Rabu, 23 April 2014

Rc tank-to-tank battle using Infra red laser with spy camera.



Ok untuk entry hari ini aku nak share video yang aku rekod menggunakan key chain spy camera. Again I want to tell earlier the quality of video is not as good as whatever your video recording tools have but it is still averagely okay lah untuk recording kan.


Jika video sebelum ni aku lekatkan key chain spy camera pada kereta kebal kawalan jauh radio M1A2 Abrams. Kali ini aku lekatkan ia pada T72M1.



yang ni la T72M1

aku pasang key chain spy camera aku kat atas gun turret. dekat dengan laras meriam tu.

Okay ni lah hasil video nye.

yang tadi tu round 1 di mana aku kendalikan T72M1 manakala M1A2 Abrams pula dikendalikan oleh seorang kawan aku yang merupakan seorang student dentistry UIAM tahun akhir dah. Siap ada scene kena 'lenyek' dengan M1A2 Abrams lagi. Itu lah perkara yang aku suka pasal rc tank brand VSP ni. Walaupun kecil daripada segi skala tapi disebabkan ia menggunakan track getah berbanding track plastik maka ia boleh climb apa sahaja jenis terrain dan objek dengan mudah. Jika anda ada rc tank guna track plastik atau hard plastik cuba buat, mesti payah nak climb. Cuma disadvantage ialah jika anda kerap bermain di permukaan kasar macam atas jalan ni,track akan cepat haus dan kena replace dengan track lain. Ala macam korang main rc kereta drift atau turbo la.

Ni lah orang nye nama dia Aiman Sabqi. asal Kelantan. insya Allah bakal bergelar doktor gigi pertengahan tahun ni.

Okay sekarang ni kita tengok pula second round

Hahaha..finally I lost the game. Second round ni Aiman Sabqi selaku operator M1A2 Abrams memenangi round kedua ni. Kalau anda lihat video ni,rc tank aku T72M1 ditembak dari arah sisi belakang. Sebab tu la tak nampak final shot being fired upon my rc tank. Apa pun I love this rc tank compared to others in my collection. these rc tanks have infra red firing system maka ia sangat sesuai untuk tank-to-tank battle berbanding rc tank yang gunakan airsoft gun system. In fact some rc tank groups have already planned for the competition IR tank-to-tank battle.

Jika ada yang berminat nak beli rc tank brand VSP boleh lah click website ini http://www.rcdreamz.com.my/


suasana di dalam kedai rcdreamz di Kelana Jaya. Bukan rc tank sahaja,banyak lagi yang ada in fact ada juga jual small camera untuk tujuan recording dan dipasang pada rc vehicles anda.
Yang ni pula branch rcdreamz di IOI Mall Puchong. Korang yang duk KL tu mesti tahu kan especially yang suka lepaking kat IOI Mall Puchong tu.
Okay lah itu sahaja entry aku pada kali ini. Next time, next entry and next topic. Bye...wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan