Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih berpeluang untuk menaip di entry blog aku ini. Ok lah,dalam entry sebelum ini aku pernah kata nak menaip pasal pengalaman aku melaksanakan ibadah umrah dan juga melancong (sebenarnya transit 1 hari sahaja) di Oman. Maka inilah kisahnya....
Sebelum Umrah
Idea untuk menunaikan ibadah umrah ini sebenarnya merupakan hajat daripada mama aku. Beliau selepas sahaja pulang dari menunaikan ibadah haji pada tahun 2009 lalu memang bercita cita mahu bernazar membawa aku untuk melakukan ibadah umrah ke sana. Pelan pertama sepatutnya pada tahun 2010 namun gagal kerana masalah kewangan dan aku pun masa tu tak bersedia sepenuhnya. Seterusnya setahun kemudian pada tahun 2011 pun menemui kegagalan kerana aku pula masa tu sibuk dengan urusan kursus di tempat kerja dan ditambah pula kursus kursus yang aku hadiri masa tu semuanya luar di tempat kerja aku. Ada yang sejauh Penang tapi normally di sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja. Akhir sekali pada akhir tahun 2012 dan kali ini memang jadi punyer..
Ok lah selepas itu diikutkan yang akan pergi menunaikan umrah nanti ialah mama,abah,aku dan adik perempuan bongsu aku namun apakan daya adik perempuan bongsu aku tu dapat tawaran menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Ekologi di UiTM Shah Alam. Maka automatically dia pun kena tendang lah dari list hehehe...
Pada awalnya kami terfikir nak cari agensi umrah mana yang boleh offer harga pakej yang munasabah dan sesuai dengan kewangan kami. Maklumlah agensi agensi umrah ni banyak tau di Malaysia ni ada yang telus dan tak kurang juga yang kelentong. Mula mula kami bercadang untuk memilih TH travel agency iaitu anak syarikat Tabung Haji yang seringkali menguruskan urusan jemaah umrah namun bila diperiksa jadual perjalanan dan waktunya agak lama jugak la dan jatuh pada musim panas di sana (kalau nak tahu musim panas di tanah suci terutama di Makkah ibarat seperti berada di depan pintu microwave..wow kiranya panas jugak lah ye). Tambah pula mama aku ni bukanlah tahan sangat pada cuaca panas,maka kami pun cari lah agensi umrah yang lain yang dapat offer buat umrah pada waktu musim dingin iaitu sekitar bulan Januari-April 2013. Alhamdulillah ketemu jua akhirnya iaitu syarikat Andalusia Travel and Tours Agency Sdn Bhd.
Untuk makluman syarikat ini sebenarnya dimiliki oleh seorang tokoh yang sangat disegani apabila menyentuh bab haji dan umrah. Beliau ialah Ustaz Dato' Haji Daud Che Ngah.
|
Ustaz Dato Haji Daud Che Ngah |
Rasanya semua memang sudah biasa melihat beliau di kaca tv dan corong radio di seluruh Malaysia ni kan so tak perlulah aku nak detail pasal ustaz ni.
Ini pula ialah website address syarikat Andalusia Travel and Tours Agency
Jika berminat boleh lah layari laman web tersebut untuk mengetahui pakej pakej yang disediakan,jadual umrah dan haji,penerbangan,syarikat penerbangan yang digunakan dan paling penting kursus persediaan umrah dan haji.
Berbalik semula pada cerita kami, yup kami memilih agensi ini dan pakej yang kami ambil ialah ziarah/transit Oman dan umrah yang mana bayaran setiap kepala ialah RM 5900 something la kalau tak silap. Tapi sekarang ni rasanya sudah turun sikit kot..apa apa hal boleh rujuk kepada website tadi ye.
Kami memulakan kursus persediaan umrah seawal bulan Februari 2013 dimana kelas persediaan umrah itu diadakan pada setiap hari Sabtu dan oleh kerana mama dan abah aku berada di Terengganu maka setiap hujung minggu aku kena la balik ke sana. Pada masa itu kalau tak silap aku,pelan asal jadual berlepas kami ialah pada akhir bulan Mac akan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada masalah teknikal. Maka jadual kami ditukar kepada awal bulan April 2013 lalu. Kelas persediaan umrah yang kami hadiri setiap hari Sabtu itu memang banyak memberi manfaat terutama kepada aku kerana ini merupakan pengalaman pertama kali aku menjejakkan kaki ke sana. Maka segala apa yang diajar oleh para ustaz dan juga mutawwif yang berpengalaman aku teliti dan dengar betul betul di samping turut bertanya kepada kedua dua mama dan abah aku sebab mereka sudah pergi ke sana sebelum ini. Begitu juga halnya dengan 'pantang larang' semasa berada di sana yang mana banyak dilakukan oleh para jemaah baik umrah mahupun haji samada secara sengaja atau tidak.
|
buku panduan diberi secara percuma |
|
mendengar dengan teliti ceramah yang disampaikan oleh ustaz. |
Perjalanan menuju ke Tanah Suci Madinah:
Pada tanggal 3 April 2013 jam 9 malam kami sekeluarga berlepas ke KLIA menaiki pesawat MAS Boieng 737 dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Namun waktu berlepas agak lewat sedikit dek kerana ada masalah tertentu oleh pihak pengurusan airport yang aku tak tahu apa punca sebenarnya.
|
bersembang sambil menunggu pengumuman ke balai berlepas. |
|
menaiki pesawat. |
|
hehe..rasa cuak doh.... |
Penerbangan dari Kuala Terengganu ke KLIA hanya mengambil masa sekitar 40 minit sahaja. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah kecuali kecut perut jer la hehe..Kami sampai di KLIA pada jam 10 malam dan disambut oleh sepupu mama aku yang menetap di kawasan perumahan Bukit Mahkota Putera, Kajang, Selangor atau lebih tepat lagi sempadan Selangor-Negeri Sembilan. Semasa sampai di KLIA,kami terkejut kerana bagasi milik mama aku terkoyak tapi mujurlah sepupu mama aku ni pinjamkan bagasi besar dia kepada mama aku kerana kami kesuntukan masa untuk mencari bagasi baru di sekitar sini. Jika ada pun sangat lah mahal dan sudah tentu lari bajet kami nanti.
Pagi keesokannya pada tarikh 4 April 2013 kami pun bertolak dari rumah sepupu mama kami ke KLIA menuju ke terminal 5 dekat dengan bahagian check bagasi,passport dan visa. Perjalanan tidak lah ambil masa lama cuma 30 minit menggunakan highway PLUS. Jika laluan biasa mahu sampai satu jam kot! Sampai sahaja di situ kami bergegas ke bahagian kaunter M dan mujurlah sudah ramai jemaah umrah sudah menunggu di situ bersama ahli keluarga mereka.
Pelbagai gelagat ragam dapat aku lihat di sini. Oh ya..jumlah jemaah yang aku join ni kesemua sekali 48 orang dengan majoriti jemaah dari negeri Pahang seramai 38 orang dan kesemua 38 orang itu datang dari kampung yang sama iaitu Felda Panching Selatan (aku agak ni mesti kes durian runtuh dapat bonus felda kaw kaw nih). Selain itu ada juga dari Negeri Sembilan,Shah Alam dan Kuala Lumpur serta paling sedikit sekali Terengganu serama 3 orang iaitu kami bertiga hahaha....
Selesai sahaja urusan tiket,passport dan visa serta bagasi, kami bergerak menuju satu tempat di dalam airport itu untuk sesi short briefing. Dalam sesi itu sekali lagi kami semua diingatkan tentang pantang larang semasa berada di sana,keselamatan,kesihatan dan lain lain perkara yang berkait dengan isu jemaah umrah ini. Kemudian kami pun bergerak menuju ke bahagian balai berlepas International yang terletak kira kira 2 km dari sini tetapi dengan menaiki tren ala ala speed bullet tren yang disediakan oleh pihak KLIA (jangan risau tiada bayaran pun untuk tren tu). Sebaik sampai di balai berlepas International,kami bergerak menuju ke kawasan yang diarahkan untuk check boarding pass dan seterusnya menaiki pesawat. Maaf aku dah lupa area mana yang kami tunggu tu. Pesawat yang kami naik ialah Oman Airlines syarikat penerbangan dari Oman. websitenya pula ialah
http://www.omanair.com/
|
monitor screen video,GPS,movie,games dan Bluetooth pun ada. |
|
Sebelum berlepas. |
|
Logo syarikat Oman Air. |
|
makanan yang disediakan semasa penerbangan..all arab foods. |
Kami menaiki pesawat Oman Air pada jam 10 pagi dan berlepas kira kira setengah jam kemudian. Perjalanan dari KLIA ke Musqat, Oman mengambil masa kira kira 5 jam sahaja. Sepanjang perjalanan apa yang aku lihat ialah....
|
yang ni jer lah. |
maklum lah altitud 12 000 meter dari aras laut. Suhu pulak - negatif darjah celsius beb..sepanjang penerbangan ni 5-6 kali jugak la aku masuk keluar toilet. Namun mujur lah video player yang ada depan aku ni memiliki senarai koleksi filem filem seluruh dunia. Aku cuma tonton Taken 2 dan Bourne Legacy sahaja. At least takde lah rasa bosan dengan tidur dalam flight je.
|
Bourne Legacy. |
|
Taken 2. |
Tengah syok menonton filem Taken 2,sedar tak sedar pilot buat announcement bahawa 15 minit lagi pesawat akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Musqat di Oman. Bila aku jengah kepala aku kat tingkap pesawat nampak la coastal area negara Oman.
Sela beberapa minit sahaja selepas itu nampak lah pula pemandangan dari udara bandar Oman dan juga lapangan terbang antarabangsa Musqat,Oman.
Sebaik sahaja mendarat,kami kemudiannya pergi ke lapangan terbang itu bagi urusan cop passport dan visa sementara kerana kami transit sementara di sini selama 4 jam sebelum memulakan penerbangan ke Jeddah di Arab Saudi.
|
di dalam bas airport. bas yang digunakan untuk angkut penumpang dari pesawat ke airport. |
|
suasana di ruang menunggu Musqat International Airport. |
|
Pesawat yang bakal kami naiki ke Jeddah. |
|
mama dan abah aku. |
Kami sekali lagi menaiki pesawat menuju ke Jeddah atau lebih tepat lagi di King Abdul Aziz International Airport Jeddah. Perjalanan mengambil masa cuma 2 jam 30 minit dari Musqat. Sampai sahaja di sana,selepas selesai urusan imigresen dan bagasi kami bergerak ke ruang menunggu. Sementara itu kami semua sempat menunaikan solat jamak qasar takhir memandangkan sudah melepasi waktu Isyak di sini. Kemudian group leader kami memanggil semua jemaah berkumpul dan di situ kelihatan seorang mutawwif bersama dengan group leader. Mutawwif ni namanya ustaz Ahmad Syauki. Dia merupakan seorang warga Indonesia yang telah lama menetap di Arab Saudi ini. Jadi sepanjang kami berada di tanah suci ini,apa apa masalah berkaitan ibadat kena merujuk kepada beliau. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke destinasi utama kami yang pertama iaitu tanah suci Madinah al Munawwarah (Bandar yang bercahaya) dengan menaiki bas yang telah disewa khas. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 5-6 jam (lebih kurang dari Kuala Terengganu ke Muar,Johor la..)
|
pemandangan parkir kenderaan di Jeddah Airport. |
|
di dalam bas |
|
yang ini semasa berhenti berehat,maaf lupa nama tempat ni tapi ia lebih kurang seperti R&R di Malaysia. |
Tanah Suci Madinah (4 hari 3 malam):
Kami sampai di kota Madinah ini pada jam 1 pagi (waktu tempatan, di Malaysia mungkin jam 6 pagi). Sampai sahaja di sana,kami bersama dengan jemaah lain pergi check in di hotel berdekatan. Paling menggumbirakan ialah jarak hotel ke Masjid Nabawi hanyalah 500 meter sahaja. Keluar sahaja dari pintu lobi hotel ni terus nampak pintu gerbang Masjid Nabawi. Selesai check in dan ambil kunci,kami pun terus masuk ke bilik kami dan kemas sedikit sebelum tidur seketika. 2 jam kemudian kami bangun sebab sudah masuk waktu solat Subuh. Untuk pengetahuan, waktu solat subuh sini sekitar jam 3-4 pagi, tak seperti di Malaysia sekitar jam 5-6 pagi. Bagi aku of course la mula mula agak sukar sedikit sebab dah biasa bangun lewat tapi alhamdulillah sebab niat baik Allah terus permudahkan. Jadi nak bangun pun mudah,nak buat amal ibadat pun mudah dan boleh kata serba serbi la mudah. Lupa nak bagitau, hari yang kami sampai di Madinah tu jatuh pada hari Jumaat.No wonder hari Jumaat di sini nampak meriah semacam jer.
|
gambar diambil selepas selesai solat Subuh. |
|
abah aku pakai kain pelikat tapi biasa lah kat sini..ok je. |
|
dikelilingi manusia dari seluruh dunia. |
Pada waktu paginya sekitar jam 6 pagi...nak tahu tak rupa Madinah jam 6 pagi? Tengok la pic ni
|
Jam 6 pagi. yang berhabuk tu sebab snap dari dalam bilik. |
Kami pun pergi bersarapan sebelum berkumpul di lobi hotel kerana mutawwif mahu memberi short briefing. Menu breakfast kami semua simple cuma roti,kari ayam/daging dan buah buahan. Selesai bersarapan,kami turun bawah untuk dengar short briefing oleh mutawwif kami. Rupa rupanya ada ziarah ke Masjid Nabawi,Maqam Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda serta lawatan ke perkuburan Baqi'.
|
menuju ke maqam Rasulullah s.a.w |
|
di luar pintu menghala ke maqam Rasulullah s.a.w |
|
exit selepas maqam Rasulullah. |
|
di luar maqam Rasulullah melepasi maqam baginda. |
|
suasana hari jumaat di Masjid Nabawi. |
|
tak sangka bahasa Melayu Indo pun ada jugak ek. |
|
well aku tak nak komen apa apa cuma ini ialah pemandangan biasa di sini. |
|
di luar kawasan perkuburan Baqi'. |
|
Perkuburan Baqi'. |
|
peniaga peniaga di sekitar kawasan Masjid Nabawi. |
Nak tahu sejarah, fadhilat dan kelebihan bersolat di Masjid Nabawi boleh lah layari laman laman web dan blog blog ini:
http://nasbunnuraini.wordpress.com
Jika rajin sila lah belek buku buku sirah dan agama yang terdapat di kedai kedai buku agama seluruh Malaysia..rajin rajin lah menelaah bab sirah agama ni,tak rugi pun beb.
Pada hari keduanya pula kami melakukan ziarah ke luar Kota Madinah. Destinasi pertama kami tujui ialah Masjid Quba'.
Sejarah pembinaan Masjid Quba' berlaku pada tanggal 8 Rabiulawal hari Isnin setelah Rasulullah sampai ke kampung Quba' dalam perjalanan hijrah Rasulullah s.a.w dari kota Makkah ke kota Madinah. Masjid ini terletak kira kira 3 km ke selatan kota Madinah. Nama masjid ini pula diambil daripada nama sebuah telaga yang berhampiran. Fadhilat berwudhu dan bersolat sunat 2 rakaat di masjid ini menyamai pahala melakukan ibadah umrah.
|
Lihatlah betapa ramainya umat manusia beragama Islam di sini. |
|
abah aku |
Lawatan seterusnya pada hari kedua pula ialah di Jabal Uhud atau Bukit Uhud. Di sini lah tempat dimana berlaku peperangan kedua dalam sejarah Islam selepas Perang Badar. Namun peperangan kedua ini tentera Islam mengalami kekalahan pertama. Perang Uhud ini berlaku pada tarikh 3 Syawal tahun 3 Hijrah (19 Mac 625 Masihi). Peperangan ini melibatkan kira kira 1000 tentera Muslimin melawan 3000 tentera kuffar Quraisy. Tentera Muslimin dipimpin oleh Rasulullah s.a.w manakala tentera kuffar pula dipimpin oleh Abu Sufyan. Pada peringkat awal peperangan,ia dimenangi oleh kaum Muslimin. Namun tiba tiba tragedi menimpa tatkala pasukan pemanah yang berada di atas bukit Uhud seramai 50 orang menuruni bukit untuk mengambil harta rampasan perang dan ini sekaligus melanggar arahan Rasulullah supaya jangan sesekali turun bukit samada tentera Muslimin menang atau kalah. Apabila kecuaian ini dapat disaksikan oleh salah seorang panglima perang kuffar Quraisy iaitu Khalid Bin Al Walid (pada masa itu beliau masih lagi belum memeluk Islam) lantas beliau memimpin pasukan tentera berkuda beliau menggempur dari arah belakang. Tindakan itu menyebabkan pertahanan tentera Muslimin menjadi goyah dan ditambah pula kedengaran khabar angin Rasulullah terbunuh. Namun sebenarnya Rasulullah masih lagi selamat walaupun baginda mengalami luka parah. Sahabat sahabat Rasulullah juga ramai terkorban melindungi baginda dengan membuat perisai di sekeliling Rasulullah. Kemudian pasukan tentera Muslimin dapat berundur semula ke Bukit Uhud dan pasukan tentera kuffar pula tidak bertindak mengejar mereka dan lantas mengisytiharkan kemenangan bagi diri mereka sendiri. Dalam peperangan Uhud ini seramai 70 orang tentera Muslimin gugur sebagai syuhada dan 32 tentera kuffar Quraisy terbunuh.
|
Jabal Uhud. |
|
inilah tempat dimana pasukan tentera pemanah Muslim berkumpul. |
Berbalik pada lawatan tadi. Di sekitar Jabal Uhud ni terdapat banyak gerai menjual pelbagai souvenirs,buah buah kurma,tamar,anggur,kismis,oren,pakaian jubah,tudung,tasbih dan macam macam lagi. Yang pasti ramai umat Islam berada di sini setiap hari.
|
sebahagian jemaah umrah dalam group kami. |
|
mama dan abah |
|
map location of the battle site. |
|
kereta polis Arab Saudi. |
|
ni kira macam Information centre la. still in the making.tak siap lagi. |
Selesai sahaja ziarah di bukit Uhud,kami bergerak ke satu lagi lokasi iaitu dipanggil Jamratul Kurma. Hahaha...weh mana ada Jamratul Kurma. Actually tempat kami pergi ni ialah bazar kurma di mana di situ banyak kurma yang fresh dari ladang kurma dijual. Paling famous sudah tentu kurma Ajwa a.k.a kurma Nabi. Sabda Nabi barang siapa makan kurma Ajwa 7 biji setiap pagi maka terhindar dirinya daripada gangguan sihir. Kenapa aku panggil Jamratul Kurma,actually gelaran ni sering diberikan oleh para mutawwif yang bertugas kerana di bazar kurma ni lah ramai yang 'melontar' duit untuk beli kurma. Bukan dalam kuantiti sedikit tau tapi banyak.. Untuk makluman kurma ajwa atau lebih popular disebut sebagai kurma nabi ini merupakan kurma yang digemari oleh Rasulullah dan baginda sentiasa mengamalkan pemakanan kurma jenis ini. Hatta masa berbuka puasa sekalipun kurma ini lah yang Rasulullah makan. Banyak khasiat kurma ajwa ini sebenarnya tapi nak detail sila lah google yer hehehe...
Boleh layari link di bawah ini sebab artikel dalam link ini ada menyentuh khasiat kurma ajwa.
Biar gambar gambar ini sahaja yang berbicara..
Selesai ziarah di situ,kami meneruskan ziarah ke tempat lain namun sekadar ziarah lalu sahaja bukan berhenti. Di antara lokasi yang kami lalui ialah masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Masjid Bilal Bin Rabah dan beberapa buah bekas tapak masjid yang dulu ada dalam sejarah kini sudah tiada yang mana aku sendiri sudah lupa namanya.
Pada hari ketiga dan keempat kami cuma berehat di hotel dan berulang alik ke masjid Nabawi menunaikan solat fardhu,sunat dan ziarah ke makam Nabi serta beribadat di kawasan Raudhah iaitu salah satu taman daripada taman taman syurga.
Tanah Suci Makkah (7 hari 6 malam):
Pada hari keempat iaitu selepas selesai solat fardhu zohor dan lunch,kami berkemas untuk menuju ke tempat umrah iaitu kota Makkah al Mukarramah. Sebelum ke sana,kami terlebih dahulu diberikan short briefing oleh mutawwif kami. Antaranya ialah pakaian ihram supaya tidak terkena najis (pada masa tu kami semua sudah pun berpakaian ihram), niat ihram di Masjid Bir Ali,solat sunat Ihram di Masjid Bir Ali,bacaan selawat dan talbiah serta lain lain seperti tempoh perjalanan ke kota Makkah,peringatan keselamatan,check in hotel dan waktu untuk menunaikan tawaf Qudum (tawaf umrah selamat datang ke Baitullah). Manakala group leader pula sempat mengingatkan jemaah supaya mengenakan penutup hidung yang kami beli di KLIA. Ia bukan mask tetapi air filter yang dilekat pada lubang hidung. Mula mula pakai memang rasa macam sesak nak bernafas tapi lepas tu ok lah.
|
ni lah rupa nose air filter yang kami pakai. disposable type.pakai 2 kali lepas tu kena buang. |
Kami bertolak ke Masjid Bir Ali untuk menunaikan solat sunat ihram dan seterusnya berniat ihram memandangkan miqat dari Madinah ke Makkah ialah di Bir Ali.
|
Masjid Bir Ali..copied pic. |
Sebaik sahaja bas bergerak menuju ke Makkah dari Bir Ali,mutawwif membaca niat ihram dengan kami beramai ramai.
Kemudian diikuti pula bacaan talbiah secara beramai ramai. Sunat baca talbiah sebanyak 33 kali..kalau lebih lagi bagus..
Selain bacaan talbiah,ada juga yang membaca zikir dan selawat sebagai selingan daripada talbiah itu. Tapi macam biasa la sedap duk baca talbiah,selawat,zikir dan dan tu jugak ade yang tertidur...khusyuk sangat kot hehehe...Manakala aku walaupun mulut terkumat kamit baca talbiah,zikir dan selawat tapi tangan dan jari aku ni duk ligat snap gambar sepanjang laluan menghala ke Makkah.
|
yang pegang mikrofon tu la mutawwif kami Ustaz Ahmad Syauki. |
|
mama aku suruh aku snap walaupun aku tak nak hahaha.. |
|
snap sendiri jer huhu... |
|
hanya landskap gurun padang pasir dan gunung ganang sahaja. |
|
salah satu R&R di highway Makkah-Madinah. |
|
Masih ada pepohon kurma. |
|
jangan bimbang,line telefon bimbit masih boleh dapat di sini sebab ada pemancar satelit. |
Perjalanan ke Makkah dari Madinah mengambil masa lebih kurang 5-6 jam sama seperti aku pergi ke KL dari Kuala Terengganu huhuhu.... Kami sampai di sana pada jam 11 malam. Sebaik sahaja sampai kami pun terus ambil barang dan check in bilik.Masa rehat pula diberi selama 1 jam. Pada jam 12 tengah malam kami pun beramai ramai bergerak menuju Masjidil Haram dan Baitullah Kaabah. Hati ku memang berdebar debar sangat,lagaknya seperti pertama kali berjumpa dengan kekasih hati yang selama ni hanya dapat dilihat menerusi gambar sahaja. Namun paling penting niatku adalah untuk beribadat di situ..tiada apa perkara lain yang terlintas dalam hati melainkan ibadat sahaja. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Masjidil Haram dan melihat Kaabah pertama kali di depan mata...Ya Allah betapa kerdilnya diriku ini,betapa hinanya diri ku ini,betapa untungnya diri ku ini berbanding teman teman ku yang lain yang masih berangan angan untuk sampai ke sini. Samada angan mat jenin mahupun angan berisi yang pasti mereka pun turut berhajat mahu sampai ke sini. Hanya ucapan selawat,zikir dan doa sahaja bermain di bibir ku pada masa itu.
|
masya Allah,Allahuakbar...ramainya umat Islam. |
Kami melakukan tawaf sebanyak 7 kali pusingan bermula dan berakhir di penjuru Hajaratul Aswad. Selesai melaksanakan tawaf,kami mencari tempat yang setentang dengan multazam untuk menunaikan solat sunat tawaf dek kerana sukar nak mencari tempat yang dekat dengannya. Untuk pengetahuan di sini lah salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa. Namun kena juga ingat doa yang kita pohon tu tak kan jatuh bergolek tanpa usaha yang betul tapi yang pasti apa yang kita doa itu pasti akan dapat pabila sampai pada waktunya nanti. Selesai berdoa,kami terus bergerak menuju kawasan laluan Bukit Safa dan Marwah untuk melakukan ibadah Saei dan bercukur. Jemaah yang buat saie bukan sikit tau tapi teramat ramai ibarat seperti kita melihat semut dalam sarangnya...terlalu ramai. Walaubagaimanapun kami dapat juga menunaikan saei dan bercukur di situ. Pelbagai ragam yang aku lihat tapi yang kesian bila melihat warga emas yang uzur sanggup lagi melakukan ibadah saei. Sebab tu lah aku nasihatkan kepada golongan muda cuba lah berusaha sedaya upaya untuk buat umrah di sana dan lagi bagus jika dapat buat haji dan umrah sekali gus.
|
letih weh...duk tercungap cungap la ni. |
Pada hari kedua di Makkah,jemaah kami tak pergi ke mana mana sebab mutawwif kata berehat lah dulu sehari. Peluang ini digunakan sebaiknya oleh aku dan mama abah untuk melakukan tawaf sunat. Bagi tawaf sunat tak perlu pakai ihram. Pakaian biasa dan menutup aurat serta tak bernajis itu penting ye!! Kemudian kami menunaikan solat berjemaah lima waktu di Masjidil Haram selain solat solat sunat dan baca Al Quran.
Pada hari ketiga pula baru la ada ziarah ke luar kota Makkah iaitu di ziarah di Jabal Thur, Jabal Rahmah dan Mina serta Masjid Ja'ranah. bagi mereka yang nak melakukan umrah maka di Ja'ranah inilah tempat miqat umrah mereka. Kali ini aku tak join buat umrah sebab rasa tak sihat badan tapi ziarah nak sangat kan..hehehe...
|
Jabal Thur: tempat persembunyian Nabi semasa berhijrah ke Madinah. |
|
Jabal Rahmah a.k.a Bukit Kasih Sayang. Bagi mereka tak nikah lagi,sini lah tempat sesuai berdoa. |
|
Tapak perkhemahan di Arafah |
|
landasan keretapi ala ala LRT. |
|
Mina |
|
Mina Hospital. |
|
Stesen keretapi tu masih dalam pembinaan 80% sudah siap. |
|
Masjid Ja'ranah. |
Pada hari keempat pula hanya ada ziarah ke Masjid Tana'im 20 minit dari Masjidil Haram. Pada hari itu aku tak join sebab demam panas mula menyerang. Maka banyak habiskan masa di bilik hotel jer lah dan juga lobi hotel untuk menonton TV. Di sini siaran TV cuma dalam bahasa Arab dan English. Channel TV program banyak dari UAE dan Abu Dhabi. Manakala Arab Saudi tak silap aku cuma ada 3-4 channel sahaja. Overseas channel hanya lah BBC dan ESPN sahaja.
Pada hari kelima pula ada ziarah luar kota Makkah lagi. Kali ini ke Ladang Unta di Hudaibiyyah, Masjid Hudaibiyyah dan Muzium Dua Masjid. Pertama kali aku dapat merasa kehidupan di padang pasir apabila melawat ladang unta di sini. Mula mula aku ingat sebut ladang unta mesti kena masuk kawasan yang ada pokok dan ada kawasan unta di situ tapi rupa rupanya aku silap. Unta unta di sini diternak dan dijaga betul betul di tepi jalanraya di kawasan padang pasir yang memang langsung takde sebarang pokok kecuali pokok pokok renek kecil dan berduri tu...tapi pokok kaktus aku tak jumpa lagi setakat ni. Di ladang unta ni lah kami bersama dengan jemaah lain bergambar dengan unta unta yang ada di sini. Selain itu terdapat pondok gerai kecil menjual susu unta dan air kencing unta. Bagi korang yang dengar air kencing unta mesti rasa nak muntah dan geli serta jijik kan?? Hahaha...actually air kencing unta itulah ubat mujarab bagi mereka yang ada sakit kulit Satu satu nya kencing yang ada nilai perubatan. Air kencing selain daripada unta adalah najis semata mata. Bagi susu unta tu pula ada caranya nak minum tau. Mutawwif kami cakap jika nak minum susu unta pastikan sudah makan dahulu jika minum susu unta sebelum makan maka kena standby lah duduk tandas 24jam sehari hehehe... Khasiat susu unta ni ialah dapat 'repair' usus dan perut kita dan sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah gastrik.
|
unta unta.. |
|
Unta di padang pasir pun tak malas macam anta da...hehe |
|
mama dan abah aku bersama unta unta di belakang mereka. |
|
tompok tompok tahi unta banyak da...huhu tu pasal aku angkat seluar aku. |
|
masa ni bercampur jemaah Malaysia dan Indonesia. |
|
al padang pasirun..teringat lawak Allahyarham Sudin. |
|
pondok gerai jual susu dan air kencing unta. |
|
pak syeikh ni reti cakap melayu..susu unta 5 riyal. |
|
nampak tak botol warna perang kuning tu? itulah air kencing unta. |
|
berlatar belakangkan padang pasir.takde pokok besar cam di Malaysia. |
|
newborn unta ni..tak silap aku usia beberapa hari je. |
Seterusnya kami bergerak menuju ke Masjid Hudaibiyah. Di sini juga merupakan tempat miqat umrah bagi mereka yang tinggal di sekitar Makkah. Ramai jemaah yang datang di sini baik dari Malaysia,Indonesia tapi masa ni paling ramai sekali ialah India dan Pakistan.
|
bekas tapak masjid hudaibiyah yang lama. di sini lah berlakunya perjanjian Hudaibiyah. |
|
Masjid Hudaibiyah. |
Selesai urusan di Masjid Hudaibiyah termasuk beli sedikit souvenirs,kami pun bergerak ke Muzium Dua Masjid. Maaf aku dah lupa lokasi muzium ni tapi yang pasti tak jauh dari kota Makkah.
|
mimbar masjidil haram. |
|
tempat bekas batu hajaratul aswad. |
|
alat tenunan kain kiswah kaabah. |
|
pak syeikh tu sebenarnya tegur jemaah kami untuk keluar kerana masa lawatan habis. |
Di muzium tu terdapat banyak artifak bersejarah tentang Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Banyak koleksi lama dan baru ada di situ untuk tontonan para pengunjung. Antaranya alat tenunan kain kiswah Kaabah, koleksi Al quran lama dan baru bahkan yang ditulis zaman Khulafa ar rasyidin pun turut dipamerkan di sini,model dan gambar gambar pembinaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, rare images yang hanya dimiliki oleh raja Arab Saudi yang diserahkan kepada pihak muzium dan macam macam lagi lah. Selesai sahaja lawatan di muzium,kami pun balik ke hotel manakala yang mahu laksanakan umrah terus ke Masjidil Haram.
Pada hari keenam dan ketujuh tiada sebarang ziarah luar dibuat. Yang ada hanya lah aktiviti ekspedisi mendaki Gua Hiraq di Jabal Nur tapi jemaah group aku semua tak join. Namun yang ada cuma segelintir kecil yang pergi buat umrah dengan miqat mereka majoritinya di Masjid Tana'im kerana lokasi yang dekat dan tambang yang murah. Ada juga yang buat tawaf sunat dan lepak seharian di Masjidil Haram. Aku pula habiskan masa di hotel dan surau hotel..pengakuan ikhlas aku sepanjang berada di tanah suci ni..hari hari aku sakit belakang seolah olah macam ada P.I.D (Prolaps Intervertebral Disc) boleh click
sini dan juga
sini untuk maklumat lanjut. Walhal sebelum pergi tu ok je hatta masa duduk kat Oman pun tak rasa apa apa. Memang betul betul ujian yang Allah beri kepada aku. Belum masuk batuk,kahak berdarah,selsema dan macam macam lagi sakit aku dapat. Aku percaya semua itu kifarah Allah terhadap dosa dosa yang telah aku lakukan. So kena la tabah dan bersabar menghadapinya.
Pada hari ketujuh ialah merupakan hari terakhir kami di kota suci Makkah ini. Ia juga bererti masa umrah dan ziarah kami sudah sampai ke penghujungnya. Wah tetiba pula aku rasa sayu dan syahdu semacam je. In fact aku rasa rugi sebab peluang buat umrah lebih sekali gagal aku laksanakan dek kerana sakit yang aku alami. Sebelum pulang kami semua melakukan tawaf Wida' (tawaf selamat tinggal). Tawaf Wida' ini sama seperti tawaf sunat dan tak memerlukan pemakaian ihram. Boleh baca entry pada seorang blogger ni
http://umrahkuyangbest.blogspot.com sebab nampak macam organised dan informative.
|
macam biasa selepas tawaf,buat solat sunat dan berdoa lah. |
Masa buat tawaf wida ni lah kami berpeluang untuk melakukan solat sunat tawaf dan hajat di hadapan Multazam. Walaupun kiri kanan depan belakang dipenuhi dengan ramai manusia namun Allah telah permudahkan kami untuk melakukannya. Mungkin juga faktor tengah hari memainkan peranan di mana masa ni jemaah yang buat umrah kurang berbanding waktu waktu yang lain. Paling menakjubkan ialah lantai Masjidil Haram dan Kaabah tetap sejuk seperti berada dalam bilik air-cond...Allahuakbar!! Selesai melakukan tawaf wida' kami segera balik ke bilik hotel untuk mandi sahaja. Nak baring memang tak boleh sebab itu termasuk dalam pantang larang selepas tawaf wida'. Jika buat kena bayar dam! Kemudian kami pun pergi makan petang sebelum mengangkat bagasi menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah. Tapi masuk je dalam bas terpaksa tunggu dekat 40 minit gara gara ada jemaah umrah dalam group kami yang belum siap mengemas lagi dan tak kurang juga terkial kial periksa passport dan tiket dan belum campur lagi yang terlupa serah kunci kepada pihak hotel...aduyaii..hehehe..
Pulang ke Malaysia:
Perjalanan dari Makkah ke Jeddah mengambil masa kira kira 3 jam sahaja (macam dari Kuala Terengganu ke Kemaman la..kampung mek aku) Namun sepanjang perjalanan ni aku ambil langkah berhati hati untuk tidak menangkap sebarang gambar melainkan ketika sampai di Jeddah sahaja. Sebab menangkap gambar dalam kawasan tanah suci selepas tawaf wida' pun dianggap kesalahan dan kena bayar dam! Kami bertolak pada jam 4.30 petang dan sampai di masjid terapung Jeddah pada jam 7.00 malam which means terlewat untuk solat Maghrib berjemaah. Namun di sini kami hanya menunaikan solat jamak qasar Maghrib dan Isyak iaitu Taqdim kerana untuk mengelakkan berlaku kesukaran andainya pesawat sampai awal daripada masa yang ditetapkan. Untuk makluman date flight Jeddah-Oman pada jam 2.30 pagi waktu tempatan bersamaan 8.00 pagi waktu Malaysia. So all of sudden i wondered where is the point we can be late missing the flight?? Geleng kepala la aku..hahaha...
|
pesawat menghampiri King Abdul Aziz International Airport Jeddah. |
|
Masjid Terapung Jeddah di waktu malam. |
|
Terletak dekat dengan Laut Merah. |
|
sebahagian warga Jeddah melepak di sini. |
Mungkin ada yang nak tahu apa yang istimewa pasal Masjid Terapung Jeddah ni, well actually takde apa apa yang istimewa daripada segi fadhilat hatta sejarah Islam pun. Cuma ianya dibina betul betul di atas Laut Merah tapi ada jambatan la nak ke masjid tu. Yang ada sejarahnya ialah Laut Merah,kenapa? Ingat tak kisah Nabi Musa a.s bersama pengikut pengikut Bani Israil yang dikejar oleh Raja Firaun dan bala tenteranya? Jadi itulah salah satu sejarahnya. Nak tahu lebih lanjut sila lah belek buku sirah Nabi Musa a.s banyak dalam market dan juga di alam maya ini. Ok lah selepas selesai menunaikan solat,kami pun menjamu selera di situ,wah rasa macam big family picnic la pulak. Cuma takde BBQ jer..hehe anyway itu time sampai di Malaysia nanti ye. Kami meneruskan perjalanan terus ke Jeddah airport dan sampai di situ pada jam 10 malam. Kami pun mengangkut keluar bagasi dari bas ke troli troli yang disediakan dan selepas itu buat pemeriksaan bagasi,tag bagasi,check dan cop visa dan passport. Kemudian kami kena la tunggu flight yang dijangka tiba jam 2.30 pagi walaupun jam sudah menunjukkan jam 11.40 malam. Untuk mengelakkan berlaku terlepas flight kami pun bergilir gilir antara satu sama lain untuk berjaga. Masa aku ke tandas sekejap dan keluar suddenly aku lihat semua jemaah aku sudah berkumpul di terminal berlepas walhal jam baru sahaja 1.15 pagi. Anyway aku pun bersegera la berkumpul dan tepat jam 1.30 pagi kami semua selamat menaiki pesawat Oman Air dan setengah jam kemudian berlepas menuju ke Oman untuk transit setengah hari di sana.
Transit di Oman (setengah hari):
Sekali lagi kami kembali sampai menjejakkan kaki di Musqat International Airport pada jam 6 pagi waktu tempatan. Jam 6 pagi tapi matahari macam jam 8.30 pagi bai..bahang panas pun sama gak. Proses yang kami lalui tetap sama seperti mana kami sampai dulu sebelum ke Jeddah cuma bezanya kali ni kami kena keluar dari airport untuk check in seketika di sebuah hotel di bandar Musqat ni sebelum menaiki flight ke KLIA pada jam 9 malam nanti.
|
Al Maha International hotel tempat kami menginap seketika. |
Sebenarnya based on pakej umrah kami tu ada lawatan ke Oman cuma tak disebut berapa hari di sini. Latest info kami dapat cuma setengah hari sahaja.Ok lah tu kan,at least dapat juga melawat ke negara orang ni. Secara am nya bandar Musqat ni boleh dikatakan sama seperti berada di bandar Kuala Lumpur cuma perbezaan yang ketara ialah tiada satu pun bangunan pencakar langit yang tinggi di sini. Bangunan paling tinggi di sini pun cuma sekitar 4-6 tingkat sahaja. Walaupun begitu jangan pandang sebelah mata bai...cost of living di sini agak tinggi dengan kadar tukaran matawang Oman Riyal dengan Ringgit Malaysia ialah O.R 1= RM8.99 that means almost RM9 duit kita hahaha....sebab itulah pihak agensi berkata jika rasa nak shopping di Oman lebih baik batalkan niat anda atau sediakan duit yang amat banyak atau tukar sahaja ke matawang Dollar US atau Euro kerana nilai tukaran antara kedua dua matawang dengan OR agak rendah sekitar OR1=USD 3-4 sahaja. Untuk makluman di sini terdapat ramai juga warga Malaysia yang bekerja dan menetap di sini. Ada yang menjadi businessman,pengusaha hotel,jurutera,cikgu,pensyarah dan lain lain lagi. Tak kira bangsa Melayu,Cina,India Malaysia dapat ditemui di sini. Selain warga Malaysia,warga Filipina pun turut menjadi warga asing dominan di Oman ni. Bahkan hotel yang kami duduk tu kesemua pekerja hotel tersebut ialah warga Filipina.
|
macam 5 star class ek? |
Kami sampai di hotel jam 9 pagi. Macam biasa angkut bagasi (beg beg kecil je,yang besar semua di Oman airport),check in hotel dan breakfast. Cuma aku sedikit terkilan sebab pekerja hotel ni tak ramai maka makcik makcik dan pakcik pakcik yang dah tua ni dan tak pernah duduk hotel ni terkial kial nak naik lif,nak cari bilik,nak buka bilik guna kad.tu tak termasuk lagi yang buta huruf. Maka aku pun tolong lah sekadar mana yang patut setakat angkat bagasi dan tolong slashkan kad pada sensor pintu dan tunjuk ajar cara guna hot cold shower tu je la. Alahai..kesian beb. Pada jam 10 pagi kami bersarapan di ruang cafe hotel sebelum melawat ke Masjid Besar Sultan Qaboos atau Sultan Qaboos Grand Mosque..boleh click di
sini untuk maklumat lanjut. Paling penting di masjid ni karpet di masjid ni kalau kita pijak kaki kita boleh 'tenggelam', menunjukkan betapa tebalnya karpet ni. Kos perbelanjaaan masjid ni pula teramat lah mahal tapi aku tak pasti berapa kos sebenar cuma yang aku tahu hampir USD 1 bilion.
|
perempuan tu non muslim sebenarnya. |
|
siap ada line pagar lagi..fungsinya nak avoid non muslim masuk ke kawasan solat. |
|
lelaki sebelah abah aku tu la ketua kumpulan jemaah kami. Dia pun orang Felda Panching gak. |
Selesai lawatan di Sultan Qaboos Grand Mosque ni,kami pun bergerak melalui sekitar bandar Musqat ni. Pelan asalnya ialah kami sepatutnya melawat sebuah market yang popular di Musqat ni akan tetapi dek kerana keletihan maka dibatalkan sahaja program itu.
Well tak banyak aku nak komen pasal bandar Musqat ni since kami pun duduk dan tengok dari dalam bas sahaja. Yang pasti banyak rumah di sini semuanya banglo belaka. Susah nak cari rumah setinggan atau yang usang. Teringat pula pada game PC yang selalu aku main iaitu Modern Warfare. Mana taknya design lokasi peperangan dalam game tu sama seperti kawasan bandar Musqat ni.
Kebetulan jer bai huhu...ok lah lepas selesai melawat seluruh bandar Musqat ni, kami pun balik semula ke hotel untuk lunch dan rest hingga jam 6 petang waktu tempatan. Aku tak pi lunch instead aku terus balik ke bilik aku untuk mandi,solat dan tidur. Sedar sedar je jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Aku pun tak pasal pasal pi mandi sekali lagi...anyway takpe lah kan lagi bersih badan aku ni hahaha...Kemudian aku pi ke bilik mama dan abah aku. Untuk makluman, masa kami check in pagi tadi kami diberikan bilik berasingan. Hanya yang sudah berkahwin atau yang mempunyai ibu bapa yang uzur sahaja diberi priority untuk menetap di bilik yang sama. Sejam kemudian semua jemaah sudah berkumpul di lobi hotel. Pihak receptionist hotel pula minta kami semua untuk dinner dulu sebelum mengambil passport dan boarding pass kami. Menu dinner kami memang superb tapi sayang sekali aku lupa nak snap kerana kamera hampir kehabisan bateri. Nak taip pun susah sebab semua menu tu masakan Oman dan Western punye yang aku jarang jarang dengar. Yang pasti puding die yang paling best..huhu...rase lapor la pulok ni.
Pada jam 7 malam kami bergerak ke Muscat International Airport. Kelewatan disebabkan oleh driver yang ambil kami tu lewat bergerak. Tapi mujur lah tak terlepas flight. Macam biasa sampai di airport kami terus ke bahagian check visa dan passport serta boarding pass. Kemudian bergerak ke ruang legar menunggu,mujur lah ada musolla berdekatan dapatlah kami menunaikan solat Jamaq Qasar Takhir Isyak Maghrib. Tepat jam 8.30 malam kami dapat announcement untuk pergi ke ruang balai berlepas. Jam 9 malam naik bas airport untuk pergi ke pesawat dan jam 9.30 malam (waktu Oman: 2.30 pagi waktu Malaysia) pesawat Oman Air berlepas menuju ke KLIA...
Kami semua selamat sampai di KLIA pada jam 7.20 pagi waktu Malaysia. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun masing masing sudah mulai batuk dan demam serta selsema. Namun bagi kami bertiga flight balik belum habis lagi kerana kami sekali lagi kena board flight ke Kuala Terengganu. Kami bertolak pada jam 2 pm dan sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 2.30 petang. Yang lain?? bagi jemaah umrah yang berasal dari Felda Panching tu semua mereka naik bas ekspress..title VIP lak tu hahaha..yang lain pula semua pulang dengan saudara mara mereka yang datang pick up mereka.
Itu sahaja pengalaman kisah aku di tanah suci dan Oman. Sekian.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan