Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 17 November 2012

Panzer Division

Pada entry Jalan Jeli-Gerik dulu,di akhir perenggan aku ada state nak post pasal collection RC tank aku..so this is it :)

Panzer Division

Jika click link di atas ni,memang boleh tengok la collection RC tank aku. So far yang aku ada sekarang ni ialah

1) TIGER tank.





2) Panther tank.




Yup memang dua ni je collection aku setakat blog ni ditaip lah...Insya Allah akan datang aku akan tambah lagi koleksi RC tank aku iaitu Panzer III, Panzer IV dan Jagdpanther tank destroyer yang mana setelah ketiga tiga model ini ada kelak maka terbentuk lah Panzer Division nanti hohoho...

RC Tiger tank dalam entry sebelum ni aku beli di Night Kids Shop di groud floor Kuantan Parade,Kuantan. Manakala RC Panther tank pula aku beli di Heng Seng RC shop di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Ok pasal kedua dua tank ni dari segi persamaan ialah:

1) Skala dimensi 1:16
2) Meriam (Main gun) menggunakan Airsoft BB ammo.
3) Metal Wheel dan track yang sama.
4) Menggunakan remote radio control. Untuk info sebuah remote radio control boleh mengawal lebih daripada sebuah tank dalam satu masa yang sama.
5) Transmitter radio yang dipasang pada belakang tank bagi menerima signal dari radio controller. Kalau transmitter ni bengkok 90 degree sekalipun ia masih boleh lagi terima signal..
6) Crystal (ia semacam chip card la) bernombor yang akan dimasukkan pada radio controller dan juga dalam compartment battery di dalam tank.
7) Smoke oil untuk hasilkan asap semasa tank bergerak.
battery charger

smoke oil
accessories box,BB ammo,battery 7.2V 700mAh,battery charger,transmitter controller and radio controller

spare part RC tank.



ini lah radio controller RC tank.

yang ni complete set untuk RC model Tiger tank. Ada radio controller,battery 7.2V 700mAh Ni-Cd,charger,smoke oil, airsoft BB ammo,accessories serta transmitter radio (dipasang pada belakang tank).

set complete RC tank model Panther. yang kuning tu ialah battery 7.2 V, 700 mAh Nickel-Cadmium rechargeable.plus charger and Airsoft BB ammo box. ada juga accessories iaitu tank commander Panzer dan MG-42 machinegun.sekali dengan transmiiter.


Lupa nak habaq mai...kedua dua RC tank scale 1:16 ni keluaran company Heng Long made in Hong Kong. So far scale 1:16 ni Heng Long sahaja keluarkan. Company len aku tak pasti. Di Europe siap ada model  scale 1:10 hingga kepada 1:4 (separuh saiz kereta Kancil) yang tu price dalam > RM 10k la even ratusan ribu ringgit...hanya orang kaya sahaja mampu beli hoho... Aku nak beli scale 1:16 ni pun buat tawar menawar daripada RM600 turun ke RM350. Kalau tak naya aku weh...huhuhu. Kalau scale lain pun ada tapi kecik la model scale 1:24 bahkan 1:30 pun ada tapi besar tapak tangan je la. Memang murah tapi tak syok nak men sebab first kecil sangat, second tak boleh nak shoot BB unless sound fire dan infra red sahaja. Price model scale ni biasanya cuma below RM 200 sahaja.

Lupa nak citer pasal apa beza kedua dua model ni. Simple je..perbezaan hanyalah terletak pada accessories sahaja. Itu jer yang beza,yang len sume sama. Satu lagi color scheme, actually both Tiger and Panther masing masing ada color scheme tersendiri. Cuba lihat pic di bawah bagi Tiger tank color scheme.

         


Ok yang ni pulak color scheme model Panther tank:

     

Aku nak remind satu perkara saje...bukan semua warna (especially model Tiger) boleh kita dapat dalam market Malaysia ni. Dan juga lain scale model lain warna dia tau. Sebagai contoh model Tiger warna putih snow tu itu scale 1:24 bukan 1:16. Di Malaysia scale 1:16 bagi Tiger cuma warna kelabu metalik dan Panther warna green wood tu. Tapi aku tak tahu la kot kalau sesetengah RC shops turut jual model scale 1:16 dengan color sheme yang lain. Kalau ada aku pun nak gak hehehe...Kalau nak jugak sila lah berurusan dengan encik E-bay (ebay.com tu la)

 

Tempat aku buat testing tank ni ialah kalau di hometown aku di Stadium Sultan Mizan Kompleks Sukan Terengganu a.k.a stadium runtoh hoho, jika di Kuantan pula ialah di kawasan lapang depan Taman Tasik Bandar menghadap Mahalah Tabari IIUM Indera Mahkota Kuantan...pasal testing di hometown ni pula ialah di sebuah padang berhampiran main entrance stadium. Luckily apa yang aku nak pasal padang tu memang ada iaitu pertama grassy (rumput banyak), second off road sebab memang tak rata padang tu..no wonder takde orang nak men kat situ huhuhu, third ada lecak sebab malam sebelumnya hujan lebat maka memang aku nak kedua dua tank ni lalu kat area watery surface. Last but not least the field is wide so memudahkan aku untuk buat fire mission test dan maneuvering test selain itu boleh aku measure jarak perjalanan tank dan juga jarak tembakan BB ammo yang maksimum. Setakat ni jarak travel tank (jika kita extend maximum transmitter controller) ialah sejauh 150 -170 meter. Jika battery dicaj 5 jam,didapati tempoh operasi tank mencapai hingga 1 jam 30 minit tanpa henti.  Jarak tembakan BB airsoft ammo pula based on angulation main gun dan juga saiz main gun. Jika main gun seperti Tiger iaitu kira kira 88 mm kaliber atau ikut kiraan sebenar 35 cm, tembakan horizontal 0 degree ammo bergerak sejauh 20 meter dan dengan maximum angulation 40 degree pula BB ammo mampu mencapai 'sasaran' hingga 60 meter jauhnye. Untuk Panther pula sama saje tapi bezanya dari segi ukuran meriam iaitu 25 cm atau imaginary tank gun measurement 76 mm kaliber. Heran jugak eh ukuran shorter tapi range sama saje...owh depends on shooting power sebab Panther ni walaupun kecil sedikit kuasa tembakan dari gas barrel tu mampat tau so tak heran la BB ammo boleh pergi jauh. Cuma satu jer perkara yang aku tak puas hati pasal tank ni ialah track alignment..kalau Tiger ok jalan straight tapi bila manuever longgar track pulak mostly sebelah kanan..yang kiri ok je. Kalau Panther tak longgar tak kira surface off road atau on road tapi sokmo belok kiri je..maksud aku tak jalan lurus la.alignment gerakan tank hanya boleh adjust pada radio controller sahaja bukan pada track tank. tak po la at least both of my tanks are ok and good to go..hope dapat simpan sampai ke tua kelak hehehe..


3 ulasan:

MERAN QAMAR berkata...

WOW SYOK AKU ADA 1 GAK US NYA...
BRO TAU TAK MANE2 KEDAI YG ADA JUAL METAL PART TANK NI
XCILAP ADA RODA BESI N RANTAI BESI
KALAU TAU AREA MANE JUAL EMAIL AKU YEK
MERANQAMAR@GMAIL.COM

Unknown berkata...

kalu ko tinggal di KL aku rasa takde masalah nak cari spare part RC tank ni. Ko boleh pi ke Berjaya times square sebab situ ada 1-2 buah kedai RC yg jual spare part RC tank ni. nama kedai aku dah lupa tapi kedai nye di tingkat 6. kalu kat negeri lain susah sikit la.aku pun yang duduk di Kuantan ni terpaksa ke KL kalu nak beli spare part.

Aujinz berkata...

Panther adalah ohsem tapi selalunya yang scale model nie selalu salah skalakan meriam dia. Tapi yang Tiger 1 tu memang perfect