Assalamualaikum semua...
Right now this moment I am writing up around evening. It is something I rarely did at all time. Okay la..full stop. Over pulak speaking omputih memalam ni.
Anyway sedar atau tidak hari ini sudah masuk 2 Ramadhan 1437 Hijriah bersamaan 7 June 2016 Miladi (bukan Masihi tapi Miladi yer..ramai orang silap termasuk aku jugak.)
Sengaja aku kecikkan...malas nak besarkan...huhu...
Okay la untuk mengubati rasa kecewa tu. Maka aku pun layan kan ajer lah perasaan ini dengan divert kan dia kepada hobi favourite aku...
Untk pengetahuan, kesemua ni baru je sampai 2 hari lepas. Alhamdulillah.. Allah izinkan aku nak merasa ada hobi macam ni. Hanya yang faham aje akan memahami jiwa hobi aku. Yang paling atas tu ialah RC tank Type 90 (Japan) brand VS tank guna sistem infra red. Then RC tank WW2 King Tiger (Nazi Germany) juga brand VS tank tapi guna airsoft atau peluru manik. Walaupun peluru manik tapi aku pilih guna fake round ammunition. Aku cuba tembak kat designated cardboard target and walla...berlubang jugak cardboard tu dan hampir bull's eyes! Last but not least..aku sebenarnya malas nak beli apa jua jenis produk RC tank brand Heng Long scale 1/16 (lupa nak sebut..2 RC tank yang tadi tu scale 1/24) cuma kali ini memang betul bikin aku kasik racun la...ermm aku pun terbeli jugak. Model Challenger 2 (British Army Tank) tergolong dalam MBT (Modern main Battle Tank) dan ia sebaris dengan Leopard 2A6, M1A2 Abrams, T-90, PT-91M Twardy, ZTZ99, K1A1, Type 90, dan lain lain lagi.
Sedang duk layan tu kan..then tetiba mari teringat kat Al Quran pasal ayat ayat yang mention jika kita sedih dan kecewa serta ayat ayat Al Quran yang boleh memotivasikan kita.
Okay la sentuh sikit bab puasa ye sebab tiap tahun mesti aku akan buat special entry pasal bulan puasa. Kali ini santai ajer lah..tak nak skema macam ustaz atau ustazah atau alim ulama.
Wahai orang orang yang beriman diwajibkan kepada kamu untuk berpuasa sebagaimana telah dikenakan kepada umat terdahulu supaya kamu sentiasa bertakwa. Lebih kurang macam tu lah maksud ayat Al Quran surah Al Baqarah ayat ke 183. Bila kita study dan kaji ayat ini je..kita dapat tahu la bahawa ibadat puasa ini sebenarnya bukan la ibadat yang baru. Ia sebenarnya sudah dikenakan kepada umat umat lain sebelum umat Muhammad s.a.w. Ini bermakna hatta zaman Nabi Adam a.s pun dah ada ibadat puasa ni. Ini menjadikan ibadah puasa merupakan ibadah tertua di dunia. Ibadah puasa ni sebenarnya dibuat oleh para malaikat tapi kita kena ingat malaikat bukan manusia. Malaikat tak makan, tak minum, tak beranak pinak, tak bernafsu dan tak juga lawan tokey atau sentiasa taat dan patuh tanpa soal (merujuk kepada ketaatan 100% terhadap perintah Allah). Manusia ini pula dalam kedudukan pertengahan yang mana ia boleh menghampiri kepada tahap malaikat (tapi masuh bukan jadi malaikat) dan juga kita boleh jadi jauh lebih rendah daripada tahap haiwan (lebih teruk daripada haiwan). Bila sebut sifat malaikat yang tak makan, tak minum, tak bersyahwat dan lain lain sudah tentu ia merujuk kepada PUASA. Namun puasa malaikat bukan macam puasa manusia. Puasa manusia ada waktu berbuka, bersahur, berjimak, berhibur dan lain lain sedangkan puasa malaikat adalah puasa yang sebenar benar puasa. Bayangkan lah jika ada manusia nak ikut sebijik 100% sifat malaikat..mahu kebulur dibuatnya sedangkan nabi kita Rasulullah s.a.w sendiri pun ada waktu dia makan, minum, puasa, bersolat, berzakat, naik haji, bernikah dan lain lain. Ya pernah berlaku ketika zaman Rasulullah ada satu golongan seperti ahli sufi (golongan sahabat Rasulullah yang miskin dan tinggal sekitar masjid nabawi) nak utamakan hal hal ukhrawi hinggakan sampai bab puasa pun nak ikut puasa seperti malaikat. Namun Rasulullah menegur tindakan para ahli sufi dengan mengatakan bahawa Rasulullah sendiri pun turut berbuka (makan dan minum), bersahur, berumah tangga dan lain lain lagi.
Balik semula kepada sejarah ibadat puasa ni..ya lah memang ia ibadat tertua sekali. Bahkan ibadat puasa tidak terhad kepada penganut agama Islam tapi juga agama agama lain. Akan tetapi cara mereka sudah tentu berbeza dengan apa yang Islam ajarkan. Sebagai contoh yang mudah,puasa bagi penganut agama yahudi ialah mereka tiada amalan sahur dan jika berbuka puasa pun sangat lewat iaitu setelah benar benar malam! Bagi agama Hindu pula, puasa mereka terhad kepada amalan tertentu sahaja seperti puasa makan daging tapi mereka tak puasa perkara lain.
Puasa juga turut diaplikasikan dalam bidang jagaan kesihatan dan perubatan. Banyak manfaat diperolehi ketika berpuasa. Walaubagaimanapun ini untuk mereka yang normal sahaja. Jika pesakit pesakit yang ada penyakit kronik, mereka juga boleh berpuasa tetapi ada kaedah tertentu untuk berpuasa bukan main redah macam tu aje dan kena dapatkan nasihat doktor atau doktor pakar. Puasa yang banyak diaplikasikan ialah sebelum prosedur prosedur tertentu seperti:-
1. Pembedahan.
2. Angiogram.
3. IVU.
4. Ultrasound.
5. Barium meal, swallow, enema.
6. Blood test full count.
7. Prosedur under Fluoroscopy.
Ni yang aku tahu la..rasa macam ada lagi yang lain. Bahkan dalam bulan puasa pun sebenarnya takde masalah jika korang nak buat apa jua rawatan yang tidak melibatkan kemasukan alat dan bahan ke dalam perut yang mana boleh mengenyangkan seperti:-
1. Rawatan gigi samada pemeriksaan am, tampalan, cabutan, rawatan akar gigi, implant, pemasangan pendakap gigi (orthodontic bracing), dan cuci gigi.
2. Suntikan jarum..dengan syarat bukan bahan yang boleh mengenyangkan seperti suntikan vitamin, suntikan glukosa, dextrose. Suntikan untuk contrast media itu dibenarkan kerana ia cuma nak memperlihatkan kawasan saluran darah, saluran sistem kencing, saluran sistem pencernaan dan usus, serta juga sistem saraf.
3. Setting IV line.
4. Inhaler.
5. Ubat sapu.
6. Cuci telinga jika wax (tahi telinga) tidak melepasi kawasan gegendang telinga.
7. Prosedur bius local atau Local Anesthetic. Bius tidur atau General Anesthetic batal puasa tau.
Bagi kes derma darah pula walaupun darah yang kebiasaan didermakan itu sekitar 300-350 ml sahaja namun tidak digalakkan derma darah pada waktu siang. Nak derma darah buat lah waktu malam selepas solat sunat terawih.
Bagi kes rawatan alternative seperti bekam dan akupuntur pula tidak membatalkan puasa. Akan tetapi bagi kes berbekam jika dikhuatiri boleh melemahkan badan lebih baik buat pada bulan lain atau buat waktu malam sahaja. Namun jika benar benar nak pulih, memang digalakkan berbekam waktu bulan puasa terutama pada 15 dan 21hb (bulan dalam kalendar Hijriah) sebab ikut sunnah nabi. Lagipun masa itu waktu dimana darah darah kotor atau toksin mula berkumpul di kawasan dinding salur darah dan bawah permukaan kulit kita. Sebaik baik tempoh berbekam ialah sebulan sekali dan bagi pesakit kronik kena ikut sesi tertentu la. Cuma bagi pesakit kencing manis (Diabetis Mellitus) jangan memandai nak berbekam jika tidak dapat nasihat daripada doktor pakar kerana salah satu prosedur bekam ini ialah melibatkan proses melukakan kawasan bekam dengan guna pisau toreh (blade) atau pen jarum. Kena pulak kot kot la ada sesetengah pusat rawatan bekam ini tak amalkan faktor kebersihan alat..lagi haru dibuatnya. Namun setakat amalan bekam yang aku telah buat, kesemua pengamal bekam mengamalkan kebersihan alat bekam dan tempat rawatan dengan baik.
Haha ini pula share gambar buka puasa semalam (1 Ramadhan). Alhamdulillah..semua jenis lauk pauk ada walaupun nampak ringkas sangat. Maklum lah orang bujang dan duduk pulak menyewa berempat orang (sorang je hubby weekend yang lain termasuk aku bujang trang tang tang). Ada ikan tenggiri sambal, ayam masak merah, sayur pucuk paku labu masak lemak...Masya Allah..memang lazat dan enak sekali. Itu pun ada sorang housemate aku sempat lagi masak roti gulung sosej dan belikan satu bungkus sayur masak kicap. Memang heaven la rezeki kami semalam. Manakala yang tadi pula, aku berbuka puasa di tempat kerja sahaja. Tak ape lah, berbuka kat mana mana pun sama saja. Asalkan ikut sunnah nabi dan tidak melampaui batas.
Okay lah setakat ini sahaja coretan malam ini..kena tidur awal kerana esok nak bangun sahur. Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan