Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 12 Oktober 2013

Aidiladha menjelma lagi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tanpa ku sedari, lusa (Selasa 15/10/2013) umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1434 Hijrah atau 2013 Masihi. Cepat benar masa berlalu ye. Rasa macam beberapa bulan lepas sambut Aidilfitri dan sekarang ni pula Aidiladha.



Tahun ni bagi diri aku la, honestly..aku tak berkesempatan buat ibadah korban dek kerana kekurangan dana disebabkan bulan ini aku baru sahaja berpindah ke rumah baru (tetap dan sendiri) di Taman Gambang Damai, Kuantan. Kat mana ek? Ala..kalau korang sokmo dengar Bukit Gambang Resort and Water park tu,haa..di situ lah ada kawasan taman perumahan dan di situ lah juga aku duduk. Beza nya jika dulu nak ke tempat kerja di UIAM Indera Mahkota cuma kurang 5 minit sebab menyewa bilik di rumah sewa Indera Mahkota 2. Tapi sekarang sudah jadi 30-40 minit driving ke tempat kerja. Mana tak nya jarak dari rumah aku ke tempat kerja sahaja sudah 36 kilometer.
signboard kawasan perumahan tempat aku menetap.

saiz rumah yang aku duduk lebih kurang camni la (copied image,tapi rumah ni memang ada kt kawasan perumahan aku)
So far rumah aku ni ada 3 bilik tidur, 3 bilik air (2 masing masing di bilik tidur dan 1 di dapur). Ruang tamu di depan. Ada sedikit compartment untuk asingkan ruang tamu dengan ruang dapur dan makan. So far banyak barang tak complete lagi sebab baru pindah. Setakat TV, peti sejuk, dapur, mesin basuh dan rak buku sebuah dua tu dah ada. Cuma pelan aku lepas ni nak beli kabinet dapur dan rak tv serta pasang astro sebab kawasan rumah aku ni susah nak dapatkan channel TV dan radio. Tapi phone dan internet laju giler beb hahaha..

 Ok lah berbalik semula kepada topik asal iaitu Aidiladha. Yup ramai ingat aidiladha ni tak berapa penting dan tak meriah macam raya Aidilfitri. Jika anda berpendapat sedemikian rupa, anda sebenarnya silap.


Aidiladha ialah sambutan perayaan bagi umat Islam bagi memperingati kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dimana dalam peristiwa itu Allah telah memerintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s (melalui mimpi beliau) untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Peristiwa itu dikatakan berlaku di sekitar kota Mekah. Ketika Nabi Ibrahim menceritakan mimpi itu kepada anaknya, Nabi Ismail berkata laksanakan lah perintah Allah itu. Terkejut tapi baginda yakin dan patuh dengan apa yang Allah telah perintahkan. Jadi dilaksanakan lah korban itu. Ketika dalam perjalanan ke satu tempat, Nabi Ismail telah diganggu oleh syaitan supaya jangan menuruti perintah Allah itu. Apa yang beliau buat ialah melempar batu kepada syaitan dan itu lah juga menjadi salah satu ibadah dalam ibadat haji iaitu melempar batu di jamrah. Sebaik sahaja tiba di satu tempat dan upacara korban mula dilaksanakan,sudah tentu sebagai seorang bapa,mana mungkin Nabi Ibrahim a.s sanggup atau tergamak nak sembelih anak sendiri kan? Namun dek kerana perintah itu datang daripada Allah maka dilaksanakan lah juga dengan sepenuh hati dan ikhlas. Disebabkan keikhlasan dan ketakwaan itu juga lah Allah memerintahkan malaikat untuk menggantikan Nabi Ismail a.s dengan seekor kibas. Selain kibas binatang ternakan yang boleh dijadikan korban ialah unta,lembu,kerbau,kambing,bebiri.

camni la rupa kibas.
Hari raya aidiladha ni disambut pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Sebab itu lah takbir raya pada aidiladha ni berlangsung bermula pada malam 9 Zulhijjah hingga waktu asar 13 Zulhijjah. Tak seperti Aidiladha yang bermula pada malam hari akhir bulan Ramadhan sehingga la maghrib 1 Syawal sahaja.

Walaupun tiada puasa fardhu seperti bulan ramadhan sebelum menyambut Aidilfitri akan tetapi kita sebenarnya digalakkan berpuasa sunat hari Arafah pada 9 Zulhijjah. Date 9 Zulhijjah itu merupakan date yang penting kepada umat Islam yang menunaikan ibadah haji kerana mereka akan berhimpun di padang Arafah.

sabdaan Rasulullah s.a.w tentang puasa hari arafah..
Sepanjang date 10,11,12 dan siang 13 Zulhijjah juga turut dikenali dengan hari Tasyrik, umat Islam boleh melaksanakan ibadat korban. Ibadat korban boleh dimulakan selepas selesai khatib berkhutbah selepas solat sunat Aidiladha. Sepanjang date ini juga, umat Islam dilarang berpuasa kerana Tasyrik bermakna makan dan minum.

Kaedah solat sunat aidiladha adalah sama seperti solat sunat aidilfitri iaitu bermula dengan niat,takbir 7 kali dengan diselangi tasbih,bacaan surah al-fatihah dan diikuti mana mana surah (akan tetapi ikut sunnah Rasulullah, baginda suka baca surah Al A'laa) bagi rakaat pertama. Manakala rakaat kedua pula 5 takbir diiriingi dengan tasbih seterusnya al-fatihah dan mana mana surah (surah al -ghasiyyah menjadi surah seterusnya yang sering dibaca oleh Rasulullah selepas surah Al-A'laa). Cuma jika waktu Aidilfitri dulu,kita disunatkan menjamah makanan sebelum solat sunat aidilfitri dan waktu solat sunat pula dilambatkan sedikit kerana memberi peluang kepada umat Islam untuk melaksanakan zakat fitrah. Waktu solat sunat Aidiladha pula,ia dipercepatkan sedikit supaya ibadah korban dapat dilaksanakan dengan cepat dan makanan pula sebaik baiknya makanan pertama yang dijamah ialah daging korban itu.Bacaan khutbah pula macam biasa dibuat selepas perform solat sunat aidiladha sama seperti solat sunat aidilfitri. Nak detail and compact boleh lah layari link ini.

solat sunat aidiladha.
Selepas selesai dengar khutbah maka boleh lah teruskan kepada upacara korban. Macam aku kata tadi, binatang korban yang sesuai dijadikan korban ialah haiwan ternakan seperti lembu, kerbau,kambing,unta,kibas,bebiri. TETAPI semua binatang tersebut mestilah MEMATUHI SYARIAT yang telah ditetapkan dalam panduan ibadah korban. Korang boleh lah layari laman web dan blog blog berikut untuk tahu syarat yang mesti dipatuhi dalam melaksanakan ibadah korban ini.


  
  
 

Walaupun hari raya Aidiladha ni mostly ramai akan attend ibadah korban akan tetapi jangan lah dilupa adab adab molek yang selari dengan syariat agama Islam yang boleh kita buat masa raya Aidiladha ini seperti ziarah kubur, ziarah jiran,saudara mara dan rakan rakan, sedekah atau beri duit raya,buat majlis rumah terbuka atau jamuan raya. Selain itu kita juga hendaklah kena jaga tatasusila dan adab dan batas pergaulan serta aurat semasa sambut perayaan ni.

jamuan raya..sekadar gambar hiasan.
duit raya..yeay....
jangan lupa sedekahkan al-fatihah dan bacaan al quran kepada yang sudah berada di alam barzakh.

ziarah menziarahi sanak saudara,rakan taulan dan jiran jiran.
Kepada yang melaksanakan ibadah korban tu sebaik baiknya jadi lah tukang sembelih binatang korban. Jika tak mampu boleh upah tukang sembelih dan sunat melihat darah haiwan korban yang jatuh menitis ke bumi kerana ia menghapuskan dosa dosa kita dengan syarat korban yang dibuat itu ialah halal,suci dan ikhlas. Tak guna buat korban jika pakai sumber wang haram macam mencuri,menipu dan lain lain lagi. Hendaklah berdoa dan bertakbir semasa korban sedang dilakukan. Aurat dan batas pergaulan pun kena jaga. Sentiasa tolong menolong masa proses korban dibuat daripada sembelih hinggalah melapah dan membahagi dan agih daging korban kepada fakir dan miskin.

Antara amalan yang dapat dibuat bulan zulhijjah ini ialah:-

  1. Melaksanakan ibadah haji dan umrah.
  2. Berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah).
  3. Zikir dan takbir (terutama pada hari raya aidiladha dan hari hari Tasyrik).
  4. Melaksanakan ibadah korban dan aqiqah.
  5. Disunatkan pergi awal ke masjid sebelum masuk waktu.
  6. Memperbanyakkan solat sunat.
  7. Meninggalkan amalan maksiat dan bertaubat.
Keistimewaan bulan Zulhijjah adalah seperti berikut:-

Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya. 

Salah satunya ialah:
Sepuluh hari yang terawal pada bulan Zulhijjah.
Beberapa dalil dari al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:
1. Firman Allah, maksudnya; 
“Demi fajar dan malam yang sepuluh.” 
(Surah al-Fajr : ayat 1-2)
Kata Ibnu Kathir : Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. [HR: Imam Bukhari].

2. Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang 10 ini. Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” 
[HR: Ahmad, At-Tirmizi].

3. Firman Allah, maksudnya:
“Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.”
 (Surah al-Haj : 28).
Kata Ibnu Abbas RA: Maksudnya ialah hari-hari yang 10 itu.

4. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”


5. Adalah Said bin Jubir RA (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. [HR Ad-Darimi- Hasan].

6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: Solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.


Ok setakat ni itu sahaja lah post aku tentang raya Aidiladha tahun ni. Insya Allah ada rezeki tahun depan akan aku laksanakan ibadah korban ini.


Tiada ulasan: