Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 30 November 2012

kifarah

alang alang aku sedang demam panas,selsema dan batuk ni, apa kata kita belajar sikit pasal kifarah....
Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).
Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu.Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.
Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.

Sabtu, 17 November 2012

Panzer Division

Pada entry Jalan Jeli-Gerik dulu,di akhir perenggan aku ada state nak post pasal collection RC tank aku..so this is it :)

Panzer Division

Jika click link di atas ni,memang boleh tengok la collection RC tank aku. So far yang aku ada sekarang ni ialah

1) TIGER tank.





2) Panther tank.




Yup memang dua ni je collection aku setakat blog ni ditaip lah...Insya Allah akan datang aku akan tambah lagi koleksi RC tank aku iaitu Panzer III, Panzer IV dan Jagdpanther tank destroyer yang mana setelah ketiga tiga model ini ada kelak maka terbentuk lah Panzer Division nanti hohoho...

RC Tiger tank dalam entry sebelum ni aku beli di Night Kids Shop di groud floor Kuantan Parade,Kuantan. Manakala RC Panther tank pula aku beli di Heng Seng RC shop di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Ok pasal kedua dua tank ni dari segi persamaan ialah:

1) Skala dimensi 1:16
2) Meriam (Main gun) menggunakan Airsoft BB ammo.
3) Metal Wheel dan track yang sama.
4) Menggunakan remote radio control. Untuk info sebuah remote radio control boleh mengawal lebih daripada sebuah tank dalam satu masa yang sama.
5) Transmitter radio yang dipasang pada belakang tank bagi menerima signal dari radio controller. Kalau transmitter ni bengkok 90 degree sekalipun ia masih boleh lagi terima signal..
6) Crystal (ia semacam chip card la) bernombor yang akan dimasukkan pada radio controller dan juga dalam compartment battery di dalam tank.
7) Smoke oil untuk hasilkan asap semasa tank bergerak.
battery charger

smoke oil
accessories box,BB ammo,battery 7.2V 700mAh,battery charger,transmitter controller and radio controller

spare part RC tank.



ini lah radio controller RC tank.

yang ni complete set untuk RC model Tiger tank. Ada radio controller,battery 7.2V 700mAh Ni-Cd,charger,smoke oil, airsoft BB ammo,accessories serta transmitter radio (dipasang pada belakang tank).

set complete RC tank model Panther. yang kuning tu ialah battery 7.2 V, 700 mAh Nickel-Cadmium rechargeable.plus charger and Airsoft BB ammo box. ada juga accessories iaitu tank commander Panzer dan MG-42 machinegun.sekali dengan transmiiter.


Lupa nak habaq mai...kedua dua RC tank scale 1:16 ni keluaran company Heng Long made in Hong Kong. So far scale 1:16 ni Heng Long sahaja keluarkan. Company len aku tak pasti. Di Europe siap ada model  scale 1:10 hingga kepada 1:4 (separuh saiz kereta Kancil) yang tu price dalam > RM 10k la even ratusan ribu ringgit...hanya orang kaya sahaja mampu beli hoho... Aku nak beli scale 1:16 ni pun buat tawar menawar daripada RM600 turun ke RM350. Kalau tak naya aku weh...huhuhu. Kalau scale lain pun ada tapi kecik la model scale 1:24 bahkan 1:30 pun ada tapi besar tapak tangan je la. Memang murah tapi tak syok nak men sebab first kecil sangat, second tak boleh nak shoot BB unless sound fire dan infra red sahaja. Price model scale ni biasanya cuma below RM 200 sahaja.

Lupa nak citer pasal apa beza kedua dua model ni. Simple je..perbezaan hanyalah terletak pada accessories sahaja. Itu jer yang beza,yang len sume sama. Satu lagi color scheme, actually both Tiger and Panther masing masing ada color scheme tersendiri. Cuba lihat pic di bawah bagi Tiger tank color scheme.

         


Ok yang ni pulak color scheme model Panther tank:

     

Aku nak remind satu perkara saje...bukan semua warna (especially model Tiger) boleh kita dapat dalam market Malaysia ni. Dan juga lain scale model lain warna dia tau. Sebagai contoh model Tiger warna putih snow tu itu scale 1:24 bukan 1:16. Di Malaysia scale 1:16 bagi Tiger cuma warna kelabu metalik dan Panther warna green wood tu. Tapi aku tak tahu la kot kalau sesetengah RC shops turut jual model scale 1:16 dengan color sheme yang lain. Kalau ada aku pun nak gak hehehe...Kalau nak jugak sila lah berurusan dengan encik E-bay (ebay.com tu la)

 

Tempat aku buat testing tank ni ialah kalau di hometown aku di Stadium Sultan Mizan Kompleks Sukan Terengganu a.k.a stadium runtoh hoho, jika di Kuantan pula ialah di kawasan lapang depan Taman Tasik Bandar menghadap Mahalah Tabari IIUM Indera Mahkota Kuantan...pasal testing di hometown ni pula ialah di sebuah padang berhampiran main entrance stadium. Luckily apa yang aku nak pasal padang tu memang ada iaitu pertama grassy (rumput banyak), second off road sebab memang tak rata padang tu..no wonder takde orang nak men kat situ huhuhu, third ada lecak sebab malam sebelumnya hujan lebat maka memang aku nak kedua dua tank ni lalu kat area watery surface. Last but not least the field is wide so memudahkan aku untuk buat fire mission test dan maneuvering test selain itu boleh aku measure jarak perjalanan tank dan juga jarak tembakan BB ammo yang maksimum. Setakat ni jarak travel tank (jika kita extend maximum transmitter controller) ialah sejauh 150 -170 meter. Jika battery dicaj 5 jam,didapati tempoh operasi tank mencapai hingga 1 jam 30 minit tanpa henti.  Jarak tembakan BB airsoft ammo pula based on angulation main gun dan juga saiz main gun. Jika main gun seperti Tiger iaitu kira kira 88 mm kaliber atau ikut kiraan sebenar 35 cm, tembakan horizontal 0 degree ammo bergerak sejauh 20 meter dan dengan maximum angulation 40 degree pula BB ammo mampu mencapai 'sasaran' hingga 60 meter jauhnye. Untuk Panther pula sama saje tapi bezanya dari segi ukuran meriam iaitu 25 cm atau imaginary tank gun measurement 76 mm kaliber. Heran jugak eh ukuran shorter tapi range sama saje...owh depends on shooting power sebab Panther ni walaupun kecil sedikit kuasa tembakan dari gas barrel tu mampat tau so tak heran la BB ammo boleh pergi jauh. Cuma satu jer perkara yang aku tak puas hati pasal tank ni ialah track alignment..kalau Tiger ok jalan straight tapi bila manuever longgar track pulak mostly sebelah kanan..yang kiri ok je. Kalau Panther tak longgar tak kira surface off road atau on road tapi sokmo belok kiri je..maksud aku tak jalan lurus la.alignment gerakan tank hanya boleh adjust pada radio controller sahaja bukan pada track tank. tak po la at least both of my tanks are ok and good to go..hope dapat simpan sampai ke tua kelak hehehe..


KOD

huarghhhh...zzzz

Sedar tak sedar cuti aku yang seminggu ni sudah masuk ke fasa terakhir. Esok pulang lah aku ke rumah sewa aku di Indera Mahkota 2 Kuantan dan lusanya pula kembali lah aku ke office dan bilik X-ray di IIUM Kuantan.. adesss adakah aku sekarang ni mengalami sindrom Blue Monday? hohoho...normal lah tu....

ohh no...not monday, i wish after sunday is friday wohhooo..

Actually aku ni duty sebagai Dental Radiografer U-29 di Kulliyyah of Dentistry IIUM Kuantan. Insya Allah bulan Februari 2013 genap 4 tahun aku bekerja di sini.
inilah bangunan KOD IIUM Kuantan.still new even tak sampai setahun pun bangunan ni beroperasi. Masuk pada akhir Januari 2012

look like old pic hohoho...this is main department radiology at ground floor.actually already in operation . cases done here mostly for CT dental. So far I received not more than 20 cases since April 2012 till now. Why started from April? because on March I was on sick leave almost one month due to car accident.
Sepanjang hampir 4 tahun di sini macam macam la karenah manusia baik daripada patients,students,dentist,specialist,management,clinics mahupun teammates sendiri. Anyway itulah namanya cabaran,dugaan dan memori yang mengajarku banyak erti kehidupan. Actually di sini aku seorang pendiam dan memang kureng sikit bercakap dengan lain lain staf kecuali jika melibatkan hal kerja atau in case kalau ada hal tertentu tapi kalau bosan sangat aku layan jer time diorang sembang depan area klinik tu.

Ok sumer pics bawah ni aku snap masa lawatan company Colgate (M) Sdn Bhd ke Dentistry..aku luper der pasai pe ek tapi surely pasal dentistry matter la tak kan jalan jalan kot huhuhu..

salah satu aktiviti scaling sempena lawatan ini.

pemandangan dari first floor (area clinic). bangunan tu ialah One Stop Student Centre.siap ada cafe,kiosk dan exam hall.




yang tengah ni student dents year 4 nama filani,sebelah kanan nye plak saifullah (year 5) dan sayf kashmollah (year 4). perempuan pulak dari kiri sekali: Dinie Qurratuaini (year 4), Fatima Al-Khateeb (year 4) dan Izzati (year 5).

sesi talk; yang pegang mike ni namanya siti munawarah year 4.yang kuning sumer tu year 3.

sume sedang dengar briefing yg disampaikan.

sempat curi curi snap time briefing


sume ni student year 3.

baju pink uniform radiografer,biru pulak attendan dan selain tu ialah  DSA (dental surgery assistant)


yang putih plak MLT (medical laboratory technologist)

Haha..warna warni kan tempat keje aku ni..al maklum la boss memang suka colorful ni even dia la yang decide setting warna macam ni...sebagai orang bawah aku dan lain lain follow jer le. Bagi staf staf management pulak just pakai office attire sahaja. Even that also applied to trainee lecturers,dentists,specialists..tapi ada seorang specialist tu seolah olah pakai uniform tapi aku pun tak pasti kenapa dia suka pakai baju ala ala uniform tu.

Since this is still new building,so far ada jugak le pengalaman encounter perkara perkara 'mystic' di sini terutama di ground floor level. Tapi aku buat derk jer demi mencari sesuap rezeki di tempat ini. Kalau aku pergi tempat lain pun ada jugak cuma lain tempat lain lah pula gangguan nye. Ermmm maleh aku nak story benda apa yang menganggu tu. Pada aku 'diorang' pun macam kita gak. Maybe 'diorang' pun busy dengan kerja hehehe..

Di bangunan baru ni aku berasa grateful sebab mesin mesin X-ray dental seperti OPG,CBCT dan Intraoral di sini semuanya up to date dan termasuk juga software X-ray digital ROMEXIS. Setakat ni tak banyak buat hal melainkan problem datang daripada network, voltage flow dan juga digital sensor. Digital sensor tu pula bermasalah sebab overused..digunakan terlalu kerap tanpa rest so sampai satu tahap burnout pulak. Nasib baik la ada replacer so takde la masalah sangat..no big deal. Ditambah pula ada seorang staf dari company supplier yang ditugaskan memantau segala permasalahan peralatan di sini baik mesin X-ray,Dental chair dan lain lain lagi. Harap harap untuk akan datang takde la masalah besau besau punyer..kalau tak susah den.

tubehead and coner beam of intraoral x-ray.

control panel CBCT

the ROMEXIS software.



OPG but can also do CBVT. the sensor OPG can detach and attach.

control panel intraoral x-ray.

intraoral x-ray mobile.

dental chair +intraoral x-ray.
Kesemua machine x-ray ni datang dari company Planmeca yang berpengkalan di Helsinki, Finland..cool and cold country huhuhu..versi yang aku pakai ni up to date tak seperti di bangunan lama dulu. Pernah gak dulu aku dikunjungi oleh engineer dari Finland. 2 orang tak silap aku tapi perghh susah giler nak advice diorang minta berpakaian elok sikit. Mana tak nye datang pakai seluar pendek, tangan dan lengan ada tatoo, salah sorang tu bertindik kat telinga (lelaki tau), baju pulak pakai singlet je.tapi tak pe la lagi pun diorang datang bukan lah atas official work cuma datang untuk pantau keadaan mesin x-ray sahaja.

Ok la...aku rasa cukup dah nak story pasal keje dan tempat keje aku nih...rasa nek muak pun ade gak hohoho..time to rest or do something else adiooss...