Assalamualaikum semua. Harap semoga para pembaca dan pelayar blog ini sentiasa sihat sokmo hendaknya. May Allah bless all of you.
1. Hal kerja:
4. Majlis walimah adik bongsu aku:
Anyway, sedar atau tidak sudah hampir 2 bulan aku tak mengemaskini apa apa entry dalam blog aku. Al maklum lah sibuk dengan masalah diri sendiri, siapkan hal hal berkaitan kerja, dan lain lain lagi. Namun alhamdulillah mujur lah sekarang ini dengan izin Allah dapat jua aku kembali mencatitkan entry blog aku.
Mana nak mula ye???
Okay lah kali terakhir entry aku buat pasal Dental Symposium melibatkan kerjasama Kulliyyah of Dentistry, IIUM , Kementerian Pertahanan, Kementeria Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan Negeri Pahang dan US Navy. Okay lah aku tak nak sentuh bab tu lagi..boleh check kat entry bulan Ogos 2016 for further details okay?
Later on, aku rasa nak komen pasal bajet 2017 semalam. Walaupun ada pelbagai macam persepsi dan aku sendiri pun tak puas hati bajet yang dibentangkan tu dan tambah pula dengan PM Dato Seri Najib buat perangai pelik yang bikin marah orang ramai kat luar ni (tak terhad dalam dewan tu) tapi yang tu kemudian lah. Malas aku nak fikir..yang pasti that is the most stupid budget presentation ever he has made and he too makes so many silly mistakes.
Sekarang nak mula kisah aku bulan 9 lepas bebaru ni.
Bulan 9 merupakan bulan kemasukan para pelajar baru di UIAM Kuantan. Secara khusus untuk diri aku, bulan juga merupakan bulan yang sibuk kerana mesti terlibat dengan hal pengajaran dan demonstrasi tunjuk ajar untuk para pelajar pergigian tahun 3.
Gambar di atas ni aku ambil secara candid masa meeting dengan one of deputy HOD department Oral Maxillofacial Surgery. Department ni lah paling banyak involve dengan unit X-ray berbanding department lain. Department pergigian yang banyak guna X-ray selain OMFS ialah Conservative, Peadodontics, Endodontics dan Orthodontics. Tak terhad kepada meeting untuk sesi kemasukkan para pelajar baru, turut disentuh juga pasal cara kerja team aku, progress maintenance dan purchase assets, dan apa apa perkembangan dan masalah team aku yang mana dia kena perlu take note.
2. Pindah rumah baru:
Actually, yang berpindah ke rumah baru ialah adik bongsu perempuan aku. Manakala aku pula masih kekal menetap di rumah sewa di Indera Mahkota 6 dekat aje dengan UIAM Kuantan. Rumah adik aku pula terletak di kawasan perumahan di Bukit Rangin. Overall based my observation not bad la..because sudah ramai orang duduk di situ. Cuma masalahnya ialah adik aku ni jenis takut duduk sendirian di kawasan rumah tu berbanding rumah sewa dia di Semambu dulu.
Hahaha...apa apa hal mesti ada pics RC tanks kan. Biasa lah kalau dah minat dan addicted sangat gini lah jadi nye. Okay lah, yang aku rasa seronok sikit aje la ialah kawasan sekitar dia yang masih ada kawasan hijau. Bangun awal pepagi rasa segar je. Tambah pula dengan bunyi sahutan haiwan yang masih ada kedengaran di sekitar kawasan perumahan tu. Kekadang timbul jugak rasa kesian kat haiwan ni sebab bila sudah ada development so kawasan hutan tempat mereka tinggal dan cari makan makin berkurang. Selain itu, di depan kawasan perumahan ini masih ada kawasan paya dan sungai kecil dan masih lagi ada ikan ikan di dalamnya. Sekarang ni bulan 10, hujan pun kerap turun waktu malam dan petang maka ramai lah orang cari ikan di situ. Gambar gambar ni aku ambil masa cuti Hari Kebangsaan lepas.
3. Kucing...
Bulan ni aku diduga dengan 2 perkara iaitu kehilangan kucing dan datangnya kucing baru. Which means both are the good and bad news lah. Okay, gambar kucing di atas tu ialah gambar arwah Tompok. He's found dead nearby my parents house. Unfortunately, jasad si Tompok telah dibaham oleh biawak air sebesar saiz buaya. Punca aku tak pasti tapi tak boleh tolak kemungkinan yang si Tompok kena patuk dengan ular tedung selar atau digigit oleh biawak. Air liur biawak sangat toksik tau bahkan boleh juga melumpuhkan manusia jika binatang tu gigit manusia. We are all so sad. Namun demikian beberapa hari kemudian, di sebuah surau tak jauh dari rumah abah. Selepas solat Maghrib (kalau tak silap), ada seekor kucing warna hitam putih duk follow abah aku bermula di surau sampai lah ke rumah. Walaupun pada mulanya abah macam tak berminat nak bela kucing tapi dek kerana kucing tu follow abah aku. Jadi aku cadang kat abah untuk adopt je kucing tu. So jadi lah one of our family members. Kami namakan dia si Tam sebab kalau nak panggil hitam pun tak boleh jugak since dia masih ada warna putih dan kaki belakang si Tam pula macam pakai stoking. Si Tam ni aku rasa belum sampai umur 7- 8 bulan which means she is still kid. Oh yeah, kucing ni betina. Manakala arwah Tompok pula jantan. Umur kedua dua mereka sama rasanya.
4. Majlis walimah adik bongsu aku:
Majlis pernikahan adik bongsu aku diadakan pada 15 September 2016. Ikut hierarki family aku, kira last lah bagi adik perempuan. Aku aje yang masih single bujang trang tang tang lagi. Dapat dengan orang Besut, Terengganu. Suka lah abah aku sebab dia pun asal Besut jugak dan kampung adik ipar aku dengan abah aku tak jauh pun. Cuma yang tak enak ialah masa majlis ni berlangsung aku kena demam panas dan gastrik serta ada tanda tanda gejala seperti demam denggi. Korang bayang la masa majlis walimah adik aku nak habis, aku tetiba aje jadi macam restless. Sampai abah mama aku minta adik aku (yang nombor 1) hantar aku ke hospital. Walhal 3 hari sebelum tu pun dah kena masuk hospital. Selepas gejala denggi dah beransur sembuh, mai la pulak tonsilitis sampai aku nak makan pun terpaksa makan soft food sahaja seperti bubur nasi, oat dan cornflakes serta roti yang dihancurkan. Seminggu jugak la aku tersadai kat rumah tak pergi ke mana mana. Okay lah macam biasa tengok aje la gambar yang ada..Sorry, tak macam majlis walimah adik aku yang lain..yang ni sikit dan ini pun copy paste daripada Facebook aku, adik adik aku dan sepupu sepapat aku yang datang masa tu.
Ermm well, itu aje lah yang dapat dikongsikan bagi bab majlis walimah adik bongsu aku ni....memang ni aje lah gambor nye..takde yang lain hahahaha... Kalau korang nak tahu menu apa masa majlis jamuan walimah, aku pun tak tahu. Cuma yang aku tahu family sebelah mama aku dari Muar, Johor telah diimport dengan sebuah bas ekspress ke sini untuk jadi team rewang. Aku rasa majlis ni agak grand sedikit...bukan grand dengan pakej perkahwinan...yang tu jenis malas nak mampos dan selfish...tapi grand kerana ramai saudara mara datang dan juga tetamu yang datang. Family adik ipar aku tu pun siap datang berkonvoi ada bas lagi.
5. RC tanks:
Hahaha...part ini memang wajib. Haram kalau tak sentuh...Actually banyak gambar ni ditangkap ketika akhir bulan 9 dan awal bulan 10. Apa apa hal pun layan kan aje ye...
Kalau korang tanya apa model tanks ni dan brand nye..nah aku list down dan korang baca la. Kalau rajin google lah ye untuk maklumat lanjut.
1. M1A2 Abrams. Scale 1:24. VSP.
2. T72M1. Scale 1:24. VSP.
3. Leopard 2A6. Scale 1:24. VSP.
4. Type 90 JGDSF. Scale 1:24 VSP.
5. King Tiger. Scale 1:24. VSP. Airsoft
6. Challenger 2. Scale 1:16. Heng Long. Airsoft.
7. T-34/85. Scale 1:16. Heng Long. Airsoft.
Yang aku tak note as Airsoft that means guna sistem infrared laser beam sebagai senjata meriam utama rc tanks masing masing. The fun part pasal RC tank ni ialah yang brand Heng Long punya. Berbeza dengan RC tanks Heng Long yang pernah aku beli 2-3 tahun lepas. Yang ni totally fully upgraded. Tak pakai crystal frequency FM sebaliknya menggunakan sistem radio transmission 2.4GHz yang mana tidak berlaku interference radio control semasa mengoperasikan lebih daripada 1 buah rc tank. Selain itu, stock rc Heng Long kali ini juga boleh didapati yang sudah siap upgrade dengan metal gearbox dan metal track suspension. Tak macam dulu semua plastik dan kena upgrade sendiri. Yang brand VSP pulak aku jadi tak puas hati sikit sebab brand tu masih lagi guna crsytal FM frequency dan kena beli multiple different crystal FM frequency in case kalau rc tank brand VSP yang dibeli tu FM value sama dengan stock yang sedia ada dalam collection. Tapi yang tu aje la yang aku kureng bokonan sikit. Yang lain okay je. Insya Allah, next planning nak equip dengan satu lagi rc tank model T-90 fully upgraded brand Heng Long punya dan juga nak upgrade metal track Challenger 2.
Aku juga ada buat video video rc tank ni...mai la kalau nak tengok
Actually ada lagi tapi yang tu aku akan share dalam next entry pulak lah ye...insya Allah aku buat sebab hari ni Sabtu sampai la Isnin ni aku cuti. Kebetulan pula bawa laptop ni so senang la nak update entry ni. Itu pun salah satu sebab kenapa aku susah nak update entry dalam blog aku ni...tak bawa bersama laptop. Okay lah sampai sini je sharing untuk entry ini..Wasalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan