Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 25 April 2014

Berjalan jalan di Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi KL.



Wow aku rasa tajuk entry aku ni agak panjang la. Hahaha.... anyway welcome back.

Okay sebelum aku nak cerita dengan lebih lanjut, mula mula aku nak maklum kepada semua lah yang lawatan aku ke Muzium TUDM Sungai Besi ni sebenarnya dibuat tahun lepas (2013). Seingat aku selepas musim PRU-13 macam tu lah. Mungkin sebulan dua lepas tu kot.

Kenapa aku melawat ke sana?


  Well sudah tentu la ada perasaan ingin mengetahui apa yang ada di dalam Muzium TUDM tersebut. Bak omputih kata instinct atau desire to know something in details. Mula mula aku tahu pasal muzium ni setelah melihat beberapa gambar teman dalam Facebook dan bloggers lain yang pernah ke sana. Selain itu aku dapat info melalui bahan bacaan dari library dan website pihak TUDM sendiri.

Anda boleh layari website di bawah ini untuk maklumat lanjut:-

Okay berikut ialah gambar gambar yang aku dapat snap semasa melawat ke sana.











Jet pejuang F-5. Apprentice kepada supesonik fighter dalam TUDM. 

Jet pejuang CAC F86 Sabre. Asalnya milik RAAF yang dibeli dari Amerika Syarikat. Malaysia dapat CAC ni apabila kerajaan Australia derma aset kepada TUDM. Itu pun sebab RAAF mula guna Mirage fighters.


haha..konon nak jadi pilot tapi tak dapek,so asal dapat masuk cockpit heli ni pun kira jadi la.

Helikopter Alloutte III. Popular di zaman 60 an hingga lewat 80 an.


aku lupa nama pe heli ni tapi ia untuk latihan je.

cockpit heli trainer.

nak beri nampak rotor so aku capture pic kali kedua. time ni berjerebu dan panas bai.

Rajawali.








lerai dan berkarat..



Ni bahagian cannon pod / heavy machinegun CAC Sabre.


actually takde tripod jadi aku guna lah hujung sayap jet Sabre ni sebagai ganti tripod kamera aku hehehe...

A-4 Skyhawk PTM. Fighter/bomber dan close air support. Banyak digunakan dalam era Insurgensi selain Tebuan.



JBON..kalau korang pi kat muzium tentera darat pun ada gak tulis ayat camtu..aku tak tahu apa motif diorang buat macam ni.

BOM?? weh bukan bom la..ni nama nye tangki simpanan minyak. boleh digugurkan jika terdesak.


Caribou. pesawat transport yang popular semasa era 60-80 an sebelum digantikan oleh CN125.Banyak berkhidmat dalam area operasi dan kawasan pedalaman. Pernah dengar cerita pesawat cuba nak diubah kepada close air support gunship seperti AC 130 tapi gagal. dengar citer permulaannya nak man FN MAG atau Browning heavy MG kat kiri dan kanan pesawat tapi gagal.


ni bahagian dalam pesawat Caribou

ni pun dalaman Caribou kat belakang. Boleh nampak terus cockpit.

Mungkin kat sini lah team parachute duduk sebelum buat parachuting. lantai Caribou ni kayu tau.

Rosak abes...patut kena repair ni.

Tengah syok tangkap gambar tetiba budak kecik ni mencelah. Actually masa ni ada satu family naik sekali selain aku. anak anak diorang comel tapi hyperactive. mujur lah papa diorang jenis tegas,kalau tak runtuh gak Caribou ni.

Nak ambil feel...konon2 lah hahaha...

Scottish pe entah,aku lupa nama kapal terbang ni. Pernah jadi aset dalam TUDM.



heli yang tengah tu milik TLDM sebenarnya..aku heran camne boleh masuk kat muzium TUDM ni. nama heli tu Wasp. Banyak diguna pakai oleh Navy bahagian udara. Sekarang ni digantikan oleh Fennec dan Super Lynx. fungsi lebih kepada observation, SAR dan juga anti submarine warfare.





Ni bahagian dalam hangar muzium TUDM. Lagi banyak kapal terbang dan jet pejuang ada dalam ni.

yang ni A4 Skyhawk PTM..ala sama cam tadi yang kat luar tu.

Sejarah perintis kepada penubuhan TUDM

Generasi X dan Y TUDM la ni.

senarai aset pesawat dalam TUDM dulu dan kini.




Chipmunk. lebih kepada training.

Tiger Moth.pesawat latihan dan perintis kepada TUDM. Actually digunakan sebelum Perang jepun bermula.


ni lah Jet Tebuan a.k.a CL41G. selain fighter untuk close air support dan trainer.



Description kapal terbang ni ialah gambar kat atas.

ni nama nye anti aircraft missile. tak silap aku Starburst buatan Perancis.  Sekarang ni pakai IGLA russian made tapi yang ni masih dikekalkan.

cockpit jet trainer Aermachhi. Kalau salah tolong betul kan ye.sebab ni pic tahun lepas punye.hehehe..

bila ko duduk dalam ni rasa nak terbang kan aje tapi kalau betul2 boleh terbang konfem tak nak sebab takde knowledge dan experience.hehehe...

bahagian luar jet Aermachhi.

Nak jiwang macho sat...











Ni pesawat ringan bagi tujuan latihan.






Single engine only.

Cockpit jet Tebuan. owh rupa nya 2 seats. duduk sebelah menyebelah.


jet Tebuan ni boleh dilengkapi dengan bom 500-1000 paun, meriam dan minigun. tapi bukan meriam yang macam ko tengok artileri tu.


mungkin ni crosshair target kot.



Jet A4 Skyhawk ni bapak tinggi weh. Kalau nak naik kena ada tangga. aku punya ketinggian pun tak sampai kat fuselage jet ni.




Itu lah gambar gambar yang aku sempat snap semasa berjalan jalan di muzium TUDM Sungai Besi Kuala Lumpur. Feeling memang best TETAPI safety kena jaga sebab semasa aku ke sana aku dapati banyak juga besi berkarat dan tajam yang tak dibuang dibiarkan macam tu saja. Terutama kapal terbang dan helikopter kat luar tu ada bahagian tertentu sudah berkarat dan tajam. Well report aku sudah buat melalui seorang teman yang merupakan juruterbang helikopter TUDM cuma aku tak pasti la sama ada kerja baikpulih sudah dibuat atau tidak. Mungkin aku kena datang lagi kot.

Sebelum keluar dari muzium,aku ingat nak ambil gambar lagi kat area tasik / kolam dekat dengan entrance tapi mak aihh bateri kamera aku sudah kong.. So tak dapek la nak ambil gambo nye. Sempat gak aku beli souvenirs untuk diri sendiri dan rakan rakan serta famili. Ala cuma key chain sahaja tapi untuk aku beli T-shirt brand 5.11 Tactical.

Okay lah see you on next entry on next time...adioss bye Wasalam.

Tiada ulasan: