Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 21 Oktober 2014

IIUM Kuantan Open Day 2014



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Salam sejahtera dan apa khabar semua,

Tatkala entry ini ditaip dan dikemas kini, aku pun sudah berada di kampung halaman ku di negeri Terengganu Darul Iman iaitu di Taman Chonang Jaya dekat dengan Airport Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Ku rasakan seperti sudah lama tidak pulang ke kampung halaman hahaha...anyway sesaje je bermadah gurindam poyo...

Actually pada entry kali ni aku nak kongsikan gambar gambar yang aku rakam kan semasa Hari Terbuka UIAM Kuantan tahun 2014. Ia diwujudkan sempena meraikan minggu konvokesyen UIAM. Walaupun majlis besarnya diadakan di UIAM Gombak sebab di sana dengan minggu konvo, minggu karier dan minggu ekspo dan persembahan. Namun UIAM Kuantan juga tidak ketinggalan untuk sama sama meraikannya. Bahkan program yang dibuat pun tak kurang juga hebatnya. Penuh dengan majlis ilmu, persembahan oleh para mahasiwa/siswi,pemeriksaan kesihatan percuma, dan juga jualan produk makanan,minuman,souvenirs,pakaian,buku buku dan pelbagai lagi. Nak sembang panjang pun tak guna jugak kan? So apa kata korang tengok lah sendiri gambar gambar yang aku sempat capture ni...

cuaca mendung di awal pagi..sebenarnya ini bukan lah pada hari program tapi diambil beberapa hari sebelum itu huhu


laluan di koridor bangunan OCD (Office Campus Director) UIAM Kuantan.

di venue screening health. pelbagai rawatan asas kesihatan percuma diberikan dan ada juga sesi kaunseling dan permainan selain pameran daripada setiap kulliyyah pengajian yang terlibat. Antara yang terlibat ialah Medicine, Pharmacy, Sciences, Unit Kaunseling UIAM, Dentistry, Nursing dan Allied Health Sciences (Dietetics, Optometry, Audiology)

Registration counter. Bayaran RM3 dikenakan semasa pendaftaran. Bayar kat sini sahaja. Yang lain semua percuma.

BP check (periksa tekanan darah) dulu.

Booth kaunseling oleh unit kaunseling UIAM Kuantan.

mostly sini semua hasil idea students hahaha...

ni salah satu game diorang lah. more to psikologi and personal test.

periksa rabun mata. erm foreigners pun ada sekali..

nak periksa mata dan boleh juga periksa cermin mata dan status penglihatan anda.


booth pharmacy siap buat jualan produk farmaseutikal.huhu...



Haa..ini cara sebenar nak jaga tulang belakang anda. Nampak remeh tapi kesannya amat besar. So setiap kali buat aktiviti tu pastikan ikut postur badan yang betul.

Booth medicine paling simple haha...


sesi ukur berat badan serta check fat distribution dalam badan anda termasuk juga BMI.

ini sesi nasihat menasihati hahaa..ok ini students ALLHS dietietics beri nasihat nak jaga makan supaya kesihatan itu trjaga.

yang bertudung putih tu students nursing. ada yang berkenen ke?? hehe..

yang ni sesi test penglihatan dan ujian rabun warna. students ALLHS optometry.



Salah satu scene di dental unit.


yang ni registration counter dental. diuruskan oleh students dentistry tapi tuut dipantau oleh staff dan lecturers yang ada.



Audiology. periksa status kesihatan telinga dan pendengaran.












kedua dua ni dental students year 3. kebetulan mereka ada kat sini dan diorang pun ok je time aku ambil gambar ni.

lab mouse; tikus makmal.




busking session by uiam students



ni di tingkat 1 OCD. ada pameran dan jualan buku, pakaian,tudung,kek dan pastri.





menarik, tertarik...

nyum nyum...


cupcake cupcake cupcake an nom nom nom...



tandatangan anti ISIS


sesi penerangan pasal isu ISIS



booth di area ni semua pasal kempen awareness dan membantu saudara islam di Palestin, Syria, Xinjiang dan Burma serta Mesir.




Isu Yaman pun ada sekali. Ni gara gara kekejaman dan pemberontakan bersenjata puak puak Syiah Houti di sana. Rakyat Malaysia pun terlibat dalam hal ini.






sesaja snap kebetulan budak budak ni bergurau senda sesama mereka.

nak beli kasut pun ada tapi yang ini untuk perempuan lah huhu...

nyanyian oleh pelajar UIAM


tabung bantuan Gaza.


ada sesi instagram photo session kat sini.


tersilap snap dah..ingat tak masuk gambar perempuan ni, tetiba je dia berpaling ke arah aku.hehe..



maskot IKOD 2014 Dr Lola dan Dr Lili

yang ni kat dataran OCD. di sini ada jualan gerai gerai makanan dan minuman, pakaian,tudung,aksesori pakaian, insuran,elektronik dan gajet, dan perumahan serta produk telco dan internet





Cultural Night (Malam Kebudayaan). Ia diadakan pada malam hari akhir IKOD 2014 yang bertempat di dataran OCD UIAM Kuantan. Sebenarnya setiap malam sepanjang program ini berlangsung memang telah pun diadakan pelbagai program pada setiap malam cuma yang ini dikira sebagai malam kemuncak lah. Pada malam itu, ada ucapan dan majlis penutup oleh Director UIAM Kuantan serta lain lain acara seperti penyampaian cenderahati, hadiah kepada kumpulan yang menang, saguhati, persembahan nasyid dan pelbagai lagi lah. Aku cuma sempat capture some of the moments sebab malam tu memang aku penat dan nak berehat. So enjoy watching the moments huhu...

















































So far ini sahaja lah coretan aku di entry ini. Ada masa dan cerita + gambar gambar menarik akan aku postkan di sini. Okay lah Wasalam dan tata...

Tiada ulasan: