Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 14 Oktober 2014

Raya Aidiladha 2014.


* sebenarnya nak taip entry ni pada minggu lepas tetapi Blogger.com tak dapat login maka terpaksa lah postpone niat tersebut hingga lah hari ni.




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Alhamdulillah, tatkala aku menaip entry ni baru je selesai makan malam dengan menu Twiggies perisa Vanilla dan air mineral. Simple jer kan?? Tapi alhamdulillah kenyang, syukur nikmat Allah. Kita hendak lah bersyukur atas apa jua rezeki yang Dia beri kepada kita. Tatkala kita makan tu hatta mungkin kita makan sekeping roti yang bakal expired lagi 2-3 hari akan datang, mungkin pada masa sama terdapat orang lain yang hanya setakat meneguk air mineral sahaja atau mungkin juga langsung tak menjamah apa apa jua makanan berhari hari lamanya.

Tajuk entry kali ini ialah pasal sambutan hari raya aidiladha bagi tahun 2014. Ermm..well kali ini memang berbeza daripada tahun tahun sebelumnya. Ye lah, mana tak nye sebab sebelum ni asalkan raya korban atau raya haji ni, famili kami mesti beraya samada di Besut atau sekadar duduk kat rumah sahaja. Namun kali ni kitorang pakat dengan famili sebelah mama nak sambut raya korban di Muar, Johor. Punca utama nya ialah kerana ramai adik beradik sebelah mama nak buat macam tu. Selain tu masing masing juga berniat nak buat korban atas nama famili members yang sudah tiada seperti arwah nenek, arwah pakcik dan beberapa orang juga lah termasuk atok dan makcik aku yang uzur.

Jikalau time hari raya dulu, balik ke kampung dalam keadaan berpuasa kan (yelah sebab masa tu bulan Ramadhan tapi time tu kitorang balik time raya kedua). Kali ni pun dalam keadaan berpuasa juga tapi bukan lah puasa wajib pun sebab hari yang kitorang balik tu kebetulan berlaku dalam apa yang dipanggil Hari Arafah. Nak tahu apa yang dimaksudkan Hari Arafah? Korang boleh lah click sini.

Kami bertolak ke Muar,Johor pada tarikh 4/10/2014 pada jam 9.30 pagi. Namun kali ni bertolak dari Kuantan memandangkan sehari sebelum itu mama dan abah serta adik aku dan 2 orang anak dia (my nephew and niece) sudahpun berada di rumah sewa adik bongsu aku. Perjalanan kereta abah memang lancar hingga sampai ke destinasi tapi yang aku ni lambat sikit sebab aku dan adik bongsu aku bergerak ke rumah di Bukit Gambang Waterpark dulu untuk hand in the contract agreement copies untuk penyewa rumah tersebut. Aku dan adik aku sampai di Muar lebih kurang jam 3.30 petang. Manakala mama,abah,adik dan anak saudara pula sampai pada jam 2 petang. Pada malam tu tak banyak aktiviti kami buat sebab hujan turun yang amat lebat lebih kurang hampir 4-5 jam jugak lah. Aku pun per lagi syok tidor lerr...

tido dengan budak kecik ni ler...nephew aku namanya Adam,aku panggil wak adam sebab suka tegur orang dan berceloteh seperti orang tua,hehehe...

Keesokkannya pada tarikh 5 Oktober 2014, seluruh umat Islam di Malaysia khususnya dan sesetengah negara umat Islam amnya (kerana di Arab Saudi mereka sambut Aidiladha pada 4 Oktober 2014) telah menyambut  Aidiladha. Macam biasa lah, aku bangun memang awal dalam jam 6 pagi sebab nak perform solat Subuh lepas tu baca al quran sebelum sambung tido tapi kejap jer la. Dalam jam 7.30 pagi tu aku dah bangun dan lihat budak kecik sorang ni lagi..ermm geleng kepala aku nengok nyer hehehe...
bangun pepagi dah duk men botol susu dia. ni namanye Nur Amina Zakia. Aku panggil dia amina, paling manja kot. mudah touching dan cepat menangis.hehehe...
Ikutkan aku tak tahu bila waktu solat sunat aidiladha bakal bermula, adakah pukul 8 atau 9 pagi. So lepas bangun tu terus lah aku bergegas pi mandi sunat hari raya aidiladha dan terus pakai pakaian baju melayu warna hitam yang telah diseterikakan oleh mama aku (ishh umor dah dekat 30 tahun dan tahun depan nak menikah lagi still nak harap kat mama buat semua tu!! memang tak patot huhu..kritik diri sendiri). Kemudian aku,abah,mama dan adik bongsu aku bergegas lah ke masjid yang terdekat tapi mujur lah surau kat kampung mama ni ada buat majlis solat sunat aidiladha. So apa lagi kitorang pergi situ jer lah daripada beria iya nak pergi ke Masjid Jamek Parit Jamil. Pada jam 9 pagi solat bermula dan diikuti oleh khutbah Aidiladha dan kemudian diikuti dengan takbir raya sambil selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w


Selesai solat dan khutbah,kami pun pulang semula ke rumah atok. Dalam perjalanan mama aku duk curious pasal order katering malam tadi sebab malam tadi sebelum hujan lebat turun, mama aku ada pesan kat makcik aku untuk pi tempah nasi beriani dan lauk sekali plus dengan kuih muih sebagai hidangan seharian untuk raya Aidiladha ni. So selang beberapa buah rumah (nak mudah dan skema,aku pikir dalam 200 meter selepas surau tadi) kami pun drop by seketika di rumah caterer tu. Alhamdulillah mujur lah pakcik aku dah ambilkan sebab tuan caterer sendiri yang jawab. Actually kami order catering tu sebab kami satu keluarga (campur sekali saudara mara,sepupu sepapat,pakcik dan makcik) nak buat kenduri arwah yang ringkas sahaja. Setakat involve sesama saudara mara kami sahaja. So sampai di rumah atok tu,kami semua berkumpul dulu untuk buat majlis tahlil dan doa untuk arwah nenek dan pakcik kami. Selesai majlis,kami semua pergi ke dapur untuk sesi menjamu selera.
perghh..best woo nasi beriani kambing gam. selain tu ada kuih karipap,buah melaka,lontong,sayur lodeh,sambal,soto,keropok lekor dan air laicikang.

yang ni aku sempat snap,yang aku tak sempat snap ada makan di luar dapur dan belakang aku. maknanye memang ramai gak ler...
Selesai sahaja menjamu selera macam biasa lah famili mama aku ni kalau tak bising,tak memekik memang tak sah. Sebenarnya diorang ni sedang rushing nak ke majlis korban lembu sebab malam tadi (malam tadi lagi huhuhu...) diorang ada pergi berjumpa dengan tuan punya lembu untuk urusan akad beli lembu untuk buat korban. Untuk hari ni pulak,masing masing sibuk dengar 'ceramah' oleh mama aku pasal niat dan kaedah nak bahagi korban sebab al maklumlah ada dikalangan saudara mara aku ni jarang bebenor buat atau terlibat dalam ibadah korban. Sekitar jam 11 pagi camtu baru lah masing masing pi ke tempat buat korban. Aku tak join sebab telah diamanahkan untuk jaga niece aku. Lagipun kat rumah atok aku tu bukan aku dan niece aku je,ada makcik aku 2-3 orang, atok aku tapi dia uzur la,sepupu 2-3 orang jugak so takde la rasa sunyi sangat kan huhu.. Cuma nak jadi citer nye masa family aku ada niece aku ni sedang tidor. Few hours later, niece aku ni terjaga dan aper lagi meraung la die menangis nak kan mama dia (adik aku la). So aku pun dengan tergesa gesa nye pujuk lah bagai nak rak sampai bawak dia berjalan sana sini dan letakkan dia depan kipas serta beri dia botol susu. Semua tak menjadi dan terpaksa lah aku call adik aku tanya nak buat camne. Lastly dia kata berikan anak dia kat sorang makcik aku. Bila aku buat memang betul. eh senyap pulak budak ni. huhuhu...
Selepas berjaya ditenangkan oleh makcik aku,nah sekarang duk sibuk men lego dalam kereta plastik tu huhu..
Nak diringkaskan cerita, famili aku sampai di rumah pada jam 3 petang. Diorang kata jam 5 nanti ada sebuah lori bawak daging korban tadi. Aku ingatkan dah siap lapah dah tapi rupa nyer tak. Dia cuma potong secara besar dan kasar dulu. Then selesai sahaja aku solat asar,maka datang lah lori tersebut.

Later on apa lagi tanpa berlengah masa dan memandangkan waktu senja dan maghrib kian dekat al maklum lah jam 6.58 petang dah masuk maghrib kan? so kitorang pun pulun lah melapah segala macam daging dan tulang belulang termasuk ekor dan perut lembu huhu...
semua laki ni lah bapak saudara aku. masing masing sibuk duk melapah daging. 

yang paling kiri tu pulak suami kepada mak saudara aku. umur dia lebih tua daripada mama aku walaupun mak saudara aku tu lebih muda daripada mama aku. yang pakai baju biru muda tu sepupu aku,anak dia lah.

kerja melapah daging 80% siap tinggal nak timbang je sambil potong part yang len macam ekor dan tulang. time ni masing masing sibuk duk pikir pasal sup gear box. haha...

pe bende tu??? well itu lah perut lembu. yang ni aku yang sendiri angkat perut lembu dan rendam dalam baldi yang berisi air dan kapur. kenapa kapur? sebab kalau korang tak pakai kapur,bau perut lembu tu konfem melekat sampai seminggu lebih walaupun korang sental guna sabun paling wangi. so the best way nak hilangkan bau perut lembu ialah guna serbuk kapur tapi korang jangan pulak guna kapur tulis tu. kapur yang biasa orang guna dalam makanan la.

yang ni pulak sesi menimbang dan membahagikan bahagian daging korban untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. di kampung atok aku ni golongan penerima yang utama ialah pekerja pekerja Bangladesh muslims dan warga tua yang hidup keseorangan dan juga anak anak yatim.

Tepat jam 6.50 petang (lebih kurang la) selesai sudah acara melapah daging dan tulang korban. Once again pada malam tu hujan turun yang amat lebat sekali hingga kan masing masing semua terlena awal. Paling kesian ialah abah aku,mana tak nye duk kempunan nak melantak mee bandung muor tapi dek kerana hujan dan rasa penat maka terpaksa lah cancel pelan tersebut.
Nephew aku ni tak habis habis duk men android. budak zaman sekarang perghh..dasat tapi kena pantau betul betul la.

Pada hari raya kedua Aidiladha iaitu Isnin 6/10/2014 kami semua bersiap pulang ke tempat masing masing. Namun aku pula ke Shah Alam iaitu di Seksyen 20 Shah Alam sebab nak berjumpa dengan famili si dia lah untuk beraya dan selepas tu bertolak pulang ke Kuantan. Bukan sesaje beraya kat rumah dia tapi jumpa famili dan ada jugak lah certain serious things yang dibicara dan dipesankan oleh ibu dan kakak si dia ni. Insya Allah I will not take for granted and I will do my best. Moga ada jodoh antara kami. Harap kalian yang baca entry ini dapat mendoakan agar perhubungan kami ni berterusan hingga ke alam berumah tangga, amin...

Itu sahaja entry aku untuk kali ini,sekian terima kasih..see you on next entry ya...

Tiada ulasan: