Selasa, 2 Julai 2013

The first Kuantan RC tank gathering.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry hari ini ialah tentang Kuantan RC tank group first gathering yang baru sahaja diadakan pada 30/6/2013 lalu di Pantai Batu Hitam, Kuantan Pahang.

kawasan Kuantan RC tank group berkumpul ialah di medan selera MPK. sebelah BS resort.

Sebelum aku sentuh pasal gathering ni,aku nak bagitau dulu la apa dia Kuantan RC tank group ni, macam mana mai idea nak organise group ni dan apa yang ada dalam group ni.

OK lah..Kuantan RC tank group ni sebenarnya merupakan group bagi penggemar dan pengumpul mahupun pemain RC tank ( BM: Kereta Kebal kawalan jauh) di daerah Kuantan dan sebenarnya aku lah yang tubuhkan group ni dalam Facebook hasil idea bersama dengan seorang member yang bekerja Navy yang juga seorang peminat RC tank ni. Usia group ini pun sangat la baru..masuk hari ni baru sahaja berusia 3 minggu. Ikut pelan asal aku,nak organise group ni selepas the first RC tank gathering ni namun bimbang kot jika postponed nanti langsung tak boleh buat maka aku pun awalkan lah rancangan ni. Walaupun nama group ini ialah Kuantan RC tank group tapi aku kasi open page ini untuk semua so that bukan RC tank owners dari Kuantan sahaja yang join bahkan dari negara luar pun boleh join asalkan ada minat pasal RC tank ni.

Sila layari link dibawah ini untuk melihat koleksi RC tank members kami. Jika anda mempunyai akaun Facebook boleh join group kami jika berminat dengan dunia RC tank.


Selain group RC tank yang aku buat ni,aku juga ada join lain lain group berkaitan RC tank ni antaranya ialah:
  1. Scaled RC Tanks & Armour of Malaysia and International
  2. World RC Tank Community
  3. Indonesian RC Tank Community
  4. Brunei Armoured R/C Tank Club
  5. Northern (Malaysia) RC Tank

Ok lah,kita berbalik semula kepada cerita aku tadi ye...pelan untuk buat gathering ni bermula pada minggu lepas dan masa tu aku berada di KL untuk grab new stock RC tank iaitu Leopard 2A6 scaled 1/16 keluaran Hobby Engine. Boleh layari entry yang aku buat sebelum ni untuk tengok rupa dan karakter serta functions Leopard 2A6 itu.
Aku dapat SMS daripada member aku pasal planning nak buat gathering ni,so aku on je cuma terfikir macam mana nak buat gathering tapi pada masa sama nak ajak rc tank owners di Kuantan ni join sekali. Maka di situ lah timbul idea nak bikin Kuantan RC tank group ini. Asal nama Kuantan RC tank group ni ialah Pantai Timur RC Tank group. Wow..cukup panjang nak type dan sebut yer tak? So member aku yang tengok group ni cepat cepat inform aku untuk modify nama ni dan kebetulan dia mention tukar ke English atau short form kepada Kuantan rc tank. Maka aku pun come up dengan idea Kuantan RC Tank Group. Cara aku nak cari member dalam group ni mula mula sekali aku add friends yang aku kenal dan giler giler RC tank ni dan dari situ mereka pun promo lah kepada rakan rakan dalam FB mereka untuk join group ni. Memandangkan aku yang buat group ni maka aku lah yang responsible untuk approve mereka yang nak join ni, akan datang mungkin bertukar tuan kot hahaha...
Ok plan gathering ni kami buat pada 27/6/2013 actually sebelum tu dah ada cuma men cakap jer la. Masalahnya ialah bila aku buat post tapi takde respon,bila aku survey ada yang busy dengan hal len samada kerja dan family dan ada juga yang takde RC tank lagi hehehe...So tak pe lah,aku re-discuss dengan member aku ni so last last cuma 4 orang je boleh attend.

Hari Gathering:

Pada 30/6/2013 aku bergerak ke Pantai Batu Hitam a.k.a Black Stone Beach pada jam 10 pagi. Al maklum lah pada 29/6/2013 tu aku on da way dari KL ke Kuantan sebab angkut satu lagi RC tank scaled 1/16 brand Hobby Engine iaitu M1A2 Abrams.

ini lah M1A2 Abrams HE scaled 1/16. ada accessories lagi..
So total RC tank scaled 1/16 brand HE dalam koleksi aku ialah 2 buah. Tak campur lagi Heng Long brand dalam 5 buah tapi 2 buah sudah let go tinggal 3 buah sahaja iaitu King Tiger,Jadgpanther dan ZTZ99A (semua scaled 1/16).

Sebelum gerak ke sana tu aku sempat breakfast dulu,lapar weh..mana tak nye malam aku balik ke Kuantan dari KL tak jamah apa apa makanan kecuali air mineral,air Power Tongkat Ali hahaha..., aku breakfast di Restoran Rahmat di IM8 setentang dengan Masjid Tengku Mahkota IM 1 di Jalan Kuantan-Sungai Lembing. Menu breakfast ialah Nasi Goreng campur iaitu aku campur nasi goreng kampung,nasi goreng cina dan nasi goreng cili serta sedikit kuih muih dan sebijik telur mata dan air milo bing (milo ais da...)

nasi goreng kampung
Nasi goreng cina
Nasi goreng cili

Korang campur la sume nasi tu..nampak lah rupe nasi goreng campur nye hahaha...

Ok lah selesai sahaja menjamu selera di pagi hari,aku pun terus bergerak ke Pantai Batu Hitam..masya Allah jalan di Kuantan Bypass especially area Gebeng benar benar menguji kesabaran aku bai... mana tak nya,berlubang sana sini mengalahkan jalan Jerangau-Jabor la pulok. Hinggakan accessories MG42 machinegun pada Leopard 2A6 RC tank aku tercabut dan patah kes nak elak lubang jalan sana sini. Memang hampeh betoi la agensi government yang bertanggungjawab bab jalan ni..sape lagi tak lain tak bukan JKR..dah tau kawasan tu kawasan industri dan banyak kenderaan berat lalu so kena la double care kawasan tu..ker MPK ker sape??? aku tak kisah sape pun jalan tu hak rakyat so kena la bertanggungjawab jaga dan repair elok...tak pasal nak masuk mukadimah politik hahaha...

Sampai di Pantai Batu Hitam dalam jam 10.30 pagi..yang kelihatan cuma 2 orang saja member yang ada..dalam hati 'eh ni je ker yang ada?'. Tapi aku buat dek je la sebab paling penting asalkan ada dan member yang datang tu pulak mesti bawa RC tank sekali huhuhu..Mula2 berjumpa macam bese la tanya khabar itu ini,borak pulak dah tentu hal RC tank tapi ade jugak la campur hal kehidupan,kerja dan lain lain. Jadi makna nye group kami ni bukan lah pasal RC tank semata2 tapi boleh juga jadi tempat untuk sembang dan diskusi hal hal lain. Members aku yang datang ni masing masing bawa RC tank mereka sendiri tapi majoriti brand Heng Long la cuma dalam pelbagai scale..ada yang 1/16, 1/24 dan juga 1/32..makin besar nombor bawah tu makne nye makin kecil la saiz RC tank tu. Ok lah jenis model tank pula macam macam ada tapi sebab kekurangan participant maka variasi tu kurang la sikit. Antara yang ada waktu hari gathering ni ialah:

  1. KV1s scaled 1/16 brand Heng Long.
  2. Tiger scaled 1/16 brand Heng Long.
  3. Panzer III scaled 1/16 brand Heng Long.
  4. M1Abrams scaled 1/24 brand Heng Long.
  5. Sherman M4 scaled 1/32 brand Heng Long.
  6. Leopard 2A6 scaled 1/16 brand Hobby Engine.
  7. M1A2 Abrams scaled 1/16 brand Hobby Engine.
KV1s Ekranami scaled 1/16
Tiger 1 scaled 1/16
Panzer III scaled 1/16


M1Abrams scaled 1/24.
Sherman M4 scaled 1/32
Leopard 2A6 scaled 1/16
M1A2 Abrams scaled 1/16

Di sini anda boleh lihat ada nye elemen modern battle tank dan juga world war two tanks. Memang ada perbandingan antara kedua dua nya. Terutama part body design,gun turret dan mobility serta saiz gun (meriam) diguna pakai tapi yang sume tu aku tak nak sentuh sebab tu dah masuk bab real tanks..yang aku nak emphasize sekarang ni ialah Remote Control Battle Tanks sahaja dan gathering Kuantan RC Tank Group...

Maka masing masing pun keluarkan lah model model RC tanks yang ada dalam koleksi masing masing...Jadi nak short aku punya citer..sila lah tengok pics di bawah ni..huhuhu...













































Haha.. so amacam? kepada RC Tank commanders out there mesti ada yang 'terbakar' kan?? kene kene pulak jika takde model M1A2 Abrams dan Leopard 2A6 sebab time aku tengah type entry ni model Leopard 2A6 sedang hangat 'diburu' di pasaran seluruh dunia..sekali lagi SELURUH DUNIA tau..bukan Malaysia sahaja. Walaubagaimanapun ada juga sesetengah RC tank owners ni prefer kepada World War Two RC tanks versions berbanding modern RC tanks..itu bergantung lah kepada minat masing masing,kalau aku memang minat bebenor asalkan RC Tank tak kira lah version apa,scale apa dan brand apa.

Paling menarik semasa kami buat gathering ni ialah kami menjadi tumpuan ramai pengunjung Pantai Batu Hitam yang berpiknik di situ even RC tanks kami juga menjadi sebahagian tumpuan lensa kamera kamera DSLR dan compact oleh pengunjung pengunjung di sini. Bahkan ada seorang cameraman yang sedang buat photoshoot di situ pun tak lepaskan peluang merakamkan aktiviti RC tanks kami ni hehehe...kami anggap ia seperti rahmat pabila menjadi tumpuan orang ramai. Yang bertanya pun ramai jugak daripada kanak kanak hatta orang dewasa termasuk warga emas pun hehehe..Tak kurang juga yang tanya samada RC tanks kami ni Diecast model,kami jawab RC tanks la sebab memang ada diecast tank models dalam scale 1/16. Kepada yang tak tahu apa tu diecast model ia macam seperti replika statik dalam bentuk patung,kenderaan,robot dan apa sahaja tapi dalam military diecast ni sudah tentu kesemua replika statik ialah berbentuk aset aset military dan terdapat dalam pelbagai scale dan rupa. Kanak kanak yang kejor RC tanks kami pun ade jugak..mungkin nak main main jer kot. Mujur lah parents diorang control kalau tak risau gak kami ni. Masa kami bermain RC tanks ni pun ade jugak member dalam group kami buat simple recording video boleh klik di sini yer untuk tengok.

Semasa bermain RC tanks ni kami juga turut perhati apa kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap RC tanks kami. Ia penting untuk kami repair dan upgrade performance RC tanks kami. Setiap model RC tanks memang ada advantages dan disadvantages. Sebagai contoh mudah ye.. RC tanks aku punye seperti Leopard 2A6 dan M1A2 Abrams mempunyai advantage dari segi range of control kerana pakai sistem kawalan frekuensi 27 Gigahertz (GHz) manakala members aku yang lain cuma pakai kawalan frekuensi 27 Megahertz (MHz).Namun agak kureng dari segi tembakan gun BB, aku punya cuma boleh tembak sejauh 1 meter sahaja manakala RC tanks members aku (mostly brand Heng Long) tembak sejauh 5-10 meter. Daripada segi mobility dan durability pula of course RC tanks brand Hobby Engine juara berbanding Heng Long tapi agak limited jika nak buat modification tambahan. Selain tu RC tanks brand Hobby Engine takde compartment untuk produce smoke (asap) dan kuasa tembakan. Akan tetapi bab gun turret rotation pulak boleh rotate sampai 360 darjah beb!! hahaha...yang mana itu agak mustahil dilakukan oleh RC tanks brand Heng Long yang cuma sekitar 200-220 darjah sahaja. Satu lagi RC tanks Hobby Engine ni boleh shoot gun in motion walaupun pada maximum speed berbanding RC tanks Heng Long yang mana boleh juga buat macam tu tapi bukan pada semua model la..kalau tak boleh rosak sistem gun tu huhu... 

Kami selesai buat gathering tu pada jam 1.10 pm..kebetulan dengar pak imam baca al quran dari sebuah surau berdekatan tanda nak masuk waktu Zohor da..Sebelum tu sempat bincang bila next gathering tapi rasanya itu lambat lagi la kot sebab members aku ni kerja sebagai sailor dalam Navy (TLDM)  dan kebetulan esok nye tu (1/7/2013) mereka belayar selama 2 minggu jadi next time lah kot hahaha...Ok lah itu sahaja daripada aku yang mewakili group RC Tank Kuantan ni sekian terima kasih. See you in the next entry :)




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan