Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 14 Ogos 2016

Jalan jalan sambil raya (final part)

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, disebabkan sekarang ni aku bercuti jadi ada masa lah untuk mengemas kini blog aku dengan pelbagai macam entry yang aku ingini. Hahaha..kali ini the last or final episode. Takdak dah pasal raya lepas ni ye. Jom baca...
Breakfast special menu. Lontong, sayur lodeh, sambal tumis dan telur mata cair. Yup seriously that is why I call it very special menu.



Untuk sesi raya di Muar yang hari akhir ni, kali ini cuma beraya di rumah rumah saudara mara mama aku yang belum sempat kami singgah. Kebanyakkan mereka ini lebih berusia daripada mama aku. Umur mama aku sekarang ni sudah mencecah 59 tahun. Yang lain ada yang sudah menjangkau hampir 70 tahun. Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim..aku pohon kepada Kau ya Allah dipanjangkan lah usia kedua ibu bapa ku, dimurahkan lah rezeki mereka, diringankan segala beban dan masalah mereka, dan jika sampai waktu mereka akhiri lah dengan khusnul khotimah...amin...mohon amin kan juga ya wahai teman pembaca blog sekalian.

Lokasi pertama kami pergi ialah di Kampung Parit Penyengat Laut. Di sini, ikutkan asalnya ada 3-4 buah rumah saudara mara sebelah mama aku namun untuk kali ini cuma 2 buah aje yang kami kunjungi. Baki 2 buah lagi sudah abandoned (ditinggalkan) setelah pemergian orang tua mereka.















Apa yang aku tertarik untuk kongsikan kepada para pembaca blog semua ialah jika anda semua lihat pada gambar ke-6 dari atas. Nampak gambar perempuan tua di tengah tengah itu kan? Okay itu ialah ibu saudara kepada mama aku. Usia dia percaya atau tidak sekitar 100 tahun. Hanya dia sahaja yang masih hidup (dengan izin Allah) sedangkan adik beradik dia lain termasuk nyaie (panggilan nenek bagi masyarakat Jawa) sudah kembali ke rahmatullah. Di kampung sebelah sini, memang jadi kegemaran saudara mara mama aku untuk bela pelbagai jenis ternakan ayam, itik, angsa, ayam belanda, kambing dan lembu. Mujur masa ini lembu takde. Comel pula si kucing tu sedang duduk berehat di ruang beranda.







Lokasi kedua pula ialah kampung Parit Tunggul. Yang ini entah lah, tak macam kampung Parit lain ada yang sebelah laut dan darat. Whatever....hahaha..okay lah erm pasal kampung dan rumah ni. Ia milik kepada sepupu mama aku. Rumah yang kami kunjung ni boleh la dikatakan rumah pusaka berusia lebih 100 tahun mungkin hampir 120 tahun macam tu lah. Walaupun sudah mengalami beberapa ubahsuai tetapi bahagian papan dinding dan tiang tu masih kekal. Jika korang tengok kat gambar lampu tu, itu berusia lebih 80 tahun (bukan lampu pendarflour). Lampu itu cara nak gunakan ialah masukkan minyak tanah (kerosine) ke dalam satu bekas di dalam lampu tu. Kemudian kena nyalakan sumbu dan kena pam kan bekas minyak tanah untuk besarkan saiz nyalaan api tu. For safety, kena tutup bekas tu dan nak isi minyak tanah tu pula tak boleh banyak sangat. Usually nak kawal penggunaan minyak tanah tu, sama ada tutup jika time tidur atau kecilkan nyalaan api supaya dapat bertahan lebih lama. Selain itu, rumah sepupu mama aku ini agak luas dan ada dusun dan kebun. Di depan rumah ada kebun pokok pokok kelapa, kelapa sawit, pokok buah buahan (tak ingat nama apa tapi rupa macam buah ceri) dan 3-4 batang pokok durian yang tinggi melangit. Di belakang pula ada juga dusun dan reban reban ayam, itik da angsa. Kebetulan selepas aku ambil gambar yang last tu, tetiba ada seekor biawak air anggaran berukuran 2 meter panjang melintasi kawasan dusun di belakang rumah. Mujur lah ia cuma lalu dan tak sambar beberapa ekor anak ayam yang ada di situ. Di sini yang banyak sembangnya mama aku la.







Seterusnya kami ke Parit Yusuf singgah di rumah sepupu dan atok saudara mama aku. Short visit only dan sembang borak semua tu dalam satu jam lebih aje. Cuma kat rumah sepupu mama aku (lelaki)  keluarga dia jamu kami dengan mee bandung dan nasi goreng cina. Memang syukur lah sebab dapat rasa lagi mee bandung walaupun sejak seminggu balik ke Muar ni boleh kata banyak kali jugak la makan mee bandung. Lokasi akhir sekali ialah beraya di rumah adik bongsu mama aku (lelaki) yang terletak di Batu Pahat (gambar yang last ni). Kebetulan bapa saudara aku baru aje beberapa jam sampai dari Kuala Lumpur sebab ada kursus di sana. Isteri dia masakkan mee goreng basah dan juga hidangkan beberapa jenis kuih selain kerepek. Kat sini entah kenapa lah anak saudara aku (my niece) menangis dan mengamuk tak tentu pasal sampai mama dan abah aku bacakan ayat ayat suci al Quran dan sapukan air kat muka dia. Hanya sejam lepas tu baru senyap, itu pun lepas aku buka siaran channel Astro dan kebetulan ada kartun Upin Ipin. Alahai..kalau buka dari awal awal tadi takde lah budak ni melalak. Masa gambar ni aku ambil, si abang pula yang merajuk kerana dia nak ambil gambar tapi mama dia tak beri guna kamera henpon sebab ada urusan nak guna. Memang macam macam karenah budak kecil 2 orang ni.


Okay lah finally tiba la masa nak bertolak ke Kuala Lumpur. Sebelum itu, pada waktu pagi kami dihidangkan oleh adik mama aku (perempuan..susah nak guna pangkat atau gelaran apa sebab adik beradik mama aku ramai) juga ibu saudara aku masakan ketupat beras, sayur lodeh, rendang daging dan sambal kuah kacang. Sedap tau sarapan pagi macam ni lagaknya seperti makan sarapan di pagi raya 1 Syawal hehehe...



Kami bertolak ke Kuala Lumpur lewat petang kerana ada urusan last minute mama dan adik aku. Erm macam macam lah. Sampai di rumah sepupu aku (anak saudara mama) dekat jam 10 malam. Kami bermalam di rumah dia sebab keesokannya kena datang majlis walimah anak kepada sepupu mama aku yang menetap di Selayang. Sambil tu sempat pulak si sepupu aku ni intro kat aku pasal Forex Trading, aku pun layan kan aje..nampak sangat menarik untuk dipelajari dan dipraktikkan. Hingga entry ini dikemaskini, aku masih lagi berusaha mempelajari pasal dunia Forex Trading. Okay lah kita short kan lagi cerita...






Kami bertolak dari Kampung Padang Jawa di Shah Alam menghala ke Selayang pada jam 11 pagi. Perjalanan memang sedikit sesak tapi mujur lah hari Sabtu tengahari. Kenderaan banyak tapi jalan masih lagi clear. Sampai di Selayang kira kira jam 12.30 tengahari. Nama pun majlis walimah pergh banyak la pulak kereta. Kebetulan kawasan perumahan dekat kawasan bukit. Memang mencabar tapi alhamdulillah lepas jugak dapat parking tak jauh dari lokasi rumah pengantin.









Dalam 2 jam macam tu la berada kat majlis walimah ini. Majlis ini agak special sebab bukan setakat ada sesi potong kek tapi ada juga sesi potong kambing golek bakar. Mama aku macam biasa dah jumpa sepupu dia apa lagi panjang lebar lah boraknya. Menu yang disediakan dalam majlis ini ialah nasi minyak, nasi putih, dalca, ayam masak merah, gulai daging, ulam ulam dan buah buahan. Dessert pula ialah cendol dan kuih muih. Ingatkan lepas ni terus nak gerak ke Kuantan tapi rupa rupanya ada additional plan lah pulak. Menziarahi kawan abah yang kini menetap di Batu Arang, Selangor.




Okay la serba ringkas sebab kawan abah aku dan anak dia ada kaitan jugak la. Aku ni kawan sekelas kepada anak kawan abah aku ni. Nama..tak perlu tahu lah. Cuma retrace to the history, aku dulu memang la ada menaruh hati kat dia. Tapi nak buek camno dah takde jodoh. Dia berkahwin tak silap aku 5 tahun lepas dan kini ada 2 orang anak. Lupakan pasal tu sebab tuan rumah sediakan juadah spagetti dan kek coklat. Tepat jam 5 petang kami pun bertolak ke Kuantan. Untuk aku of course la Kuantan tapi yang lain cuma nak singgah untuk beraya di rumah kawan dan saudara di Kuantan.

Okay la setakat ini sahaja entry aku kali ini. Next entry nak update pasal dental symposium level international punya dan special convoy guest. Nak tahu?? tunggu ajer la..
Jauh betul berjalan.

Tiada ulasan: