Apa khabar semua, harap moga anda semua sihat walafiat hendaknya. Errmm sudah lama tak sentuh blog ni (macam lah bertahun tahun lama nye tak sentuh blog ni yer..hehehe)
Anyway, untuk entry kali ni aku cuma nak share pasal aktiviti jalan jalan aku..usually asalnya aku ni lone ranger traveller tapi entah kenapa sejak akhir ni aku prefer travel bersama kawan dan ahli keluarga. Mungkin faktor keselamatan dan kesihatan yang membuatkan aku berfikir lebih baik mengembara dengan orang lain.
Kali ini pasal jalan jalan di satu majlis walimah...
Nak start citer camner ye...okay lah macam ni,
Majlis walimah ni sebenarnya atas jemputan sepupu mama aku yang berasal dari Sri Menanti, Muar Johor. Kini dia telah menetap di Kelana Jaya dan dengar cerita baru sahaja bersara daripada jawatan penting dan besar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan. Yang berkahwin pula ialah anak dia, so kira nye mama aku dengan pengantin ni anak sepupu la manakala dengan aku pula kira dua pupu la.
Asalnya rasa tak nak pergi tapi yer la bila dah dijemput siap dengan kad sekali dengan phone call pulak tu, so tak kan lah nak tolakkan? Jadi mama dan abah sepakat pergi lah ke majlis tersebut dan aku pula macam biasa lah diminta menjadi driver apabila memasuki KL dan Selangor. Bukan nye per..abah aku sendiri confess depan kami semua yang dia memang failed bila memandu di kawasan yang terkenal dengan hiruk pikuk jem kereta tambah pulak orang kat sana jalan dekat pun bawak macam kereta F1 (more than 100km/j). Jadi untuk tak menghampakan harapan parents aku so aku pun join lah sekali. Belum campur lagi bab nak baca map dan arahan GPS, jadi itu lah kenapa aku diminta untuk join sekali. Selain itu faktor usia dan kesihatan juga jadi penyebab utama kenapa abah aku semacam enggan nak memandu long range dan juga di kawasan sibuk serta di kawasan yang dia tak biasa pergi.
Okay lah masuk bab starting perjalanan,
Kami memulakan perjalanan seawal jam 7.50 pagi dari rumah kami di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Agak awal sebab aku fikir mesti nak bergerak paling awal jam 8 pagi. Kami menggunakan highway LPT2 Kuala Terengganu-Paka dan keluar dari highway untuk masuk ke jalan lama Jerangau-Jabor-Kuantan serta masuk semula ke highway LPT di Cheneh dan sekali lagi keluar di exit Jabor sebab aku nak ambil GPS kat kereta aku yang aku parking di UIAM Kuantan.
|
untuk permulaan abah aku yang drive sebelum aku take over. |
|
matahari terik memancar. masa ni kami berada di LPT2 area Kuala Terengganu |
|
ermm...kalau nak ke Gua Musang kelak mungkin juga boleh lalu jalan tu huhu.. |
|
signboard R&R Ajil tu sebenarnya tak siap lagi. |
|
Sesaje merakam suasana memandu di pagi hari sambil memintas kumpulan konvoi kereta katak (Volkswagon) |
|
Indahnya ciptaan Allah..Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. |
|
Masa ni melepasi exit Ajil menuju ke Bukit Besi dan seterusnya keluar di Paka. |
Kemudian kami berhenti sebentar di stesen pam petrol PETRON di Gambang. Di situ macam biasa lah, pergi buang air, beli makanan ringan (roti dan coklat serta air kotak dan air mineral), dan top up kredit henpon dan kad Plusmiles Touch N Go.
|
kena top up,huhu...minimum RM5 maksimum RM1500. aku cuma topup RM30. abah pula RM100. |
Untuk driving seterusnya,abah cuma memandu hingga ke R&R Temerloh dan sampai di situ kami switch driver dan aku pula yang memandu hingga lah sampai di rumah anak saudara abah iaitu sepupu aku di Kampung Pasir, Ulu Klang. Al maklumlah sehari sebelum perjalanan, abah aku dah cakap nak singgah kat rumah dia dan sambil tu nak berehat dan lunch kat situ sekali huhu...
Pada jam 3.30 petang kami bertolak menuju ke hotel bajet First Inn hotel yang terletak di Seksyen 20, Shah Alam. Bukan kami tak nak duduk kat rumah sepupu tapi memandangkan jarak dari rumah sepupu ke majlis walimah tu agak jauh jadi adalah lebih baik duduk di hotel bajet yang terdekat. Kami sampai di hotel bajet tu pun dalam jam 5 petang setelah menempuhi perjalanan yang agak jem terutama di Jalan Duta dan Federal Highway.
Untuk maklumat lanjut pasal hotel bajet tu korang boleh click link bawah ni,
Pada pagi Sabtu 25 Oktober 2014, kami bangun seawal jam 6 pagi untuk perform solat subuh dan lain lain perkara. Kemudian pada jam 9 pagi, kami pergi la menjamu selera dekat dengan restoran berdekatan. Later on pada jam 12 pm, kami bertolak menuju ke majlis walimah anak sepupu mama tu lah di Wisma PKPS, Seksyen 14 Shah Alam. Majlisnya pula dibuat di tingkat 4, Dewan Orked. Jemputan memang ramai. Aku pun tak tahu siapa yang datang tapi yang pasti dan seronok ialah apabila dapat bertemu dengan mereka yang sebenarnya merupakan saudara mara aku cuma yer lah dah lama tak bersua muka. Tak sangka majlis walimah ni pun dah jadi macam program Jejak Kasih...bukan jejak kasihan tau..hahaha... So enjoy lah sebahagian gambar gambar yang aku sempat rakam kan di sini untuk tatapan korang semua...
|
Itu lah nama anak sepupu mama aku iaitu Suzee. Pasangannya pula ialah Hazrein. Ermm aku tak pernah berjumpa si Suzee ni walaupun kerap kali datang beraya di kampung di Muar nung.hehe... |
|
Berselera sungguh diorang ni...haha al maklum lah sampai kat sini kira nice timing la sebab waktu lunch hour. hehe.. |
|
ni aku candid kan aje..tapi yang pasti pakcik pakai songkok tu reti cakap omputih haha... |
|
candid ntah pe pe aku ni... |
|
mencuba angulation sudut tonggakan tinggi, erm boleh lah cun gak lah...saje je puji diri sendiri. |
|
salah satu hiasan yang mewarnai seri majlis walimah ini. sah sah pakai wedding planner. |
|
rupa design pelamin pengantin. |
|
yang ni agak exciting sebab penyanyi penyanyi ni lelaki tapi menyanyikan lagu perempuan dan...siap menari pulak tu.hehe |
|
violet color... |
|
cewah...menari jangan tak menari.. |
|
joget eh joget ewaahh..hahaha |
|
ni part wajib snap pics makanan |
|
pelbagai jenis lauk pauk ada...so pilih lah mana satu nak. |
|
sebahagian saudara mara aku yang datang. makcik, yang tengah tu tak ingat sape dan paling kanan nenek saudara. |
|
girls at the pillars..hahaha |
|
violet really rules beb.. |
|
ni lah rupa pengantinnya... |
|
siap ada bebudak jadi pengiring.. |
|
tak guna flash light nampak real tapi gelap |
|
natijah guna flash light nampak macam berkabus sikit. |
|
family pengantin lelaki ni.. |
|
sesi memohon restu.. |
|
menuju ke pelamin raja sehari |
|
aku duk pikir erm berapa la kos nak buat pelamin ni yer..al maklumlah tahun depan ada rezeki dan jodoh aku pula jadi pengantin hehe.. |
|
aku tak tahu kat sape si suzee ni duk senyum tapi yang pasti masa aku snap pics ni kat belakang aku ramai gak yang jadi fotografer. |
|
bila dah ramai sangat jadi cameraman,si pengantin dan pengapit pun tak tahu nak tengok mana satu hehehe... |
|
final pic before aku sambung makan..hahaha sorry pic aku makan takde ye..huhu |
Haha..sorry lah ye tertaip pasal makan,aku terlupa nak snap pics banyak menu yang disediakan tapi gambar yang first tadi tu aku pasti orang yang sedang baca entry ni dan kebetulan tengah lapar atau berpuasa mesti berkecur air liur tu kan? hehe..sorry no offense.
Sebenarnya selepas program majlis walimah ni, aku ada program lain namun aku fikir lebih baik aku tak cerita kat sini sebab itu hal peribadi aku hehe..insya Allah ada masa kelak akan ku cerita kan jua nanti.
Okay lah setakat ini sahaj catitan entry aku, sekian terima kasih kerana sudi membaca. moga Allah rahmati kalian, amin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan