command and Conquer Generals dan Command and Conquer Generals Zero Hour.

Command & Conquer: Generals – Zero Hour cover
Command and Conquer Generals Zero Hour
Cncgen-win-cover.jpg
Command and Conquer Generals

Apa yg menarik pada dua dua game ni? bagi mereka yang tak minat tak perlu la nak ambil tahu sebab belum tentu korang nak main game ni. bagi aku dan juga gamers yg giler2 sesangat pada game bercorak strategy ni salah satu attractive yg ada pada dua2 game ni ialah gambar dan sinematik bersifat 3D. Selain tu characters,weaponary systems yg diguna pakai oleh factions dalam game ni pun sangat menarik. Surely boleh main secara ramai melalui talian internet samada secara online atau LAN. Lagi ramai,lagi best main game ni. dalam Generals,faction cuma 3 sahaja iaitu US,China dan GLA. tapi bagi skirmish dalam Generals Zero Hour pula banyak walaupun main cuma 3 sahaja seperti biasa. Sebagai contoh dalam US sendiri ada 4 groups berbeza yg mempunyai kelebihan berbeza. Contoh 1st: US force, 2nd: Superweapon US forces, 3rd Airpower US forces dan 4th: Laser US forces. tapi seriously aku minat sangat dengan Zero hour berbanding Generals.Tapi sekarang ni C&C orang dah tak layan da...ramai duk sibuk dengan Dota jer hehehe...Cuma buat pertama kali aku download game ni via internet. sebab kebiasaannya aku akan pergi ke kedai pc untuk cari game ni tapi alhamdulillah berkat ingin tahu kaedah terbaru memperoleh game tanpa keluarkan satu sen pun duit berbaloi jua akhirnya.

Ok berbalik pada aktiviti aku pada semalam iaitu 1/9/2012. macam biasa la aku bangun lewat sedikit. Mula2 aku ingat nak mandi dulu tapi rasa malas la pulak sebab tak tahu nak buat apa. Then aku pi la nak tengok dan test Tiger tank remote control aku tu...Tank ok tapi radio control pulak lampu tak menyala menandakan signal antena bermasalah atau circuit board dah terbakar..ni tak lain tak bukan keje nephew aku la ni. Maklum budak umur setahun sume ingat toy diorang...ades..tapi bila pikir balik nasib bek radio controller je.kalau tank rc aku musnah adesss lagi la sakit jiwang. Mana tak nye rm500 woo aku spent beli tank rc ni.

Lepas tu henset aku berbunyi,tengok kat screen display tu tertera memo 'Beli keropok lekor staf uia kod kirim' Owhh baru teringat hari khamis baru2 ni aku ada tanya diorang nak order keropok tak.aku ingat tak de orang atau satu dua je nak beli tapi leh tahan ramai gak ni huhuhu...so before that aku pi la mandi dulu, takkan nak ke kedai orang dengan bau badan mashem ni kan. Lepas mandi dan sedikit breakfast mula2 ingat mahu ke kedai keropok terus tapi aku rasa nak jalan2 kejap di Manir dan seterusnya ke Mydin Mall.

scene at the manir bridge across the terengganu river
Mydin Mall Kuala Terengganu
Tujuan aku ke Mydin Mall tak lain tak bukan nak survey kamera digital sebab dalam mydin mall tu ada sebuah booth yang jual kamera digital dan pilihan aku of course Olympus PM3 DSLR dengan harga mencecah RM1699 seunit termasuk lens tambahan,flasher dan juga warranty selama 2 tahun. Mula2 aku ingat mungkin harga boleh nego kot,last2 tak boleh gak...apa yg tokey dia cakap tu sebijik macam apa aku dah survey di Kuantan start dari Kuantan Parade,Megamall,ECM dan kedai2 kamera. Nampak gaye nye memang aku kena beli di Kuantan la tapi takpe aku nak survey last di Mid Valley Megamall kat Bangsar KL nung weekend ni nanti mana tahu kot boleh dapat lower price kan?

    

    

ni lah adik beradik olympus dslr yang aku dapat dari internet. tapi so far di kuantan dan k.trg cuma 2-4 model sahaja dijual iaitu yg bawah kanan ni,bawah kiri ni 1 termasuk yang atas kiri tu dan lain lagi tu aku tak dapat nak cari mana pic kamera tu..aku rasa lebih baik aku ke KL untuk survey kamera olympus dslr yang lain dan of course nak cari lower price jika boleh :)

Lepas abes jer survey kamera aku pun pergi la beli keropok yg dipesan oleh staf2 KOD uiam nung...nasib baik ramai order keropok lekor saiz kecil tu sebab tak ramai orang nak beli keropok saiz tu walaupun kecil maklum dah habit diorang nak bantai yg besor je walhal rasa same je pung....

salah satu keropok lekor yang dipek dengan plastik kedap udara..satu inovasi yg bagus bagi memberi ketahanan keropok untuk disimpan pada masa yang lama.

macam berada di klinik/hospital/JPJ/bank kan? hehehe
salah satu pemandangan kaunter di kedai keropok bukit tok beng


Keropok bukit tok beng ni memang sedap bahkan disebabkan kesedapan itulah ramai orang luar terengganu yang pada mulanya mencari2 keropok lekor di losong telah beralih arah ke sini. Namun ramai yang tak tahu sejarah jerih perit,pahit manis dan suka duka tokey keropok lekor bukit tok beng ni..menurut cerita orang sekitar bukit tok beng ni daripada apa yang aku dengar dan faham ia lebih kurang macam ni. Asalnya kedai keropok ni sudah lama wujud sejak awal tahun 90 an lagi. Pada masa tu perniagaan mereka takde la memberangsangkan..sekadar kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Ditambah pula gaji pekerja yang diupah pada masa tu cuma la RM5 sebulan. Namun disebabkan si tokey kedai ni baik hati iaitu bila jualannya tak habis (boleh kata tiap2 hari la tak habis) maka dia pun sedekahkan lah saki baki keropok rebus dan goreng itu kepada surau2 dan masjid2 sekitar bukit tok beng,seberang takir hingga ke hulu takir nung. Para jemaah di masjid ni memang sudah lama merasa keenakan keropok ni cuma mereka tak maklumkan kepada famili mereka mahupun saudara mara mereka yang datang dari luar terengganu. Nak dijadikan cerita pada suatu hari ada seorang hamba Allah ni datang dari luar terengganu (mungkin saudara dia ada di kawasan seberang takir ni kot) semasa dia berada di sebuah masjid dan selesai menunaikan solat berjemaah (tak sure la waktu apa) kemudian menjadi rutin tokey keropok bukit tok beng ni menyediakan juadah keropok lekor ni sebagai supper. Hamba Allah ni pun join la sekali menikmati keropok tu..Bila dah rasa sedap maka hamba Allah ni pun tanya la kepada salah seorang jemaah masjid tu,kat mana kedai keropok nya? so sesudah diberi jawapan dan juga lokasi kedai tu maka keesokannya dia pun pergi la ke tempat kedai itu dan dibelinya dalam kuantiti yg agak banyak juga. Maka dari situ lah bermula tangga kejayaan tokey keropok itu. Selain itu tokey keropok itu juga turut mendapat bantuan dari pelbagai agensi kerajaan dalam usahanya untuk memperbesarkan lagi empayar bisnes keropok dia nih. Para pekerja veterannya yg dahulu bergajikan rm5 sebulan kini tak silap aku hampir mencecah rm1k sebulan bergantung kepada jualan keropok yg diperolehi. Dulu kereta buruk dan motor buruk,sekarang dah ada merc kompressor,toyota hilux dan lain2 kenderaan yg dia ada. rumah pula dulu kayu kini batu konkrit 2 tingkat. Cuma aku harap tokey keropok tu tak kan lupa diri setelah berada di mercu kejayaan sebab maklum la bila manusia ni berada di atas,lumrahnye dia akan mudah jadi lupa yg dulu dia pernah berada di bawah dan susah....esok aku still lagi pergi ke sana sebab nak ambil baki 20 batang keropok lekor saiz besar.in total rm70.huhuhhu...eh okay la dah lambat nak tidur, adiosss...