Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 24 Mei 2014

Beriadah: Taman rekreasi dan tasik Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.



Apa khabar semua, di saat aku sedang menaip entry baru ni aku sedang bercuti untuk kali kedua dalam bulan yang sama iaitu bulan May selama seminggu. Kali pertama aku bercuti lama ialah 2 minggu yang lalu. Punca nya sebab aku tak sihat dan disahkan oleh doktor bahawa kandungan kolesterol dalam darah aku naik sedikit serta ditambah pula dengan masalah 'anxiety disorder' yang aku alami. Namun demikian, Alhamdulillah sejak aku amalkan cara hidup sihat selain makan ubat yang diprekripsi oleh doktor. Gejala atau simptom masalah yang aku alami mulai berkurangan. Terima kasih kepada Allah kerana Dia lah jua Yang Maha Penyembuh. Moga masalah kesakitan yang aku alami itu menjadi kifarah kepada diri ku ini juga. Amin..


Di sini lah tempat aku buat treatment dan blood test. Bertempat di Taman Polo, Indera Mahkota 8 Kuantan.

Ini lah tuan punya klinik tersebut iaitu Dato' Dr. Ahmad Shukri. Dia ni salah seorang calon bertanding dalam PRU 13 lalu (mewakili UMNO) di Pulau Tawar,Jerantut. Sumber aku dapat daripada parlimen81.blogspot.com. Tapi aku tak ambil port pasal pegangan dan ideologi politik beliau. Yang pasti he is a kind and gentlemen doctor.
Okay lah asalkan aku taip apa apa je tajuk mesti sokmo lari dari tajuk kan? hahaha... Kita berbalik kepada topik asal kita ye (cewahh..macam rancangan talk show lah pulak huhu..)

Bercakap pasal beriada di taman rekreasi dan tasik Kompleks Sukan Gong Badak, sebelum tu aku nak imbas kembali kisah bagaimana wujudnya kawasan ini. Begini cerita nya (secara ringkas lah ye)..

 Ia bermula sekali dengan projek pembinaan Stadium Sultan Mizan dan Stadium Tertutup (bersebelahan je) sekitar tahun 2005. Ikut pelan asal sepatutnya projek pembinaan Kompleks Sukan Gong Badak ini bermula sejak tahun 1995-1996 lagi namun disebabkan berlakunya pertukaran pimpinan kerajaan negeri pada tahun 1999 selepas PRU ke 10 maka projek tersebut sengaja dilambatkan oleh pihak pihak tertentu. Selepas PRU ke-11 baru lah projek ini kembali rancak dijalankan. Projek tersebut siap pada tahun 2008 serentak dengan berlangsungnya dengan SUKMA di Terengganu (kebetulan pula masa tu baru beberapa bulan habis PRU ke 12). Namun sayang sekali setahun kemudian Stadium Sultan Mizan yang nampak canggih manggih itu collapse/rebah menyembah bumi kerana struktur bumbungnya tak kuat. Okay lah aku tak nak sentuh bab itu ye..

Pemandangan Tasik Taman Rekreasi Kompleks Sukan Gong Badak pada waktu senja.

Semasa SUKMA berlangsung pada 2008 di sini, aku tak pasti dan dah lupa apa acara yang dibuat di sini..hehehe sorry ye.

Okay aku nak share gambar gambar yang aku sempat snap guna henset kamera aku. Kali ni aku malas nak bawak DSLR aku ke hulu hilir. Mesti orang lain pelik bila tengok aku jogging sambil kamera DSLR aku tergantung kat leher atau digalas dalam beg huhuhu...

Trek joging. Jarak dalam 1 kilometer mengelilingi kawasan tasik.

Sambil jogging sempat jugak aku snap gambor.huhuhu...

Itu lah Stadium Tertutup Sultan Mizan. Segala indoor sports akan dibuat di dalam situ. Sesetengah program kerajaan negeri pun ada dibuat di dalam tu jugak.

Besar jugak tasik ni ye. Mesti macam macam jenis ikan ada di sini.

Mentari memancar tatkala aku berjogging tapi angin yang sepoi sepoin bertiup tu la yang lagi best nye.

Sini bukan setakat nak jogging saje ye, kalau ada yang bawak anak kecil boleh la bawak diorang main kat playground ni.
Ini pemandangan biasa tatkala hujung minggu menjelma. Kena ingat sini weekend jatuh pada Jumaat dan Sabtu. Tak macam di KL dan Pahang. huhu...

Haha..ada juga yang buat senaman aerobik di sini. Yup ini pun pemandangan biasa setiap kali hujung minggu di sini.

Ramai sungguh orang datang sini.

Ikut kan ada signboard Di Larang Memancing di sini. Tapi bukan sini saja lah,ada juga di letakkan di tempat lain.
Hutan terbakor...

Sambil berjogging,aku terperasan ada berlaku kebakaran hutan. Nampak dari jauh. Rupa rupa nya hutan Bukit Besar terbakar yo...

Maaf banyok lah ye jika kesemua gambar ni nampak kureng cantek dan senget,al maklum lah tak berapa reti nak snap gambar dengan elok guna kamera henset. Kalau pakai DSLR mesti bawak sekali tripod.

Sebenarnya ada sesetengah gambar ni aku sudah pun uploadkan ke dalam entry aku sebelum ni tapi kali ni sebab aku nak share aktiviti jogging aku kat sini so aku pun snap lah sekali lagi.

Okay selain aktiviti riadah seperti joging, di sini ada juga track lumba lari tapi aku tak snap sebab lokasi agak jauh sedikit dari sini (tapi dalam kawasan sama) kira kira 2 km dari sini. Selain itu korang juga (jika berani lah) boleh buat aktiviti boating, kayaking dan macam macam lagi aktiviti air asalkan bukan aktiviti menjala dan memancing ikan. Cuma kalau nak buat aktiviti air tu kena lah dapat kebenaran daripada pihak pengurusan Kompleks Sukan Gong Badak ni. Bimbang kot apa apa terjadi,siapa nak bertanggungjawab kan?

Jika anda jenis suka santai dan relek pun boleh juga datang ke sini sebab di sini telah disediakan tempat rehat berbumbung (orang terengganu suka panggil rest area ni sebagai wakaf). Bahkan terdapat sebuah cafe terletak dekat dengan track jogging dan tepi tasik ni. Jika yang berkeluarga pula,lagi lah digalakkan datang ke sini sebab di sini ada tempat playground untuk kanak kanak. Selain itu terdapat juga khidmat sewa basikal di sini tapi maaf lah ye aku tak tahu berapa fee charge dikenakan namun yang pasti basikal sini agak unik kerana ia ada banyak seat dan panjang. Contoh macam ni..

Lebih kurang macam ni lah tapi bukan versi Mountain Bike seperti dalam gambar ni. Ada hingga 3-4 seat.
Selain itu jika korang nak cuba drive ATV ( All Terrain Vehicle) pun ada disediakan di sini siap dengan kawasan track khas untuk ATV di sini. Apa tu ATV? Tengok gambar dulu..

Ini lah rupa ATV. Ia seperti motor tapi ada 4 tayar. Sesuai untuk laluan pelbagai jenis sama ada off road mahupun on road. Namun di Malaysia kenderaan ATV ni tak dibenarkan berada di atas jalan raya. JPJ atau Polis Trafik nampak habes lah korang kena saman.

Jika korang ni suka dan gila kan remote control toys tak kira lah apa jenis pun terutama rc water vehicles, aku syorkan di Tasik Kompleks Sukan Gong Badak ni lah port paling sesuai untuk korang bermain dan polish kan skill korang di sini. Usually tiap kali aku berjogging di kawasan ni,akan kelihatan 2-5 orang bermain rc speed boat di sini. Ermm aku pun nak try jugak nanti hehehe...(tengah duk pikir nak beli rc torpedo boat ker tak). Selain itu ada juga kelihatan beberapa orang yang bawa rc helicopter,aeroplane dan jet pun ada sebab di sini terutama di depan kawasan parking Kompleks Sukang Gong Badak ada kawasan parking yang sangat luas dan besar. Maka boleh lah dijadikan kawasan mini helipad atau airstrip di sini.

Last but not least,buat kaki pancing ikan. Kalau korang nak tahu sebenarnya di dasar tasik ni terdapat pelbagai jenis ikan tapi yang pasti dan yang aku tahu ialah ada Toman,Keli, Lampam, Puyu cuma yang sering nampak ikan Lampan dan Puyu jer lah. Tapi maaf banyak lah ye. Di sini ialah kawasan larangan memancing termasuk juga teknik catch and release. Melainkan jika ada pertandingan memancing ikan dibuat di sini,maka apa lagi grab jer lah peluang yang ada ye?

Okay setakat itu sahaja perkongsian dan entry aku untuk hari ni, Insya Allah ada masa akan aku buat entry baru pasal perkara lain pula. See you on next time and next entry. Wasalam...

Tiada ulasan: