Sabtu, 8 Disember 2012

7 dan 8 disember...71 tahun lalu.

Assalamualaikum...dah beberapa hari aku tak taip di blog ni. Maklumlah sepanjang minggu ni asyik demam selsema dan batuk. Memang dugaan betul,ditambah lagi dengak kerja ofis yang banyak la walaupun tak banyak mana. Tak masuk lagi karenah students, machine x-ray buat hal dan juga laser imager x-ray printer film. Betul betul kasi impact gua punya life...tapi takpe lah sebab dugaan tu ialah dugaan yang Allah memang dah set untuk diberi kat aku je..tak kan diberi pada orang lain sebab dugaan tu je aku mampu tanggung. Kalu orang lain...dah habeh dah...huhuhu

Sedar tak sedar dah pun masuk awal bulan Disember bagi tahun Masihi 2012. Date di lappy aku ni dah menunjukkan 9/12/2012. Bagi masyarakat Kristian,bulan ni bulan heppi yeppi bagi diorang la...all about Christmas and Happy new year. Bagi aku pulak len citer..sebab bulan 12 ni la bulan terakhir keje mengaudit dan mengemas kini data data statistik, indent barang barang x-ray dan re check data entry serta kemas kini data data pesakit dalam software. Tahun depan len punyer story der...

Haha..kenapa aku type 7 dan 8 Disember tu...apa yang ada pada kedua dua date tue? Bagi yang buta atau rabun atau astigmatisme sejarah memang korang tak tahu sangat apa yang berlaku pada kedua dua date tu. 7 dan 8 Disember setiap tahun ialah tarikh berlakunya sejarah dunia iaitu Perang Dunia Kedua secara rasminya berlaku di seluruh dunia. Walaupun banyak fakta mengatakan bila sebenarnya berlaku Perang Dunia Kedua ni atau WW2 (World War 2) seperti pencerobohan Jepun ke China pada tahun 1936 dan penaklukan Nazi Germany terhadap Poland pada 1939. Namun date 7 dan 8 Disember la paling signifikan kerana ia telah melibatkan sekali Amerika Syarikat ke dalam kancah tersebut. Sebelum ini USA memang tak join mana mana konflik global selepas tamat Perand Dunia Pertama di Perancis pada 1918 melainkan beberapa konflik kecil dengan negara jirannya seperti Mexico dan negara jajahannya iaitu Filipina. Penglibatan Uncle Sam ke dalam konflik global itu juga menjadi petanda berakhirnya kekuasaan Empayar British di seluruh dunia yang mana sekarang ni USA lah jadi polis dunia dengan dikuasai golongan yahudi zionis di belakangnya.

Ok lah sekarang ni aku nak cerita sedikit daripada pengalaman beberapa orang saudara dan jiran jiran atok moyang aku yang mereka sendiri pernah ceritakan dulu..ada sesetengah daripada mereka sudahpun kembali ke rahmatullah (Innalillahi wa innalillahi roji'un) dan jika ada yang masih hidup pun dah macam sakit sangat..moga Allah rahmati mereka amin..ni adalah pengalaman mereka secara lisan semasa menghadapi saat awal peperangan dunia kedua di Kelantan dan Terengganu serta Johor.
japanese troops landing near the Sabak beach,Pengkalan Chepa Kota Bharu.
another view of landing by japs troops

pesawat tentera laut jepun berlepas untuk menyerang Pearl Harbor pada pagi  7 disember 1941. manakala selang 1 jam pada tarikh 8 disember 1941 armada jepun sedang bersiap menakluk Malaya,Filipina,Borneo dan Indonesia.



Aku mulakan dengan kisah atok dan moyang sebelah abah aku. Mereka orang Kelantan tapi menurut cerita abah aku,mereka pada zaman dulu kala merupakan pedagang dan juga guru agama yang berasal dari India kemudian berhijrah ke Thai sebelum menetap kekal di Kelantan dan beranak pinak di situ. Atok dan moyang aku ni menetap di Pasir Putih Kelantan namun bilangan saudara mara abah di Kelantan ni merata tempat la dari Rantau Panjang di utara Kelantan hingga lah ke Gua Musang dan dari Bachok hingga ke Jeli boleh kata semua ada la tapi yang tu zaman dulu. Sekarang ni dah scattered seluruh Malaysia but most of them are in Kuala Lumpur,Ipoh and Johor Bharu plus few in Terengganu and Pahang.
Menurut cerita atok dan juga moyang aku (yang masih segar dalam minda aku ni lah)..ketika Jepun mula mendarat di Pantai Sabak dekat PC (pengkalan chepa) KB (kota bharu). Masa tu mereka sedang sibuk mengerjakan sawah bendang. Beberapa hari sebelum perang meletus, memang mereka anak beranak kerap nampak pesawat berlambang bulan penuh warna merah (lambang Jepun la) kerap terbang rendah melintasi kawasan pantai di area Tok Bali. Untuk makluman arwah moyang aku ni juga selain menjadi pesawah,dia juga turut buat part time jadi nelayan pantai dan juga sungai dan dibantu oleh atok aku (anak lelaki dia la).

Ki 46 Dinah...pesawat recce tentera Jepun...mungkin ini lah yang arwah moyang dan atok aku pernah nampak dulu

Selain itu juga arwah moyang aku ni juga memang sokmo nampak tentera India British serta tentera British (orang putih) kerap membuat binaan kubu di sepanjang pantai di Kelantan bahkan sampai ke Pantai Bukit Keluang di Besut, Terengganu.
                                                      
salah satu bunker pillbox machinegun di pantai Kelantan...yang ni rasanya di Pantai Melawi, Bachok. Actually banyak pillbox macam ni di seluruh semenanjung tanah melayu but mostly found in Kelantan,Pahang,Johor timur,Johor Bharu,Kedah,Penang,Perak dan Selangor serta Negeri Sembilan.

                                                       
                                                                                Pillbox di Alor Setar,Kedah
                                                       
                                                                        Pillbox di Jitra,Kedah.
                                                       
                                                                    Pillbox di Tanjung Pengerang, Johor Bharu
                                                      
                                   Pillbox MG di Pantai Pelindung,Kuantan.(tempat aku sokmo joging di pantai kat Kuantan)

Kedua dua pillboxes ni aku snap semasa melalui jalanraya JB-Kota Tinggi-Mersing. yang besar tu served as Command Post. Pillbox ni dibina untuk last line of defend Johor Timur namun ditinggalkan setelah menerima asakan artileri dan airstrike oleh tentera Imperial Jepun. Bahkan memang ada kesan shell artileri pada bunker pillbox ni.

Ooo...dok melalut dengan pics pillbox MG ni sampai lupa citer yg aku nak sampaikan ni. Ok lah,nak dijadikan sejarah cerita nye...satu malam (mungkin dalam beberapa jam lepas tengah malam) moyang aku ni tak boleh nak tidur sebab diganggu bunyi bising. Dia hairan sebab dengar bunyi kapal terbang sebelah malam yang datang dari arah Gong Kedak. Walaupun rumah moyang aku ni terletak di Gaal, Pasir Puteh tapi jarak dari rumah dia ke airbase Gong Kedak ni ada la dalam 20 km lebih so no wonder la boleh dengar bunyi kapal terbang berlepas. Jumlah yang berlepas tu bukan lah sikit tapi banyak jugak la. Apa yang atok aku pernah beritahu dulu airport tu memang orang putih punye (British la maksud dia) dan ramai askar kat situ (merujuk kepada airmen and technical staffs Royal British Air Force serta pilots). So aku survey dalam internet pesawat apakah yang beroperasi di airbase Gong Kedak pada tahun 1941 itu so inilah finding yang aku dapat. 

                                                  
Pesawat recce and light bomber Lockheed Hudson berpengkalan di Pengkalan Chepa, Alor Setar, Gong Kedak dan Kuantan serta Tengah (Singapore)\
                                                  

                                                  
                                                Plik:Brewster Buffalos over Malaya c1941.jpg

                                               
Pesawat fighter Brewster F2A Buffalo milik RAF. Airbases meliputi utara Semenanjung Malaya (Kedah) dan mengunjur ke Singapore iaitu di Kallang dan Tengah airfield.


Setelah aku baca melalui beberapa bahan bacaan di internet mahupun library, pada tanggal awal pagi 8 Disember 1941 kesemua pesawat Hudson recce and light bomber terbang menuju ke perairan Kelantan di Pantai Kuala Pak Amat dalam misi untuk memusnahkan kapal kapal pengangkut dan perang tentera laut Jepun. Ada pesawat Hudson ini berlepas dari Gong Kedak, Pengkalan Chepa serta Machang. Untuk pengetahuan semasa awal Perang Jepun dulu, British memang ada construct airbase di Machang namun airbase ini musnah pada tarikh 9-10 Disember kerana dibom oleh pesawat pengebom G3M Nell atau G4M Betty Mitsubishi medium bomber.

  
                                                 di kiri ialah G3M nell manakala di sebelah kanan pula ialah G4M betty.


Malang sekali usaha pilots RAF tu agak sia sia kerana hanya sebuah kapal pengangkut tentera laut Jepun sahaja berjaya ditenggelamkan dan sebuah lagi rosak. Manakala di pihak RAF pula mereka kehilangan sebuah recce airplane PBY Catalina yang ditembak jatuh oleh pesawat biplane boat Tentera Laut Jepun beberapa jam sebelum serangan amfibia tentera Jepun bermula. Pesawat Hudson pula ada yang terhempas kerana menerima tembakan anti aircraft bertubi tubi daripada destroyer IJN semasa serangan dan juga selepas serangan. Kemudian keesokan paginya pula,menurut cerita atok aku lagi..dia melihat banyak kapal terbang di Gong Kedak itu terbang menuju ke selatan. Pada masa ni ramai orang kampung tak berapa tahu apa yang berlaku hingga lah ada beberapa orang ahli keluarga mereka yang tinggal dekat dengan lokasi peperangan memaklumkan hal sebenar. Jadi atok aku kata bila dapat tahu askar askar Jepun sudah mendarat di Kota Bharu ramai jugak la yang mengemas barang untuk lari masuk ke dalam hutan. Namun ada juga yang tak berbuat demikian sebab alasan paling mudah askar Jepun lawan British bukan orang melayu macam kita. Famili moyang aku buat decision untuk stay sahaja di kampung mereka walaupun ramai di kalangan saudara mara moyang aku yang lain sudah pack barang untuk lari ke dalam hutan. Tapi yang paling teruk terima kesan perang ni ialah orang Cina. Even sebelum askar Jepun menyerang pun mereka awal awal lagi lari ke sebelah hulu Kelantan samada ke Bertam,Lojing dan Gua Musang bahkan ada yang sanggup masuk lebih ke dalam lagi iaitu di Pergau dan sebahagian besar mereka join tentera PKM (parti komunis malaya) sebab bimbang jadi mangsa kezaliman bala tentera Jepun. Atok aku cerita lagi...dia ingat selang beberapa hari kemudian mereka dimaklumkan oleh penghulu kampung yang bala tentera Jepun sudah pun memasuki Pasir Puteh dan menuju ke Terengganu. Jadi atok aku sempat juga melihat wajah wajah askar askar Jepun yang bergerak menuju ke Terengganu. Dia kata ada yang berjalan kaki,naik basikal dan juga kereta dan lori dan kesemuanya lengkap bersenjata. Kebanyakkan mereka ni dari segi ketinggian pendek sedikit atau sama saiz dengan orang Melayu dan Cina. Atok aku juga sempat melihat pedang Katana atau pedang samurai yang dibawa oleh pegawai pegawai tentera Jepun.

                                                
Pedang samurai askar Jepun. Hanya digunakan oleh pegawai sahaja dan bukan anggota bawahan. Kebiasaannya pegawai berpangkat Kapten dan ke atas.

Selain itu atok aku juga sempat dengar mereka menyanyi beramai ramai dalam bahasa Jepun dengan nada yang penuh semangat walaupun ada antara mereka berbalut kepala,kaki dan tangan kerana pertempuran di Pantai Sabak yang lalu. Manakala di Gong Kedak pula,atok aku sempat melihat puluhan kapal terbang tentera Jepun mendarat di situ. Dia kata macam macam jenis dan corak tapi yang sama ialah lambang bulat merah iaitu bendera Jepun. Dia juga sempat melihat gelagat askar askar Jepun di airport situ (sekali lagi aku rasa ia merujuk kepada pilots,officers,air crewmen). Ada yang bermain bola katok (maksud atok aku ni ialah softball atau baseball),berlari (joging) dan bermain alat muzik mereka.

Semasa zaman pendudukan Jepun di Kelantan lebih lebih lagi di kampung atok aku di Gaal, Pasir Putih. Pada mula nye ok je tak banyak masalah yang timbul kerana memandangkan majoriti orang di sini ialah orang melayu dan sangat sedikit kaum cina dan jika ada pun kebanyakkan mereka lari ke dalam hutan atau jadi agen Kempeitai (polis SB jepun). Yang jadi serba tak kena nya bila dah masuk tahun kedua pemerintahan, atok aku cakap tergamak askar askar Jepun pi rampas guni guni beras dari kampung kampung penduduk berhampiran. Tak cukup dengan tu ada sesetengah anak gadis kampung termasuk kampung atok aku diculik oleh askar askar Jepun tak kira siang atau malam hari untuk dibawa ke Kem tentera Jepun di KB dan PC untuk dijadikan hamba seks. Sebab itulah mungkin jodoh atok aku tiba agak awal (tak silap aku umur atok aku semasa askar Jepun menakluk Malaya ni dalam sekitar 12-13 tahun),jadi jiran moyang aku ni ada seorang anak perempuan yang berusia dalam sekitar 14-16 tahun. Jadi nak selamat maka dinikahkan lah atok aku dengan anak gadis jirannya iaitu nenek aku la dan alhamdulillah kekal sampai sekarang walaupun atok aku sudah tiada (meninggal tahun 2004 3 hari selepas PRU 2004). Paling azab sekali apabila tindakan pemerintah Jepun menyerahkan Kelantan dan Terengganu kepada Thailand sebagai tanda terima kasih memberi laluan kepada tentera Jepun menggunakan wilayah selatan Thai iaitu Nakhon Si Tamarat dan Narathiwat selain Pattani dan Yala sebagai forward bases menyerang British di Malaya. Yang jadi azabnya ialah hasil padi yang dituai itu kena beri kepada pemerintah Siam dan juga Jepun, kalau sebelum tu cuma Jepun sahaja tapi sekarang ni Siam pulok doh...maka boleh kata sepanjang hampir 3 tahun tu famili moyang dan atok aku ni terpaksa ikhtiar pelbagai perkara hanya untuk terus hidup. Ubi kayu tu sudah tentu la jadi tanaman alternatif selain pisang. Kalau nak makan nasi pulak,terpaksa curi curi masak kot dapat dihidu oleh Kempeitai nanti memang nahas la. Cuma nasib baik Jepun tak kenakan sebarang sekatan untuk cari hasil laut dan sungai. Maka setiap hari kalau ada rezeki memang dapat la menjala ikan sungai dan jika rajin mereka akan ke pantai untuk menangkap ikan di pantai. Cuma di pantai ni agak berisiko sedikit kerana ramai patrol askar Jepun berada di sepanjang pantai di Tok Bali hingga lah ke Kuala Besut dan Bukit Kluang. Lagipun pada tahun 1942-1945 pihak British dan Amerika banyak menghantar komando mereka ke sekitar pantai timur semenanjung terutama di sekitar Kelantan dan Terengganu untuk buat kerja sabotaj pelabuhan kapal perang Jepun dan airbase tentera udara Jepun. Bahkan di akhir perang Jepun tu,atok aku pernah menceritakan tentang sebuah kapal selam milik tentera bersekutu mungkin US Navy kot yang tersadai di pantai Kuala Besut tatkala pergi menangkap ikan di pantai situ. Namun bila aku nak trace balik kisah ni agak susah sebab tiada sumber sahih baik library search mahupun internet findings untuk verify kisah ini. Yang aku rasa US Navy tu kerana pada akhir perang dunia kedua di Malaya ni didapati banyak kapal perang dan pengangkut Jepun ditenggelamkan oleh US Navy submarines atau pesawat fighter US Navy atau RAAF (Royal Australian Air Force) untuk sekat delivery barang barang mentah ke Tokyo dari Pulau Jawa atau Sumatera Indonesia. Selain itu,atok aku cerita lagi di pantai tu ada kawasan tertentu tak boleh dilalui kerana ada bom ditanam (merujuk kepada booby trap atau minefields) oleh pihak Jepun. Bahkan memang ada orang kampung atok aku dan juga beberapa orang dari kampung lain yang terpijak minefields hingga meletup berkecai badan. Kemudian bila perang Jepun tamat,pantai di area Kuala Besut dan Bukit Kluang pernah menjadi saksi sejarah kepulangan askar askar Jepun yang menyerah kalah balik ke Jepun dan diangkut oleh kapal kapal Amerika dan British. Aku cuba search untuk verify kisah ni tapi sayang tak banyak sangat info yang aku dapat melainkan di Singapore melalui pelabuhan di Singapore sekitar bulan Oktober-Disember 1945.


Next entry pulak aku nak cerita experience moyang,atok dan nenek sebelah mama aku pula. Mereka ni lagi tragik sebab kampung mereka memang dalam lokasi medan perang..kemudian jadi mangsa kezaliman askar Jepun dan juga PKM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan