Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 10 Ogos 2014

Raya Aidilfitri 2014 (part 3)

Okay sambung daripada part 2.

Alhamdulillah akhirnya dapat menyambut juga 1 Syawal. Namun kali ini pada raya pertama kami celebrate di Kuala Terengganu sahaja memandangkan abah kena kerja sebelah petang raya ni. Tak pe lah kami dah biasa hadapi situasi sebegitu. Pernah dulu kami balik ke kampung pada raya ketiga sebab abah tak dapat cuti.


Kami perform solat sunat aidilfitri di surau taman perumahan kami. Ramai juga lah yang datang sebab selain kami ada juga pekerja warga Bangladesh dan orang kampung lain yang datang berjemaah di sini.
Suasana dalam surau taman perumahan kami. Time ni sedang baca khutbah raya.

Selesai solat sunat aidilfitri dan khutbah raya,masing masing bersalaman dan mengucapkan salam lebaran dan mohon maaf zahir dan batin. Actually bab mohon maaf ni tak semestinya kena tunggu waktu raya. Sebaik baik manusia dan manusia yang berani ialah dia mengaku salah dan terus minta maaf tanpa bertangguh. Cuma adat umat Islam melayu kita sokmo buat macam tu. Anyway balik ke rumah sekejap untuk kemas rumah dan mandikan budak kecik ni...
Baru bangun tido dah posing dengan telefon. adik nye dah mandi,abang nye tak lagi. masa ni papa dia call.
Kemudian mama,abah,aku,adik aku 2 org dan anak saudara aku 2 orang pergi lah beraya kat mana mana rumah jiran yang ada. Alhamdulillah ada lah 2-3 buah rumah sempat pergi sebelah pagi. 1-2 buah rumah pula sebelah tengahari. Manakala mama dan adik aku pula pergi beraya rumah jiran lain sebelah petang,rasa nye ada lah dalam 2-3 buah jugak tapi aku tak join sebab nak tido. hahaha... Seperti biasa di mana mana rumah negeri Terengganu ni,sajian lumrah dan wajib waktu raya ialah nasi dagang,keropok dan ketupat pulut serta rendang. Tapi dek kerana nak jaga badan dan kesihatan maka aku pun terpaksa lah memilih sikit makan ni,kalau makan pun tak banyak cuma lebihkan air kosong. hehehe...
Snap pic tengah makan.hahaha...nasi dagang

Yang ni pula light dinner aku. Aku sengaja buat banyak supaya cover sekali dengan waktu breakfast esok nye.hehehe...
Raya kedua:

Okay masuk raya kedua ni baru lah terasa sikit raya sebab time ni nak balik kampung di Muar,Johor. Nak ringkas cerita. Kami bertolak dari rumah sekitar jam 9 pagi. Pelan asal jam 7 pagi tapi yer la bila ada budak kecik ni macam macam ragam kita kena sabar menghadapi nye hehehe... Kali ni kami balik dengan 2 buah kereta iaitu kereta aku dan kereta abah aku.
Kereta abah aku yang Almera tu.hehe... kereta aku..kecik je.

Perjalanan balik ke kampung di Muar pada raya kedua ni agak mencabar sedikit. Sebab kami ikut highway LPT fasa 2. It should be a simple journey tetapi apabila kami memasuki jalan lama Jerangau Jabor berlaku kesesakan jalanraya luar biasa kerana berlaku satu kemalangan jalanraya. Setelah hampir setengah jam baru lah kami dapat melepasi kesesakan tersebut. Aku dan adik aku berhenti rehat di R&R Cheneh sedangkan mama,abah,adik (sorg lagi) dan 2 orang anak saudara aku sedang menuju ke Lay by Kuantan. Selesai lunch dan solat jamak qasar taqdim (Zohor+Asar= dalam waktu zohor),kami pun bergerak menuju ke Lay by Kuantan. Sampai di situ famili aku sedang having lunch,so aku dan adik aku pun kena lah jaga nephew dan neice kitorang.
Sedang berehat di Lay by Kuantan. Sempat lagi selfie hahaha..

Dekat sejam lebih jugak berada di situ. Kebetulan pula masa tu aku demam dan selsema. So memang mencabar jugak la driving jauh dalam keadaan sebegitu. Jam 3 pm, kami pun bertolak ke Muar,kali ni adik aku pula yang drive. Sampai kat Chini,aku kata kat adik aku yang aku pula nak drive sedangkan boleh je dia teruskan lagi drive. Nak pendek citer, kami sampai di kampung di Muar jam 8 malam. Kenapa lame bebenor ye? Kes nye ada traffic jam di jalan area Muar. Maklumlah raya kedua ni masih lagi meriah dan orang pun ramai lagi kat kampung. Waktu malam tu kami cuma berehat saja di rumah sambil melayan juga tetamu yang datang. Ramai jugak lah yang datang tapi masing masing datang sebab bukan setakat nak beraya tapi nak ziarah atok yang uzur.

Okay lah sambung ke part seterusnya ye...next entry nak letak pics je. hahaha...

Tiada ulasan: