Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 27 Jun 2014

Ramadhan 2014.




Apa khabar semua warga blogger mahupun pelawat alam maya yang melawat blog simple aku ini.

Setiap kali menjelang bulan Ramadhan Al Mubarak, kebiasaannya menjadi lumrah bagi diri ku dalam alam maya blog ini untuk aku menaip satu dua entry tentang bulan puasa ini. Namun pada bulan Ramadhan tahun 2014 ni agak berlainan sedikit untuk diri aku.

Pertama sekali, pada tahun ni aku ditimpa sejenis penyakit namun Alhamdulillah aku sudah menjalani rawatan perubatan moden dan juga rawatan alternatif kaedah Islam iaitu rawatan syifa'. Jadi bila aku sebut perkataan 'Syifa'' sudah tentu anda semua boleh dapat meneka apa masalah yang aku alami sekarang ni.

May Allah help me to alleviate and cure this pain.

Kedua pula, mungkin puasa pada tahun ini merupakan puasa terakhir aku sebagai seorang bujang. Insya Allah jika diizinkan oleh Allah s.w.t aku akan bakal menamatkan zaman bujang aku. Aku cuma merancang namun aku berserah kepada Allah untuk menentukan sama ada ia menjadi atau tidak. Jika niat ini baik aku yakin dan percaya Allah akan permudahkan urusan ini. Yup  aku dan dia masih lagi dalam proses perkenalan dan sekarang ini cuba untuk mengenali dengan lebih dan lebih lagi mendalam. Kedua dua pula memang sudah berniat nak tamatkan zaman bujang sebelum atau pada usia 30 an. Tahun depan memang dah genap usia ku 30 tahun. Jadi memang nak tak nak kena lah fokus tentang soal mendirikan rumah tangga. Lagipun kalau boleh aku tak nak la time aku dah pencen kerja nanti,anak anak aku masih lagi berada di alam persekolahan mereka.

Hehe..sekadar animasi sahaja.

Ketiga pula, selain daripada perkara kedua. Pada tahun depan juga aku akan kembali semula bergelar sebagai pelajar universiti. Yup aku sudah dapat surat tawaran menyambung pelajaran dalam aliran sains tulen Ijazah Sarjana Muda Matematik di Universiti Sains Malaysia,Penang. Namun kerana ia program pendidikan jarak jauh (PJJ; bukan percintaan jarak jauh ye hehehe..) maka aku berpeluang untuk menuntut ilmu secara online dan tak perlu ke USM Penang setiap bulan. Aku cuma perlu pergi ke pusat wilayah di negeri yang aku menetap dan belajar di situ je. Hanya ke USM Penang untuk sesi orientasi dan bulan study sahaja. Final examination pun hanya perlu buat di pusat wilayah negeri masing masing jika kita sudah pilih untuk buat di situ.

USM offer letter yang aku terima minggu lepas.

Sebenarnya banyak lagi perkara aku nak share kan dengan anda semua tapi aku rasa mungkin itu sahaja lah yang patut aku beritahu. The rest of them I will keep them as private and confidential..hahaha..

Okay lah so far that's all folks.

Again, I wish to all Muslim brothers and sisters around the world HAPPY RAMADHAN MONTH and enjoy your fasting month. Do as many as possible good deeds and try to leave and prohibit yourself from whatever wrongdoings. Insya Allah by His will, He will grant all of us His mercy and blessing plus His special Jannah (paradise) for those who truly fasting. Ameen....

Tiada ulasan: