Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 11 Ogos 2013

Aidilfitri

Assalamualaikum semua.

Apa khabar dan di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Well aku pun tak nak la komen banyak banyak sebab first thing is aku masih celebrate hari raya dan secondly is aku berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal ini hehehe...

Okay lah,kita sentuh sikit tentang puasa sunat enam hari di bulan Syawal ni. Jom kita lihat daripada sudut pandangan agama tentang puasa sunat enam ini:

Hadith: 
Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.
Huraian Hadith: 
1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.
3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.


Daripada sudut kesihatan pula memang ada banyak benefits yang kita dapat jika menunaikan puasa sunat enam hari ni. Macam yang kita tahu kan pada 1 Syawal memang lah kita dilarang untuk berpuasa dan kena sambut hari raya. Bila kita sambut hari raya ni tak kan lah setakat berasa seronok happy giler macam kanak kanak riang rebina kan? So mesti lah ada makan makan dan minum minum setiap kali kita singgah rumah sanak saudara,teman teman dan/atau jiran jiran. Jadi lepas kita banyak pulun makan dan minum sehari suntuk dah tentu sistem pencernaan dan metabolisme bekerja keras nak digest apa yang kita makan. So untuk kembali rehat kan seketika sistem ini sudah tentu puasa adalah kaedah paling mujarab untuk jaga kesihatan.


Dari segi pelaksanaan puasa enam ni pula takder lah payah mana pun. Anda boleh melaksanakan bila bila sahaja di bulan Syawal asalkan bukan pada tarikh 1 Syawal itu jer. Anda boleh laksanakan puasa enam ni secara berterusan 6 hari berturut turut atau secara berselang seli. Terpulang kepada diri anda sendiri. Satu lagi aku lupa nak mention,puasa enam ni sepatutnya dilaksanakan setelah kita berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Maksud aku jika kita nak ganjaran yang sebenar benarnya kena lah puasa fardhu full di bulan Ramadhan lalu lepas tu diikuti puasa enam di bulan syawal baru lah dapat fadhilat puasa seperti puasa penuh setahun. Nak puasa setahun yang real pun tak boleh tau. Why? firstly kita umat Islam tak boleh berpuasa pada 1 Syawal. secondly umat Islam juga tak boleh berpuasa pada 9,10,11 dan 12 Zulhijjah. Jadi memang secara reality nye sukar umat Islam nak berpuasa selama setahun. Namun ada juga umat Islam yang berpuasa setahun dan bertahun tahun lama nye. Ade ker? ade la..umat Islam di negara negara yang mengalami musim kemarau yang teruk dan krisis kebuluran yang tinggi,contohnya di Somalia dan sekitar negara berdekatan gurun Sahara di benua Afrika. So jadikan lah apa yang berlaku di negara berkenaan sebagai iktibar dan pengajaran untuk diri kita supaya jangan membazir.
ini lah salah satu gambar mangsa kebuluran di Somalia.
dan ini pula ialah gambar pembaziran makanan di Malaysia.

Kita di Malaysia ni ramai mati sebab terlebih makan manakala di negara negara yang mengalami krisis kebuluran pula mereka mati kerana sangat kekurangan sumber makanan. Jadi sebelum terlambat maka kita semua hendaklah sedar dan insaf akan nikmat yang Allah beri dan kena lah belajar mengendali sumber makanan serta kewangan secara berhemah dan berjimat cermat. Takut nanti jadi seperti pepatah orang tua tua dulu 'sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada guna'. Maka lebih baik kita bersikap 'Sediakan payung sebelum hujan'. Dah lah mereka kurang makan bahkan duit pun takder maka terpaksa lah mengharapkan bantuan ehsan negara negara luar termasuk kuasa besar seperti US,Britain,China,Russia dan lain lain lagi. Negara negara kuasa besar ni memang boleh supply makanan akan tetapi bersyarat lah iaitu kena ambil bahagian dalam percaturan politik di negara negara tersebut. Lihatlah apa yang berlaku di Somalia hinggakan US pernah hantar tentera tentera mereka ke sana bukan setakat monitor food supplies tapi juga menangkap pemimpin pemimpin yang mereka rasa tak suka atau tak sebulu dengan taste political US. Itu lah hingga berlaku peristiwa Bukhara Market: Black Hawk Down.

petikan dari filem Black Hawk Down.
kenderaan APC tentera Malaysia yang diambush oleh militia Jeneral Mohammed Farah Aidid dalam misi rescue tentera US di Somalia. Tapi last last dalam movie hanya image tentera Pakistan dan US jer yang masuk. So memang tak leh pakai Hollywood ni. Huh!!



Aisey men..terlajak pulak aku bercerita hingga bab politik dan konflik luar negara walaupun hakikatnya nak bercerita pasal hari raya hehehe... Ok lah balik kepada topik hari raya ni.

1st Syawal:

Macam biasa bangun awal pagi,performed solat Subuh dan kemudian mandi sunat Aidilfitri. Breakfast sedikit juadah iaitu lemang,ketupat,rendang,sambal kuah kacang dan sayur lodeh. Kemudian aku pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Kampung Tok Jembal. Mula mula sampai aku fikir sudah terlepas waktu solat sunat sebab khatib baca khutbah tapi ruper nye bukan khutbah akan tetapi perutusan diraja oleh Sultan Mizan Zainal Abidin,Sultan negeri Terengganu.

Masjid Tok Jembal di Gong Badak. Tak jauh dari Sultan Mahmud K.Trg airport.
Lebih kurang macam ni lah juadah hari raya di pagi 1 Syawal.

Selesai solat dan khutbah Aidilfitri,maka berpusu pusu lah pulang ke rumah masing masing termasuk aku. Pagi 1 Syawal ni kami cuma pergi beraya ke rumah jiran kami yang kami panggil uncle che mat. Dia merupakan big boss syarikat construction terkemuka di Terengganu ni iaitu Babena Sdn Bhd. Boleh try google nama syarikat tu untuk info yang lanjut. Selepas itu,habis sahaja beraya di rumah dia. Kami pun balik sebentar ke rumah kami dan packing sedikit barang sebab nak pulang sekejap ke kampung sebelah abah di Besut, Terengganu. Tak lama kami berada di kampung abah kami. Sampai di kampung dalam jam 1 pm, pukul 6 pm kami dah bergerak balik ke rumah kami di Seberang Takir. Namun sempat jugak lah beraya di rumah jiran jiran kampung abah tu kerana masing masing ada hubungan pertalian darah keluarga dengan abah.

2 Syawal:
Jatuh pada hari Jumaat. Pada waktu pagi kami cuma terima seorang tetamu tak lain tak bukan kawan mama kami la. Selepas selesai solat Jumaat tapi aku balik agak lewat sedikit daripada kebiasaan, bila aku sampai di rumah ni aku lihat banyak kereta di depan rumah aku. La..rupa rupanya saudara mara aku datang beraya. Ada pak ngah dan famili termasuk menantu menantu dia sekali datang,sepupu aku dan juga sepupu anak kepada pak long aku cuma pak long dan famili dia jer tak datang kerana ada keuzuran yang melanda. Ditambah pula kehadiran jiran jiran serta rakan rakan abah dan mama maka riuh rendah lah rumah kami ni. Mama dan adik adik perempuan aku sibuk menyediakan juadah makan tengahari. So pakat la makan ramai ramai,dah jadi macam kenduri kendara majlis walimah lah pulak hahahaha...Pada jam 5-6pm gitu,mereka pun pulang dan tetamu yang datang pun cuma satu dua buah famili itu pun jiran jiran kami jer lah.

3 Syawal:
Haha..hari ni giliran kami pulak nak 'ambush' rumah rumah jiran kami. Tapi sebelum tu aku sempat memenuhi undangan jemputan majlis walimah ex student IIUM 2nd batch BDS KOD IIUM Kuantan berlangsung di Kampung Dusun Melintang dekat dengan Manir, Kuala Terengganu.

pengantin perempuan tu lah ex student nye.
Nama dia Malihah Mahmud tapi sekarang ni aku panggil dia puan Dr. Malihah Mahmud, hehehe... Insya Allah beberapa bulan dari sekarang dapat la call posting kerja di mana mana di Malaysia ni. Husband dia pula nama Malik merupakan seorang guru. Wow..Dr gigi nikah dengan cikgu sekolah..well ok lah tu dah jodoh mereka kan? Sempat juga bertemu dengan beberapa orang student ex 2nd batch BDS (Bachelor Degree Dentistry Sciences) KOD IIUM seperti Ahmad Hafiz,Izzati Latif dan Wan Nur Aisyah. Sorry aku tak nak tepek pics diorang di sini hahaha...

Perjalanan samada pergi ke majlis walimah dan balik ke rumah memang agak jem. Mungkin sebab hari Sabtu dan ramai anak perantau negeri Terengganu yang sudah mula berpusu pusu pulang ke KL,JB dan lain lain tempat di Malaysia hatta Singapore sekalipun. Bertembung pulak dengan orang yang nak pergi ke majlis walimah dan open house so of course la jadi jem bolok woq nyer hahaha...

Sampai jer di rumah ni, aku pun follow famili aku beraya di rumah jiran jiran yang buat open house. Untuk date 3 Syawal ni cuma ada 2 buah rumah jiran yang adakan open house tapi menu yang dihidangkan pergh cukup banyak beb...

1. Nasi Dagang.


2. Laksa Terengganu:


3. Nasi Minyak:


4. Nasi lemak ayam:


5. Satay ayam:


6. Kuih kuih dan biskut biskut raya yang pelbagai rupa dan nama.

  

Banyak kan? Tapi aku ambil sikit sikit jer setiap menu tersebut supaya boleh rasa semua dan kenyang tak melampaui batas huhuhu..

Oklah sekarang ni 4 Syawal dan aku sedang berpuasa so itu jer lah hasil catitan entry aku hari ni. Di lain entry nanti ada lah cerita lain yang aku nak share di sini. Sekian terima kasih dan sekali lagi Salam lebaran Aidilfitr, maaf zahir dan batin.



Tiada ulasan: