Assalamualaikum semua,
Harap semua pembaca dan pelayar laman blog aku ini sentiasa sihat sokmo.
Okay lah, sedar atau tidak sudah 2 bulan aku tak buat sebarang kemaskini dalam catatan blog aku ini. Ye lah, mana tidaknya sibuk dengan kerja kena pulak kerja daripada hari Isnin hingga Sabtu. Kemudian terlibat dengan beberapa aktiviti event / exhibition di Port Dikcson (Negeri Sembilan) dan Batu Pahat (Johor) membabitkan hobi RC tanks.
Kali ini aku nak buat catatan tentang satu pameran yang diadakan di Muzium Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan yang berlangsung pada 25hb Mac 2017 lalu. Tema pameran ialah 'World at War' memaparkan koleksi kisah peperangan yang pernah berlaku di seluruh dunia dengan pengkhususan kepada kisah Perang Dunia Kedua di teater Pasifik terutama di Malaysia, Perang Vietnam, Darurat Malaya (1948-1960) dan Insurgensi (1968-1989). Ia diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-84 penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja yang menjadi perintis kepada Tentera Darat Malaysia khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya. Juga ia merupakan aktiviti bersifat military tourism atau pelancongan ketenteraan yang mana ia merupakan satu perkara baru di Malaysia.
Selain daripada pihak Tentera dan pengurusan Muzium Tentera Darat, turut terlibat ialah Malaysian Reenactors Society, RC Tank Legion, dan beberapa pihak lain.
Okay lah..mula mula aku dapat tahu pasal pameran ini apabila ada rakan dalam group RC Tank dalam WhatsApp memaklumkan hal itu. Asalnya aku rasa agak culas tapi mujur lah dek kerana jadual kerja yang tak ketat pada hujung minggu. Maka aku pun bersetuju untuk menyertai program itu. Lagi seronok bila diberitahu bahawa peserta peserta dalam exhibition World at War ini akan diberi sekali penginapan, makan minum dan cenderahati percuma termasuk sijil penghargaan oleh pihak pengurusan Muzium Tentera Darat.
Jadi pada hari Jumaat 24/3/2017, aku pun bertolak ke Kuala Lumpur dulu kerana nak singgah sebentar di pusat jualan model kereta kebal kawalan jauh dan spare parts yang terletak di tingkat 9, Menara TKSS di jalan Segambut, Kuala Lumpur. Aku bertolak ke sana jam 10 pagi dengan menaiki bas Sani Ekspress dan selamat sampai di Terminal Bersepadu Tasik Selatan di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada jam 2 petang. Sampai sahaja, terus aku pikul barang dan beg mencari surau. Sebagai seorang beragama Islam menunaikan solat fardhu itu wajib tak kira lah di mana berada dan apa jua keadaan.
Sudah hampir 4 tahun tidak naik bas. Rasa macam jakun pulak. Haha.. |
Sesudah solat, perut pun berkeroncong tanda lapar. Jadi apa lagi, mencari la kedai makan gamaknye. Alhamdulillah got one with reasonable price. Al maklum lah nothing cheap in Kuala Lumpur. Jadi kena pandai memilih jugak lah. Nasi goreng sosej. Alhamdulillah. Simple but delicious. This already costs RM 6.00. Kalau kat rumah atau kampung..masak sendiri aje. |
Disebabkan aku datang ke KL ini dengan hanya menaiki public transport. Maka, dari TBS (akronim Terminal Bersepadu Selatan) ke Menara TKSS sudah tentu lah kena guna public transport juga. Alhamdulillah, dengan kecanggihan teknologi maklumat dan internet masakini dan semuanya di hujung jari. Maka aku gunakan khidmat GrabCar. Ternyata menjimatkan dan kurang tempoh masa perjalanan serta pemandu yang peramah dan pandai mengelak daripada melalui jalan yang sesak. You don't find that if you pick common taxi. Dalam erti kata duit..guna GrabCar RM 17, guna teksi RM30-40.
Cukup mudah. Muat turun aplikasi GrabCar ke telefon pintar anda menggunakan aplikasi PlayStore (android) atau Apple Store(iPhone) |
Finally, sampai juga ke menara TKSS. Jadi lihat lah apa yang ada di RC Tank Legion dan apa yang aku buat.
All I can say is WOW!! Pelbagai macam jenis model RC tanks yang ada dan juga spare parts dan upgrade parts yang dijual. Kalau aku bawa RM10,000 memang confirm soheh..aku akan beli secara bundle semua model dan spare parts dan upgrade parts yang dijual. Hahaha... Anyway RC tank yang aku bawa ialah
The grandpa of all Russian tanks...T-34/85 medium tank. |
Yeah, that's it my RC tank the T-34/85.
Nak pendekkan cerita, tepat jam 9 malam aku dan seorang lagi partner hobby aku bernama Afiq yang juga staff di RC Tank Legion bertolak ke Muzium Tentera Darat. Perjalanan dari Menara TKSS ke Muzium TD (big boss tentera prefer guna short name macam tu) mengambil masa dalam 2 jam lebih itupun sebab ada kesesakan di KL dan di PLUS highway dekat dengan exit Nilai (Memang famous dengan traffic congestion di situ..tak percaya buka lah semua siaran radio di Malaysia ni mesti akan keluar laporan lalu lintas setiap pagi dan petang serta malam).
Sampai di Port Dickson, Afiq ajak aku cari kedai makan lagipun masing masing punya perut sudah berbunyi. Hahaha... cari punya cari kebanyakkan kedai makan hot spot semua full parked. Ikutkan boleh aje nak parking seberang jalan tapi malas pulak nak melintas. Alhamdulillah 2 km dari Muzium TD tu tak jauh dari Pantai Saujana PD, ada la nampak deretan kedai makan. Jadi apa lagi kami pun landing la. Aku order mee goreng aje.
Mee goreng dan Carrot susu. Mujur lah tak kena cirit birit sebab perut aku ni sensitif dengan campuran makanan pedas dan minuman berais dan susu. |
Selesai makan, kami bergerak masuk ke kawasan Muzium TD. Pergh, suasana malam di Muzium TD boleh lah diibaratkan seperti dalam filem Hollywood yang bertajuk 'Night at The Museum'. Cuma beza dengan kami ialah apa yang dalam filem tu seram komedi tapi yang depan mata ni dibuatnya nampak bayangan askar Jepun berkawad atau bawa kepala sambil pegang pedang Katana samurai laungkan 'Banzai!!' Memang cak berapok lari la jawab nyer...( Untuk makluman semua, ketika Perang Jepun di Tanah Melayu tahun 1941-1945. Muzium TD dulunya merupakan salah satu HQ markas operasi tentera Jepun yang mana sebelum itu merupakan kem berek Rejimen Askar Melayu di bawah pentadbiran atau cabang Tentera British di Malaya).
Selepas masuk ke Muzium TD, kami diminta berjumpa dengan sentri Muzium TD yang bertugas. Aku ingatkan askar ni bila on duty semua akan pakai uniform tempur lengkap dengan senjata standard (sama ada carbine M4A1 atau Styer AUG1). Untuk kes aku dan Afiq ni hanya di Muzium TD ni ketika waktu malam. Sentri yang bertugas hanya berkain pelikat dan baju singlet aje. Rasa tergelak je tapi gelak dalam hati aje lah. Oh lupa nak beritahu, tujuan kami kena berjumpa dengan sentri itu ialah untuk proses check-in dan ambil kunci. Mula mula aku ingat kami akan stay dalam kawasan berek tentera tapi rupa rupanya dalam gerabak keretapi bai...
Wow... |
Ya, itu la ekspressi aku bila melihat rupa di dalam gerabak kereta api. Tak sangka pulak siap ada katil, aircond, bilik mandi, tandas, TV dan almari serta ruang tamu. Tapi nak beritahu ye, bila waktu siang tak digalakkan berada lama lama dalam gerabak kereta api kerana kepanasannya sama seperti tangan anda berada di dalam rice cooker yang sedang menggelegak. Terima kasih kepada pihak pengurusan Muzium TD kerana beri peluang kepada aku untuk merasai pengalaman bermalam di Muzium TD dan menginap dalam gerabak keretapi. Untuk pengetahuan, sudah 3 kali aku datang ke Muzium TD atas kapasiti sebagai pengunjung sahaja tapi kali ini sebagai invited participant event. 3 kali jugak lah hanya boleh tengok keretapi tentera ini dari luar sahaja. Maklumat sejarah, keretapi ni terletak di halaman Muzium TD dan pengunjung hanya cuma boleh bergambar dari luar sahaja di section gerabak penumpang manakala section yang boleh diakses ialah section locomotive (kepala kereta api). Sebelum tidur, aku dan Afiq kena lah buat set up awal booth RC Tank Legion bagi seksyen pameran kereta kebal kawalan jauh. Alhamdulillah setelah berbincang dan lihat lokasi serta justifikasi lokasi, akhirnya tempat untuk pameran RC tanks ialah betul betul di belakang artefak tinggalan Bren Carrier (kenderaan berperisai milik tentera British semasa Perang Dunia Kedua dulu). Ikut pelan asal, section RC tanks kena berada di deretan pameran kereta kebal ringan Scorpion dan kenderaan perisai lain tapi disebabkan masalah tertentu maka lokasi terpaksa diubah pada malam itu juga.
Salah satu gambar rc tank battlefield diorama setup. Sorry lah ye, handphone hamba walaupun smartphone tapi cap ayam aje. Jadi tak boleh nak edit bagi cun lawa punyer. Tak apa kita tengok siang punya nanti ye...tunggu.... |
Okay lah sedar tak sedar duk siapkan kerja setup diorama battlefield untuk RC tanks. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Pergh hampir 3 jam buat kerja. Jadi kami pun pulang ke gerabak dan bersihkan diri. Paling aku kagum ialah si Afiq sebab bila kepala dia sentuh sikit aje bantal terus lelap. Aku pulak boleh lelap mata dalam jam 3 pagi jugak lah. Mujur lah sepanjang berada di dalam gerabak tu tiada apa apa perkara aneh lagi mistik berlaku. Kecuali bunyi motor, kereta dan kapal terbang yang lalu lalang. Muzium TD ni ruang udara dia tempat laluan mendarat semua kapal terbang komersial domestik dan internasional. Pelbagai jenis logo syarikat penerbangan yang korang semua boleh lihat.
Pagi 25/3/2017...
Lepak dulu..baru jam 7 pagi. |
Kemudian...
Selfie sikit...hahaha eh dengar khabar jika merujuk kepada kamus DBP edisi terbaru selfie dalam Bahasa Malaysia kena panggil sebagai swafoto. |
Apa lagi lepas solat, baring kejap then bangun dan bersiap siap cari tempat menyantap lerr..
Alamak..lupa derr..pic breakfast aku tak ambil atau ter 'delete'.
Okay haha..ada jugak. Makan nasi goreng biasa campur sambal. Air milo suam. |
Selesai makan sarapan, aku dan Afiq beli sedikit minuman dan coklat atau roti, al maklum lah kalau rasa lapar nanti ada la backup nyer. Lagipun kalau korang semua nak tahu, hanya kami berdua sahaja nak kena uruskan booth RC Tank Legion. RC tankers yang lain yang mana nak datang pun agak lambat dan ada juga yang terpaksa batalkan last minutes atas urusan lain. Pameran ini pula merupakan hari kemuncak dan sudah tentu orang ramai datang.
Ini ialah rupa pandangan depan kawasan pameran. |
Sini lah booth RC Tank Legion. Betul betul di belakang kenderaan tempur Perang Dunia Kedua tinggalan Tentera British (Bren Carrier). |
Susun atur yang telah dibuat malam tadi. Sandbags diletakkan last sekali sebab nak buat penghadang laluan supaya para pengunjung yang datang tidak 'menceroboh' kawasan diorama battlefield RC tanks. |
Antara model RC tanks (paling kiri Challenger 2, M1A2 Abrams, T-34/85 dan T-90). |
Seawal jam 9.30 pagi sudah ada pengunjung datang. Walaupun masa itu kebanyakkan peserta baru sahaja selesai mengemaskini kan section masing masing. Kami pun layan lah seadanya. Erm nak taip malas lah..apa kata korang tengok aje semua gambar ni.
Big boss Muzium TD pun join jugak. Nama dia Mejar Abdullah Sani Mohammed |
Antara peserta yang terlibat..aku dua dari kiri. |
M4 Sherman (scale 1:16 Heng Long IR) milik salah seorang geng kami. |
Boss Muzium TD vs RC tanker. hahaha... |
Yang pakai cap biru gelap tu salah seorang geng hobi RC tank kami. Kami panggil dia kapten. Untuk makluman, dia tu juruterbang pesawat komersial. |
Old vs New. |
Afiq...partner hobi RC tank aku. Kerana dia lah aku terjebak. Hahaha... |
Capt Joe with his Sherman baby. |
Aku pulak sibuk fikir strategik nak take out opponents dan sambil itu jawab soalan soalan si pengunjung khusus budak budak. |
Sambil demo, ada juga pengunjung mengambil gambar RC tank kami. |
M1A2 Abrams with IR system. |
Mari mana askar British WW2 ni? Hahaa... |
Deretan model RC tanks yang terlibat. |
Tag team match |
Team opponent. |
Sebelah afiq ni, nama dia afiq jugak. He is the youngest participant in our group. Umur dia dalam 14 tahun. Don't worry dia join pun parents dia datang sekali. |
Big very old with new small buddy. |
Aku dan peserta lain sempat jugak lah rakam video semasa event ini berlangsung..
Video atas ni semasa buat final check tembakan infrared laser. Untuk pengetahuan, dengan mata kasar korang tak dapat lihat cahaya laser infrared itu. Kena guna handphone camera (tak kira apa jenis) baru boleh lihat.
Tag team match..
Selain daripada event RC tanks ini, aku juga sempat lah melihat event lain yang ada berlangsung di situ.
Gambar gambar di atas itu merupakan booth reenactment dan reenactors. They are some real soldiers but some are not. Kesemua props dan equipment serta weapons adalah yang sebenar bukan olok olok ye. Termasuk lah yang aku handle ni..
Hahaha..betul gambar atas itu ialah sub machine gun Sterling Mark 2 (British) dan bawah tu of course lah M-16A1 zaman Perang Vietnam.
Peserta reenactors pula akan melakonkan semula babak babak pertempuran yang famous yang pernah berlaku dulu seperti ketika zaman Perang Dunia Kedua, zaman Darurat, Insurgensi dan Black Hawk Down.
Aku juga turut dijemput makan tengahari dan petang bersama pengurusan pihak Muzium TD dan para reenactors. Pelbagai macam topik disembangkan tapi aku cuma mendengar sahaja lah. hehehe...
Event pada 25/3/2017 ini berakhir sekitar jam 6 petang. Sebelum kami berkemas pulang, kami telah diberi upacara penghargaan yang mana pihak pengurusan Muzium TD melalui pemangku pengarah Muzium TD Tuan Mejar Abdullah Sani telah mengurniakan sijil penghargaan.
Sebelum bergerak balik, kami bergambar beramai ramai.
Dan untuk aku pulak....
You know what, ada rasa macam happy. Why? Hanya melalui hobi RC tank, aku dan teman teman sehobi yang lain telah membantu pihak tentera khususnya Muzium TD memeriahkan acara pameran seperti ini. Pameran seperti ini tidak akan berjaya dengan izin Nya jika tiada kesungguhan daripada kesemua pihak yang terlibat. Alhamdulillah, the mission is successfully accomplished. Insya Allah di lain masa, aku dan teman teman hobi RC tank lain akan cuba sedaya upaya untuk memeriahkan event seperti ini dan sudah tentu menghangatkan industri hobi RC Tank ini di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan