Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 26 Julai 2014

Airsoft items (sekadar tayang sahaja)

Kali ni sebab aku takde apa apa kerja nak buat,jadi aku buat satu entry nak share kan kepada para pembaca dan pelawat blog tentang salah satu hobi aku. Airsoft ni sama seperti permainan paintball cuma berbeza pada gears yang digunakan. Berikut items airsoft yang aku ada:-

Jumaat, 25 Julai 2014

Oath taking ceremony and mini convocation 2014 (3rd batch dental students)



Pada tarikh 22 hb Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan 1435 Hijrah telah berlangsung satu upacara mini convocation dan oath taking ceremony bertempat di Mini Auditorium, Office Campus Director di Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan. Ini merupakan acara tahunan bagi Kulliyyah of Dentistry bagi meraikan kejayaan para dental students yang lulus pengajian mereka dalam bidang pergigian selama 5 tahun. Sudah tentu apa yang mereka tempuhi bukan lah satu perkara mudah dengan pelbagai macam karenah dan dugaan sepanjang 5 tahun menuntut di sini. Oleh itu mereka berhak untuk diraikan dalam upacara sedemikian bagi menghargai segala jerih perih usaha mereka buat selama 5 tahun berada di sini. Namun itu bukan lah titik noktah perjuangan mereka dalam menuntut ilmu. Bab menuntut ilmu ini akan kekal berterusan hingga kita menghembuskan nafas terakhir. Namun apa yang mereka tempuhi selepas ini adalah perkara yang sebenar dan mereka hendaklah pandai mengadaptasi dengan situasi baru mereka selepas ini. Aku dan staff yang lain berdoa agar mereka dapat menjalani kehidupan mereka sebagai seorang insan yang berjaya dunia dan akhirat dan dapat memberi sumbangan baik kepada masyarakat. Berikut aku sertakan semua gambar yang aku telah rakamkan sepanjang upacara itu berlangsung. Sebelum itu aku nak minta maaf jika kualiti gambar dihasilkan agak kurang kerana aku menggunakan kamera DSLR Nikon D3000 berbanding sebelum ini iaitu Olympus E-PL3 compact DSLR. So enjoy.. :)

Tak ku sangka.



Apa khabar dan selamat berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak yang masih lagi berbaki 3 hari sahaja lagi. Jadi di kesempatan ini aku juga nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada para pelawat dan pembaca blog ini.

Okay lah topik aku kali ni..memang benar benar tak sangka. Yup tak sangka tau. Kenapa? Berikut aku sertakan tarikhnya sekali.