Isnin, 21 Januari 2013

Battle of Muar 1942

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alamak,niat nak update blog aku ni selalu terkandas tapi sekarang alhamdulillah dapat juga aku kembali menaip di blog aku yang tak seberapa ni (merendah diri hehehe..).Ok jika pada bulan lepas aku ada taip entry tentang World War II atau Perang Pasifik atau lebih famous lagi Perang Jepun di Malaya...sekarang ni Malaysia der..

Catatan yang aku tulis ni based on cerita cerita daripada atok dan nenek sebelah mama aku di johor atau lebih tepat lagi di Muar,Johor. Selain itu juga bercampur daripada cerita2 orang orang tua di Johor yang pernah aku dengar serta juga sudah tentu fakta fakta kronologi garis masa Perang Jepun di Muar dan Johor itu sendiri.

Untuk mencari fakta yang lebih tepat daripada lain lain blog dan website boleh lah layari blog dan/atau websites yang aku petik daripada Google.com
  1. Battle of Muar (taken from 1942malaya.blogspot.com)
  2. www.ww2australia.gov.au
  3. Battle of Muar
  4. Australian Government: Department Veterans' Affairs
  5. www.spiritofmalaysia.co.uk
Mesti tertanyakan kenapa banyak sangat .au (Australia) ni? Sebenarnya Perang Jepun yang berlaku di lokasi Muar,Gemas,Segamat,Kota Tinggi,Mersing,Batu Pahat dan hingga lah ke Johor Bahru melibatkan petempuran antara Tentera Imperial Jepun mengganyang Tentera Diraja Australia dan juga kombinasi Tentera British-India, Tentera Belanda dan Tentera British sendiri....ermmm well aku rasa macam cacat sikit la...why?? Kenapa tak melibatkan Rejimen Askar Melayu dan juga lain lain local fighters yang menentang kemaraan Jepun ye? Maklumlah nak mereka (Aussies) nak promo diri mereka sahaja,takkan la nak bangga dengan orang lain pula kan walhal aussies ni berperang di kampung kita.

Pesawat pengebom Martin B-10 milik Tentera Udara  Diraja Netherlands terbang mengebom lokasi tentera Jepun di  tebing Sungai Muar. Operasi terakhir mereka sebelum berundur ke Belanda.


Berdasarkan cerita2 daripada atok,nenek,saudara mara tua dan juga orang2 kampung mama aku (di Muar,Johor). Perang Jepun di tempat mereka agak sengit dan sangat lah menakutkan. Nenek aku pernah menceritakan pengalaman beliau buat pertama kali melihat pesawat fighter Tentera Jepun (mungkin Air Flotilla 3rd Division daripada 25th Imperial Army sumber wikipedia.com) terbang begitu rendah hingga hampir2 mencecah atap rumah. Dah la atap rumah zaman tu kebanyakkan nya daun rumbia..kalau rumah beratap zink pada masa tu sudah dianggap orang kaya! Nasib baik la tak terbang dengan atap tu sekali,kalau tak kesian la orang kampung masa tu.

Pesawat Brewster Buffalo milik RAF British yang musnah dibom dan strafing machine gun oleh Air Flotilla  Imperial Japanese Army


Untuk pengetahuan umum,umur nenek aku semasa Battle of Muar ini hangat berlaku sekitar 10-11 tahun. Manakala atok aku pula sekitar 12-14 tahun,ini menurut perkiraan nombor mykad mereka. Nak tahu nombor mykad mereka? No way hahaha...kot nanti kena hack daa..huhuhu.

Jika mengikut timeline atau garis masa kronologi Battle of Muar ini berlaku, ia bermula pada tanggal 14 - 22 Januari 1942. Lokasi pertama Battle of Muar ialah di Gemensah dan Gemas menganjur hingga ke Parit Sulong di Batu Pahat, Johor. Boleh dikatakan Battle of Muar memang dahsyat daripada segi bilangan kasualti (terbunuh dan cedera) di kedua dua belah pihak. Paling tragik sekali ialah peristiwa pembunuhan beramai ramai di jambatan Parit Sulong yang lebih dikenali sebagai peristiwa Parit Sulong Massacre. Boleh rujuk kepada pautan ini untuk melihat fakta tragedi massacre tersebut http://en.wikipedia.org/wiki/Parit_Sulong_Massacre
Bahkan dalam Battle of Muar ini jugalah buat pertama kali nya sebanyak 15 buah kereta kebal jenis Hago Type 95 milik 5th Division Imperial Japanese Army dibawah pimpinan Kapten Sheigeo Gotanda dimusnahkan oleh pasukan anti tank Tentera Australia 2/4th Australian Anti Tank Regiment menggunakan meriam jenis 2 Pounder, lokasi pertempuran di Bakri,Muar Johor. Bagi Aussies ia dikenali sebagai The Seige of Bakri.

2/4th Australian Anti Tank Regiment melepaskan tembakan anti tank terhadap kereta kebal Jepun.


Salah sebuah tank type 95 Hago dimusnahkan.



Deretan tank type 95 Hago yang dimusnahkan.
Gambaran pelukis tentang The Siege of Bakri yang melibatkan pertempuran kereta kebal dan anti tank guns.




Berbalik kepada cerita2 orang tua pula, semasa Battle of Muar berlaku kebanyakkan mereka terpaksa duduk dalam rumah sahaja hinggakan ada yang berbulan tak keluar rumah. Ini banyak berlaku di kawasan kampung yang dekat dengan lokasi pertempuran. Manakala kampung2 yang jauh di kawasan pertempuran pula langkah berjaga jaga diambil oleh penghuni kampung. Ramai anak2 gadis Melayu terpaksa dinikahi awal oleh ibu bapa masing masing kerana mereka sudah mendengar khabar ada kes kes tentera Jepun menculik dan merogol gadis2 melayu selain daripada bangsa Cina,India dan Serani. Mereka banyak mendapat sumber ini daripada pihak tentera British dan juga mangsa mangsa kekejaman tentera Jepun di kawasan asal mereka. Ada juga mereka dapat melalui saudara mara mereka yang menetap di negeri yang telah ditakluk oleh tentera Jepun. Walaubagaimanapun ada juga terdapat kes dimana walaupun gadis2 ini telah dinikahkan oleh ibu bapa mereka tetap juga menjadi habuan seks tentera Jepun. Ini berlaku disebabkan unsur pujukan bekerja di bandar dan juga janji manis oleh rakan rakan mereka yang sebenarnya merupakan agen atau informer Kempeitai (polis rahsia tentera Jepun). Bahkan ada juga diculik secara paksa dan seluruh ahli keluarga mereka dibunuh! Namun ini dianggap isu terpencil dan bahkan tidak direkodkan dalam sejarah.

Selain itu di Muar ini juga sebenarnya terdapat juga peristiwa pembunuhan beramai ramai secara sistematik dan terancang namun aku sendiri tak pasti apakah ia benar benar wujud. Puncanya ialah satu peristiwa yang telah menimpa kepada moyang aku sendiri iaitu bapa kepada nenek aku. Menurut cerita nenek aku, pada satu siang hari dia melihat kelibat askar2 Jepun yang menaiki lori. Kemudian lori lori tentera Jepun ini berhenti di depan kawasan kampung nenek aku ni (kampung nenek aku ialah di Parit Penyengat Darat,kalau datang dari arah bandar Maharani ia selepas Parit Jamil melalui jalan Muar-Batu Pahat). Lepas tu turun lah semua askar Jepun bersama dengan pegawai mereka,kemudian mereka pun pergi lah dari rumah ke rumah. Untuk makluman pegawai dan ada sesetengah askar Jepun ini fasih bertutur dalam bahasa Melayu bahkan boleh bertutur dalam bahasa Melayu Jawa,mungkin sebab mereka sudah lama berada di Malaya sebelum perang meletus. Seingat nenek aku, dia sempat melihat beberapa askar Jepun mengheret...ooppss maaf aku rasa tak sesuai ayat mengheret mungkin lebih sesuai pakai ayat mengikut arahan askar Jepun untuk naik lori. Sejak itulah hingga sekarang ni bahkan hingga aku taip entri ini pun moyang aku belum ditemui hingga kini. Entahkan hidup atau mati, wallahualam. Namun beberapa tahun kemudian kedengaran cerita kurang enak dan menyayat hati. Mula mula nenek aku dengar mereka dipenggal kepala di kawasan Bukit Mor,Muar Johor atas alasan cubaan menentang pemerintahan tentera Jepun. Kemudian mai pulak khabar angin kata mereka yang naik lori tu semua dihantar ke Burma untuk buat kerja kerja bina landasan keretapi yang kemudiannya dikenali sebagai Landasan Keretapi Maut Burma-Thai yang melalui Kwai river. Jika ada yang suka tonton filem The Bridge on the River Kwai mungkin itulah juga tempat moyang aku terlibat. Moga Allah mencucuri rahmat roh ke atas moyang aku.

Sepanjang 3 tahun setengah di bawah pemerintahan Jepun di Malaya. Spesifically di kampung atok dan nenek sebelah mama aku di Muar,Johor. Kesusahan yang dialami tetap sama sahaja. Sukar mendapatkan beras,terpaksa hidup bersumberkan ubi kayu,garam dan bergantung apa sahaja yang ada untuk hidup. Bahkan sampai satu tahap terpaksa menggunakan tikar mengkuang untuk menggantikan kain kafan untuk proses pengkebumian jenazah puncanya ialah betapa sukar untuk mendapatkan kain hingga terpaksa mencuri kain kafan untuk dibuat pakaian. Even menjadi kebiasaan masa itu untuk menggunakan guni beras membuat pakaian dek kerana tiada kain untuk dijahit menjadi pakaian. Penyakit malaria,taun,kolera itu lumrah berlaku dan ubatan yang diperolehi sangatlah terhad dek kerana catuan dikenakan pihak pemerintah Jepun dan juga ada sesetengah kes ubatan dicuri oleh pihak penentang seperti MPAJA (Malayan People's Anti Japanese Army...most of them were communist although some were not).

Walaubagaimanapun kehidupan atok dan nenek aku serta keluarga mereka pada masa itu walaupun dugaan sangat hebat namun tetap dapat dilalui dengan tabah. Mungkin mudah bagi aku untuk menaip tapi kedua2 mereka sendiri sudah alami mungkin berbeza feeling daripada apa yang aku taip di sini. Namun kehidupan mereka tetap melalui pelbagai dugaan hatta selepas perang tamat. Ini kerana mereka turut melalui pemerintahan Bintang Tiga dan Darurat 1 (1948-1960) serta Konfrontasi dan juga peristiwa 13 Mei 1969. Namun aku tak nak la ulas lanjut kesemua peristiwa tu,biar ia tersimpan dalam hati mereka sahaja. Ok lah setakat ini sahaja catatan aku,jumpa lagi bye bye.......


2 ulasan:

  1. Sedih aku baca dow. Sepatutnya kisah Battle of Muar ni lagi ramai orang kene tahu,

    BalasPadam
    Balasan
    1. based on apa yg atok dan nenek sebelah mama aku cerita la.tapi tu la hilang ditelan masa.hanya simpan dalam hati sahaja.

      Padam