Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 13 September 2014

Oh bulan September



Alhamdulillah setelah hampir sebulan lebih (ye ke?? hehe..) akhirnya aku kembali semula mengaktifkan dunia blog aku.

Ermm macam macam hal berlaku sepanjang aku tak bloging ni, mostly banyak pasal hal kerja la. Selain tu ada juga hal yang ada kaitan dengan family dan bakal calon isteri aku. Nanti lah aku cerita one by one dan juga jika aku masih ingat. Huhuhu...

Okay last bloging yang sebenarnya pada 10 Ogos 2014 dan dah tentu pasal bab raya. Kemudian aku ada share kan video lagu Al Qassam nyanyian kumpulan Hijjaz yang sebenarnya telah di copy paste daripada lagu asal nyanyian kumpulan nasyid Briged Al Qassam dan diberi nafas baru menurut versi Melayu.

Wow so maknanya memang betul lah lebih satu bulan aku tak layan langsung blog ni cuma biasa lah dalam entry blog.com ni ia ikut entry per month so memang tiap tiap bulan la melayan dan meng updated blog ni.


Ok jadi kita mulakan pada hari kebangsaan lah ek sebab aku tak update pasal Hari Kebangsaan tahun 2014.

Pada tahun ni memang totally (personally lah) rasa macam kureng meriah sikit, yer la mungkin disebabkan dengan tragedi MH17 sebab 10 hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan tu negara telah menerima kembali kumpulan pertama 20 jenazah mangsa MH17 yang mana salah seorangnya merupakan bekas rakan kolej matrikulasi UIAM PJ tahun 2003-2004 dulu. Maaf lah aku rasa tak sampai hati dan sebak nak tulis nama arwah namun aku percaya mereka yang telah mengikuti perkembangan pasal MH17 ni mesti sedia maklum dan faham siapa yang aku maksudkan ini. Selain itu dengan kes MH370 yang masih lagi misteri hingga kini walaupun pelbagai andaian dibuat bahkan sampai ada yang kata pesawat MH370 mendarat di lapangan terbang di Rusia dan ada juga yang kata di Diego Garcia dan tak kurang juga kata kini sedang berada di dalam hangar di sebuah lapangan terbang di Israel. Okay lah aku malas nak layan sumer hal ni, yang pasti kita yang masih hidup ni harus teruskan perjuangan.

Okay lah bak kata orang, gambar tu menceritakan 1001 macam kisah kan. So apa kata tengok pics yang aku postkan ni dulu pada malam sebelum dan hari sambutan Hari Kebangsaan tu. hohoho...
Malam ni 30 Ogos 2014, aku dan adik aku dalam perjalanan balik ke kampung dari Kuantan ke Seberang Takir. Tak pernah pernah nak singgah makan tapi malam tu lapor sangat so berhenti makan. Nama kedai tu aku dah lupa tapi kalau ada yg tengok pics ni orang Dungun mesti korang tahu kedai makan yang terletak di laluan jalan pintas Kuantan-K.Terengganu tanpa masuk ke kawasan bandar Dungun. Dekat je dengan Stesen pam minyak Shell Dungun. Menu aku malam tu Nasi Goreng Kampung. Perempuan tu adik bongsu aku,dia order Kuey Teow Kung Fu.

Suasana di pagi hari 31 Ogos 2014. Sungguh tenang,nyaman dan damai. Orang lain pergi berpusu pusu ke tempat acara perbarisan perarakan hari Kemerdekaan tapi aku pilih untuk stay kat rumah je dan tengok kat tv.hehehe...

Sesi lunch hour di hari kemerdekaan tahun 2014. nyum nyum...ada nasi putih, ikan goreng, sambal tumis, sayur kangkung, ikan tongkol masak asam pedas (my favourite especially cooked by my mama..thanks mama i love you and your cooking) serta terung masak pe entah hahaha...yang pasti memang menyelerakan even lebih daripada apa yang chef hotel masak.

berangan nak jadi boss..hahaha. Masa ni dalam perjalanan menuju ke rumah mak su (sebelah abah). Saja nak jalan sambil lihat keadaan nenek yang menetap di situ.

Abah drive dan mama duduk sebelah. Erm macam macam perkara diborakkan mereka.

Sesi perbincangan orang tua..yang kiri tu lah mak su aku. Rumah dia kat Kampung Pagar Besi sempadan daerah Kuala Terengganu-Setiu. Memang jauh sikit la dari bandar Kuala Terengganu.


Menu breakfast pagi 1 September 2014: Air mineral, Quaker oat with dates, Kuey teow goreng, dan roti yang disapu kaya dan jem strawberry.

Lunch menu 1 September 2014: Nasi air tapi kuah sup air rebusan daging tu. Bukan air ye. huhuhu...

Ermm entah lah apa motif posting pics makan dengan kaitan hari cuti 31 Ogos. Of course lah ada...bila cuti la time best nak santap hahaha...kalau tak bangun pepagi nak pergi kerja duk hadap simple breakfast. Namun yang pasti kita hendaklah bersyukur atas rezeki makan yang Allah izinkan. Cuba bayangkan ada orang yang tak merasa breakfast dan kebuluran..nauzubillahi min dzalik.

Okay lah having done pasal bab 31 Ogos ni, seterusnya pula ialah sesi bermulanya tahun baru pengajian bagi para pelajar baru Kulliyyah of Dentistry IIUM Kuantan. Selain itu kembalinya semula para pelajar yang dah naik year of study. So makin bertambah lah beban kerja aku ni sebenarnya huhu.. erm well aku malas nak cerita lah apa yang berlaku sebab kalau aku cerita kang karang mungkin ada perkara yang sepatutnya aku tak patut hebohkan tapi terheboh jugak dan ada kemungkinan menyebabkan reputasi aku tak elok. huhuhu...
salah satu scene dental students year 4 buat kerja diorang di bilik X-ray Polyclinic.


sesi termenung di bilik radiografer. haha..walhal tengah selfie sambil typing dokumen untuk submit kepada KKM.

Kemudian pada 6 September bebaru ni aku, adik bongsu aku dan kawan dia pergi ke Muzium Abu Bakar di Pekan, Pahang. Sebelum ni aku prefer lone ranger sahaja tetapi kali ni pergi dengan mereka lah at least ada lah sesi photoshooting yang proper dengan menjadikan manusia sebagai objek dan hiasan sebagai background. huhu...


















Erm malas lah pulak aku nak komen gambor sumer nih.. lagipun rasa macam pernah buat entry pasal muzium ni. Yang pasti masing masing nampak poyo jer. hahaha...

Okay lah rasanya itu sahaja perkongsian entry blog aku untuk hari ni, Insya Allah esok aku bercadang nak buat pasal entry lawatan sambil belajar ke Fakulti Pergigian Universiti Malaya di Kuala Lumpur walaupun sebenarnya masih dalam Petaling Jaya, Selangor. Okay lah adioss....


Tiada ulasan: