Isnin, 26 Ogos 2013

bab makan jer...di pantai timur.


Assalamualaikum..

Tatkala aku membuat entry baru ni, aku baru jer sampai di kampung halaman aku di Seberang Takir,Kuala Terengganu. Semalam aku dalam perjalanan dari Shah Alam dan kemudian nye ke Petaling Jaya sebelum ke Ulu Klang. Selepas itu baru lah bertolak balik ke sini. Tak sangka GPS henset Samsung Galaxy yang ada tu benar2 bikin problem sampai tersesat masuk ke Taylor's University yang tak jauh dari Sunway Pyramid.


sesat sampai sini weh...huhu

Ni la henset nye..tak ku sangka GPS nye benar2 bikin problem.
Interface PAPAGO X5 yang diguna pakai dalam Samsung Galaxy.


Lepas initializing..ni lah yang akan keluar.


Fuh..jenuh weh nak cari jalan keluar menghala ke Gombak. Mujur lah aku teringat signboard Shah Alam. So aku pun patah balik ke Shah Alam dan dari situ nampak signboard Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) so apa lagi terus masuk dan menghala ke Ulu Klang.

copied image. Pemandangan kesesakan yang biasa di Federal Highway.

Ok lah sebenarnya itu bukan topik sebenar aku nak post hari ni. Untuk post hari ni,aku nak sentuh bab makan jer hahaha...

uihh..tak da la sampai camni kot hahaha...

Ok sebagaimana sedia maklum jika biasa tengok blog aku ni kan..aku ni jenis suka mengembara..dah lak tu lone ranger lagi haha.. Sudah tentu setiap kali aku mengembara secara driving dari sebuah negeri ke sebuah negeri mesti sampai masa aku akan rasa lapar. Bila lapar mesti nak cari port kedai makan atau restoran yang besh besh dan sedap sedap hohoho..tapi biler dah rase lapo sangat,asalkan jumpa kedai makan tak kire la besaq gebadak atau kecil macam warung aku singgah dan santap je huhu..

Mee rebus di bandar Jertih (exact location di bawah jambatan bandar Jertih menghala ke Kota Bharu)
That is the first pic..see? what's that? that is called mee rebus. I don't know lah what supposed to be called in English. boiling noodle or what?? hahaha...

 Ok untuk pengetahuan mee rebus ni pada aku memang terbaik dan sedap di bandar Jertih yang terletak di utara negeri Terengganu menghala ke Kota Bharu. Kedai ni susah sikit nak cari bagi yang suka bawak kereta laju cam ribut...jadi nak bagitau hint sikit. Lokasi kedai mee rebus ni terletak di bawah jambatan bandar Jertih dekat tebing Sungai Jertih. Jika anda datang dari arah Kuala Terengganu,anda kena jalan terus di sebelah lorong paling kiri (tapi jangan masuk pulak ke bandar Jertih) kemudian teruskan perjalanan hingga nampak jambatan di sebelah kanan anda. Di sebelah kiri anda pula ada Balai Polis Trafik cawangan daerah Jertih. Kemudian ikut je jalan tu..jalan terus..ada selekoh bawah jambatan tu, kemudian sebaik sahaja melepasi selekoh tu anda akan nampak kedai makan mee rebus di sebelah kiri anda. Bagi yang datang dari arah Kota Bharu pula,selepas dari jambatan tu anda terus buat U-turn ke sebelah kiri walaupun takde signboard U-turn hahaha...don't worry ada laluan ke sebelah kiri jalan tu yer. Jalan terus dan kedai nye terletak sebelah kanan anda.

copied pic tapi ini lah pemandangan biasa di kedai mee rebus ni.
 Sekali lagi nak maklum,di kedai mee rebus ni cuma jual mee rebus sahaja. So jika hangpa nak order makanan laen memang konfem tak da nye...minuman macam bese la semua jenis ada cuma kalu ada yang order air jus2 buah memang takde ler...huhu. Resipi mee rebus ni,aku perhati nampak mudah tapi buat of course payah la kan. Kuah nye menggunakan air rebusan daging lembu. Mee pula macam bese la cuma maybe kerana kuah nye yang sedap tu la aku terpaut dengan kedai ni. Selain tu,daging yang disediakan dalam masakan mee rebus ni memang betul betul lembut dan tak liat.Sayuran pula standard la,ada sawi,kobis,cili besar dan batang sawi. Nak makan sedap lagi boleh la campur dengan sos cili atau kicap manis (itu taste aku la..taste korang laen la kot). Harga mee rebus ni satu pinggan RM4.00 sahaja.

tu dia sos cili,tapi rasanye tak macam sos cili di market2 biasa.maybe buatan sendiri. rasa manis,pedas dan masin.

 Boleh kata setiap bulan,aku sanggup turun ke bandar Jertih ni untuk menikmati kelazatan masakan mee rebus Jertih ni. Silap dowh aku taip bende ni, pas abes bloging ni aku nak pi ke sana la hahaha..

The second place tempat aku yang sokmo sokmo sangat makan ni ialah di De'ganu Seafood restaurant yang terletak di Pulau Duyong,Kuala Terengganu..dekat denge kampong ambe jugok lah ye..

Deganu seafood restoran.
antara bahan2 untuk masak secara steambot.
Deganu Seafood ni actually aku tak pernah pi pun sebelum ni. Yang aku boleh pi ke sane sebab member sekolah aku (Sekolah Menengah Ibrahim Fikri, form 5 Sains 1, SPM 2002) yang ajak aku makan di situ. Rupa2 nye lokasi restoran seafood ini tak lah jauh dengan Ri-yaz Hotel Pulau Duyong.

pemandangan Ri-yaz Hotel di waktu siang hari.
Aku rase korang mesti tau pasal tempat ni kan especially jika biasa tengok siaran Monsoon Cup setiap akhir tahun...haha program membazir jer tu.

 Ok lah apa yang ade di Deganu Seafood ini yer? Kalau korang minat makan masakan steambot dengan harga yang berpatutan dan tak cekik darah maka ini lah port yang paling sesuai beb. Tapi harga steambot tu ikut atas pakej la..ada yang untuk 4 orang (paling murah lah tu dalam RM20 je), 6 orang, dan 12 orang bahkan sampai 20 pun ada untuk setiap pack steambot.
jom masak..huhu
Dalam steambot tu ada sotong,udang,daging,ayam,sosej,fishball,isi ketam,sayur sayuran dan maggi. Tapi kepada yang makan nasi jangan risau..nasi juga turut dihidangkan sekali. Selain tu turut disediakan sos cili,black pepper,butter dan kicap pun ade jugak hehee...pati kuah tom yam pun ada dan boleh refill lagi jika abes dan caj tak dikenakan jika refill kuah tom yam. Caj tambahan dikenakan jika nak tambah maggi,bahan2 masakan seafood dan nasi.


tu lah member sekolah aku dulu nama die fadli umur sebaya dengan aku..masih single dan insya Allah bakal bergelar pegawai diplomat kelak (jika lulus kesemua level interview la) huhu...
Jika yang tak berapa minat dengan seafood ni pun boleh jugak datang ke Deganu ni sebab di sini pun turut menyediakan masakan panas yang standard la seperti nasi goreng,mee goreng,sup dan lain lain lagi. Minuman pulak pelbagai jenis dari minuman biasa,tenaga dan jus jus buah buahan semua ada di sini.
Ok macam mana nak mai ke sini..haha senang jer bai. kalu hangpa mai dari arah bandar Kuala Terengganu atau dari arah Kuantan, hangpa pi dulu ke jambatan Sultan Mahmud.
pemandangan biasa di atas jalanraya Jambatan Sultan Mahmud.
pemandangan dari jauh jambatan Sultan Mahmud.

 Dari situ hangpa maintain di lorong kiri,tak usah mengada ngada pi duk lane kanan..kang ku cepuk nanti hehehe (gurau jer..) Kemudian anda akan menemui signboard Pulau Duyong dan seterusnya susur keluar dari jambatan secara menurun (macam drive kereta turun bukit da). Lepas itu belok kanan,kemudian jalan terus. Nampak selekoh menghala ke kiri ikut je dan jalan terus. Kemudian anda akan menemui sebuah kawasan perumahan flat Pulau Duyong di sebelah kanan anda. Seterusnya anda akan menemui satu simpang jalan di sebelah kanan,masuk ke simpang itu dan jalan terus ye. Lepas itu baru lah anda akan menemui restoran Deganu Seafood,kedudukan dia bertentangan dengan jeti boat tepi Sungai Terengganu.

 Bagi yang datang dari arah Kota Bharu pula,sila ikut signboard Kuala Terengganu. Kemudian jalan terus menghala ke jambatan Sultan Mahmud. Maintain laluan kiri,kemudian akan nampak susur keluar dari jambatan,follow je. Lepas tu belok ke kiri dan ikut laluan selekoh tu sama macam tadi ye.

Ok lah next stop pula kedai makan yang aku gemar singgah jika aku travel jika menghala ke Kuantan pula tempat ni yang aku cukup suka singgah.

Ni lah die Kemaman Kopitiam di Bandar Chukai,Kemaman Terengganu.
Kat sini normally aku prefer breakfast set menu seperti...
Nasi Lemak with chicken curry
with many variants of coffees.
toasted bread with penaut butter/butter.
Half boiled egg / telur separuh masak.
Untuk pengetahuan,Kemaman Kopitiam ni mempunyai franchise di negeri negeri lain seperti Pahang,Kelantan dan KL. Jadi jika tak berkesempatan ke Kemaman tapi nak rasa gak menu Kemaman kopitiam ni boleh lah pi ke tempat yang ada franchise Kemaman kopitiam ye. Tang harga pulak aku tak nak komen sebab better pergi sendiri.cuma kalu makan lebih bayar lebih lah yer hehe...

Kemudian untuk port lunch pula,aku prefer di Restoran Cherating yang terletak di laluan Kemaman-Kuantan.
copied image. ni time lunch di Restoran Cherating.
Restoran Cherating.
Ok kalau nak tau restoran ni terletak jalan Kemaman-Kuantan di area Cherating. Nak cari kedai ni cukup senang sebab ia terletak di tepi jalan utama dan ada signboard di situ. Restoran Cherating ni ada cawangan di area Chendor dekat sempadan Terengganu-Pahang. Menu makanan pula jika sebelah pagi macam biasa ada:-
Nasi lemak.
Nasi Kerabu
Nasi Dagang
Nasi Minyak
Nasi Kukus ayam goreng berempah
Mee goreng
pelbagai aneka kuih muih
roti canai
Bihun Goreng

Masuk sebelah lunch hour pun sama macam menu pagi cuma roti canai,mee goreng,bihun goreng dan kuih muih je yang tak de sebab habis. Lauk pauk dia pulak standard sama seperti kedai kedai makan lain cuma disebabkan kawasan ini dekat dengan pantai dan laut serta ada juga sungai sekitar Cherating ni maka lauk pauk nye banyak berorientasikan makanan laut dan sungai seperti kerang,kepah,udang,sotong,udang galah,ikan. Ikan pulak macam macam jenis ada. Ikan tenggiri,kembung,selayang,patin,pari dan selar. Cara masak pula pelbagai cita rasa la, ada masak merah,masak asam pedah,masak tempoyak dan pelbagai lagi. Pendek kata sila lah datang ke tempat ini jika melalui jalan Kemaman-Kuantan di Cherating. Cuma nak bagitau jangan datang lewat petang sebab kedai ni cuma beroperasi jam 7 pagi hingga 4 petang pada hari Sabtu hingga Khamis. Jumaat kedai ni tutup.

Masuk pulak ke bandar Kuantan,of course banyak pilihan di sini. Jika melalui Kuantan Bypass jangan lupa singgah di Restoran Suria Perdana di Indera Mahkota 16.

map restoran suria perdana
Nasi kukus ayam goreng berempah.
Roti Arab berkuahkan kari daging.
Di restoran suria perdana ni famous dengan nasi kukus dan roti arab. Manakala menu menu lain yang dihidangkan ialah nasi putih dan lauk pauk..siap ada ulam ulam segar yang fresh lagi termasuk pelbagai jenis sambal. Roti bakar pun ada. Kuih pau (isi agak tebal) dengan pelbagai jenis inti pun ada. Turut dihidangkan juga pulut panggang, lepat pisang,dan pelbagai jenis bubur seperti bubur kacang,bubur kacang merah,dan bubur cha cha (bubur ore kelate).

Lepat pisang.
Bubur Cha Cha
pulut panggang isi ikan.
Bubur kacang merah
Kebiasaanya aku akan pergi ke Restoran Suria Perdana ni jika aku balik ke rumah sewa atau office aku di Kuantan dari KL atau JB atau Muar atau Negeri Sembilan..nak ringkaskan cerita asalkan dari arah Gambang la.hahaha...Tapi kadang tu kalau aku nak lepak lama sambil tengok movie dan layan internet sini la tempat best nye walaupun sudah banyak restoran,kafe dan kedai makan biasa pun ada Wifi. Yang menjadi attractive pada aku ialah di sini lah tempat berkumpulnya warga pemandu lori treler,balak,kontena dan bas selain pengembara2 yang dalam perjalanan dari pantai barat ke pantai timur terutama bila sebelah malam. Restoran ni dibuka pada jam 4 petang hingga 4 pagi. Cuma bila nak dekat dengan bulan Ramadhan,restoran ni akan ditutup lebih kurang seminggu atau 3-4 hari sebelum ramadhan kerana pada bulan puasa restoran ni tetap beroperasi seperti biasa. Mungkin nak bagi staf restoran ni rehat dan seterusnya buat planning operasi dan bajet masa bulan puasa kot..mungkin la.

Selain itu Jungle Food Court di jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat dengan bangunan baru Kuantan Medical Centre di IM8) pun turut jadi favourite aku.

Ruang makan Jungle Food Court.
Di JFC ni pelbagai jenis menu ada. Nak apa? Burger bakar ada (baru je bukak tak sampai 2 bulan pun), Nasi Arab,Nasi Mandy (pun salah satu nasi arab jugak), Nasi kukus, Char Kuey Teow, Hot Plates,Sizzlings, Yong Tau Fu, variasi masakan panas,nasi lemak pelbagai jenis,fries dan macam macam lagi. Minuman pun selain yang standard menu ada juga special seperti Neslo 3 layers, Bandung soda, Bandung 3 layers, Milo dinosaur, Milo 3 layers, Soya cincau dan macam macam lagi la yang kadang kala aku sendiri pun tak pernah dengar. Kreatif bebenor staf kat sini hehehe..JFC ni dibuka seawal jam 11 pagi hingga jam 2-3 pagi. Kat sini kalau hangpa suka sangat berkaraoke boleh layan kat sini tapi ada bayaran la dan ikut timing dan number of pax.
Nasi kukus ayam berempah
Nasi Arab lauk kari kambing
Waffle stick..so far aku tak makan lagi.
Milo Dinosaur a.k.a Milo tabur usually dibuat samada sejuk atau panas.tapi nak sedap dalam keadaan sejuk sebab boleh makan milo tu sekali hehehe...
Nasi Ayam
Nasi Arab lauk ayam..tak silap aku Nasi Kabsah

Fuhh letih jugak duk taip and paste pics pasal makan ni ek..tambah pulak perut tengah lapor ni hehehe,,ok lah rasanya untuk ini sahaja entry pasal makan di kawasan pantai timur ni. Ada masa akan aku update lagi pasal makan ni hehehe...Wasalam and bye.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan