Hari ni tanggal 25 Disember 2013 dan ini bermakna tinggal seminggu sahaja lagi seluruh umat dunia akan masuk ke tahun 2014. Kebetulan pula hari ini merupakan sambutan hari natal atau hari Krismas, maka aku ucapkan selamat menyambut hari Krismas kepada rakan rakan beragama Kristian.
Anyway dalam akaun facebook aku, ada la seorang hamba Allah ni komplen pasal wishing christmas kepada rakan beragama Kristian. Kata dia,wish tak boleh sebab itu agama Kristian, seolah olah kita mengatakan diri kita ni beragama Kristian kerana wish hari Christmas kepada rakan kristian kita tu. Aku mula jadi confused,tapi mujur lah ada satu article link daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang sentuh pasal isu sensitif ini. Boleh rujuk pada Majlis Fatwa Kebangsaan tentang isu ini.
Bercakap pasal bulan Disember pada tahun 2013 ni,anyway aku sebenarnya tak berapa rasa selesa la sejak berlakunya kes banjir mengejut pada awal bulan ini. Mana tak nye, sejak berlaku banjir di kawasan yang tak sepatutnya banjir maka tiap kali aku tinggalkan rumah aku untuk balik kampung, travelling atau kerja aku jadi sangat risau. Walaubagaimanapun mujur lah kawasan rumah aku ni tanah tinggi maka tak risau lah banjir kat kawasan rumah tetapi jalan utama di kawasan rumah aku ni yang mudah dinaiki air kerana ada sungai di tepi jalan utama tersebut. The only thing I can do is pray a lot so that nothing bad will take place here and anywhere. Sekarang ni seluruh penduduk Pantai Timur sedang bersiap sedia menghadapi gelombang kedua dan ketiga banjir. Laporan ramalan meteorologi sekarang ni sudah jadi sajian utama telinga aku tak kira semasa di rumah, pejabat mahupun dalam kereta hatta makan kat luar sekalipun. Standby beb just in case.
Pada bulan ni juga,bulan di mana segala laporan prestasi kerja akan dinilai dan dihantar ke human resource department. Bukan aku sahaja ye, sesiapa yang bekerja makan gaji di sektor kerajaan, semi kerajaan dan swasta kena buat benda yang sama. Di tempat kerja aku di UIAM Kuantan ni, laporan KPI (key Performance Index) dan laporan APAR (Annual Appraisal Report) menjadi satu topik yang sangat penting tatkala menjelma bulan Disember setiap tahun. Evaluate kerja, tambah atau kurangkan mana mana KPI tertentu bergantung kepada kerja semasa dan selepas itu kena hantar kepada 1st assessor dan 2nd assessor sebelum dimuktamadkan oleh final assessor (biasa di sini dekan fakulti atau pengarah jabatan) seterusnya ke main human resources di UIAM Gombak. Usually 2-3 bulan kemudian baru lah dapat result. Jika percentage atau peratusan kita 80% ke atas alhamdulillah sebab mendapat kenaikan gaji. Jika bawah daripada itu kena hantar surat tunjuk sebab la. Selain itu hujung tahun ni juga lah bulan untuk memeriksa kembali senarai cuti yang telah dipohon bimbang jika ada yang tak dikemaskini sebab kalau tiada cuti yang dikemaskini maka akan keluar lah status AWOL (Absent Without Leave) a.k.a ponteng. Satu lagi perkara penting bagi staf UIAM ialah kursus yang telah dihadiri sebab di UIAM ni seorang staf wajib kena hadiri sekurang kurangnya 7 hari kursus setiap tahun supaya dapat CTD point 42. Jika tak dapat maka sukar lah nak dapat promotion atau kenaikan pangkat jika berlaku kenaikan pada tahun seterusnya. Satu lagi (berapa banyak satu lagi dah...) GHS iaitu Golden Hand Shake, maksudnya ialah jika ada staf yang sudah mendapat permanent position dan cuti tahunan sebanyak 25 hari per tahun tidak dihabiskan dan dibawa ke tahun seterusnya dan pada tahun seterusnya itu cuti tahunan yang ada juga tak digunakan maka layak lah staf tersebut untuk memohon GHS. Apa yang istimewa pasal GHS ni? Sudah tentu boleh claim duit lah. Ada formula nak kira jumlah duit yang staf itu dapat tapi maaf lah den tak tahu yo.. Cuti tahunan aku? Well aku masih ada baki 15 hari cuti tahunan tetapi kerana aku ni seorang radiografer a.k.a juru X-ray maka setiap tahun aku akan turut dapat 14 hari cuti radiasi setiap tahun dan cuti ini kena habiskan kerana status cuti radiasi ini ialah cuti tanpa rekod dan wajib dihabiskan sebab ia tidak dibawa pada tahun seterusnya. Ini menjadikan cuti aku paling banyak berbaki berbanding staf yang lain.hahaha....
website yang setiap hari aku kena login baik time kerja,overtime,check webmail,apply leave dan macam2 lagi. |
OK lah sibuk pasal kerja ni,lari sikit ke topik hiburan. Anyway bulan ni juga aku beli 2 buah keping DVD original filem melayu yang boleh kata meletop pada tahun ni. Mungkin ada bertanya kenapa tak download je,well aku cuba nak prevent menyokong industri cetak rompak. Aku pun ada rakan sebagai artis bahkan saudara sebelah mama aku pun ada berkecimpung dalam dunia artis ni sebagai aktor (well aku tak nak sebut siapa tapi aku cuma beri clue sahaja..dia dah lama jadi pelakon sejak zaman kanak kanak hingga kini walaupun dah jadi abah orang serta sekarang ni banyak berlakon dalam drama dan sitkom komedi..hahaha pandai pandai la korang agak siapa). Ok, filem yang aku beli tu ialah
KL Gangster 2 |
Ustaz Mu Tunggu Aku Datang |
2 buah filem dengan 2 kisah yang berbeza namun kedua dua nya meletop di panggung wayang seluruh Malaysia walaupun dihantui dengan cetak rompak yang berleluasa daripada dulu hingga kini. Asalnya aku tak berniat pun nak beli sebab aku ni bukan nye kaki tengok movie tapi dek kerana bosan duduk di rumah time hujung minggu atau sebelah malam maka sekurang kurangnya kurang lah sikit rasa bosan tu. Aku beli kedua dua DVD ni dari sebuah kedai DVD di sebuah restoran makanan Arab di Indera Mahkota 5 di Kuantan ni la. Nak ulas ermm well aku tak berapa reti sangat nak ulas pasal kedua dua filem ni tapi short commentary boleh la.
KL Gangster 2:
Merupakan filem sambungan daripada KL Gangster. Berkisar tentang kehidupan Malik (lakonan Aaron Aziz) yang berusaha mencari rezeki halal selepas keluar penjara kerana terlibat dalam aktiviti gangsterisme dan kongsi gelap. Manakala kumpulan kongsi gelap yang diketuai King (lakonan Ridzuan Hashim) pula berdepan dengan pesaing terbaru yang agak ganas dalam menguasai kawasan King iaitu Tai Long (lakonan Rosyam Nor). Banyak kawasan King sedang disapu bersih oleh Tai Long yang dibantu (tapi aku rasa macam dipaksa bantu) oleh Dragon (lakonan Adam Corrie). Selain itu King juga turut berdepan dengan musuh dalam selimut yang dia sendiri tak sedar iaitu Suzanne (lakonan Angelina Tan) isteri dia sendiri. Walaupun King ada orang kuat dia iaitu Shark (lakonan Syamsul Yusof) dan Ajib (lakonan Soffi Jikan) tapi ia masih tak mampu menyaingi kekuatan Tai Long dan konco konco mereka. Bahkan makin ramai ketua kongsi gelap dan gangster lain terpaksa tunduk akan kekuatan dan kekuasaan Tai Long. Kemudian King pergi meminta bantuan Malik dan ditawarkan pelbagai macam kemewahan dan ganjaran yang sangat lumayan. Pada mulanya Malik tak terima offer tersebut akan tetapi setelah mak dia (lakonan Ku Faridah) dan Zati (lakonan Sheera Iskandar) diserang oleh ah long di rumah dia sendiri kerana hutang oleh adik Malik iaitu Jai (lakonan Ady Putra) maka dia terpaksa terima offer King tersebut kerana mak Malik disahkan menghidap kanser otak dan memerlukan wang sebanyak RM200,000 bagi menjalani pembedahan itu. Kemudian berlaku lah pergelutan,pergaduhan dan pertempuran antara kedua dua taiko gangster ini. Nak tahu lebih lanjut korang tengok lah filem ni hahaha....
Ustaz Mu Tunggu Aku Datang:
Aku tengok cerita ni tapi alahai rupa rupa nya DVD yang aku beli tu cetak rompak dohsss....banyak sangkut.
Okay lah tu sahaja. Dah takde idea nak taip apa..sekian wasalam.
Okay lah tu sahaja. Dah takde idea nak taip apa..sekian wasalam.
1 ulasan:
yg filem ustaz tunggu ku dtg memng best..menarik jlan pnceritaan nya..
ha..ha.cd ctak memng byak sangkut..
yg kl ganster x sempat tgok lg sampai skrg :)
Catat Ulasan