Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pembaca blog ini.
Di saat membuat catitan di entry ini,umat Islam di seluruh dunia amnya dan Malaysia khususnya sudah pun memasuki hari ketiga puasa Ramadhan al Mubarak yang merupakan rukun Islam ketiga. Ok lah jika post post sebelum ini kesemuanya bersifat relaxing,santai dan sometimes involve bab history and sciences sikit. Kali ni aku nak buat catitan post yang bersifat agak berat sedikit lah tapi penting kepada semua manusia di muka bumi ni. Ia tentang cara kita menguruskan wang peribadi kita.
Terdapat banyak buku tentang pengurusan kewangan peribadi di kedai kedai buku dan tak kurang juga dibuat secara e-book. Tak salah dan tak rugi membeli bahan bacaan ilmiah seperti ini. Ilmu hendaklah diamalkan. |
Mungkin ramai sudah biasa menguruskan wang, namun bagaimanakah cara kita kendalikan kewangan peribadi kita? Adakah berdasarkan keperluan atau mengikut kehendak hati dan naluri kita yang nak itu dan ini semata mata?
Jawapan nya ialah terletak pada diri anda sendiri.
Jika kita berbelanja mengikut kehendak dan bukan keperluan maka ini lah yang anda bakal hadapi
Bankruptcy a.k.a muflis |
Untuk pengetahuan, golongan bankruptcy di abad ini bukan lah terdiri daripada golongan businessman yang rugi perniagaan bahkan seawal lepasan graduan universiti pun sudah ada bergelar muflis. Antara punca punca berlaku muflis yang dikenal pasti ialah:-
- Berbelanja melebihi kemampuan.
- Terlalu banyak membuat pinjaman tetapi enggan atau culas membayar semula pinjaman.
- Tiada perancangan kewangan.
Namun yang pasti anda akan diisytiharkan muflis apabila anda tidak membayar semula pinjaman yang anda buat sebelum ini.
Berikut sebahagian petikan daripada Bernama, 3 Disember 2012;
Seramai 241,740 individu diisytihar bankrap di negara ini setakat April lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 52,917 kes berlaku di Selangor dan 42,843 di Wilayah Persekutuan, manakala 70 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita.
“Pinjaman kenderaan menunjukkan kes kebankrapan yang paling tinggi iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit 4.9 peratus,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini
Yang pasti ramai yang terlibat dalam pinjaman kenderaan dan peribadi serta kredit ialah golongan muda seperti saya dan juga anda.
Credit card |
Debit card |
Terus terang saya mengaku,saya juga turut membuat pinjaman kenderaan,peribadi dan kredit. (Pinjaman untuk perumahan saya belum mampu buat lagi kerana masih dalam dilema samada mahu membeli tanah dulu atau rumah. Perancangan saya untuk membina sebuah rumah di negeri kelahiran saya sendiri iaitu di Terengganu).Bahkan pernah juga overlap sebelum ini..
Walaubagaimanapun sekali lagi perancangan kewangan peribadi yang memainkan peranan penting. Tak kira lah anda belum buat pinjaman atau sudah buat pinjaman,tak kira lah juga siapa status pekerjaan anda sama ada anda seorang Pembantu Awam Rendah atau mungkin juga seorang pegawai executive sebuah bank terkemuka di dunia ini,dan siapa jua diri anda..pengurusan dan perancangan kewangan peribadi memainkan peranan penting dan elemen yang menjadikan pengurusan dan perancangan kewangan peribadi ini sangat efektif ialah sikap disiplin dalam berbelanja.
Ya..disiplin! Itulah ramuan utama kejayaan sesuatu pengurusan kewangan yang berjaya. Saya sendiri pernah berhadapan situasi seorang rakan kepada teman sekerja saya. Beliau seorang jurutera di sebuah syarikat petroleum yang terkenal di seluruh dunia ini dan gaji beliau mencecah RM xxxxx (5 angka tau) namun kerap kehabisan wang sebelum masuk gaji pada bulan berikutnya. Saya juga mempunyai seorang teman yang hanya bekerja sebagai seorang atendan kesihatan dengan gaji bulanan bersih RM xxx dan hanya sekali sahaja membuat pinjaman (maaf saya tak pasti pinjaman apa yang dia buat) namun hidupnya nampak seperti orang yang tak kehabisan wang.
Jom saya list down perkara apa yang perlu dalam melakukan pengurusan dan perancangan kewangan peribadi;
- Perbelanjaan mestilah dibawah gaji pendapatan bulanan diperolehi. Nak formula mudah GAJI-(SIMPANAN + PELABURAN + BAYARAN WAJIB) = PERBELANJAAN
- Jika hendak berbelanja,pastikan buat check list terlebih dahulu. utamakan barangan mana yang perlu dibeli dan barang mana yang hendak dibeli. Penting kena bezakan keperluan dan kehendak.
- Setiap kali dapat gaji,pastikan anda menyimpan paling minimum 10% daripada gaji bulanan anda. Ia bertindak sebagai emergency money jika memerlukan.Pastikan asingkan 10% itu ke akaun lain.
- Disarankan anda membuat auto debit terus ke akaun takaful. Sebagai contoh macam saya sudah join Takaful Ikhlas dengan permulaan potongan auto debit secara bulanan sebanyak RM100. Ada banyak kelebihan join skim Takaful Ikhlas ini, setiap potongan yang saya dapat tu bukan sahaja untuk saving tetapi juga untuk insuran,pelaburan (di syarikat syarikat yang berpotensi menjana margin profit yang besar) dan juga khairat kematian atau derma. Cukup 3 tahun (jika saya tak buat sebarang withdrawal) saya boleh keluarkan saving saya jika mahu guna. Bahkan setiap tahun juga saya akan dapat keuntungan hasil pelaburan yang dibuat oleh Takaful Ikhlas dan ini bermakna jumlah wang saving (simpanan) saya sebenarnya makin bertambah. Bahkan boleh juga tambah sendiri wang anda ke akaun Takaful Ikhlas selain daripada potongan auto debit,tapi wang itu cuma diletakkan ke akaun saving sahaja.
- Pelaburan di skim yang disahkan oleh kerajaan seperti ASB,biarlah modal sikit asalkan konsisten setiap bulan. Ibarat kata pepatah orang tua 'sedikit sedikit,lama lama jadi bukit'.
Ok macam mana pula jika anda ada buat pembiayaan peribadi (bahasa popular: Personal loan). Bagi yang bekerjaya tetap, jangan risau pembayaran semula dibuat melalui potongan gaji anda setiap bulan. Asalkan tidak melampau batas sudah la..
rate pembiayaan peribadi-i MBSB. sekarang ni dah tak boleh buat 20 atau 25 tahun.Semua fix rate pada 10 tahun sahaja. |
- Sebelum anda mahu membuat pembiayaan peribadi, anda kena justify sebab dan kenapa anda mahu membuat pembiayaan peribadi ni? lain orang lain sebab..namun pastikan sebab itu bersifat keperluan dan bukan kehendak semata mata. tak salah jika mahu beli barang yang bersifat kehendak tetapi hendaklah ada batasan dan berwaspada.
- Jangan survey pembiayaan peribadi hanya pada 1 bank sahaja. Hendaklah bandingkan setiap tawaran yang diberi oleh pihak bank. Ini penting kerana lain bank,lain offer dan side offer yang diberi. Percent payout financing pun anda patut kena semak dan teliti kerana lain bank lain nilai percent payout. Apa tu payout? Payout tu ialah jumlah duit yang anda perolehi ke dalam akaun bank anda selepas siap sign document. The best is the higher percent payout. Dalam erti kata lain,kata la anda buat P.F (personal financing a.k.a pembiayaan peribadi) sebanyak RM40,000. Anda cuma dapat not exactly Rm40,000. Jika bank itu memberi nilai payout 97% maka anda cuma dapat RM40,000 x 97% = RM38,800. Jadi di manakah balance RM 1200 tu? Duit balance tu ditolak sebagai komisyen,stamp dan takaful. Di Malaysia ni nilai payout berubah ubah dari 90% ke 97%. Jarang benar banks boleh offer sampai exactly RM40,000.
- Bagi mereka yang bekerjaya sendiri dan tak tetap sila lah ukur kemampuan di badan anda sendiri sebelum buat P.F ni. Bagi yang bekerjaya tetap pula mereka ni tertakluk kepada gaji kasar dan bersih serta komitmen lain termasuk pinjaman yang telah dibuat sebelum ni, ditolak semua itu baru lah mereka dapat eligible limit amount P.F yang mereka boleh buat. Pada 8/7/2013 baru baru ni pihak Bank Negara Malaysia telah menetapkan bahawa tempoh pembiayaan peribadi dihadkan kepada 10 tahun sahaja dengan syarat minimum P.F ialah gaji mesti paling minimum RM2000 dan lain lain komitmen dan potongan gaji diambil kira terlebih dahulu.
- Setelah anda dapat buat P.F ni,anda akan ditawarkan pilihan membuat kad DEBIT atau kad KREDIT. Disarankan untuk meneliti makna dan fungsi perbezaan kedua dua kad itu. Kad debit dalam bahasa mudah merujuk kepada kad duit cash (nilai kad tu bergantung kepada jumlah amount duit cash yang ada dalam akaun saving anda. Setiap perbelanjaan dibuat maka nilai duit itu susut. Hanya akan bertambah jika anda tambah duit ke dalam akaun saving anda). Manakala KAD KREDIT pula bermaksud kad HUTANG. Fungsi sama seperti kad debit cuma bezanya ada LIMIT. Kad kredit ada limit yang tersendiri sebagai contoh limit kad krebit bank XX ialah RM3000. Setiap perbelanjaan yang anda lakukan mengguna pakai kad kredit ni,nilai kredit akan susut TETAPI anda WAJIB kena BAYAR BALIK jumlah yang anda telah gunakan. Bahkan jika anda tak gunakan juga anda kena bayar balik. Lagi teruk jika setiap hujung tahun akan ada percent tax dikenakan pada kad kredit ni. *Kenapa saya tulis bold and capitalize kan ayat tu? Sebab itulah yang banyak berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Suka pakai kredit tapi over limit budget. Main slash card tanpa berfikir dan merancang terlebih dahulu.
- Setelah anda memperolehi amount P.F, sila buat perancangan kewangan terhadap duit pembiayaan peribadi itu. Ramai yang setelah dapat P.F ni terus berbelanja ikut hentam keromo sahaja. Beli ini dan itu (saya pun tidak terkecuali dalam hal ni tapi mujurlah sempat sedar awal) tanpa justify dari segi keperluan dan kehendak. So nak mudah dan selamat pastikan 10% amount wang pembiayaan peribadi disimpan dalam akaun lain sebagai emergency saving money. Balance daripada tu hendaklah buat list down atau check list senarai apa yang perlu dan hendak dibuat. Sekali lagi kena bezakan keperluan dan kehendak. Keperluan tidak sama dengan kehendak!
- Perkara paling penting di sini ialah DISIPLIN. Tanpa disiplin anda sukar menguruskan perancangan kewangan. Saya sendiri pun menghadapi masalah dalam menguruskan kewangan dan kehidupan dek kerana lack of dicipline (kurang disiplin) namun hendaklah berusaha dan belajar menjadi seorang berdisiplin terhadap diri sendiri dulu.
salah satu jadual pembiayaan peribadi-i MBSB tahun 2013 sebelum pekeliling baru BNM dikeluarkan. Sekarang sudah tak pakai lagi jadual ni. |
Jika anda dapati yang gaji anda kecil maka disyorkan anda buat part time dan over time samada di tempat kerja mahupun di luar. Jika anda berkemampuan untuk melakukan perniagaan samada direct selling,online dan pelbagai lagi buat lah asalkan jangan ada elemen menipu dan tiada elemen penindasan. Namun begitu nak buat business ni kena juga ada ilmu. Kena pastikan juga produk yang kita mahu jual tu ada market value dan merupakan barang yang memang diperlu atau dikehendaki oleh pembeli. Lebih penting business yang kita buat tu bersifat long term (jangka panjang) untuk mendapatkan sumber side income yang berterusan. Jika bersifat seasonal business,anda cuma dapat side income secara seasons saja la..contohnya business kuih raya time hari raya atau business bulan puasa..tapi tak salah pun jika anda mahu buat. Semua terpulang kepada anda.
Produk Herbalife ni menjadi kegemaran sebahagian masyarakat pekerja untuk buat side job business tapi majoriti datang daripada golongan pelajar universiti. |
Produk kesihatan seperti Shaklee ni pun menjadi kegemaran penjawat awam dan swasta untuk buat side income business.Rakan sekolah menengah saya ramai terlibat secara aktif dalam Shaklee ini. |
Produk Tupperware yang dah lama bertapak di Malaysia juga turut menjadi salah satu subjek masyarakat pekerja untuk buat side business. Termasuk lah adik dan mama saya yang jadi dealer Tupperware ni. |
Tentang lain lain perbelanjaan terutama sekali makan dan minum,saya sarankan untuk belajar memasak sendiri. Kenapa nak masak sendiri? Penting tau untuk masak sendiri kerana ini akan menjimatkan kos makan minum di luar. Contoh paling mudah yang saya biasa buat dulu ialah masak nasi goreng. Ok cuba bandingkan kos masak nasi goreng sendiri di dapur dengan kos beli nasi goreng diluar setiap hari.
Kos masak nasi goreng sendiri:
Beli barang masakan..bawang RM3, minyak masak RM10, beras RM10, ikan bilis RM2, sayur sayuran pelbagai jenis RM8, sardin RM4-6 (kadang kala tak beli pun sardin ni sebab saya jenis more to vegetarian tapi bukan la vege sangat hehe..). total kos beli RM40-50 sebulan. dan kesemua barang ni saya masak dalam tempoh sebulan. Mujurlah saya ni jenis makan nasi sekali sehari je.
Kos beli nasi goreng di luar setiap hari termasuk hujung minggu:
Standard harga nasi goreng di Kuantan ni RM4.00. Kata la makan nasi goreng sekali sehari selama sebulan, jadi RM4.00 x 30 = RM120.00 Maka inilah jumlah yang saya perlu belanjakan selama sebulan.
nasi goreng favourite eden hehe.. |
Jadi nampak sangatkan perbezaannya...sangat ketara (RM120-RM40) / RM120 x 100% = 66.67% penjimatan yang dapat dilakukan.
Walaubagaimanapun ini cuma contoh yang saya biasa buat selaku orang bujang la..Sudah tentu akan berubah jika sudah hidup berdua dan ada anak nanti. Saya tak nafikan yang saya pun makan luar tapi saya cuma makan luar jika pada hari bekerja (time lunch sahaja) dan travelling. Jika berada di rumah sewa dan kampung saya cuma makan di rumah sahaja la kecuali pada hari tertentu seperti hari jadi parents,adik beradik,jumpa teman teman lama yang tu sudah tentu makan di luar punya hehehe..
Sentuh bab travelling ni pun kena ada perancangan kewangan dan travelling..haha penting tau. Antara perancangan yang saya sering buat sebelum dan semasa travelling ialah:-
- Kos maintainance dan servis kereta. Cari pusat servis yang buat promosi servis kereta. Bukan setakat dapat harga rendah tapi boleh dapat hadiah lagi. Jika tiada harga promosi servis,jangan risau..sila pastikan apa yang perlu hendak di servis..yang wajib seperti minyak engine 10,000km,spark plug iridium (100,000km)..lebih baik daripada spark plug biasa yang perlu kena tukar setiap 10,000km, Alignment tayar dan condition tayar setiap 10,000km yag sebaiknya, minyak gear setiap 30,000km, dan air filter (air filter mesti bersih untuk tingkatkan efficiency / kecekapan engine).
- Cara pemanduan dan kelajuan..the best should be between 80-100 km/h tetapi kena tengok juga lah condition jalan tu macam mana. Tak kan selekoh tajam nak bawa 100 km/h kan? huhu...
- Bagi kereta manual users kurangkan pertukaran gear dan pedal clutch semasa memandu di jalan yang lurus. Auto pula kurangkan tekan pedal minyak terlalu kuat semasa memandu. Insya Allah anda boleh dapat extra dalam 50-80 km.
- Produk penjimat minyak seperti E-Booster pun mampu membantu mengurangkan penggunaan petrol yang banyak selain daripada penggunaan minyak petrol low octane.
- Jika menggunakan lebuh raya bertol terpulang samada nak bayar tol secara tunai, guna kad Touch N Go atau Smart Tag. Tetapi saya sarankan gunakan lah kad Touch N Go bagi mereka yang kerap travelling di laluan highway bertol. Jika kurang,pakai tunai sahaja sudah.Tapi pastikan kad Touch N Go tu hendaklah sentiasa top up walaupun tak pergi ke mana mana supaya kekal aktif.
- Beli barangan yang perlu sahaja setiap kali singgah di kedai makan atau RnR. Saya biasa makan nasi berlauk dan air mineral (itupun saya top up dari rumah sebelum travel dan pastikan botol macam Tupperware tu dan bukan botol plastik sebab botol plastik ni jika terdedah pada cahaya dan suhu yang tinggi ada chemical elements bercampur ke dalam air minuman kita) serta buah buahan. Air selain air mineral ialah air tenaga seperti tongkat ali power atau 100 Plus.
- Souvenir pula saya sarankan untuk beli di tempat yang menjadi daya tarikan pelancong dan bukan di kawasan highway. Contoh key chain di Kota A Famosa atau di Lumut lebih murah berbanding beli di highway PLUS (ada jual juga tau).
- Pilih dan banding harga souvenir dari banyak kedai,bukan hanya sebuah kedai.
- Jika travelling itu lebih sehari dan melibatkan penginapan, sila booking tempat penginapan (tak kira hotel bajet, hotel yang ada title star dan homestay) at least 2 minggu sebelum jika bukan musim cuti sekolah dan sebulan sebelum jika musim cuti sekolah. Penginapan bergantung kepada citarasa bajet anda ye..bukan citarasa naluri anda. Nak save bajet lebih baik pilih hotel bajet sebab rate penginapan sekitar RM60-RM120. Berbanding hotel yang ada stars ni sampai rate satu malam daripada RM130-RM300. Nak save lebih lebih jimat sila lah cari rumah saudara mara yang dikenali..hehehe..bukan setakat duduk free je tapi makan pun free cuma kena ada gift la untuk mereka hehehe..
Kereta Viva Elite 1000cc AT. Salah satu kereta yang jimat minyak. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur hanya memerlukan sekali isian petrol penuh. Sampai di KL baru isi semula. Cuma bab barang servis jika tiada promosi memang agak sedikit mahal la. |
Kemudian masuk pula bab hobby atau collectibles pun kena ada juga perancangan kewangan. Selaku pengumpul dan penggemar hobby koleksi RC Tank (remote control radio Kereta Kebal),saya tak terlepas daripada merencana bajet untuk membeli koleksi RC Tank ni. Mana tak nya, sebuah RC tank sekecil skala 1/24 pun standard harga RM100-200. Skala 1/16 pula boleh mencecah hingga RM300-500 sebuah. Tapi mujurlah saya kenal seorang dealer RC yang offer harga bawah dalam purata RM80-RM450 kadang kala siap dapat diskaun lagi. Cuma sebelum kenal dengan dealer ni,saya terpaksa survey menerusi Mudah.my namun kena hati hati la sebab takut dapat barangan yang dah rosak atau kemungkinan untuk ditipu. Brand pun ada yang offer harga mahal dan murah,jadi pandai pandai lah memilih mengikut kemampuan masing masing.
salah satu model RC tank scale 1/16 brand Hobby Engine. |
Ok lah rasa nya setakat ini sahaja yang saya mahu catit dalam entry ini. Apa pun yang pasti setiap perkara yang kita buat ni termasuk lah bab harta kena lah ada perancangan dan hendaklah dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab dan disiplin. Jangan hanya tahu buat planning tapi tak ikut..rugi jer bahkan pecah amanah kepada diri sendiri tu. So sekali lagi perancangan kewangan dan disiplin diri memainkan peranan penting dalam hidup ini. Come on lah makin besar dan makin lama hidup, makin besar tanggungjawab,makin banyak ilmu kena cari dan disiplin kena makin kuat serta paling penting agama pun kena lah lagi kuat sebab itu lah benteng diri kita yang sebenarnya.
Doa murah rezeki dan jauhi hutang:-
اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu.
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu.
Doa selepas solat sunat Dhuha juga bagus untuk diamalkan setiap pagi selepas matahari terbit:-
Solat sunat dhuha buat tapi jangan lupa buat yang wajib dan fardhu dulu yer :)
Ok sekian..wasalam..nak prepare juadah berbuka puasa dulu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan