Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 29 April 2014

Jaga lah kesihatan.. sebelum dan semasa travelling.




Ok lah di sini aku nak cerita pengalaman aku yang menakutkan namun menyedarkan aku sebenarnya. Sebagaimana yang korang semua maklum banyak entry dalam aku ni menyentuh bab travelling (walaupun ada sentuh bab lain lain juga).



  Pada tanggal 26hb April 2014 jam 9 malam menjadi igauan yang agak ngeri bagi diri ku sebab ketika sedang memandu dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari Putrajaya, secara tiba tiba aku diserang dengan sakit kepala, sakit dada dan sesak nafas secara mengejut. Kejadian berlaku berhampiran dengan Plaza Tol Gombak, aku rasa tak sampai 20 meter pun dari laluan masuk tol. So aku pun terpaksa lah berhenti dan beri lampu isyarat kecemasan dan sempat belok masuk ke laman parking yang ada dekat dengan office plaza tol Gombak.

  Selepas itu aku curahkan air ke seluruh badan aku walaupun aku berada di dalam kereta dengan jangkaan aku fikir ni sebab heat stroke. Okay lepas tu tenang lah sedikit tetapi tak sampai 3 minit lepas tu aku kembali lagi diserang dengan sakit yang sama cuma kali ni aku dapat jugak bertahan. Kemudian aku cuba minta bantuan daripada drivers yang ada di situ namun agak kecewa semua buat bodoh dan tak kurang juga tutup tingkap kereta (mungkin mereka ingat aku orang gila). Walaubagaimanapun itu tak membuatkan aku rasa putus asa, aku berusaha lagi dan kali ni aku pergi minta bantuan daripada staff office tol.

  Mula mula agak sukar sebab pintu pagar berkunci namun aku perasan ada satu butang terletak di tepi pintu pagar. So apabila aku tekan butang tu dan aku dapat masuk ke dalam compound office tol tersebut. Kebetulan mujur lah ada seorang staf mungkin seorang jurutol yang sedang makan di pantry yang betul betul terletak setentang dengan pintu pagar. Aku pergi kepada dia dan merayu minta bantuan, aku kata kepada dia sambil dalam keadaan menahan sakit " cik minta tolong cik, saya sakit dada dan kepala.minta tolong call bantuan ambulan untuk ke hospital". Dia kata okay dan minta aku berehat dekat sofa yang telah disediakan di lobi office. Sambil tu juga ada beberapa anggota polis bantuan dan staff pejabat tol turut membantu sama ada memberi minuman air, ubat minyak angin dan call ambulan.

  Selang 30 minit kemudian, datang lah satu team JPAM dengan ambulan. Aku pun dihantar ke unit kecemasan di Hospital Selayang. Sebelum tu aku diperiksa oleh anggota JPAM untuk menentukan keadaan aku daripada segi tekanan darah dan nadi. Bacaan tekanan darah aku agak sedikit tinggi.

  Sampai di unit kecemasan Hospital Selayang aku terus dibawa masuk ke bahagian saringan pemeriksaan. Sekali lagi aku diperiksa tekanan darah aku (kali ni kembali ke paras normal),ECG untuk tentukan ritma dan status degupan jantung aku (pun normal) dan lain lain pemeriksaan. Selesai di bahagian saringan, aku dipindahkan pula ke bahagian rawatan di bahagian kecemasan. Selepas nama dan nombor giliran aku dipanggil, aku pergi berjumpa doktor yang bertugas. Aku pun cerita lah apa yang berlaku. Dia macam biasa lah buat pemeriksaan dan sekali lagi aku diminta untuk pergi buat pemeriksaan iaitu X-ray dada. Selesai X-ray dada, aku pergi jumpa balik doktor tu, alhamdulillah mujur dia kata tiada apa yang abnormal,semua okay. Cuma dia suspect aku kurang rehat dan tiada tidur yang cukup serta banyak buat aktiviti yang membebankan. So aku cuma diberi preskripsi PCM dan Analgesic (bahasa muda ubat panadol dan ubat sapu). Ubat sapu? Yup sebab doktor kata sakit bahagian dada tu bukan kerana jantung tetapi mungkin muscle dan bone pain pada tulang dada. Jika ia benar alhamdulillah lah..risau gak aku dibuatnya.
PCM (paracetamol) a.k.a panadol
Analgesic gel a.k.a ubat sapu

  Kemudian datang lah sepupu aku. Actually sebelum aku dipanggil masuk ke bilik doktor, aku dah hantar SMS ke sepupu aku minta dia datang ambil aku dan nak tumpang berehat dan tidur di rumah dia. Mujur lah dia baru je selesai kerja over time malam itu. Kemudian aku kembali semula ke plaza tol Gombak tadi,tapi bukan lah nak sambung drive cuma nak ambil kereta aku dan balik ke rumah sepupu aku untuk berehat. Malam itu kami pun bersembang lah dan aku bercerita kat sepupu aku apa yang dah terjadi. Mama aku pun lega selepas dapat tahu yang semuanya selamat. Aduhai....erm seriau pulak aku nak travel seorang diri lepas ni. Huhuhu...Esoknya pula aku pun balik lah ke Kuantan dan selamat sampai ke rumah aku di Bukit Gambang Waterpark.

Dekat signboard harga tol tu lah aku stopkan kereta aku tiba2 dan membelok masuk ke area parking masa kena serang sakit dada dan kepala.

Ini lah ambulan yang JPAM gunakan dan aku naik semasa dihantar ke Hospital Selayang
Hospital Selayang tapi ni bukan unit kecemasan ye.huhu


  Okay,selepas baca panjang berjela kisah aku tu. So point yang aku nak tekan kan di sini ialah penjagaan kesihatan sebelum dan semasa melakukan travelling. Yup travelling is a very fun activity namun kita kena beringat juga status kesihatan kita semasa travelling ni.

Walaupun aku bekerja dalam bidang kesihatan (sebagai juru X-ray gred U-29) namun sebagai insan biasa aku mengakui kadang kala aku sering alpa dan cuai dalam bab menjaga kesihatan diri sendiri ni. Ye lah orang datang buat X-ray kat tempat aku, kadang bukan main lagi aku nasihat. "encik / puan lepas ni kena jaga kesihatan ye. Banyak kan minum air, banyakkan aktiviti fizikal seperti bersenam, jaga pemakanan,bla bla bla" nasihat kadang kala mengalahkan specialist tau hahaha.... Erm tapi diri sendiri hentam keromo. Ibarat cakap tak serupa bikin tapi bukan sokmo sokmo lah..

Okay cakap pasal soal jaga kesihatan sebelum dan semasa travelling ni, berikut ini lah yang aku tahu:-


- Walaupun anda buat travelling dengan memandu tak kira lah drive kereta, riding motorcycle (tak kira lah EX5 atau Harley Davidson), kapal terbang, kapal laut, kapal selam atau kereta kebal sekalipun. PASTIKAN yang anda FIT dan ada STAMINA. Maksudnya anda juga perlu rajin rajin kan diri melakukan aktiviti fizikal seperti berenang,berjoging,dan bersukan. Ia penting untuk otak dan jantung anda supaya sentiasa cergas dan cerdas.

- Tidur yang cukup. Yup tidur yang cukup amat penting supaya sel sel otak anda serta tubuh badan anda mendapat rehat yang cukup. Bila kita tidur semua badan kita akan berehat walaupun bekerja seperti jantung,peparu, sistem pencernaan dan penghadaman dan sistem saraf. Semua itu masih lagi bekerja namun pada kadar yang perlahan kerana rehat. Jika kita kurang tidur atau tak tidur langsung ibaratnya seperti sebuah mesin yang turn on non stop. So apa akan jadi? 

- Minum air yang cukup. Yup itu pun sangat penting kerana air yang cukup dapat membantu peredaran darah dengan baik, dapat menjadi medium untuk mengangkut bahan kumuh keluar dari badan seperti proses perpeluhan,penyahtinjaan (actually bahasa kasar berak la), urination (bahasa mudah kencing). Minum air juga dapat mengekalkan kesegaran badan dan otak anda. Air juga boleh jadi penawar penyakit. Tapi kena ingat ye.. air kosong atau air mineral bukan air gas berkarbonat dan yang sewaktu dengan nye...owh lupa pulak nak beritahu,errr berapa ye jumlah air yang saya patut minum dalam satu hari? Well...generally speaking anda perlu kena minum sekurang kurang nya 3 liter setiap hari. Namun tahun lepas aku baru dapat tahu daripada satu sumber yang menyatakan bahawa  jumlah air yang diperlukan untuk badan kita ni sebenarnya bergantung kepada berat badan kita. Makin berat badan anda maknanya makin banyak lah air kosong yang anda kena minum. Tapi nak mudahkan korang macam ni cara dia.

a) Bangun dari tidur minum lah air satu gelas (anggaran 300-400 mililiter)
b) Selepas buat aktiviti pada pagi tu minum lah air kosong (anggaran pun sama macam tadi tapi nak lebih lagi bagus)
c) Sebelum dan selepas heavy meal siang hari. 1 liter before and 1 liter after. Usually korang akan ambil heavy meal waktu lunch kan? In fact kaedah ini sangat berguna bagi mereka yang nak turunkan berat badan. Ia kaedah terbaik mengurangkan pengambilan makanan berat.
d) Selepas buat aktiviti di sebelah petang (500-600 ml tapi 1 liter is the best) usually sebab time petang ni kita akan beriadah tak kira lah aktiviti berat atau ringan.
e) Sebelum masuk tidur. 250-400 ml plain water. Menurut pendapat pakar kesihatan ia membantu pengaliran  darah dengan lancar,memudahkan proses percernaan yang masih berjalan dan kurang rasa dehidrasi ketika bangun tidur nanti.

again... MINUM AIR KOSONG A.K.A PLAIN WATER OR MINERAL WATER ONLY.
air kosong atau mineral adalah sumber minuman terbaik untuk tubuh badan kita kerana tidak mengandungi bahan kimia lain.

minuman dalam tin berkarbonat (gas) please avoid them away. not so good for your body but increasing your bad sugar content which lead to hypertension and diabetis.

- Regular medical check up. Ek eleh...pe kejadah buat medical check up?! nampak remeh tapi itu lah yang sering orang ramai abaikan. Sebab dengan melakukan regular medical check up at least once in every 6 months (sekali dalam 6 bulan) dapat membantu mengesan awal atau diagnosis awal penyakit yang anda hadapi. Memang lah sakit dan sihat itu Allah tentukan tetapi sebagai manusia, Allah sendiri dah peringatkan kita akan datang 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya sihat sebelum sakit. So masa sihat lah kita kena rajinkan diri buat pemeriksaan kesihatan. Time sakit nanti dah tentu konfem duduk dalam wad atau lebih power masuk dalam ICU atau 'the best' bilik mayat la. So apa kaitan dengan travelling ni ye? Pemeriksaan kesihatan sebelum melakukan travelling dapat membantu kita untuk tahu apa masalah kesihatan yang kita hadapi jadi boleh lah kita dapat merancang perjalanan kita dan menyediakan pelan perubatan kecemasan sendiri jika berlaku masalah kesihatan semasa kita travelling.
RMC penting untuk tentukan sebarang pengesanan awal penyakit yang dihadapi.
- Tabiat pemakanan. Yang ni pun ramai kita yang terlepas pandang termasuk aku jugak. Okay sebelum anda nak buat travelling pastikan anda terlebih dulu mengambil breakfast jika nak mulakan perjalanan awal pagi atau siang hari. Begitu juga waktu malam. Cuma yang kita kena tekankan ialah apa yang patut kita makan dan berapa banyak yang kita kena makan. Usually kita akan makan heavy meal sebelum travel jauh kan? Actually ada kontra dan pro disitu. Jika anda merupakan seorang driver mungkin anda kena makan berat sedikit namun tak boleh melampaui batas tetapi jika anda cuma seorang penumpang light food sudah memadai. Makan banyak sebelum travelling bagi driver sebenarnya tak bagus sebab semasa memandu anda akan rasa cepat mengantuk. Kenapa ye? sebab banyak oksigen digunakan oleh sel sel darah merah untuk proses pencernaan maka bekalan oksigen ke bahagian kepala dan mata kurang sedikit dan itu lah sebab rasa mengantuk. Jadi antara makanan yang terbaik sebelum memulakan perjalanan ialah makanan yang mengandungi semua nutrisi dan zat dalam satu hidangan. Makna nye kena ada karbohidrat, protein,zat mineral,vitamin,kalsium dan lemak (jauhi atau kurangkan pengambilan lemak tepu kerana ia boleh menambah content cholesterol dalam darah anda serta menyumbang kepada heart attack disease atau stroke. sebaik baik lemak ialah lemak tak tepu). The best source untuk sentiasa kenyang ialah banyakkan pengambilan makanan yang ada protein seperti ikan,tempe,daging,tauhu dan lain lain lagi. Karbohidrat dan lemak sesuai untuk supply tenaga namun disyorkan untuk kurangkan sedikit terutama lemak. Manakala makanan berserat juga penting untuk melancarkan sistem penghadaman kita serta merendahkan kadar kolestrol dalam badan kita. Makanan ringan yang aku sarankan (sebab ni ramai driver,backpackers dan travellers suka) ialah berasaskan kekacang seperti badam, kuaci, dan kacang tanah. Kismis pula boleh dimakan untuk menggantikan gula gula. Chewing gum pula sesuai bagi driver yang ada habit smoking serta ia sesuai untuk mengelakkan rasa mengantuk.
Kalau boleh follow piramid gizi seimbang pemakanan ni.
Kismis bagus untuk gantikan pengambilan gula gula sebagai manisan.
Sesuai sebagai snack semasa perjalanan.

Jauhi makanan sebegini sebelum memulakan travelling. Makan benda ni bukan mengenyangkan tapi menambahkan rasa lapar anda. Kebanyakkan makanan ini ada elemen lemak tepu dan karbohidrat yang sangat tinggi dan kurang protein, serat dan minerals. Bukan untuk travelling sahaja.in our daily routine life pun tak bagus jugak.

- Sediakan first aid medical kit dan ubat ubat. Yang ni aku percaya ramai antara kita tak buat dan buat bodoh je terutama driver lelaki (termasuk diri aku sendiri hahaha...) sebab mereka rasa kebal dan lasak. Sebenarnya ia sangat penting apabila kita menghadapi situasi kecemasan. Sama ada ia melibatkan diri kita sendiri mahupun orang lain. Okay, semua sedia maklum bagaimana rupa first aid medical kit ni tetapi ramai tak tahu apa yang ada dan patutnya ada di dalam kotak kecemasan perubatan itu. Berikut aku senaraikan perkara apa yang patut ada di dalam first aid medical kit tersebut.

1) Bandage (kain pembalut)
2) Triangular bandage (anduh).
3) Gauze pad.
4) Cotton (kapas).
5) Ubat antiseptik atau iodine (warna kuning tu).
6) Dettol (pun boleh jadi antiseptic juga).
7) Analgesic gel atau antispasm cream (reduce rasa cramp dan muscle pain)
8) Face mask.
9) Hand gloves (sesetengah medical first aid kit ada)
10) PCM (panadol lah bahasa mudah nye).
11) Multivitamin tablets.
12) Minyak angin / minyak gamat (inisiatif sendiri hehe...)
13) Plaster.
14) Gunting kecil.
15) Pin kecil.
16 Ponstan (bertindak seperti pain killer meds,ia lebih power daripada PCM).
17) Saline (dikenali juga sebagai air garam) usually dalam botol kecil 100 ml.
18) Ubat anti gastrik samada dalam bentuk tablet atau syrup (cecair).
19) Antihistamine (ubat anti alahan / alergik).
20) Ubat tahan muntah.
21) Syringe and needle or butterfly needle. (ni bukan semua first aid medical kit ada, kalau ada ini bermakna orang tu mungkin seorang nurse, MA a.k.a Pembantu perubatan dan juga doktor mahupun specialist sebab memiliki peralatan sebegini memerlukan seseorang itu ada lesen dan kelayakan khas dalam perubatan)

Last but not least is the checklist. Yup checklist sangat penting dan mesti diperiksa setiap hari untuk memastikan apa yang dalam list mesti ada di dalam medical first aid kit itu.

Ni lah medical first aid kit atau kotak perubatan pertolongan cemas.

Paling penting sekali ialah jangan sesekali rasa panik dan cemas tatkala berlaku sesuatu insiden. Panik dan cemas mampu menambah burukkan lagi situasi dan kesakitan yang berlaku. I feel it before and I don't want to feel it again.

Actually ada lagi yang aku rasa macam nak taipkan lagi tapi tiba tiba jadi clueless. hehehe....

Maka setakat ini sahaja lah catitan entry ku. See you next time on next entry, Wasalam...bye.

Tiada ulasan: