Pada entri kali ni sebenarnya aku takde idea nak taip apa. Maklum lah malam tadi aku sibuk dengan hal aku sendiri. Kemudian ada kes samun bersenjata di sebuah cyber cafe di kawasan rumah kedai di Indera Mahkota 2 kat Kuantan ni. Balik ke rumah pada jam 12 tengah malam pula,perut aku tiba tiba sakit dan tekak rasa loya. Mula mula aku fikir mungkin ini sebab cuaca panas atau aku salah makan. Selepas tu pi mandi sat (mandi pun kat setengah jam berendam tau) keluar dari bathroom,aku ambil minyak angin cap kapak dan sapu kat perut dan kepala sebanyak mungkin sambil minum sikit sikit susu kultur Vitagen dan alhamdulillah bangun pagi tadi dah hilang rasa sakit perut dan loya tu kecuali buang air besar non stop la. hahaha...
Susu kultur vitagen yang jadi favourite aku sejak tahun 1992 lagi. |
Minyak angin cap kapak...siap ada lagu weh hehehe... |
Pasal kes samun bersenjata tu,actually aku bukan lah pegawai atau anggota polis tetapi cyber cafe yang aku kerap kunjungi tu jadi sasaran penjenayah. Kebetulan pula aku ada membership Rakan Cop so dapat lah info tu dan sempat datang ke crime scene untuk lihat apa yang berlaku. Maaf lah ye aku tak dapat capture pics crime scene sebab itu tugasan polis.
Namun pagi tadi aku dikejutkan dengan satu kejadian pecah masuk dan curi di sebuah hostel perempuan di UIA Kuantan. Aku dapat tahu pun menerusi facebook sebab aku ada add dalam page iium community ni. Alhamdulillah tiada apa yang buruk berlaku terhadap mahasiswi yang jadi mangsa cuma dia kehilangan RM300 sebab pencuri tu lelaki tau bukan perempuan. Makin risau aku terhadap keselamatan mereka ni dan aku harap tiada kejadian yang lebih buruk berlaku selepas ni. Again isu keselamatan di UIA Kuantan kini menjadi topik hangat buat masa ni di laman tersebut.
salah satu page yang aku copy,crop dan paste tentang kejadian pecah masuk dan samun di kolej asrama perempuan UIA Kuantan. |
Ok lah kali ni aku nak share beberapa gambar yang aku tangkap semasa berjalan jalan di Pantai Sepat, Kuantan Pahang pada 19/4/2014. Hobi aku suka ambil gambar dan aku tak tahu sampai bila ia bertahan. Satu satu nya hobi yang aku suka buat sejak dari kecil lagi. Hehehe...
Ni salah satu gambar gambar yang aku tangkap semasa berjalan jalan di sepanjang Pantai Sepat. Kebetulan pula ada 2 orang remaja lelaki mungkin dalam usia awal 20 an sedang berlumba kuda. Erm dalam kepala otak aku, alangkah bagusnya jika semua mat rempit menukar habit daripada rempit motor kepada rempit kuda. Tapi jangan lah pula memandai ambil pil kuda. Kang ke tali gantung sudah nye hahahaha...
Tak sangka pulak aku ni dah jadi ala ala pencinta alam sekitar walaupun rumah aku sendiri bersepah. Biasa lah otak kreatif dan inovatif memang la bersepah...hahahaha...
Actually ini bukan lah kali pertama aku berkunjung ke Pantai Sepat ni. In fact sudah datang ke sini banyak kali. Di sini lah tempat sesuai aku nak relax kan kepala otak dan minda yang berserabut. Ditambah pula dekat dengan pantai ni memang ada sebuah masjid, jadi sambil beribadat dapat lah juga merasa kenikmatan disapa oleh angin bayu Laut China Selatan. Walaupun rumah baru aku di Bukit Gambang dekat dengan Gambang Water Park tapi ia tak sama dengan yang sini. Di Water Park ia merupakan ciptaan manusia yang mahu kaut keuntungan sedangkan di pantai ini ia percuma dan ciptaan Allah s.w.t. Selain itu ada juga deretan gerai penjaja dan warung makan di sini tapi tak sebanyak seperti yang ada di Pantai Teluk Cempedak, Pantai Balok, Pantai Batu Hitam dan Cherating. Maka tak perlu risau sangat lah jika nak bersihkan badan, nak beribadat dan nak beli makanan sebab semua ada di sini. In fact line internet broadband dan phone pun sangat clear di sini walaupun ia nampak seperti kurang padat penduduk kampung di sini. Bahkan sempat aku berselfie dan upload ke akaun facebook aku hehehe.... macam gedik je.
Semua gambar di atas tadi ni aku ambil guna kamera DSLR 3rd hand yang baru aku beli kira kira bulan lepas di Mudah.my di Terengganu secara spesifik di McDonalds Padang Hiliran,Kuala Terengganu. Mujur hari yang aku survey cari kamera DSLR kebetulan dapat harga below RM650 body + lense standard. Oh lupa pula aku, kamera tu ialah Nikon D3000 DSLR.

Nikon D3000 |
Tapi aku cuma dapat body, lense dan memory card 2 Ghz serta beg kamera. Aksesori yang lain pula seperti Speedlite (flash), Tripod, filter lense dan card reader aku kena cari dan beli sendiri. Maka total kos pembelian mencecah angka RM1000 jugak lah. Tapi mujur lah masih berada di bawah paras bajet yang aku tetapkan iaitu RM2000.
pandangan semua sudut kamera Nikon D3000 DSLR. |
Aku sempat bertanya kepada beberapa orang teman apakah kelebihan Nikon D3000 dan jawapan mereka rata rata nya ialah ia sebuah kamera DSLR yang sesuai bagi mereka yang baru menceburi bidang fotografi DSLR ini. Dalam erti kata lain ia untuk beginner DSLR cameraman lah.
Tripod |
SUNPAK Speedlite. |
Memory card reader with USB port. |
Hahaha... alamak dah lari topik pulak aku ni hehehe...
hehehe.. |
Ok lah itu sahaja coretan ku di entry ini. Next time ada lah perkara lain yang aku nak type down kan di entry lain dalam blog aku ni. Sekian bye bye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan