Jumaat, 3 Januari 2014

Kejadian yang tak diingini di tahun baru 2014.

                      Pada tarikh 1 Januari 2014 pada jam 9.20 malam menjadi igauan ngeri pertama kali buat diri ku sebab jadi mangsa pecah masuk dan samun kereta aku. Kejadian itu berlaku di depan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di Bandar Temerloh di Jalan Sultan Ahmad. Semasa kejadian berlaku, aku berada di dalam restoran dan kebetulan ramai pula orang datang membeli di situ. Mungkin disebabkan suasana agak bising di dalam restoran menyebabkan aku tak sedar dan tak dengar apa yang berlaku di luar restoran. Kereta aku memang telah dikunci begitu rapi dan beg galas itu telah diletakkan di bawah seat co-driver. Ikut logik memang susah nak nampak dari luar kerana ditambah faktor tinted cermin yang gelap dan suasana kawasan parking pula cahaya lampu agak malap.

Yang pasti cermin kereta aku pecah dan sebuah beg galas yang di dalamnya terdapat pelbagai barang dan dokumen termasuk kamera DSLR kesayangan ku telah hilang...memang sial lah pencuri tu. Berikut senarai barang yang hilang dicuri:-

1. Kamera DSLR model Olympus EPL3.
2. Binocular Bushnell 39-40 mm x 5 magnification.
3. Red infra laser findranger model Bushnell 40 mm.
4. Viva Elite duplicate key.
5. Beberapa helai nota tentang program dan perkembangan teknologi nuklear di Malaysia.
6. Salinan polisi insuran peribadi aku ( Takaful Ikhlas).
8. Beberapa salinan dokumen pejabat berkaitan claim,gaji dan surat surat pihak pembekal dan vendor.
9. Salinan laporan bajet dan kewangan pejabat untuk Jabatan Pengimejan Pergigian.
10. Sepucuk pistol airsoft model copied Colt.45 ACP dengan 1 kelopak fully loaded.
11. Rifle Telescope model Tasco 35-39 mm x 4 magnification.

Anggaran keseluruhan secara kasar ialah RM 4200. Nilai harta benda yang dicuri. Campur dengan kos kerugian kerana cermin kereta pecah pula ialah RM4503 kerana kos pasang cermin tinted yang baru ialah RM303 tapi mujur lah cermin kereta aku ni dapat cover insurance. Aku guna insurance under Tokio Marines (M) Sdn Bhd.

Yang hairan bin ajaib nye.. GPS model Wayway, Samsung Galaxy Y, beberapa note RM10 dan RM50 dan beberapa syiling pula tak diambil. Aish....pening pening. Siapa sebenarnya pencuri ni dan apa yang dia mahu? suwey betul aku memikirkan tentang hal ini.


Di malam kejadian dan di tempat kejadian.

Sebelum repair

Laporan polis telah dibuat pada jam 9.30 malam di Balai Polis Temerloh yang terletak cuma 1 km dari tempat kejadian. Walaubagaimanapun kes aku ni terpaksa dihantar ke IPD Temerloh yang terletak di Bukit Angin, Jalan Kuantan-KL. Di situ lah cap jari cuba dikesan tapi gagal mungkin kerana kesan habuk,hujan dan barangkali si penjenayah gunakan sarung tangan semasa merompak. Selain itu aku turut call parents aku,adik aku,bos tempat kerja dan kawan kerja untuk maklum kepada mereka tentang kejadian ini. Esoknya pada 2/1/2014 aku terpaksa ambil satu hari EL (Emergency Leave) untuk uruskan kerja pasang cermin baru di kedai aksesori kereta dan claim insurance di Tokio Marines Insurance di bandar Kuantan. Apa apa hal pun aku anggap kejadian ini merupakan satu dugaan yang mungkin ada pelbagai macam hikmah disebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan