Selasa, 18 Jun 2013

bila sudah tiada kes......zzzzzz

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah,dapat juga aku menaip di entry blog aku ni sekali lagi. Dan lebih menyeronokkan lagi ialah dental students di tempat kerja aku ni pun sudah mula menduduki peperiksaan akhir semester masing masing baik year 1 hingga lah year 5 (final year). Ini bermakna kurang lah sikit beban kerja aku selama ni, ye lah mana tak nye..jika mereka ada sesi klinikal nak kena cover department radiology dental,buat management,duty di specialist dan outpatient clinic,buat QA dan QC test setiap machine dental X-ray setiap minggu dan macam macam lagi. Tak campur lagi karenah dentist dan specialist serta lecturers di sini serta juga pihak admin dan termasuk juga vendor atau suppliers. Memang penat lah bai..hahaha tapi ini bukan bermakna aku tak suka semua tu. Seronok kerja cuma yang jadi tak seronok jika ada yang suka ambil kesempatan atau lepas tangan. Ok lah aku tak nak taip banyak lagi pasal hal tu,nak move on hal lain pulak.

Ini al kisah jaga exam tahun lepas di HTAA IIUM JHC di bilik kuarantin sebelum exam. Tahun ni orang lain pulak take over huhu...


Sepatutnya bila time students exam ni,muka aku la yang kena terlibat dalam jaga kuarantin exam hall. Namun tahun ni agak happy sebab sudah tak perlu jaga exam. Akan tetapi tahun depan kena stand by la kot kot terlibat kembali lagi hehe..

Walaubagaimanapun aku kena pulak standby dengan research yang bakal dibuat oleh beberapa specialist di sini sebab jika mereka nak cari atau trace radiograph images,aku lah yang dicarinya. Last time jadi Research Assistant tahun lepas,aku kena retrace lebih kurang 300 imej X-ray OPG dan 100 imej CT scan dental. Kerja yang nampak mudah tapi sangat memenatkan (penat mata tau) kerana bukan setakat retrace sahaja tetapi kena pulak buat measurement. Satu imej OPG sahaja ambil masa dekat 15 minit dan manakala satu imej CT scan dental pula ambil masa sekitar setengah jam sebab kena check and measure slice by slice. Masa tu lah aku dapat merasa peluang balik kerja jam 11pm,12am dan 1am even dalam bulan puasa sekalipun...memang best hehehe :p

control panel Planmeca Promax 3D Max CBCT.
control panel Planmeca Promax.Panoramic unit.
Romexis Software.
both intraoral x-ray wall mounted unit and mobile unit.

Kesemua machine itulah aku handle,operate dan kadang kala repair (minor troubleshooting) apabila berlaku masalah. Sudah 2 tahun lebih di bangunan baru dan 2 tahun sebelum tu di bangunan lama. Well itu tak semestinya menjadikan kita ni expert 100%. Masih banyak lagi perlu dipelajari, dan cara kita nak belajar ialah apabila berhadapan dengan masalah dan cara kita mengatasi masalah itu. Ia termasuk juga melakukan kesilapan namun jangan lah cuba cuba membuat kesilapan jika kita tahu cara yang betul.

Sedang aku menaip blog ini, ada sebahagian besar staf staf tempat kerja aku ni terlibat dalam Family day yang akan diadakan di pantai Cherating pada hujung minggu ni (22/6/2013) namun aku tak pergi dek kerana menghantar adik perempuan bongsu aku posting tempat kerja beliau di Perlis. Lagipun tiada siapa nak hantar dia kerana masing masing ada kewajipan perlu diutamakan.

Ok lah next time new entry pula...pasal PRU13 tu aku rasa better keep it silent la.No need to tell it walaupun dah tahu kisah sebenar dakwat kekal yang tak berapa kekal tu.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan