Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 14 Februari 2014

Kisah kisah seram semasa memandu (pengalaman diri sendiri)



Pada entry kali ini,agak lain daripada entry aku sebelum ni sebab kali ini aku akan share pengalaman seram yang pernah aku lalui semasa aktiviti mengembara aku terutama semasa driving. Namun sebelum itu,aku nak tegaskan yang ini adalah pengalaman peribadi aku sendiri. Nak percaya atau tidak itu terpulang sebab yang mengalaminya ialah aku.


Kisah 1:

 Ia berlaku pada tahun 2011. Seingat aku hari itu merupakan hari terakhir aku mengikuti sebuah kursus anjuran bahagian Human Resources di UIAM Gombak. Kursus tersebut lebih kepada meningkatkan kemahiran soft skills para pekerja dan juga communication skills antara pekerja dengan majikan dan juga pelanggan. Namun agak pelik juga lah sebab aku ni bekerja dalam bidang healthcare. Radiation workers pulak tu hahaha..tapi difikirkan untuk menimba ilmu baru dan juga nak kutip CTD point maka aku pun join jugak lah. Tempoh kursus itu berlangsung selama 2 hari bermula hari Isnin ( 25 Julai 2011) hingga Selasa (26 Julai 2011). Habis sahaja berkursus aku pun pulang ke rumah sepupu aku (aku panggil dia abe yeng,nama sebenar dia Hazreen bekerja sebagai technical operator di sebuah anak syarikat TNB yang menghasilkan peralatan transformers. Bukan transformers Decepticon dan Autobots tu),. Niat asal nak balik terus ke Kuantan selepas berehat dan makan malam tapi aku cancel kan sebab sebelah malam tu sepupu aku ajak pergi makan di satu kedai makan dekat dengan AU Lembah Keramat. Jadi aku tukar lah pelan nak balik ke Kuantan pada esok harinya dan kebetulan pula minggu tu aku sudah appply cuti seminggu dan diluluskan oleh bos.

 Pada jam 9 pagi 27 Julai 2011, aku bertolak dari rumah sepupu aku di Ulu Kelang menghala ke Kuantan selepas selesai bersarapan dengan sepupu aku. Pergh, sarapan macam tak ingat dunia,mentang mentang lah sepupu aku masa tu dapat gaji dan dia pulak belanja aku makan so macam macam lah aku santap. Lagi satu masa tu duit poket aku pulak kering sebab tak pergi ke mesin ATM untuk withdraw duit walaupun pada date tu juga gaji aku sudah masuk. Semasa dalam kereta,entah kenapa mata aku ni asyik terpandang kepada signboard Bentong dan Kampung Orang Asli di Gombak. Kemudian timbul niat nak lalu jalan lama Gombak-Karak-Bentong. Pertama sebab duit poket kurang maka memang aku nak avoid guna highway tol. Kedua pula aku nak rasa apa yang orang selalu perkatakan bahawa jalan itu kononnya dikatakan keras. Keras?? Yup itu lah yang sering aku dengar semenjak aku belajar di matrikulasi UIAM di Petaling Jaya pada tahun 2002 hingga kini. Sebelum tu aku langsung tak tahu apa apa pasal jalan lama itu. Di tambah pula tak silap aku masa tu kan filem Karak sudah ditayangkan di cinema,maka makin famous lah jalan lama tu termasuk juga highway Gombak-Karak.

Filem Karak yang dibuat berdasarkan kisah kisah seram di laluan Karak. Tapi ramai orang fikir highway Karak tu sedangkan kebanyakkan kisah seram berlaku di jalan lama Gombak-Karak-Bentong.
Ini lah jalan lama Gombak-Karak. Laluan ini dikatakan sudah wujud sejak zaman kolonial British lagi atau lebih tepat lagi sebelum Perang Dunia Kedua meletus.
Jalan lama Gombak-Karak yang banyak selekoh,bercuram dan dipenuhi hutan tebal kiri dan kanan jalan serta tiada lampu jalan menjadikan ia bertambah seram terutama menjelang malam.
Ini pula lebuhraya tol Gombak-Karak. Tak silap aku yang ni dekat Gombak,seberang jalan pula laluan dari arah Karak menghala ke KL dan ada R&R di situ. Bayaran tol RM5.00 masuk/keluar tol Gombak dan RM3.00 masuk/keluar tol Bentong.

 OK berbalik lah cerita masa aku driving tadi, aku keluar dari MRR2 dan menyusuri masuk ke jalan Gombak lama. Buat satu jam pertama semuanya berjalan lancar bermula dari simpang lampu isyarat dekat dengan Sekolah Antarabangsa Islam Malaysia hingga lah melepasi Klinik Kesihatan di Gombak lama. Selepas aku melepasi satu selekoh dan mendaki tiba tiba perasaan berdebar debar dan bulu roma meremang. Aku mula jadi gelisah seketika,aku tenangkan hati dengan bacaan ayat ayat suci Al quran yang aku tahu dan mujur lah juga aku ada baca CD Al quran maka aku pun pasang dan tinggikan speaker volume agak kuat (kalau aku tutup semua tingkap kereta aku,mahu rasa macam nak pecah gegendang telinga sebab kuat volume speaker aku pasang). Selain tu hati aku agak sedikit lega apabila semasa melalui jalan lama Karak itu ada juga lah beberapa buah lori dan motorsikal berselisih. Tapi agak seriau jugak sebab jalan lama Karak ni sempit sebenarnya jadi aku pun tak berani lah nak memotong mana mana kereta atau lori jika berada di depan. Selang beberapa minit kemudian,sekali lagi aku melalui satu selekoh tajam dan laluan mendaki yang pendek. Namun semasa memandu di laluan menurun dengan tiba tiba kereta aku menjadi agak berat seolah olah memandu dengan brek tangan tak diturunkan. Bila aku periksa brek tangan,ia masih berada dalam posisi free brake. Aku periksa pula gear dan pedal klac (masa tu aku bawa kereta manual),pun tiada apa apa problem dan gear aku gunakan pula gear rendah. Nak berhenti pula,tiada ruang sebelah kiri dan kanan sebab jika aku berhenti di sebelah kiri adalah jurang manakala sebelah kanan pula tebing tinggi yang sempit. Nak tak nak,aku terpaksa teruskan pemanduan tapi tanpa disangka sangka kereta tiba tiba 'ditarik' ke belakang. Yup macam tarik tali tu lah,aku tekan pedal minyak lebih kuat lagi dan masa tu jugak lah ada 'benda' menarik kereta aku ke belakang. Rasa macam nak tercabut body kereta aku tu,dah lah kereta VIVA 850cc,body kereta VIVA mana lah kuat mana pun. Masa tu aku dah tak ingat apa apa dah kecuali mulut aku terkumat kamit baca semua surah ayat Al-Quran yang mana aku ingat dan masa tu jugak lah tiba tiba je mulut aku rajin nak azan. Alhamdulillah, selesai sahaja aku azan tiba tiba kereta aku bergerak meluncur yang amat laju menuruni laluan berbukit itu. Terpaksa brek mengejut kerana kereta yang dipandu sangat laju dan dekat pula dengan satu selekoh tajam. Selepas itu aku terus pandu laju tapi berhati hati juga lah hingga aku sampai di Genting Sempah. Masa tu aku tak fikir panjang terus masuk ke highway Karak-Bentong lagipun dalam drawer duit kereta aku ada duit RM5.00 jadi cukuplah untuk bayar tol di Bentong nanti. Sebaik melepasi tol Bentong aku mengambil jalan Karak- Kuantan (jalan lama) tapi yang ini tak sunyi sebab banyak pekan dan kampung serta bandar di sepanjang jalan tu. Hampir 4 jam kemudian,aku sampai di Kuantan,aku pergi lah ke sebuah workshop kereta di Indera Mahkota 3, bila siap diperiksa oleh mekanik dia kata kereta tiada apa apa masalah pun. Wah...terpinga pinga aku dibuatnya, nak dipendek cerita aku terus balik ke Terengganu dan 2-3 hari jugak lah demam.huhuhu....

Kisah 2:

Kisah seram (tapi yang ni bukan mistik sangat walaupun ada sedikit elemen mistik) kedua ini turut berlaku pada tahun 2011. Tak silap aku sekitar akhir Oktober 2011. Tempat berlaku kisah ini di Gambang,Pahang. Ok, masa itu aku memandu di tengah malam tanpa tujuan sebab boring duduk kat rumah sewa. Masa itu aku baru sebulan duduk di rumah sewa di Indera Mahkota 2, Kuantan. Housemates aku pula ada 3 orang, seorang staf programmer di JBA Pahang (sekarang ni sudah dikorporatkan dan tukar nama kepada PAIP akronim daripada Perbadanan Air Negeri Pahang) dia ni jenis workaholic iaitu gila kerja. Masuk jam 8.30 pagi balik 10-11 malam dan kadang tu tengah malam. Lagi 2 orang housemates pula warga tua tapi masih kuat dan perasan muda. Hahaha...memang pun tapi kedua dua kerja sendiri yang mana sampai sekarang ni aku masih tak tahu apa kerja mereka yang sebenar.

Ok balik semula kepada driving tadi. Dalam jam 12 - 12.40 pagi macam tu, aku memandu kereta aku dan melalui jalan lama Kuantan - KL. Sebaik aku melepasi satu selekoh selepas kawasan Paya Bungor, aku dikejutkan dengan bunyi ngauman yang sangat kuat. Ngauman harimau.. ye ke? Yup betul aku dapat dengar dengan begitu jelas sekali bunyi ngauman harimau dan berulang sebanyak 2 kali. Masa aku drive tu,aku buka tingkap kereta sebelah driver seat sampai habis (konon nak feel angin tengah malam) tapi tak sangka pulak dapat dengar bunyi ngauman tu. Aku decide untuk teruskan driving menghala ke Sri Jaya di Maran dan memasuki ke Lebuh raya Pantai Timur dan balik semula ke Kuantan. Sebab fikirkan keselamatan,maka aku pun pecut lah ke sana tapi sesudah masuk ke highway kena drive ikut peraturan lah sebab bimbang pulak kena saman speed trap camera. Sampai sekarang aku masih tertanya adakah ngauman harimau itu benar benar datang daripada seekor harimau yang mungkin sesat atau ada 'benda' lain yang menyerupai dengannya. Setakat finding personal yang aku usahakan,pada zaman dulu sebelum adanya projek LPT ni kawasan Gambang ini sememangnya hutan tebal dan hutan sekunder yang besar dan dulu juga dikatakan ada beberapa penduduk sekitar Gambang dan Lepar Hilir terserempak dengan harimau belang dan harimau kumbang yang berkeliaran di sini. Namun setelah adanya projek LPT dan beberapa projek pembangunan perumahan dan pusat pengajian di sekitar Gambang ini sudah tidak nampak lagi kelibat Pak Belang dan Pak Kumbang yang merayau rayau di sini.

Walaubagaimanapun pada tahun 2013,seekor bangkai harimau bintang (leopard) ditemui di sebuah takungan air di Kampung Sentosa di Maran,Pahang. Adakah ini menunjukkan bahawa masih ada spesis harimau masih lagi berkeliaran di kawasan tengah Pahang ini terutama di Temerloh,Maran dan hulu Kuantan termasuk juga Gambang?

Pak Belang mengaum..adakah Pak Belang ini yang mengaum atau 'something' yang menyerupai dengannya?

Kisah 3:

Kisah seram yang ketiga ni,aku sendiri tak pasti sama ada ia benar berlaku atau tak. Eh kenapa aku kata macam ni ek?? Well bro and sisters, ini lah cerita aku. Terpulang kepada korang nak percaya atau tak sebab aku tak nampak tau 'benda' tu tapi orang lain yang nampak.

 Ia berlaku sekitar awal Januari 2012 di jalan Endau-Mersing-Kota Tinggi. Tempat aku tak pasti tapi seingat aku lah kiri dan kanan ada estet kelapa sawit,dekat dengan selekoh tajam dan berhampiran dengan sebuah hutan simpan (based on the Google Maps result ia adalah Hutam Simpan Gunung Arong klik sini). Pada masa tu hujan lebat al maklum lah masih dalam musim tengkujuh maka boleh kata setiap hari akan ada hujan cuma tak pasti hujan turun bila. Nak jadikan cerita malam itu sebenarnya aku dalam perjalanan pulang dari Johor Bharu ke Kuantan setelah habis bercuti hujung minggu. Biasa lah nak ubah selera bercuti hujung minggu daripada balik kampung di Seberang Takir,Kuala Terengganu atau duduk di Kuantan tanpa buat apa apa melainkan buat kerja overtime atau lokum duty.
Pada waktu itu sudah menghampiri tengah malam. Aku memandu pada kelajuan 70 - 80 km/j sahaja tidak seperti kebiasaan iaitu 100 km/j. Lagipun banyak juga selekoh tajam dan laluan curam di sepanjang jalan ini ditambah pula faktor hujan maka terpaksa lah aku memandu perlahan sedikit daripada kebiasaan. Seingat aku semasa aku memandu, aku memotong sebuah lori treler di depan aku. Sebaik sahaja aku memotong dan memandu sedikit laju kerana nak elak daripada lampu tinggi yang dipasang oleh lori treler tersebut, tiba tiba selepas melepasi satu selekoh dekat dengan Hutan Lipur Gunung Arong. Aku dikejutkan oleh nyalaan lampu secara berkelip kelip dan berterusan dari lori treler yang aku pintas tadi. Pada mulanya aku fikir, mungkin ada binatang yang melintas di depan lori treler itu. Beberapa minit kemudian ada sebuah lori treler yang datang dari arah bertentangan pun buat perkara sama dan aku fikir mungkin driver lori treler belakang aku ni kawan dia lah kot. Maka aku jadi rasa pelik namun aku tak layan perasaan rasa pelik tu bahkan aku siap pasang CD lagu lagu favourite yang aku download daripada notebook ASUS dan kuatkan speaker volume serta sekali sekala aku ikut menyanyi lagu lagu yang aku pasang.
 Nak jadi ceritanya apabila aku sampai di sebuah medan selera dekat Tanjung Gemok di Kuala Rompin,Pahang bersempadan dengan Endau,Johor. Aku berhenti kereta untuk rehat,stretching badang dan singgah di satu gerai makan yang ada di situ. Aku lihat driver lori treler yang berada di belakang aku tadi pun turut berhenti di tempat sama. Masa itu jam sudah menunjukkan jam 3 pagi. Wah..lambat lagi nak sampai ke Kuantan,ikut perkiraan aku mungkin aku akan sampai dalam jam 5.30 pagi atau 6 pagi. Itupun kalau aku tahan lasak mata,badan dan otak. Kalau mengantuk sangat terpaksa lah cari hotel bajet yang berdekatan atau mungkin juga tidur di mana mana stesen minyak atau masjid yang berdekatan. Ok lah sesudah berada di kedai makan so mesti lah aku order makanan dan minuman. Menu yang aku order Nasi Goreng Kampung campur dengan cili potong dan telur dadar serta air kopi suam (gelas sederhana besar aku mintak tau bukan cawan yang biasa dihidangkan). So sedang sedap aku menjamu selera dan menonton cerita di TV yang entah apa apa entah,aku didatangi oleh 2 orang lelaki. Nampak macam india tapi rupa rupanya orang melayu. Mula mula aku risau jugak kot diorang ni gengster atau samseng nak pau mintak duit ke ape ke. Akan tetapi bila mereka beri salam,perkenalkan diri dan tanya soalan sama ada aku yang drive kereta VIVA warna kelabu nombor plat TAU 7**2 maka sangkaan buruk aku ternyata meleset. Setelah aku mengiyakan soalan yang ditanya tadi salah seorang bertanya ' Awak perasan tak kenapa tadi saya nyalakan lampu tinggi tadi?' Aku balas kata tak tahu. Dia sambung lagi 'Sebenarnya masa driving tadi ada 'cik ponti.....' yang terbang di atas kereta encik'. Aku masa tu tengah sedap minum kopi suam tiba tiba terbelahak dan batuk sekejap tapi mujur lah tak bersembur kat muka abang driver lori treler ni. Aku bertanya kat mereka 'eh betul ke bang? saya drive tadi takde rasa apa apa pun'. Abang tu nak konfem kan lagi ' Betul,saya dan kawan saya ni nampak. Rasa memang tak silap apa yang kami tengok tadi'. Dalam hati aku kata 'alahai tak kan kena lagi kot' sebab mengenangkan peristiwa semasa di jalan lama Karak pertengahan 2011 lalu. Muka memang suddenly jadi pucat sedikit namun abang driver lori treler tu beri tips kat aku. Menurut dia lah,jika perkara macam tu berlaku, pertama sekali jangan terus balik ke rumah bila sampai dekat rumah. Maksud abang tu kita jangan terus masuk ke rumah tapi kena drive ke tempat lain sebelum sampai ke rumah supaya 'benda' itu tidak mengekori masuk ke dalam rumah kita. Last but not least abang tu bertanya lagi ' Masa awak beli kereta ni tak baca apa apa doa ke?' Aku kata tak tahu sebab kereta tu bukan lah aku punya tapi parents aku punya dan diberi kepada aku setelah aku dapat kerja. Dia beritahu lagi ' Sebaiknya bila kita beli sesuatu macam rumah,tanah dan kereta hendak kita baca doa selamat. Mohon kepada Allah supaya apa sahaja aset yang kita beli tu diberkati dan dijaga dengan izin Nya'. 'Oh gitu...' balas aku. Erm sebijik macam apa yang mama aku kata dulu tapi ye lah time tak kena memang lah degil dan tak dengar tapi bila dah kena ni baru nak beringat hahaha....Namun tentang kisah cik ponti.....tu aku tak pasti untuk percaya atau tak. Bahkan semasa aku sampai di rumah sewa aku di Kuantan tiada sebarang kejadian aneh berlaku. Aku bilang rasanya kes itu dengan sendirinya ditutup.

Kisah 4:

 Kisah ini pula berlaku pada tahun lepas iaitu 6 September 2013 semasa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Seberang Jaya di Seberang Prai,Penang sebab menghadiri kursus di USM Penang. Aku bertolak agak lewat dari Kuala Terengganu lebih kurang pada jam 10 pagi (pelan asal nak bertolak pada jam 7 pagi). Aku menunaikan solat zohor (Jumaat) di Masjid Kubang Kerian,Kelantan dan aku sendiri tak tahu kenapa lah aku nak drive sangat di Kelantan pada hari Jumaat ni. Ok selesai menunaikan solat Jumaat,aku terus bertolak menuju ke Penang. Berhenti makan seketika di R&R Banjaran Titiwangsa walaupun snek banyak dalam kereta. Nak pendekkan cerita, pada jam 7.30 malam selepas aku melepasi satu jalan di antara Kulim dan Baling di Kedah dekat dengan sebuah kawasan estet kelapa sawit suddenly mata aku tertumpu pada tengah jalan kerana apa yang ada di depan aku ialah satu objek yang tinggi lebih kurang 5-6 kaki (1.5 - 1.8 meter) dan rupa objek itu ialah seperti leher lonjong,kepala botak,perut buncit,badan berbulu warna keperangan serta kaki yang agak besar dan cara ia berjalan seperti manusia. Aku terpaku dan tiba tiba sahaja ia menghilang terus daripada pandangan dan aku terkejut kerana di depan aku pula ialah sebuah lori. Rupa rupanya aku sudah masuk ke laluan bertentangan tapi mujur lah aku sempat mengelak dan masuk semula ke laluan asal. Sambil itu mulut aku terkumat kamit membaca ayat Kursi dan istighfar serta selawat sepanjang perjalanan hingga lah aku sampai di hotel bajet penginapan di E-Red Hotel Seberang Jaya, Penang. Memang betul lah apa yang mama aku selalu pesan kepada aku,sebelum drive baca lah doa naik kenderaan di samping baca juga surah Al-Fatihah,selawat dan ayat Kursi.

Lain lain:

Kisah seram yang lain yang telah aku alami pula, well ia memang ada namun bukan lah semasa memandu. Banyak kisah mistik aku alami semasa di zaman persekolahan,universiti dan tempat kerja serta aktiviti perkhemahan sekolah. Kisah itu nanti akan aku paparkan di entry yang lain pula.

Pengajaran / Moral Values:

Banyak pengajaran yang aku dapat berdasarkan kisah kisah mistik yang menimpa kepada diri aku. Antaranya ialah:-

1) Kena percaya adanya alam ghaib termasuk lah juga golongan yang dipanggil jin,iblis dan syaitan. Mereka ini tugasnya menyesatkan manusia dan menghasut manusia ke arah kejahatan. Maka hendaklah kita sentiasa bermohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah s.w.t

2) Jangan memandai menggunakan laluan yang jarang digunakan oleh orang ramai. Bukan sebab takut gangguan hantu tetapi kena fikir juga jika berlaku kecemasan yang lain seperti kereta rosak atau kemalangan di kawasan tersebut siapa nak tolong kita kan?

3) Sebelum menaiki kenderaan kena lah baca doa naik kenderaan. Di samping itu tak salah sekiranya kita baca juga surah Al-Fatihah,ayat Kursi dan selawat sebelum memulakan perjalanan. Semasa perjalanan pula seboleh bolehnya hendaklah kita 'seri' kan perjalanan kita dengan alunan zikir,selawat atau bacaan ayat suci Al-Quran. Nak dengar lagu boleh juga tapi yang baik baik lah tak kira apa genre lagu dan irama pun.

4) Jangan sesekali bercakap besar.

5) Memandu jarak dekat dan jarak jauh kena lah sediakan duit secukupnya. Selain itu condition kenderaan pun kena lah dalam keadaan bagus dan tip top.

6) Kurangkan memandu di waktu maghrib dan lewat malam. Kita kena percaya akan wujudnya jin sebab mereka juga makhluk Allah. Jin Iblis dan Syaitan memang suka akan suasana gelap gelita kerana masa itu lah mereka akan buat kerja jahat mereka. Itu lah kenapa kita sering digalakkan mengamal surah 3 Kul iaitu surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. Dalam surah Al-Falaq jika kita lihat pada ayat tersebut;


Bukan setakat jin,syaitan dan iblis tetapi juga gangguan manusia dan binatang buas.

Setakat ini sahaja lah entry aku pada kali ini. Next time, next story,different experiences.

Tiada ulasan: