Khamis, 4 Julai 2013

Ramadhan menjelang lagi..

Bertemu kembali dengan Ramadan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula

Ramadan yang mulia
Di Ramadan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan Mu
Melangit tinggi

Ramadan rahmat dari Ilahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadan terakhir bagiku
Kuharap ianya 'kan membela ku di akhir nanti


Itulah petikan lirik lagu kumpulan nasyid Brothers lama dulu tapi setiap kali Ramadhan menjelma lagu ini konfem akan berkumandang di corong corong radio di Malaysia ini.  Wah sedar tak sedar tatkala entry ini sedang aku taip, tinggal 5 hari sahaja lagi umat Islam bakal menjalani ibadah puasa fardhu bulan Ramadhan al mubarak nanti. Insya Allah sama sama lah kita berdoa moga kita ketemu dan menikmati keindahan dan kelazatan menunaikan ibadah puasa ini dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan kepada Yang Maha Esa.


Moga Allah permudahkan urusan kita untuk sampai ke bulan ramadhan ini.


Amin amin amin ya rabbal alamin...moga juga diharapkan agar kita dapat menemui 1 malam yang mana jika kita beribadah di malam itu ganjarannya sama seperti beribadah selama 1000 bulan. Malam yang tiada pada bulan bulan lain melainkan bulan Ramadhan al Mubarak sahaja iaitu Malam Lailatul Qadr.

Ok lah berbalik pasal diri aku ini pada bulan Ramadhan tahun 2013 ini.. sedar tak sedar sebenarnya sudah hampir 4 tahun aku berpuasa di Kuantan ni sebagai staf dental radiografer di UIAM Kuantan ini. Alhamdulillah tiada apa pun masalah besar dalam bulan puasa ini kecuali tang kerja la terutama sekitar tahun 2011 dan 2012 lalu. Mana tak nye ada klinikal untuk dental students pada bulan puasa,jadi yang amat letih la jawab nye. Tahun 2013 ni alhamdulillah cuma kena jaga final exam dental students since most of their exam dates fall on Ramadhan. Namun mujurlah sebelah pagi hingga tengahari sahaja dan takde lah sampai ke petang. Pada bulan puasa ni lah aku kerap sangat pulang ke kampung halaman pada hujung minggu setiap minggu. Maklum lah nak ambil barakah buka puasa bersama famili. Jika di Kuantan ni aku cuma buka puasa bersama housemate atau kadang kala bersendirian je. Nak berbuka puasa di masjid suddenly rasa segan pun ada tapi most of time sokmo terlepas sebab tertidur dek kerana penat lepas balik kerja hehehe..cuma yang untungnya bila da terjadi macam tu kan,bila kita pergi ke pasar ramadhan lebih kurang dalam 10-15 minit sebelum masuk waktu berbuka maka kita akan dapat makanan dan minuman free dengan syarat beli dulu. Pernah sekali aku dapat sampai 5 bungkus air tebu yang besar sedangkan aku beli air tebu dalam cawan plastik tu je. Pernah jugak aku dapat nasi lemak free walaupun aku cuma beli sebungkus nasi berlauk campur dengan sayur sikit..hahaha rezeki tu name nye.

salah satu pemandangan biasa di Padang MPK 2 Kuantan di bulan puasa tatkala menantikan azan maghrib berkumandang cuma yang aku kesal ialah sikap umat Islam di sini yang berbuka puasa tapi enggan bersolat jemaah di masjid yang cuma terletak depan mereka. Belum campur lagi bab jaga aurat dan batas pergaulan,jangan terkejut lah ye jika terjumpa spesis couple yang nampak macam da kawen tapi tak akad nikah lagi.

pasar, ramadan, kuantan, malaysia
Pasar Ramadhan di padang MPK 2,Kuantan.
Pasar Ramadhan IM8
Menu yang menjadi kegemaran aku time bulan Ramadhan ni very simple..tak perlu banyak banyak masa berbuka tu...ikut sunnah Nabi itu penting bai...

Buah kurma atau tamar itulah yang penting tatkala memasuki waktu berbuka puasa.
Minum air masak atau mineral pun sudah memadai dan kemudian pi solat maghrib berjemaah. Balik dari surau atau masjid, aku pun masuk lah 2nd round tapi tak dikira melantak lagi la..sekadar makan untuk add energy time untuk solat fardhu Isyak berjemaah dan solat sunat terawih berjemaah.
Bubur cha cha..bese nye mama aku suka buat time bulan puasa.
yang ni nekbat..aku tak suka tapi ia jadi fevret menu mama dan abah aku.
kuih bakar pandan..lumrah dalam famili aku.tak rugi beli ni sebab jika simpan betul2 boleh tahan sampai 3 hari.
kuih cara manis..memang manis sebab dalam nye ade air gula. famili aku buat kuih ni jika ramai berkumpul hehe..mostly time nak dekat abes puasa la baru merasa.
kuih akok..kuih tradisi ore kelate.fevret nenek aku sebelah abah sebab die ore kelate.tapi sekarang ni tak leh makan dah sebab dah ada diabetis.
buah melaka a.k.a onde onde..fevret mama aku sebab dia orang muar,tak jauh dari melaka pun huhu..
kuih puteri mandi..juadah sekali sekala famili kami.akan dibuat secara sendiri dalam kuantiti banyak jika ada tetamu berkunjung dalam bulan puasa.kadang kala untuk jamuan berbuka puasa di masjid kampung kami.
roti jala dengan kuah kari..of course huhu..
Haha..banyak kuih muih jer ek..actually itu aku je.kalau mama,abah dan adik adik aku konfem nak kena makan nasi atau mee sebelum proceed dengan solat Isyak dan terawih.

Ok lah asyik duk sembang soal makan,jangan lupa lah ye kepada para pengunjung blog aku ni sekalian untuk tidak melepaskan peluang beramal jariah di bulan yang mulia ini. Banyak amal ibadah yang korang sume boleh buat hatta paling kecik sekalipun..agak2 apa dia? senyum..senyuman itu satu sedekah dan tak perlu pakai duit pun. zikir pun pakai mulut je dan tak perlu pakai duit. lagi pe die? Hang pa tolong buang halangan atau sekatan kat atas laluan pejalan kaki atau jalan raya pun dah kire amal jariah. apatah lagi benda yang lain sepert baca al quran,solat berjemaah fardhu,solat solat sunat seperti rawatib,tahajud,tasbih dan lain lain lagi (sedekah,zakat). Bab baca al quran pun Allah beri 10 kali ganjaran atas satu huruf dibaca misalan nya huruf Alif Lam Mim setiap satu tu dah 10 ganjaran apatah lagi baca seluruh isi al quran sepanjang ramadhan ini. Jadi aku harap sangat la agar kita ni sama sama buat yang terbaik untuk ibadah bulan puasa ni. Anggap lah puasa ramadhan ni merupakan yang terakhir untuk kita dan maka hendaklah buat yang terbaik dan sebaik mungkin.
Di bulan ramadhan ini,syaitan dirantai kemas dan ketat cuma yang tinggal ialah hawa nafsu. maka bulan ramadhan ini lah medan untuk menjinakkan nafsu syahwat dan amarah kita yang sekian lama membelenggui diri kita ni.
Jangan lupa yer tunaikan zakat fitrah.jangan malas pulak..berdosa tau. Yang ni rate zakat fitrah tahun lepas. Untuk tahun ni aku sedang cari dan insya Allah akan update nanti.
Jika tak pernah bertadarus Al quran,apa kata tahun ni cuba kita buat secara berjemaah. Kepada yang berkeluarga boleh lah buat tadarus al quran bersama isteri dan anak anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan