Sabtu, 6 Februari 2016

Kisah memandu waktu malam dan dinihari (3)

Assalamualaikum kalian.

Apa khabar semua. Harap kesemuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.
Berikut aku menyambung kembali catitan kisah pengalaman misteri yang telah aku lalui selama hidup ini khasnya pengalaman misteri sewaktu memandu.

Sebelum ini aku telah catitkan dalam 2 buah entry sebelum ini dengan tajuk yang sama. Berikut aku catitkan kisah yang lain pula.





Kisah ini aku catitkan berdasarkan pengalaman aku memandu dari Johor Bharu ke Kuantan pada tahun 2012 sekitar awal bulan Januari.

Aku masih ingat lagi ia merupakan pengalaman yang amat menarik kerana buat pertama kali aku memandu ke Johor Bharu secara bersendirian dari Kuantan. Selain itu ia juga merupakan peluang untuk aku berehat di hujung minggu setelah berhempas pulas bekerja sepanjang minggu. Al maklum lah bekerja ikut office hour dan ditambah pula dengan kerja sebelah malam dek kerana tempat kerja yang bersaiz kecil tapi terpaksa menampung jumlah pesakit yang kian bertambah. Mujur lah tidak dibuat extension sebelah hujung minggu, kalau tidak sudah tentu patah riuk tulang aku. Bukan lah nak mengadu tetapi beban kerja ni ada had dan batas yang tersendiri. Tak boleh ringan sangat dan tak boleh berat sangat. Lagipun jika ikut had masa bekerja yang ditetapkan oleh pihak NIOSH dan KKM bahawa seorang pekerja had kerja dia paling kurang 8-10 jam sehari dengan kerja dilakukan tidak boleh berterusan melebihi 6 jam berturut turut. Rehat paling minimum setengah jam hingga satu jam. Walaubagaimanapun aku rasa berbaloi kerja daripada jam 8 pagi hingga ke 11 malam dengan waktu rehat jam 1-2 petang dan diikuti jam 5-7 petang. Lagipun ada hikmah kenapa aku sanggup kerja lebih masa. Ini kerana pada tahun 2011 aku telah putus kasih dengan seorang pelajar perubatan di tempat kerja aku. Tatkala aku catit entry ini, dia sudah pun berumahtangga dengan bergelar ibu kepada seorang puteri. Tahniah aku ucapkan kepada dia. Jadi lah isteri solehah dan ibu yang mithali ye wahai Puan Dr Nur-xxxxxx (nama sebenar dirahsiakan).


Bulan Januari 2012, ia masih lagi berada dalam musim tengkujuh. Musim tengkujuh atau secara saintifik menurut pakar meteorologi dipanggil sebagai musim monsoon timur laut bermula seawal bulan Oktober hingga Mac setiap tahun. Namun kesan impak musim monsoon timur laut ini berlaku sekitar akhir bulan November sehingga akhir bulan Januari juga setiap tahun. Ketika musim ini kerap berlaku hujan yang sangat lebat dengan ukuran purata melebihi 250-300 mm yang mengakibatkan banjir di kawasan yang berdekatan dengan sungai dan muara serta kuala. Ditambah pula dengan faktor pertembungan air pasang besar di kawasan pantai mengakibatkan banjir besar di sebelah kawasan kuala dan hilir. Okay lupakan fakta itu sebab korang semua patut baca cerita aku. Hahahaha...

 Memandu di musim tengkujuh ini memang agak mencabar sebenarnya kerana pemanduan menjadi terbatas. Sama ada penglihatan dan kelajuan memandu serta terpaksa menahan kesejukan dalam kereta sewaktu memandu. Paling tak boleh tahan ialah anda terpaksa berhenti di setiap masjid, surau atau stesen pam minyak kerana nak kencing.

Memulakan perjalanan ke Johor Bharu pada hari Sabtu seawal jam 7 pagi sebaik sahaja aku selesai solat Subuh dan mengemas bilik serta mengemaskan pakaian ke dalam beg galas aku. Aku bercuti selama 3 hari iaitu hari minggu Sabtu dan Ahad serta tambah satu hari Isnin. Maka aku tak perlu lah pulang dari sana dalam keadaan tergesa gesa untuk kejar masa kan? Pagi itu hujan masih lagi turun dengan renyai sekurang kurangnya renyai kerana 2 hari sebelum itu hujan turun dengan agak lebat dan kejap kejap tapi secara berterusan. Sebelum memulakan perjalanan ke JB, aku mencari kedai makan untuk mengalas perut di waktu pagi ini. Menetap di kawasan perumahan Indera Mahkota 2 di Kuantan ini bukan lah satu masalah besar nak mencari kedai makan. Cuma yang bermasalahnya ialah bila diri sendiri ini gemar memilih kedai makan mana nak dituju. Kali ini aku tak bercadang nak bersarapan di Kuantan tetapi aku memilih untuk bersarapan di Pekan, Pahang iaitu sewaktu dalam perjalanan ke JB. Sambil memandu, aku memutarkan radio mencari siaran stesen stesen radio yang ada. Ikut kegemaran aku sudah tentu aku pilih THR Gegar FM yang terkenal dengan tag atau slogan "Permata Pantai Timur". Namun kerana musim banjir sudah tentu aku akan cari juga stesen radio kerajaan khusus milik negeri dan aku pilih stesen radio Pahang FM kerana nak mendengar perkembangan terkini kawasan yang dilanda banjir di negeri Pahang ini. Beberapa hari sebelum itu aku dengar kawasan jalan di antara Pekan menghala ke Nenasi juga dalam daerah Pekan telah ditenggelami dengan banjir. Ketika aku memasang siaran radio tersebut kebetulan deejay radio membuat makluman akan perkembangan terkini keadaan banjir di negeri Pahang khusus di Kuantan, Pekan dan Rompin. Alhamdulillah, jalan Pekan - Nenasi telah surut banjir dan semua kenderaan boleh melalui jalan itu. Aku pun rasa gembira lah sebab apa yang aku rancangkan nampaknya berjalan dengan lancar sekali. Sampai di satu kedai makan dekat dengan sebuah sekolah berhampiran Peramu di Pekan, aku pun berhenti untuk mengalas perut yang rancak berkeroncong sejak jam 7 pagi tadi. Jam sudah menunjukkan 7.22 minit. Aku pun apa lagi order la apa yang ada. Yang pasti air milo suam satu dan nasi kerabu lauk ikan goreng sekali dengan keropok keping. Sorry bro and sis, perut aku perut orang Terengganu. Walaupun nasi dagang sinonim dengan Terengganu tapi sebenarnya nasi kerabu lebih popular di kalangan orang Terengganu kena pulak dengan keropok lekor dan keropok keping. Mujur la ada kedai macam ni di Pekan, Pahang tapi aku tak kisah bab makan kat sebelah Pahang ni sebab rata rata orang Pahang ni pun asalnya datang dari Terengganu dan Kelantan khusus yang menetap di daerah Kuantan hingga lah ke Rompin dan menjangkau ke negeri Johor di sebelah pantai Timur. Untuk maklumat sampingan anda semua, orang melayu Terengganu ni dia punya pengaruh dia sampai ke Kepulauan Riau di Indonesia. Slang atau accent pertuturan bahasa Melayu loghat Terengganu seakan akan hampir sama. Okay lah melalut ke situ pulak jom habiskan makan...

 
Berbanding dengan nasi kerabu buatan orang Kelantan. Nasi kerabu orang Terengganu guna nasi putih biasa sahaja. Yang lain lebih kurang sama. Cuma jika anda ternampak ada lauk daging lembu, kerbau atau kambing itu orang zaman sekarang yang buat tambahan atau kelainan sebab the real or the original nasi kerbau tidak ada daging hatta ayam sekali pun. Ia cuma ada lauk ikan goreng sahaja. Satu lagi ialah kena ada budu. Ini wajib selain daripada sambal belacan. Jadi kepada yang tak suka budu tu belajar lah makan budu ye. Tak bodoh pun makan budu. Yang bodoh nya jika banyak buat statement mengarut sampai dapat jadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kemudian korang pilih malaun macam tu jadi ketua korang. Lastly padan muka sebab serba serbi jahanam.
Selesai menjamu selera, aku pun kembali lah meneruskan perjalanan ke JB. Sepanjang perjalanan ke sana, awan sentiasa mendung. Kadang kala hujan rintik rintik, kemudian gerimis. Kadang kala lebat. Yang pasti consistently memang hujan lah. Cuma satu dua tempat sahaja tidak hujan.






Oh lupa aku nak beritahu pasal jalan yang aku lalu ini. Nama jalan ini aku tak tahu lah yang pasti dikenali sebagai jalan Kuantan - JB kerana orang tempatan khusus orang Kuantan hingga lah ke Rompin suka label nama jalan ini. Ya ada betul juga sebab memang jalan ini lah satu satunya jalan pantai dari arah Pantai Timur turun menghala ke JB menyelusuri laluan pantai. Laluan pantai yang sebenarnya hanya lah dari Kuantan hingga ke Mersing sahaja. Setelah dari Mersing, anda cuma melalui jalan yang berdekatan dengan kawasan estet getah dan kelapa sawit serta beberapa buah pekan kecil hingga lah ke simpang lampu isyarat menghala ke Kota Tinggi dan pantai Desaru. Seterusnya anda akan menempuhi satu bandar di Ulu Tiram sebelum memasuki bandaraya Johor Bharu.
Menggunakan jalan Kuantan-JB melalui Pekan dan Mersing. Tempoh perjalanan agak pendek sedikit berbanding memilih jalan Kuantan-Muadzam Shah-Segamat-JB. Itu pun nampak pendek sebab sampai di Ayer Hitam di Kluang, Johor kena masuk highway PLUS menghala ke JB atau paling dekat lah masuk highway PLUS guna exit Yong Peng menghala ke JB sebab exit PLUS di Yong Peng ada 2. Satu untuk ke JB dan satu lagi ke KL. Jadi jangan salah pilih pulak ye.

Okay lah nak jadi cerita, aku sampai di JB pada hari Sabtu hampir jam 2 petang dek kerana hujan lah. Kalau tak hujan dan jalan pula line clear aku yakin dapat sampai di JB seawal jam 12 tengahari. Sampai di sana aku memilih Hotel Seri Malaysia Johor Bharu yang terletak tak jauh dari stesen bas Larkin. Lebih kurang 10 minit jalan kaki dari stesen bas ke Hotel Seri Malaysia JB. Selepas check in, aku lebih banyak berehat di petang hari. Sebelah malam pula, aku meronda sekitar bandaraya JB termasuk lah Danga Bay. Pergh ramai betul orang dan boleh tahan jugak bau kat Danga Bay. Mungkin kerana hasil buangan perindustrian yang masuk ke kawasan Selat Tebrau yang memungkinkan bau yang sedikit kurang menyenangkan. Baru aku teringat, sebut pasal Selat Tebrau ni kan..dulu sekitar tahun 1998-1999 ada satu kisah pasal satu spesis mamalia hampir pupus yang dipanggil dugong. Ramai orang panggil ia sebagai ikan dugong tapi tak boleh dilabelkan sebagai ikan kerana spesis mamalia tiada sisik, tiada insang dan berdarah panas. Punya lah famous sampai masuk dalam rancangan dokumentari tempatan iaitu Majalah Tiga di TV3 dulu.



Video yang aku kepil tu bukan lah daripada rancangan Majalah Tiga tapi daripada video YouTube orang luar. Tapi nak cerita nyer lebih kurang macam tu lah dugong yang pernah ditemui di kawasan Selat Tebrau di Johor pada masa itu. Mungkin orang di sekitar Selat Tebrau dan Singapura pada zaman dulu kerap salah tafsir bahawa yang mereka dakwa sebagai ikan duyong itu sebenarnya ialah dugong. Ya ini benar kerana ramai orang Laut (panggilan popular untuk masyarakat Melayu yang tinggal dekat kawasan pantai dan bekerja di laut dan pantai) kerap kali mendakwa nampak ikan duyong sampai tercatat dalam beberapa tulisan sejarah Melayu lama. Spesis dugong ini tersenarai dalam endangered species dan menghampiri ke arah extinction atau kepupusan. Selain di Selat Tebrau, mamalia dugong ini juga turut ditemui di sekitar perairan Pulau Langkawi, Kepulauan Riau, dan sekitar kawasan laut cetek di Selat Melaka. Selain itu ia juga turut ditemui di kawasan benua Australia dan mendiami juga di kawasan perairan cetek yang kebanyakkan perairan cetek ini memang banyak dengan tumbuhan tumbuhan laut yang menjadi makanan dugong.

Okay lah pendekkan lagi cerita, hari kedua di JB iaitu hari Ahad. Oh aku lupa nak beritahu awal awal tadi masa aku check in. Actually aku menginap selama satu malam sahaja ye. Hari ahad ini merupakan hari terakhir aku di JB. Kejap benar ye aku bersantai huhuhu...Namun demikian, aku cuma check out tepat jam 12 tengahari which means after I woke up, aku just buat simple exercise seperti berjoging sekitar Hotel Seri Malaysia JB ini. Kemudian bersarapan tapi bila sebut sarapan di hotel khususnya di Hotel Seri Malaysia ini jangan ingat mewah sangat. Hidangan sarapan agak ringkas cuma kuantiti dan pilihan agak banyak. Ada pelbagai jenis cereals seperti Cornflakes, Coco crunch. Ada roti dan roti ini disertakan dengan sapuan marjerin, jem buah buahan atau kaya bahkan madu pun ada serta diberikan satu mesin pembakar roti / bread toaster jika anda suka bakar roti ini. Kemudian ada juga makanan tradisional orang Melayu kita seperti nasi lemak, nasi goreng, lempeng, dan mee goreng. Terdapat juga pilihan salad dan sayuran yang ringkas. Kuih agar agar dan juga pancake. Nak list down semua tak larat aku cuma nak beritahu kalau anda semua pergi ke Hotel Seri Malaysia tak kira lah di mana sahaja asalkan dalam Malaysia memang macam tu lah hidangan pagi yang disediakan. Anyway kena ingat ye, sarapan cuma bermula seawal jam 7 pagi sehingga 10.30 pagi sahaja. Kalau lambat aisey men melepas ye, kena makan kat luar. Jangan lupa kena beri kupon sarapan yang biasa diberikan semasa kita check in hotel. Untuk hari Ahad ini aku pergi meneroka di JPO (Johor Premium Outlet) memang famous beb khusus bagi mereka yang kaki bershopping especially women. Jadi nak nasihatkan korang khusus yang ada girlfriend, fiancee dan wife. Sila pastikan wallet anda dalam keadaan sihat sempurna. Jika pakai kad kredit pastikan anda mampu untuk bayar bil kad kredit nanti kerana pelbagai macam barangan ada dijual di sini khusus untuk wanita samada pakaian, kasut, hand beg, wallet untuk perempuan, jewelleries dan pelbagai lagi. Orang perempuan faham faham ajer lah pantang nampak semua tu. Cuba lah ajak diorang berjalan di kedai aksesori kereta atau workshop kereta confirm keras diam membatu. Aku tak ambil apa apa gambar sepanjang berada di JB kerana kehabisan bateri kamera compact Olympus VHR 210 aku. Kebetulan pula aku lupa nak bawa charger sebab aku tertinggal semasa sedang berkemas sebelum bertolak ke JB. Well padan muka aku.

Sedar tidak sedar, punya lah syok lagi preoccupied berjalan meneroka seluruh JPO dan juga sambil tu mencari kedai makan serta surau untuk bersolat. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Alamakss... ikut pelan balik aku sepatutnya jam 5 petang, ini sudah terlewat satu jam. Maka aku pun terpaksa skip pelan nak cari masjid atau stesen pam minyak yang ada kemudahan bilik mandi untuk mandi. Instead aku pilih untuk terus pulang ke Kuantan. Kenapa nak balik Kuantan? Kan tadi kata hari Isnin cuti. Oh ya, hari Isnin aku ada program sendiri di Kemaman maka sebab itu lah aku nak balik ke Kuantan supaya ada lah sikit masa untuk berehat. Sebenarnya aku juga tersilap membuat perancangan sebab aku lupa yang hari Ahad ni di JB situasi jalanraya agak sibuk. Sekali lagi juga aku silap memilih jalan dengan aku menggunakan jalan yang tak pernah aku guna. Lantas apa lagi bak kata orang Kelate make buoh langsat la..which means I am lost my way back to Kuantan. However, I was so lucky sebab jalan yang tidak pernah aku guna itu tiada banyak kenderaan lalu lalang cuma kiri dan kanan tepi jalan hanya lah estet kelapa sawit sahaja. Sedar tak sedar akhirnya aku bertemu dengan satu simpang lampu isyarat yang berdekatan di antara Ulu Tiram dan Kota Tinggi. Namun waktu sudah pun senja dan jam pula menunjukkan 7.10 malam. Memandu dalam keadaan tak mandi walaupun tak berpeluh dan pasang aircond dalam kereta memang satu keadaan yang amat tak selesa sebenarnya. Maka aku pun berinisiatif mencari apa jua stesen pam minyak atau masjid yang ada kemudahan tempat mandi. Alhamdulillah I found one near the outskirt of the Kota Tinggi road. Kebetulan sedap aku mandi tu, azan Maghrib berkumandang dan selepas selesai mandi aku pun berwuduk untuk menunaikan solat fardhu Maghrib. Tatkala menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah baru aku teringat yang aku ni sebenarnya bermusafir tetapi dek kerana sudah pun berada dalam solat berjemaah dan jadi makmum aku pun teruskan ajer lah sampai habis. Selesai solat maghrib aku pun kembali menyambung pemanduan hingga lah sampai waktu Isyak dan sekali lagi aku mencari surau atau masjid. Kali ini aku bersolat di satu kawasan tak jauh dari bandar Mersing. Selesai solat Isyak, jam menunjukkan 9 malam dan kebetulan pula hujan turun dengan lebat.

 Ketika hujan mula turun, ia tidak lah berapa lebat sangat. Jadi aku mengambil keputusan untuk meneruskan pemanduan ke Kuantan. Namun apa yang aku sangka iaitu hujan tidak lebat meleset. Tidak sampai 10 minit memandu di jalan Mersing ni, hujan turun makin lama makin lebat hinggakan aku sukar untuk melihat apa yang ada di depan kereta aku at least pada jarak hanya 10 meter sahaja. This indicated that the rain was so damn heavy. Hinggakan aku sendiri terpaksa menguatkan volume speaker radio aku kerana tidak dapat dengar apa yang disampaikan oleh deejay radio. Namun sekali lagi aku bertuah kerana  aku terjumpa satu kawasan berupa seperti sebuah office yang aku rasa ia merupakan samada pejabat estet atau mungkin juga pejabat perhutanan. Maka aku pun berhenti lah di depan pintu pagar di tepi jalan walaupun pintu pagarnya agak terbuka. Tunggu punya tunggu alahai perut pulak tiba menyanyi lagu keroncong. Jam kat tangan aku lihat baru je jam 10.00 malam. Hujan lebat dan lama macam ni berpotensi untuk banjir di kawasan rendah tapi mujur lah kawasan ini agak tinggi. Dengan berani dan perlahan lahan, aku meninggalkan kawasan office tadi untuk menuju ke destinasi sasaran aku untuk makan iaitu Medan Selera di Tanjung Gemok kat Rompin selepas sempadan Johor dan Pahang. Dalam perjalanan itu, hujan masih lagi lebat cuma yang agak seriau atau seram ialah apabila muncul kenderaan yang lalu bertentangan dengan kereta aku tapi diorang pasang lampu tinggi. Sebab bila mereka pasang lampu tinggi, penglihatan aku makin bertambah terbatas. Nak tak nak terpaksa aku perlahankan lagi kelajuan memandu. Kelajuan memandu normal waktu hujan bagi aku sekitar 60-70 km/j. Tapi bila ada gangguan sebegitu terpaksa lah memandu kepada kelajuan tidak lebih 50 km/j. Di kiri dan kanan jalan pula daripada kawasan estet getah dan kelapa sawit kini berganti dengan kawasan hutan yang tidak berpenghuni. Tiada satu pun lampu tepi jalan apatah lagi nak harapkan lampu lampu dari rumah rumah yang berdekatan. Yang ada pun ialah light reflection yang terpantul daripada light reflectors yang dipasang pada permukaan jalan dan tepi jalan. Memandu perlahan ini memang memakan masa yang lama. Sampai satu tempat tak silap aku ia kawasan hutan simpan di antara Mersing dan Endau (maaf aku lupa apa nama hutan itu). Aku nampak sebuah lori treler yang sarat dengan muatan. Aku tak pasti apakah muatan yang dibawa cuma yang pasti ialah lori treler itu dipandu sangat lah perlahan. Pada masa sama aku juga tidak berani memintas lori itu kerana berada di laluan berselekoh. Walaupun lorong jalan ini dibuat 4 lanes (2 hala ke JB dan 2 hala ke Kuantan) namun aku masih lagi teragak agak untuk memotong kerana bimbang jika memotong nanti takut ada kenderaan dari arah bertentangan. Lagipun hujan masih lagi agak lebat dan kadang kala diikuti oleh tiupan angin kencang kerana aku dapat lihat tiupan angin itu mengakibatkan pergerakan corak hujan yang turun agak senget dan ternampak juga serpihan ranting dan dahan kayu jatuh di tepi kiri dan kanan jalan.

 Sekali lagi aku melihat jam tangan aku. Sudah menunjukkan jam 10.40 malam dan aku masih lagi mengekori di belakang lori treler ini. Berada di belakang lori treler ini bukan lah satu perkara yang seronok mahupun selamat. Sama sekali tidak, kerana apabila hujan kereta atau motor yang berada di belakang lori treler akan terkena tempias hujan dan percikan air daripada tayar tayar lori treler itu hinggakan sukar untuk melihat dengan jelas. Namun apa yang aku boleh buat? Nak memintas tak berapa berani. Nak beri isyarat lampu tinggi rasanya mungkin nampak dan mungkin tidak dek kerana hujan lebat. Jadi aku pun kekal kan lah pemanduan ini dan memilih untuk mengekori belakang lori trailer ini hingga sampai ke destinasi yang dituju. Ye ke boleh bertahan? Hahaha memang tak lah...ketika sedang memandu entah kenapa aku dengan begitu berani sekali (tak pasti kenapa aku jadi berani) aku bertindak nekad memintas lori trailer ini walaupun hujan masih lagi lebat dan jalan yang dilalui ini masih lagi dalam kawasan berselekoh. Yes, alhamdulillah got you lori trailer hahaha...tanda puas hati dapat memintas lori trailer tadi. Tidak lama selepas itu, entah mengapa lori trailer tadi menyalakan lampu tinggi (high beam) ke arah aku. Berbeza dengan berdepan dengan high beam secara bertentangan memberi sedikit kemudahan sebab korang tak perlu nak nyalakan lampu tinggi. Cuma yang tak sedapnya ialah bila high beam datang dari arah belakang dan kena pulak kat side mirrors dan back mirror maka cahaya terpantul menerangi ruang dalam kereta. Put in a simple word, masih lagi mengganggu lah pemanduan tu. Kali ni aku pecut dengan harapan bila jauh dari lori tu nanti takde lah mata rasa silau.

 Oh rupanya tindakan aku itu hampir membawa padah kepada aku. Tatkala aku sedang 'enak' menekan pedal accelerator / pedal minyak kereta aku terlupa untuk memasang high beam pada kereta aku. Mujur lah naluri aku pantas mengesyaki yang aku bukan berada di laluan yang betul. Ya memang betul, rupa rupanya aku tersasar kerana aku lihat tiada garisan putih putus putus dan garisan putih panjang tepi jalan tu tetiba jadi garisan lurus merentangi di depan aku. Srettttt!!!! kuat bunyi brek aku tekan. Aku tekan sekuat hati kerana jalan licin, merasa jugak lah membrek secara ala KL Drift atau Tokyo Drift. Bila keadaan kembali tenang, aku lihat di belakang seat aku dah jadi macam tongkang pechah. Untuk makluman korang semua, jika aku pergi melancong atau mengembara bersendirian dengan kereta, aku tak suka letakkan barang pakaian,beg komputer laptop dan lain lain barang aku ke dalam bonet kereta. Jadi memang berterabur habis semua barang. Mujur lah aku tak membawa makanan atau minuman yang terbuka bungkusan. Kalau tak lagi haru jadi nye. Hujan di luar masih lagi lebat dan aku ambil keputusan untuk keluar dari kereta untuk memeriksa keadaan luaran kereta aku. Setelah memeriksa sekeliling kereta selama 20 minit secara teliti (bab kereta, kamera, rc tank, gajet elektronik, mesin X-ray, teknik pengimejan dan dokumentasi memang aku periksa dengan teliti. Jadi jika ada yang suka cari pasal dengan aku memang nahas aku kerjakan jika dapat tahu siapa yang mereka cipta dan menokok tambah isu) sambil berbekalkan sebuah lampu picit LED berkapasiti 50 Watt, aku set kan FOV lampu kepada zoom out supaya lebih luas cahaya dipancarkan dan akhirnya aku dapati tiada sebarang defect dan impact perlanggaran dengan apa jua objek. Cuma yang pasti jarak kereta aku dengan divider tepi jalan kurang daripada beberapa centimeter sahaja which mean it looks like my car is cheating its 'death'. Tanpa membuang masa aku kembali semula ke dalam kereta dalam keadaan basah kuyup sebab masa aku keluar tadi aku tak pakai payung daa...Lagi menghairkankan semasa 20 minit aku periksa kereta aku tadi satu buah kereta dan lori serta bas pun tak lalu. Motorsikal lagi lah takde. Yang pasti sekitar kawasan ini penuh dengan ladang kelapa sawit. Sekali sekala ruang udara diterangi dengan kilat tapi bunyi guruh pula agak jauh. Sebelum menyambung semula pemanduan, sekali lagi aku melihat pada jam tangan aku dan ia sudah pun jam 11.32 malam.

 Tatkala aku kembali semula memasuki laluan ke Endau dan kali ini aku pasang high beam dan aku juga tak peduli jika ada pemandu bertentangan yang mungkin atau memang rasa bengang nanti. Aku rasa lebih baik kekalkan lampu high beam ni daripada asyik kejap on dan off. 10 minit kemudian, aku melihat di cermin sisi aku dan aku dapati lori trailer yang memintas aku tadi kini berada di belakang aku sekitar 50-60 meter. Cuma yang menghairankan aku ialah apa pasal drebar lori tu asyik nyalakan high beam kat kereta aku secara berkelip kelip walhal tiada satu pun kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Budaya orang Malaysia ni kalau ada road block held by JPJ, polis traffic hatta military sekalipun sesiapa yang sudah melepasi road block tersebut apabila ada kenderaan bertentang bergerak menghala ke arah road block itu maka drebar itu akan nyalakan high beam secara berkelip kelip sebagai tanda isyarat ada road block di depan. Namun untuk kali ini aku rasa agak aneh. Dalam minda, aku menjadi serba salah dan sesekali mari juga perasaan bimbang dan takut. Ye lah kan, kita mana tahu apa tujuan dan niat driver lori berbuat begitu. Dibuatnya mahu samun aku tak ke naya?!

 Aku sudah decide walaupun hujan kian lebat mencurah curah, aku ambil keputusan drastik tanpa memikirkan sama sekali keselamatan diri sendiri. Aku bertindak menekan pedal minyak kereta. Daripada jarum speedometer 60-65km/j terus naik mencanak kepada 110 km/j dalam masa 3-4 minit. Aku dah tak peduli apa lagi asalkan aku selamat daripada gangguan kelipang high beam lori trailer itu. Sedar tak sedar 10 minit kemudian aku nampak kelipan lampu jalan yang terang benderang. Oh aku sudah hampir memasuki bandar Endau (maaf pekan Endau sebenarnya). Apa lagi makin kuat aku tekan pedal minyak aku. It is like a relief tahu tak? Kemudian aku pun terus lah berhenti kat satu kedai makan sebaika sahaja melepasi jambatan Sungai Endau. Tak jauh pun kedai makan tu. Betul betul selepas turun dari jambatan sebelah kiri. Ada simpang, masuk kat simpang tu. Dekat dengan satu menara jam gergasi tapi aku tak sure jam nyer okay ke tak.

Sekadar gambar hiasan.
Sebelum turun dari kereta untuk serbu ke kedai makan. Aku lihat jam sudah pun dekat dengan 12 tengah malam. Kebetulan perut aku berkeroncong, aishh tadi tak pulak keroncong masa pecut. Ye lah dalam situasi kecemasan, manusia biasanya akan buat tindakan yang di luar kemampuan diri dia yang sebenar. Sebab itu lah orang yang tak pernah sepak terajang pintu kereta sampai kemek kalau time kecemasan usahkan kemek, silap silap pintu kereta pun tercabut dibuatnya.

Di sini hujan sudah reda sedikit, yang ada hanya lah gerimis. Kebetulan tokey kedai makan ni pasang lagu Gerimis Mengundang yang dinyanyikan oleh Zamani Slam. Jiwang karat betul lah tokey kedai ni. Tak sempat punggung nak sentuh kerusi, ada seorang perempuan yang agak manis mukanya datang kepada aku. Dia tanya nak makan apa. Oh waiter rupa nyer..okay lah aku cakap kat dia yang aku nak nasi goreng pataya dan air kopi Radix panas satu dan air suam satu. Kemudian si adik manis itu berlalu, nampak usia sekitar belasan tahun. Mungkin tolong bisnes mak bapak dia kot. Cuma harapnya lain kali dia kena tahu untuk jaga aurat pemakaian. Walaupun takde lah seksi mana tapi aku boleh nampak dengan jelas apa yang dia pakai kat dalam. Ish ish jahat sungguh mata aku ni. Astaghfirullahal azim....

Nasi Goreng Patayya. tapi ini gambar hiasa sahaja sebab yang aku makan malam tu timun cuma ada sehiris je itu pun halus je. Sos cili pulak macam nak tak nak je dituang.


Tak sampai 10 minit, menu yang aku pesan tadi sudah sampai. Apa lagi bai, aku pun melantak lah. Lapar sangat sebab pecut kereta tak ingat ke diri. Ketika syok aku makan, tetiba....datang lah lori trailer yang suluh kat aku tadi. Dalam hati aku kata alamak...tapi pada masa yang sama aku harap dia tak perasan sebab aku dah parking kereta aku sedikit jauh dari kedai makan ni dan di kawasan yang gelap. Namun pada masa yang sama aku terfikir juga. Eh aku bukan lah buat salah apa pun. Diorang bukannya polis. Then kalau diorang jahat sekali pun takkan nak buat onar kat kawasan terbuka macam ni. Ye lah sebab masa aku makan tu bukan aku sorang aje tapi ada lah jugak 10-12 orang lagi yang sedang rancak sembang dan makan. Then lagi satu, diorang si driver dan co driver trailer tu mana cam muka aku. Oleh sebab itu, aku pun makan dan tak layan apa yang berlaku sekeliling aku. Hampir setengah jam berlalu dan perut pun kenyang maka sudah sampai masa nak kembali semula bergerak ke Kuantan. Jam pun sudah menunjukkan 12.30 am. Suhu malam ni pula agak sejuk. Lupa pulak nak pakai sweater. Sebaik aku menghidupkan enjin kereta aku dan bergerak ke arah jalan besar. Tetiba aku disapa oleh orang yang tak dikenali yang entah dari mana muncul. Sebab masa tu aku buka tingkap kereta agak luas baik sebelah pemandu dan co-driver seat. Dia muncul di simpang kat jalan besar. Dia angkat tangan dan tanya kat aku. Tadi you ada drive laju ke? tanya dia. Errr ye tapi encik ni siapa? soal aku. Dia explain lagi..itu tadi saya lihat ada macam benda terbang atas kereta you. Itu pasal lah saya kasi lampu high beam banyak kali. Tergamam aku seketika, aku pun dengan perasaan seram nyer tengok jugak lah apa yang ada atas bumbung kereta aku. Si uncle berbangsa Tamil tu tambah lagi, eh you tak payah check la..itu tadi masa you drive lah. Sekarang tak ada. Aku pun masa tu sudah rasa agak cuak..dalam keadaan serba salah nak terus ke Kuantan ke tidak. Then aku terpandang di depan aku seberang jalan tertera papan tanda Hotel Seri Malaysia Rompin.
 

Hotel Seri Malaysia cawangan Rompin. Ni gambar aku ambil daripada website TripAdvisor.

Then aku check kat wallet..ada lebih kurang RM500. So aku say thank you kat uncle tu. Then nak cross lah jalan nak ke hotel tu. Dengan tetiba sekelip mata, uncle yang tegur aku tadi tu sudah hilang. Maka bertambah lah rasa cuak. Aku pun dengan segera terus cross jalan ke Hotel Seri Malaysia Rompin. Keluar dari kereta, aku ambil beg pakaian dan beg laptop sahaja terus aku ke kaunter check-in/out. Mujur lah ada orang kat kaunter tu sebab aku dah rasa cuak semacam. Risau jugak kot orang kat kaunter tu pun macam uncle tu tadi. hehehe...seriau weh. Mujur dapat bilik aras ground floor betul betul setentang dengan lobi dan kaunter hotel. So takde masalah lah jika berlaku apa apa kecemasan dan keperluan nanti. Sepanjang aku menginap tanpa dirancang di bilik Hotel Seri Malaysia Rompin tiada apa apa gangguan berlaku. Lagipun sebab aku ni jenis rasa seram / cuak kejap je lepas tu hilang lah. Tak macam orang lain. Bangun keesokan pagi, selepas bersarapan aku terus pulang ke Kuantan. Sampai di Kuantan waktu tengahari dan sambung driving ke Kemaman untuk attend aktiviti aku. So far tiada apa apa mistik / misteri yang berlaku cuma rasa seriau dan meremang bulu roma tu tetap ada lah jika teringat hal itu.

Pengajaran yang aku dapat daripada kisah ini ialah:-

  1. Kena rancang dan teliti dulu sebelum memulakan perjalanan, apa barang yang nak dibawa, duit cukup ke tak, keadaan kereta okay ke tak dan lain lain lagi.
  2. Jangan sesekali underestimate apa yang bakal berlaku semasa memandu. Sentiasa kena ada rasa waspada dan bersedia untuk hadapi kemungkinan tak terjangka.
  3. Mengembara pada waktu cuaca yang elok dan kesihatan yang baik serta condition kenderaan yang baik.
  4. Jangan ikut hati dan perasaan semasa memandu.
  5. Kena alas perut sebelum memulakan perjalanan tapi jangan berlebih lebihan.
  6.  Jangan tinggalkan solat, jangan lupa mengaji al quran dan zikir. Amalkan bacaan ayat ayat suci Al quran untuk pedinding diri kita daripada gangguan syaitan dan jin yang jahat.
Okay lah itu sahaja yang aku nak cerita dan kongsikan kat korang semua. Next time, next entry, different stories and experiences. Wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan