Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 25 Julai 2014

Oath taking ceremony and mini convocation 2014 (3rd batch dental students)



Pada tarikh 22 hb Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan 1435 Hijrah telah berlangsung satu upacara mini convocation dan oath taking ceremony bertempat di Mini Auditorium, Office Campus Director di Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan. Ini merupakan acara tahunan bagi Kulliyyah of Dentistry bagi meraikan kejayaan para dental students yang lulus pengajian mereka dalam bidang pergigian selama 5 tahun. Sudah tentu apa yang mereka tempuhi bukan lah satu perkara mudah dengan pelbagai macam karenah dan dugaan sepanjang 5 tahun menuntut di sini. Oleh itu mereka berhak untuk diraikan dalam upacara sedemikian bagi menghargai segala jerih perih usaha mereka buat selama 5 tahun berada di sini. Namun itu bukan lah titik noktah perjuangan mereka dalam menuntut ilmu. Bab menuntut ilmu ini akan kekal berterusan hingga kita menghembuskan nafas terakhir. Namun apa yang mereka tempuhi selepas ini adalah perkara yang sebenar dan mereka hendaklah pandai mengadaptasi dengan situasi baru mereka selepas ini. Aku dan staff yang lain berdoa agar mereka dapat menjalani kehidupan mereka sebagai seorang insan yang berjaya dunia dan akhirat dan dapat memberi sumbangan baik kepada masyarakat. Berikut aku sertakan semua gambar yang aku telah rakamkan sepanjang upacara itu berlangsung. Sebelum itu aku nak minta maaf jika kualiti gambar dihasilkan agak kurang kerana aku menggunakan kamera DSLR Nikon D3000 berbanding sebelum ini iaitu Olympus E-PL3 compact DSLR. So enjoy.. :)



















































































Lt Muda Dr Naquiah..perghh tak sangka bakal dokto gigi army rupa nye..




























































































































Tiada ulasan: