Ahad, 1 September 2013

Hari Kebangsaan

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-56.

Sudah 56 tahun kita bebas daripada cengkaman kolonialisme kuasa British. Ya, itu secara zahir nya. Secara mendalam sendiri mahu ingat lah ye.



Aku tak pernah pergi menyaksikan sambutan atau perarakan perbarisan Hari Kebangsaan. Tidak pernah sama sekali. Bukan kerana enggan pergi tengok tapi aku lebih suka menonton di TV. Namun kali ni tidak sama sekali. Tambah pula kali ini, aku ada tetamu yang datang dari Perlis so takde masa la nak layan semua tu.

Merdeka!!
Bercakap tentang hari kemerdekaan..kata akar (root word) bagi kemerdekaan ialah merdeka. Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4, merdeka memberi erti bebas,lepas,berdiri sendiri,dan tidak bergantung kepada yang lain. Secara teknikal daripada segi pentadbiran atau politik ia bermaksud kebolehan memimpin dan mentadbir sesebuah negara atau kawasan dengan sendiri. Daripada segi pandangan Islam pula, kemerdekaan bermaksud bebas daripada kongkongan manusia,undang undang manusia, bebas daripada hawa nafsu dan mengikut segala amalan syariat dan perintah Allah s.w.t. Oleh itu jika kita nilai semua sudut ini, kita akan dapati bahawa sebenarnya tiada istilah 'pure independence'. Mana mungkin seseorang manusia boleh mengatakan dirinya bebas merdeka sepenuhnya sedangkan dia dalam pemantauan dan kawalan Allah s.w.t. Ya kita semua dibawah kuasa kawalan Nya. Apa sahaja yang berlaku dan apa sahaja yang kita buat juga berlaku dengan izin Allah s.w.t dan bukannya atas ketentuan kita. Namun Dia tak pernah halang kita untuk berusaha mendapatkan apa yang kita mahu. Namun kita sebagai manusia yang dicipta oleh Nya hendaklah percaya akan takdir dan Qada' Qadar Allah s.w.t



Ok lah,bercakap tentang aktiviti aku sempena hari merdeka ini,sememangnya tiada apa aktiviti menarik yang aku buat melainkan tengok TV,breakfast dan jalan jalan. Itu sahaja lah. Bagi 31 Ogos 2013, aku ada tetamu datang dari Perlis. Beliau ni sebenarnya ex student first batch Bachelor Degree in Dental Sciences KOD IIUM Kuantan. Graduated since one year ago, dan sekarang ni dia bekerja di Klinik Kesihatan Arau,Perlis sebagai Dental Officer.
Photo
Sebelah kiri yang berkopiah ini lah orangnya. Nama dia Khairul Fikri a.k.a Abang Long. Dah ada 2 orang anak..hehe..
Dia datang ke Kuala Terengganu atas kapasiti sebagai peserta sebuah program yang berlangsung di Scout Inn Resort di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Aku ni kira sebagai driver dia lah untuk ambil dia dari Stesen Bas MBKT Kuala Terengganu untuk ke sini dan juga lain lain tempat di sekitar Kuala Terengganu ni.
 
ni lah stesen bas nye..tak kira lah dari mana anda datang sekalipun asalkan sampai di Kuala Terengganu dengan menaiki bas sini lah tempat anda akan turun dan juga naik :p

Actually dia call aku seawal jam 5 pagi lagi tapi masa tu aku sedang lentok atas katil,maklum lah tidur lewat haha..So aku pergi ambil dia jam 8 am. After that aku bawak dia pi breakfast di area Taman Samudera di Kampung Duyung, Seberang Takir. So kami order lah menu yang terdapat di situ seperti nasi kuning, nasi lemak, laksam, roti canai kosong dan roti canai telur. Alhamdulillah rezeki Allah yang diberikan kepada kami makan sampai habis...hehehe
Ni la suasana dalam kedai makan roti canai ni.
Selepas tu aku bawa dia pi berjalan ke tempat yang paling famous sejak tahun 2009 hingga kini yang masih lagi menjadi topik hangat baik dalam dunia sukan mahupun politik serta SPRM dan PDRM pun minat jugak pasal tempat ni. Tak lain tak bukan ialah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali orang tempatan sebagai stadium runtuh.heheheh....
Ini lah tempat yang aku bawa. Masih lagi bersisa kesan runtuhan stadium ini.
Sempat juga aku terangkan keadaan terkini dan status terkini proses baik pulih stadium ini. Haha..macam lah aku ni jurucakap pihak stadium pula hehehe...
 
Ini bahagian main entrance depan stadium. Sisa runtuhan bahagian atas sudah dialihkan tetapi bahagian bawah (tak nampak) masih banyak lagi belum dialihkan.
Jika korang nak tahu status terkini stadium tu, ia masih dalam proses mengalihkan sisa runtuhan dan pembersihan. Untuk masa depan,aku tak pasti sebab ada rumor mengatakan ada kebarangkalian ia bakal diruntuhkan dan dibuat baru. Mana tak nya, kos pembersihan sahaja sudah cecah RM14 juta. Belum campur lagi kos repair dan kos bina balik apa yang rosak. Jadi aku pasti tak mustahil ia dirobohkan dan dibuat semula.

Selesai dengan round round di stadium runtuh ni,aku bawa dia pi ke Scout Inn dulu untuk tengok lokasi yang dia akan pergi nanti. Kemudian pula aku bawa dia pergi ke tempat paling mahsyur masa kini di Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal.
Pandangan dari arah Bukit Besar. Masjid Kristal dekat tebing sungai tu.dalam pic ni sebelah kanan atas.

Ni lah masjid Kristal nye..
So di sini sambil sambil dia ambil gambar dan mencari souvenir,kami pun bersembang sembang lah dari topik kerja,IIUM,kenangan semasa belajar di KOD,situasi semasa KOD,hobi,politik,ekonomi, family even military sekali pun hahaha..really interesting topics we discussed about.

Kemudian aku pun bawa dia pergi ke Mydin Mall sebab dia kata nak pergi sana shopping sikit 3-4 jenis barang sebelum pergi ke Scout Inn.
copied pic daripada website mydin hehehe..
Selesai jer shopping terus aku bawa dia pi ke tempat yang dia nak pergi sebab program yang dia attend tu la.
Scout Inn Resort,Pantai Teluk Ketapang,Seberang Takir Kuala Terengganu.
Itu sahaja aktiviti aku di hari kebangsaan tahun ini hehehe..jadi driver taxi tak bertauliah hahaha...Ok lah that's all folks.bye bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan