sambungan daripada part 3;
Okay lah..sekarang sambung citer raya..erm aku rasa firstly nak share gambar dulu. So korang sila dan sudi sudi kan lah lihat pics yang biasa biasa ni :)..kebanyakkan pics ni diambil pada raya ke-3 dan ke-4. Lokasi sekitar Kampung Parit Penyengat Darat, Parit Penyengat Laut, Parit Nipah Darat, Parit Yusuf, Parit Sulung, dan Ayer Hitam.
|
My niece with my second sister a.k.a Mak teh. |
|
Mak teh suruh tengok kat kamera..ermm sorang pun tak tengok.hahaha |
|
abah aku bersama sama dengan cucu cucu kesayangan. |
|
Beraya di rumah famili arwah pakcik. 2 dari kiri tu la isteri kepada arwah pakcik aku. Paksu aku pula lelaki dewasa yang duduk depan tu. Mak su aku pula berdiri paling kiri. |
|
ni pun pakcik aku juga..bapa saudara aku sebelah mama kesnya sebab dia kahwin dengan adik mama aku. Dia berasal dari Texas, USA. Bekerja sebagai jurutera petroleum. Kini sedang bertugas di Surabaya,Indonesia untuk tempoh setahun. |
|
yang budak lelaki ni pula anak dia.the only his son. hahaha...nama dia pun sama dengan nephew aku iaitu Adam. cuma kena panggil dia ikut slang omputih la. |
|
sembang sembang di tangga. |
|
lelaku yang rambut panjang tu sepupu aku. kini bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat perkapalan di Tanjung Pelepas, Johor Bharu. |
|
Ni lah meriam PVC pengganti meriam buluh. Lagi kuat doh daripada meriam buluh. |
|
anak dara yang cun melecun layan gajet ni ialah sepupu aku. Nama dia Julia Sabrina still bersekolah. Kini bersekolah di Surabaya,Indonesia di International School. Ikutkan dia bersekolah di sebuah high school di Texas. |
|
Sesi bergambar ramai ramai. yang ni semua perempuan je.haha... |
|
Yang ni semua sanak saudara yang datang ziarah beraya. Bukan majlis merisik atau bertunang ye.hehehe... |
|
masing masing cuba menyerlahkan bakat fotografi yang ada dengan gajet berbeza.hahaha |
|
sopan nyer...hehehe |
|
Masa beraya di rumah famili arwah pakcik aku,family dia hidangkan special dish iaitu laksa johor guna spagetti dan satu dish orang jawa yang nampak macam roti bom tapi bukan tau. ia roti tapi cicah kuah kacang dan rasanya amat amat lah sedap. bahkan sampai terpaksa refill bekas roti tu 2 kali sebab cepat habis berbanding laksa johor. nama dish jawa tu aku dah lupa sebab agak complicated nak sebut nye. |
|
salah satu pic yang aku snap semasa beraya di rumah atok saudara di Ayer Hitam. oh bekas penghulu ye.. |
Pada hari raya ke-3 dan ke-4 ni kami beraya ke rumah sanak saudara bersama dengan keluarga pak su. The 1st house is rumah nenek (isteri kedua atok) yang terletak tak jauh dari rumah atok. Sangat meriah rumah nenek ni yang ku biasa panggil Nek Nam. Tetamu datang beraya ke rumah bertali arus,habis satu famili datang lagi satu famili,habis satu family datang 2-4 buah family. So kami ni walaupun datang beraya kat rumah ni kena jugak lah bantu apa yang patut.
Seterusnya pula pergi beraya ke rumah family arwah pakcik di Kampung Parit Nipah, sampai di rumah ingatkan takde orang tapi bila beri salam mujur ada yang jawab dan nampak kelibat sepupu kecil aku (anak bongsu arwah pakcik). Rupa rupanya masing masing berada di dapur,sibuk memasak. Manakala yang besar pula sedang pergi celebrate raya di rumah kawan mereka. Kemudian macam biasa masuk dan kami dijemput makan dengan makanan orang jawa dan johor. Untuk pengetahuan makcik aku ni pandai masak dan dulu rajin jugak la memasak dan tolong uruskan perniagaan masakan mak dia. Paling yang aku sampai la ni rasa terliur walaupun kenyang ialah satu dish orang jawa tapi aku lupa apa nama dia. ia macam roti ban / roti bom tapi cara makan dia kena cicah dengan kuah kacang yang cair sikit. Rasanya fuhh...nikmat tak terkata sedap. Hingga aku makan lebih banyak dish tu berbanding dengan laksa johor. Boleh rujuk pada gambar yang aku post kan dalam entry ni kat atas ye.
Selesai beraya di situ, kami bergerak pula ke Kampung Sungai Kemudi ikut jalan Muar- Batu Pahat..Di situ selsema dan batuk aku teruk sedikit sampai aku terpaksa banyak stay di luar rumah sahaja dan hanya sekali sekala masuk ke beranda rumah. Selesai beraya di Sungai Kemudi, kami bergerak pula ke Pekan Parit Yusuf dengan niat nak beraya di rumah sepupu aku sebelah abah sebab dia kerja di Muar. Sampai depan rumah dia,kereta takde bila call dia rupa rupanya dia dan family berada di Melaka bukan sebab beraya tapi bersantai di sana. Erm takpe lah..mungkini ini masa sesuai untuk mereka sekeluarga berehat dan menenangkan diri. Selepas itu kami berangkat ke rumah atok saudara di Parit Yusuf 19. Sampai di sana terus masuk ke dapur sebab masing masing sibuk berada di dapur. Tambahan pula,atok saudara aku ni baru dapat cucu baru. So banyak habiskan masa melayan cucu di samping tetamu yang datang berkunjung. Dekat Maghrib baru lah balik ke rumah atok semula. Esok pula sambung beraya di rumah saudara mara lain seperti di Kampung Parit Nawi dan Ayer Hitam. Waktu malam pula, beraya kat rumah sanak saudara berdekatan dengan rumah atok.
Pada raya ke-5 pula, kami sepatutnya pulang ke Terengganu namun adik aku (mak teh) pula minta hantarkan dia ke Port Dickson di samping ajak beraya di rumah bakal mertua dia juga di sana. Bertolak dari Muar jam 9 pagi dan masuk ke highway PLUS exit Jasin sekitar jam 9.45 pagi. Alhamdulillah sampai di Port Dickson pada jam 11.50 pagi. Pergi beraya kat rumah bakal mertua adik aku sambil tolong angkat barang dia masukkan ke rumah sewa dia. Actually rumah sewa adik aku dan rumah bakal mertua dia cuma sebelah menyebelah je dalam satu row perumahan teres yang sama. Kami lunch selepas solat jumaat sekitar jam 2.30 pm. Selesai lunch dan berehat seketika lagi,aku dan abah serta mama bertolak balik ek Terengganu. Pelan asal nak ikut jalan dalam je menghala ke Bahau seterusnya ke Muadzam Shah tapi tersesat sekejap. So in the end,guna juga highway PLUS ambil laluan menghala ke selatan dan keluar di exit Senawang. Perjalanan dari situ (jam 4 petang) mengambil masa kira kira 4 jam untuk sampai di Muadzam Shah gara gara follow belakang lori disamping ada juga berlaku kesesakan di sesetengah jalan dan juga mama aku masuk tandas lama sangat masa rest dan isi minyak di bandar Bahau. Sampai di Muadzam Shah pula tepat jam 8 malam,kami pun bersegera lah menunaikan solat jamak qasar taqdim Maghrib-Isyak. Alhamdulillah selesai solat dan rehat sedikit,kami sambung perjalanan ke Kuala Terengganu. Singgah makan di Kuantan dan sekali lagi berhenti rehat dan tukar driver bila sampai di Kemasik, Kemaman sebab abah aku dah tak larat memandu. Untuk pengetahuan aku memandu dari Port Dickson ke Muadzam Shah dulu sebelum abah aku take over. Dia cadang nak drive sampai ke Kuala Terengganu tapi sampai di Kemasik dia dah tak larat,so aku replace tempat dia dan sambung driving hingga sampai ke rumah di Kuala Terengganu pada jam 1.30 am.
Pada raya ke-6 pula, kami (aku,mama,abah dan adik bongsu aku) beraya kat Besut, Terengganu. Selain beraya kami juga ke sana sebab nak memenuhi undangan jemputan majlis walimah anak sepupu abah aku. Alhamdulillah sampai di sana kami attend majlis walimah dulu dan makan. Kemudian pergi ziarah rumah nenek sebelah abah yang terletak di belakang rumah sepupu abah aku ni. Sambil berziarah tu,seronok berbual dengan sepupu sepapat yang ada sambil melayan tetamu nenek yang datang berkunjung. Cuma nenek (sebelah abah) aku ni pun dah dementia (nyanyuk) so banyak perkara lah yang dia lupa dan tak ingat. Kemudian beraya kat rumah sepupu abah sorang lagi dekat jugak dengan kampung abah ni. Seterusnya beraya di rumah pak uda dan lastlu mak su ( adik abah belaka). Banyak juga lah perkara yang dibicarakan meliputi hal sesama family hingga hal isu semasa..cewahh... Maaf lah ye untuk raya ke-5 dan ke-6 gambar takde ye sebab tak bawak kamera dan kalau ada pun lupa nak snap gambor. hahahaha...
Okay lah itu sahaja celoteh dan coretan aku dalam entry ni. Sekian terima kasih. Jumpa di entry lain pula ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan