Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 25 Julai 2014

Tak ku sangka.



Apa khabar dan selamat berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak yang masih lagi berbaki 3 hari sahaja lagi. Jadi di kesempatan ini aku juga nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada para pelawat dan pembaca blog ini.

Okay lah topik aku kali ni..memang benar benar tak sangka. Yup tak sangka tau. Kenapa? Berikut aku sertakan tarikhnya sekali.

1) 17 Julai 2014: Sebuah pesawat penumpang MAS flight MH17 terhempas di Ukraine dipercayai ditembak jatuh oleh pihak yang masih lagi enggan bertanggungjawab. Apa kaitan dengan aku? Kaitannya ialah salah seorang crewman iaitu co-pilot MH17 merupakan kawan lama aku sendiri bernama Ahmad Hakimi Hanapi. Arwah dan aku merupakan rakan dorm Mahalah Abu Bakar bilik 117. Kami satu kursus dalam pre engineering tapi berlainan kelas. Kami batch tahun 2003-2004 pusat matrikulasi UIAM Petaling Jaya Seksyen 17.

2) 22 Julai 2014: Dapat berita mengejut daripada adik bongsu aku. Pakcik (adik kepada mama) aku telah meninggal dunia setelah sebulan lebih bertarung dengan penyakit kanser hati yang dia hadapi. Asalnya arwah menghidap Hepatitis B namun penyakit beliau itu merebak dan bertukar menjadi kanser pula. Nama arwah pakcik aku ialah Munib bin Bahor. Beliau merupakan bekas korporal dalam Rejimen Askar Melayu dan pernah menerima offer menjadi Sarjan tapi arwah refused untuk terima offer tersebut. Mungkin beliau ada alasan tersendiri.

Ini lah wajah arwah Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi. Tak sangka wajah arwah masih tak berubah sama seperti masa belajar di matrikulasi UIAM dulu.

Memang aku tak sangka dan tak percaya tatkala aku mendapat tahu bahawa salah seorang mangsa yang terlibat ialah rakan lama matrik uia aku sendiri. Pada awalnya aku cuma terkejut dengan tragedi terbaru ini,sebab ye lah kan negara kita masih lagi belum selesai mencari pesawat MH370 yang masih lagi hilang entah ke mana tetiba kita dapat berita pesawat MAS flight MH17 pula terlibat dalam nahas. Cara ia berlaku pula agak tragik kerana ditembak jatuh. Hingga kini masih tak pasti samada ia ditembak daripada sistem pertahanan udara milik Ukraine atau pemisah pro Russia atau jet pejuang milik Ukraine berdasarkan respon pihak Rusia apabila ada yang menuduh Rusia juga terlibat dalam hal ini.

Ini lah sistem pertahanan udara BUK M2 anti air defense yang dilengkapi dengan 4 peluru berpandu darat ke udara dengan mode heat seeking missile. Mampu memusnahkan sasaran yang berada 11 km.

Ini pula ialah jet pejuang Sukhoi 25 milik Ukraine. Menurut pihak Rusia,berdasar laporan risikan mereka pada hari kejadian terdapat 2 buah jet pejuang Sukhoi 25 yang terbang agak dekat dengan MAS flight MH17. Di samping itu sistem radar dan pertahanan udara BUK M2 milik Ukraine didapati sangat aktif pada sehari sebelum dan hari kejadian sebelum ia berkurang selepas tragedi itu. Sukhoi-25 ini pula boleh dilengkapi dengan 2 peluru berpandu udara ke udara R60 heat seeking missiles.
Ini lah peluru berpandu udara ke udara R60 buatan Soviet/Rusia. Asalnya direka dan dipasang pada jet pejuang MiG 23 pada era awal 70 an.
Ikutkan aku nak rasa paste gambar gambar tragedi nahas MH17 tapi aku rasa lebih baik aku batalkan niat tersebut sebab nak hormat perasaan ahli dan waris keluarga mangsa yang terlibat. Yang pasti aku dan lain lain rasa marah dan sedih atas apa berlaku. Mereka (MH17) tak bersalah namun dijadikan mangsa oleh pihak yang bertelagah atau mungkin juga pihak ketiga yang secara senyap terlibat. Kita sama sama doakan supaya roh mereka tenang di alam sana. Kepada yang beragama Islam,sama sama lah kita sedekah bacaan Al fatihah kepada mangsa mangsa beragama Islam yang terkorban. Kita juga sama sama lah berdoa supaya keadilan dapat ditegakkan untuk mereka.

Surah Al Fatihah.

Sebelum peristiwa MH17 ini kita dikejutkan dengan peristiwa MH370. Kemudian sebulan sebelum puasa atau mungkin beberapa hari sebelum puasa kita juga dikejutkan oleh kes serangan tentera Sulu di Pulau Mabul,Sabah yang mengorbankan seorang anggota polis marin dan seorang pula telah diculik dan masih berada dalam tahanan mereka. Selain itu ada juga kes bot penumpang karam di Selat Melaka dalam perairan Malaysia yang mengorbankan ramai penumpang walaupun dilaporkan mereka ialah PATI yang nak balik ke Indonesia sempena bulan puasa. Selain itu juga negara kita turut berdepan dengan kes jerebu teruk,kemarau melampau dan banjir kilat (dalam erti kata lain bencana alam). Memang ternyata tahun 2014 ini merupakan tahun ujian agak besar untuk negara kita. Harap setiap antara kita hendaklah muhasabah diri atas setiap perkara berlaku. Mungkin ini merupakan kifarah dan pengajaran kepada kita supaya kita semua kembali kepada Allah. Mengamalkan amal ma'ruf wa nahi mungkar. Memberi keadilan kepada yang hak dan menumpaskan yang bathil. Sesungguhnya apa yang kita alami ini merupakan satu pengajaran yang sangat mahal yang Allah nak beri kepada kita.

Tiada ulasan: