Rabu, 15 Februari 2017

RC tanks biathlon 2017

 Assalamualaikum semua,

Harap semua dalam keadaan sihat walafiat dan berada dibawah lindungan rahmat Allah.

Okay untuk entry kali ini, aku nak kongsikan satu event yang telah berlangsung pada 11 dan 12 February 2017 lalu bertempat di Menara TKSS, Jalan Segambut di Kuala Lumpur.

Ianya adalah......



Yup that's it. Acara ini dinamakan sebagai RC TANKS BIATHLON COMPETITION 2017 yang mana julung kali atau pertama kali diadakan di Malaysia. Dari mana dapat idea nak buat competition macam ini? Tengok video bawah ini pula..



Semua kerana pengaruh acara tank biathlon sebenar yang telah diadakan di Alabino, Moscow Oblast di Russia. Kat sana tu memang guna tanks betul lah dan dikendalikan oleh pihak tentera. Yang bertanding pun semua adalah pasukan tentera yang mengambil bahagian dalam acara biathlon tersebut.

Mungkin juga korang tertanya apa benda kah itu BIATHLON?

Okay merujuk kepada sumber Wikipedia.com dan Encyclopedia Britannica serta Cambridge dictionary 'Biathlon refers to an athletic contest or a sport event that combines skiing and shooting'. Dalam bahasa Malaysia ia bermaksud satu acara sukan yang menggabungkan ski salji dan menembak. Bila dilihat pada asal usul atau sejarah acara biathlon ini, asal acara sukan ini diadakan di kawasan negara negara Scandinavia seperti di Sweden, Norway, Finland dan lain lain (boleh rujuk kepada Maps dan Google.com). Ia wujud sejak zaman purba lagi di kawasan sana.

Penemuan lukisan dewa Norse God Ullr di kawasan negara negara Scandinavia.
Secara ringkasnya, sukan biathlon ini kemudian digunakan hanya untuk tujuan latihan ketenteraan di kawasan Scandinavia yang melibatkan skill atau kemahiran ski salji dan menembak. Manakala biathlon di Russia pula mengubah suai sukan ini dengan memasukkan elemen jentera dan kenderaan tempur. Biathlon di Russia telah diadakan sejak tahun 2013 lagi.

Manakala RC tanks biathlon yang diadakan di Malaysia merupakan satu acara adaptasi biathlon dengan menggantikan elemen elemen jentera perang sebenar dengan jentera skala kawalan jauh. Dalam erti kata lain, kami gunakan kereta kebal kawalan jauh untuk acara ini. Bahkan acara ini juga turut disesuaikan dengan keupayaan RC tanks yang sedia ada.

* disebabkan aku ada selitkan unsur sejarah asal usul sukan biathlon ini. Jangan pula salah anggap sukan ini ada kaitan dengan elemen itu. Yang itu hanya lah asal usul sejarah. Apa yang kami buat bukan kerana hal itu. Acara ini kami adakan atas dasar suka sama suka dan perbincangan yang mendalam. Langsung tiada kaitan dengan hal sejarah lama dari negara orang. Selitan ini ditujukan khas untuk mereka yang jenis taksub agama dan adat. Harap korang terasa hati ek!!

Okay lah sekarang fokus terus kepada acara RC tanks biathlon 2017 ini:

Acara ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 11 dan 12 Februari 2017 hari Sabtu dan Ahad. Acara pada hari Sabtu lebih kepada kelas tutorial tentang cara buat kesan khas cat pada RC tanks dan weathering element. Di samping itu juga, turut dibuat ialah service dan baikpulih komponen RC tanks. Peserta RC tanks biathlon ini bukan sahaja dari Malaysia tetapi ada juga datang dari Singapura. Mr Samuel dari Singapura banyak memberi tunjuk ajar tentang tutorial kesan khas cat dan weathering RC tanks serta cara cara nak menguruskan pertandingan RC tanks. Ini kerana di Singapura beliau sudah biasa buat event sebegini cuma bukan pada skala besar seperti mana yang telah pun ada di Jerman, Jepun dan China. Untuk makluman tambahan event ini juga bukan lah event yang besar kerana ia pertama kali diadakan. Bahkan peserta dari Malaysia juga tidak lah ramai (dalam sekitar 8-10 orang). Di samping itu, sebagai kejutan yang tak disangka. Acara RC tanks biathlon 2017 ini juga turut mendapat liputan pihak media iaitu RTM (Radio Televisyen Malaysia). Insya Allah bakal disiarkan pada bulan Julai 2017 nanti dalam program Scrap Book di TV2. Kiranya ia satu pencapaian yang agak membanggakan kerana mendapat perhatian daripada pihak media.

Image may contain: 4 people, people sitting, people standing, food and indoor
Mr Samuel (paling kiri) sedang memberikan penerangan tentang kaedah special paint effect dan weathering pada RC tanks.

Image may contain: 2 people, people sitting, table, food and indoor
Reaksi para peserta RC tanks biathlon yang tekun mempelajari kaedah special effect paint dan weathering.

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Mr. Samuel sedang ditemubual dalam rancangan Scrap Book RTM TV2.

Image may contain: 1 person, sitting and standing
Mr Stanlley (pemilik RC tank Legion) sedang ditemubual oleh krew rancangan Scrap Book RTM TV2.

No automatic alt text available.
Perbezaan ketara sebelum dan selepas special effect paint dan weathering pada RC tank. RC tank ini ialah model M1A2 Abrams skala 1:16 dengan kawalan transmisi radio 2.4 GHz. Sistem tembakan infrared dan airsoft ball bearing.

Alat dan bahan bahan untuk buat special paint effect dan weathering. Ni dapat free tau bila attend acara ni. Kalau beli kat luar boleh mencecah ratusan ringgit. Jenama Tamiya. Baru bahan sahaja. Kalau campur kelas tutorial boleh mencecah angka ribuan ringgit Malaysia. Hanya dalam acara biathlon bayar RM100 untuk kelas tutorial dapat semua alat dan bahan ni serta ilmu sekali.


Kedua dua gambar ini pula ialah susunan latarbelakang lokasi 'pertempuran' RC tanks biathlon. Kesemua RC tanks yang terlibat merupakan skala 1:16 dengan kawalan transmisi radio 2.4 GHz. Boleh guna plastic gearbox tapi rata rata semua guna metal zinc / alloy gearbox dan metal track kerana ia lebih tahan lasak. Belum campur lagi sistem komponen elektronik Rc tanks kerana ada yang pakai board Clark Tk22, Tk24 dan ada juga yang pakai board IBU dengan 4-8 channel transmisi radio. Pada aku design battle ground ini macam the Battle of Bulge di Belgium ketika Perang Dunia Kedua dulu.

Smoke unit.


Zimmerit for Tiger 1 accessories.

Metal gearbox.

Metal and plastic tracks, sprockets and idlers.





Manakala, kesemua gambar di atas ini pula ialah sebahagian daripada komponen dan model RC tanks yang dijual di sini. Di sini? Here? Where? Boleh la merujuk kepada laman web http://www.rctanklegion.com untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Jika anda mempunyai Facebook, boleh juga layari https://www.facebook.com/RCTankLegion. Logo rasmi RC Tank Legion ialah yang ini sahaja tau...

No automatic alt text available.
RC Tank Legion official logo.


Okay lah aku pun tak nak cerita panjang sangat..apa kata korang semua tengok semua gambar gambar ini dulu ye...






















don't worry buddies, it is only a replica shell of 122mm AP round for Jadtiger German tank destroyer. The real one is about weighed hundreds of kg. It can take out any Allied tanks in its range just in single shot.





Siapa sangka tetiba Shahizy Sam dan Zizan Razak pun datang sekali. Mereka kebetulan berada di lokasi sama tapi ada urusan lain. Kebetulan pemilik RC Tank Legion juga ada urusan dengan mereka berdua. Untuk pengetahuan semua, mereka dalam planning awal preparation dan training untuk filem Polis Evo 2. Dalam tahun depan kot baru release lewat tahun 2018 atau awal tahun 2019.

Dalam acara RC Tanks Biathlon 2017 ini ada beberapa kategori dipertandingkan iaitu:-

A. The Best Scale.
B. Infra Red battle competition.
C. BB battle competition.
D. The Best Engineering.

Kesemua kategori ini sudah ada pemenang masing masing. Siap dapat medal, souvenir dan goodies lagi. Berikut aku kepilkan sekali video video ketika acara itu sedang berlangsung.









Kebanyakkan brand dan model skala RC tanks yang terlibat dalam acara ini ialah Tamiya dan Heng Long dengan pelbagai modifikasi dan upgrade dibuat. Kesemua skala ialah 1:16. Model model rc tanks ialah:-

1) M4 Sherman (both Tamiya and Heng Long)
2) Panzer III.
3) Tiger 1.
4) Royale Tiger or King Tiger.
5) Jadgpanther.
6) JadgTiger.
7) SturmTiger (Tamiya).
8) Challenger 2.
9) M1A2 Abrams.
10) T-90.

Yang mana aku tak sebut tu ialah brand Heng Long. Oh ya, sebelum terlupa aku nak komen sikit pasal brand Heng Long. Berbanding tahun tahun sudah, aku dapat lihat Heng Long telah menaiktarafkan mutu dan kualiti RC tanks keluaran mereka. Boleh adapt dengan pelbagai komponen keluaran syarikat lain seperti electronic board daripada Tamiya dan Clark. Bagi bahagian track dan body pula boleh adapt dengan Matto dan juga Tamiya. Begitu juga halnya dengan gearbox yang mana sudah ada upgrade kepada ratio 5.3 dan 5.4 berbanding 5.2. Transmission radio jika dulu terhad kepada 27MHz tapi kini dinaikkan kepada 2.4GHz dengan MFU 2.4GHz. Boleh juga compatible dengan electronic board Clark untuk terima  transmission daripada jenis TurninG, Futaba, Flysky dan lain lain yang ada 4-10 channel berbanding Heng Long origin yang guna 2 channel sahaja. Tapi apa apa hal pun kena buat kerja modifikasi lah. Bukan terus plug-in and play.

Okay lah setakat ini sahaja catitan daripada aku. Jumpa di entry lain pula. Wasalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan