Sabtu, 6 Februari 2016

Permainan battle tank online.

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

Jam sudah menunjukkan 2.48 pagi dan aku masih tak lelap lagi walaupun sudah satu gelas susu pekat tanpa gula (susu tepung Anlene bukan susu pekat manis, susu sejat dan apatah lagi susu badan mahupun susu segar lembu atau kambing hahahaha...) Bukan apa bai sebab orang kata kalau minum susu pekat tanpa gula panas panas atau suam waktu malam ni dia bagus untuk minda kita. Mudah nak lelap lah. Selain itu ia juga bagus bagi mereka yang mempunyai masalah gastritis, GERD dan lain lain berkaitan perut dan usus sebab susu pekat tanpa gula dia rasa pahit sikit tau...which means ada elemen alkali bila masuk ke dalam perut kita yang sentiasa berasid ni maka ia meneutralkan sebahagian asid dan menjadikan perut kita tidak terlalu pekat kadar asid yang mana boleh membahayakan kulit perut kita. Wah dah macam doktor pakar diet lah pulak. Anyway kita lupakan bab itu ye.

Kali ini entry aku agak santai dan relek sikit. Cuma ia sesuai bagi mereka yang suka permainan dalam atas talian. Bahasa mudah multiplayer online games dalam android, tablet, iphone atau apa jua gajet elektronik yang boleh download kesemua apps yang ada dalam google playstore atau apple store.

Permainan yang menjadi kegemaran aku ialah"-

1. World of Tanks Blitz (WoT Blitz)



2. Armored Aces.



Sebelum aku nak explain lebih lanjut apa bagus sangat main game macam ni. Berikut aku nak beritahu dulu ya khusus kepada para pemain dan peminat WoT Blitz dan Armored Aces. Dalam WoT Blitz aku guna nama username email aku nasrimakarov. Manakala dalam Armored Aces pula aku guna nickname tadaba. Jadi jika korang main nanti ternampak nama nama macam tu, hahaha itu lah aku.

Firstly we go to the WoT Blitz:

Okay sebenarnya WoT Blitz adalah kesinambungan permainan pertempuran kereta kebal dalam talian yang asalnya dimainkan dalam komputer yang ada talian internet tak kisah lah desktop ker, laptop ke. Memandangkan zaman sekarang ni lebih ramai manusia menggunakan gajet dalam tangan yang mudah dibawa ke mana sahaja iaitu telefon bimbit pintar a.k.a smartphone yang mana dipanggil sebagai android, iphone, tablet dan pelbagai lagi. Maka pihak pereka WoT ni telah memutuskan untuk mengadakan satu versi khusus untuk pemilik pemilik gajet ini dalam gajet mereka. Maka muncul lah WoT Blitz ini. Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana ia muncul, siapa yang reka, asal mana game ini..aku sarankan korang jangan malas. Sila baca attachment link website yang telah aku letak kat sini. Siapa yang malas membaca rugi lah dia.



Untuk bermain dalam WoT ini samada versi PC atau Blitz (android), anda perlu memiliki salah satu perkara ini iaitu email address atau akaun laman sosial anda kerana permainan ini akan aktif dengan sendiri setelah anda mendaftar menggunakan salah satu daripada syarat ini. Digalakkan untuk mereka yang baru nak bermain permainan ini, guna akaun laman sosial anda kerana ia lebih mudah berbanding menggunakan email address anda. Bagi yang mahu menggunakan email address, hanya google mail atau gmail sahaja diterima pakai. Bukan yahoo.com, hotmail.com, bing ke ape ke yang tu tak valid bagi region Asia kerana dalam WoT Blitz ni ada 3 jenis region (wilayah / kawasan) iaitu Asia, North America dan Europe. Maka untuk kita orang Malaysia ni kena select region Asia. Anda harus kena ingat permainan ini ialah bersifat multiplayer online. Ini bermakna anda kena pastikan talian internet anda sama ada menggunakan data pakej atau WiFi mesti dalam keadaan baik dan tiada sebarang gangguan. Sudah tentu bila bermain, bukan anda seorang sahaja tau. Anda sebenarnya bermain dengan pemain pemain dari seluruh dunia. Anda akan jumpa pelbagai macam nama nama pemain yang bermain dalam WoT Blitz ini samada ia datang dari Malaysia sendiri mahupun luar negara. Selain itu, dalam permainan WoT Blitz ini anda diberi pilihan untuk menggunakan item kereta kebal yang sedia ada atau memilih kereta kebal Premium. Jika anda ingin menggunakan item kereta kebal yang sedia ada, kerja agak berat sikit sebab nilai kredit dan experience ditetapkan selepas anda bertempur. Sama ada anda menang atau kalah itu tidak penting. Yang penting ialah setiap kali anda menembak ke arah musuh. Jika terkena pada bahagian badan kereta kebal musuh, anda dapat score dalam bentuk kredit coins. Jika tersasar, nilai kredit coins yang sedia ada dalam akaun anda akan terpotong dan mempengaruhi pula nlai kutipan experience. Jika anda berjaya memusnahkan sebuah kereta kebal musuh atau lebih maka lebih banyak kutipan kredit coins dan experience dapat diperolehi. Berbanding dengan memilih kereta kebal Premium. Untuk itu, anda harus kena bayar kepada pihak WoT Blitz secara atas talian. Bagi mereka yang ada kad kredit Master Card atau Visa sudah tentu untung sebab dapat terus beli secara online. Namun harus diingatkan bahawa ia masih tetap ada caj caj terselindung. Nilai setiap sebuah item kereta kebal dalam WoT Blitz ini serendah RM8 hingga lah mencecah RM100 lebih. Jadi berhati hati lah jika mahu menggunakan kad kredit untuk hal permainan. Tapi nasihat aku tak usah lah. Tak mencabar skills dan strategi korang langsung. Pilihan items kereta kebal memang banyak dalam WoT Blitz ini. Bermula dengan model model kereta kebal pra Perang Dunia Kedua hingga lah kereta kebal modern yang terkini. Setiap sebuah item kereta kebal ini boleh dinaiktarafkan oleh pemain mengikut citarasa pemahaman masing masing. Cuma nak ajar sikit bab nak pilih item peluru dan lapisan armor. Peluru yang sedia ada kesemuanya ialah Armored Piercing cuma ada pilihan daripada segi saiz kaliber. Selain itu juga terdapat High Explosive Anti Tank, yang mana peluru jenis ini juga mampu memberi kesan tembakan kuat terhadap sasaran namun kena tembak sasaran pada jarak yang dekat berbanding AP. Lapisan armor untuk diupgrade pula terdapat dalam bahagian consumable / equipment. Namun kena pastikan nilai kredit coins mencukupi untuk membuat kerja upgrade.

Boleh dimainkan dalam android atau iphone atau tablet yang ada android software.

Sebelum nak main, pastikan pilih mana satu akaun mana yang nak digunakan. Samada menggunakan akaun laman sosial atau akaun alamat email sendiri.

Salah satu babak aksi pertempuran dalam talian. Ini mungkin versi awal WoT Blitz pada akhir tahun 2014 lalu.
Berikut yang masih berada dalam garage items kereta kebal aku ialah:-







Semuanya model light dan medium tanks (kereta kebal ringan dan sederhana) zaman Perang Dunia Kedua seperti Panzer II, Panzer III, Panzer IV A, Type 97 Chi Ha, Type 95 Ha Go, Chi Ni, T-46 dan Valentine II. Asalnya ada juga model kereta kebal pra Perang Dunia Kedua tapi aku dah sell out. Kebetulan hampir sebulan aku main game ini, jadi banyak jugak lah collect credit coins dan experience. Lepas tu aku pun purchase item tanks yang baru dan tak kurang juga upgrade model kereta kebal yang sedia ada. Oh lupa nak tambah, items kereta kebal dalam WoT Blitz ini diambil dari negara negara Britain, Amerika Syarikat, Jepun, dan Jerman serta Soviet Union / Russia.

Video YouTube yang aku kongsi ni bukan hak milik aku tapi diambil daripada salah seorang pemilik akaun YouTube yang juga pernah bermain WoT Blitz dan kebetulan ada model yang sama dengan aku iaitu Valentine II medium tank Tier IV special.

Lupa pulak nak mention, setiap pemilihan item kereta kebal ada Tier group tertentu bermula Tier 1 hingga lah Tier 20 ke atas. Biasanya kereta kebal pra Perang Dunia Kedua dan Perang Dunia Kedua berada dalam Tier 1-9. Selebihnya pula ialah group kereta kebal pasca Perang Dunia Kedua dan zaman Perang Dingin. Nilai setiap kereta kebal dan Tier ni bila naik satu tahap ke satu tahap akan jadi makin mahal. Kalau pakai Premium pulak kena bayar kredit la..macam yang aku sebut tadi.

Okay lah, sekarang masuk pula ke satu lagi permainan multiplayer tank online 3D yang kedua iaitu

ARMORED ACES.


Berbanding WoT Blitz, permainan Armored Aces ni agak mudah sikit lah. Tak leceh seperti WoT Blitz sebab tak perlu nak register email ke ape ke termasuk lah akaun media sosial seperti Facebook.

Nak tahu maklumat lebih lanjut boleh layari website ini http://armored-aces.wikia.com/wiki/Armored_Aces_Wiki

Cara nak download game ini mudah saja iaitu jika anda guna Android atau Iphone cuma layari Playstore (Android) atau Applestore (Iphone). Taipkan Armored Aces dan walla...terus aje download. Untuk makluman tambahan proses download mengambil masa bergantung kepada tahap kelajuan connection Internet dan storage dalam smartphone anda. Makin laju rate of speed internet connection dan besar storage makin cepat lah masa nak download. Yang aku punya ambil masa hampir 20 minit hehehe...

Mula mula bermain permainan ini anda akan diberi 2 pilihan utama iaitu nak bermain guna kereta kebal zaman Perang Dunia Kedua atau zaman Perang Dingin /pasca Perang Dingin. Dalam erti kata lain main guna kereta kebal lama atau yang moden. Berbeza dengan WoT Blitz, mula mula main aje dah kena guna kereta kebal lama. Dalam Armored Aces ni, anda boleh pilih nak kereta kebal jenis apa yang nak main.

Jika dalam WoT Blitz, ada kira kira 5 buah negara bagi items kereta kebal. Dalam Armored Aces ni pula cuma ada 4 buah negara sahaja untuk WW2 tanks. Cuma bagi Armored Aces ni bagi WW2 tanks ada beberapa kelainan iaitu kita boleh pilih nak guna Tank Destroyers (cuma available jika pilih Jerman), boleh pilih untuk guna experimental battle tanks, dan juga boleh pilih kereta kebal yang pernah digunakan oleh legenda komander kereta kebal yang terkenal semasa Perang Dunia Kedua dulu. Yang paling terkenal dan digeruni ialah Michael Wittman yang merupakan top ace komander kereta kebal pasukan tentera Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Beliau menggunakan kereta kebal Tiger 1. 

Michael Wittmann.

Ini lah kereta kebal dalam kategori Ace yang ada dalam Armored Aces. Diabadikan untuk mengenang komander kereta kebal Tiger 1 mendiang Michael Wittmann. Nak dapatkan kereta kebal Ace ini anda kena purchase online by using card credit. Untuk semua jenis kereta kebal Ace memang kena purchase online. Credit coins korang sampai berbillion sekalipun tak boleh mampu nak purchase kereta kebal Ace ni.

Mendiang Michael Wittmann bersama dengan anggota krew kereta kebal Tiger 1 beliau sewaktu masih hidup berada di kawasan operasi sekitar wilayah Ukraine.

Kereta kebal Tiger 1 yang digunakan oleh mendian Michael Wittmann yang musnah setelah dibedil oleh kereta kebal British Sherman Firefly.

Kubur mendiang Michael Wittmann.
Menurut sejarah secara ringkas, Major. Michael Wittmann  mula berkhidmat dalam tentera Nazi Jerman seawal tahun 1936. Menyandang pangkat Sarjan ketika awal karier dalam pasukan Panzer (kereta kebal) Nazi Jerman. Mula terkenal dalam kalangan pasukan tentera Nazi Jerman setelah menewaskan pasukan tentera kereta kebal Soviet Union ketika pertempuran di wilayah Russia pada tahun 1942-1943 dengan berjaya memusnahkan hampir 10 buah kereta kebal Soviet Union (kebanyakkan model KV-1 dan T-34/76) dengan menggunakan tank destroyer model Stug III turretless. Kemudian mencipta nama sekali lagi ketika pertempuran paling sengit di wilayah Ukraine yang dikenali sebagai Peperangan Kursk tahun 1943 dimana pasukan beliau berjaya memusnahkan berpuluh buah kereta kebal Soviet Union. Sekali lagi bertindak berani dengan bersendirian memusnahkan pasukan konvoi logistik dan kereta kebal Soviet Union pada tahun yang sama. Pada tahun 1944, beliau dihantar ke sebelah Perancis di wilayah Normandy untuk mengekang kemaraan pasukan tentera Berikat yang dikepalai oleh Amerika Syarikat. Di Normandy sekali lagi beliau mencipta rekod dengan memusnahkan seluruh pasukan konvoi logistik dan kereta kebal milik tentera British dan Amerika yang mengakibatkan kemaraan tentera Berikat tergendala seketika. Tidak kurang hampir 30 buah kereta kebal dan berbelas trak pengangkut dimusnahkan oleh beliau secara bersendirian dengan menggunakan kereta kebal Tiger 1. Walaubagaimanapun pada tahun yang sama juga, beliau terbunuh ketika dalam satu operasi di wilayah Normandy, Perancis. Kereta kebal Tiger 1 yang beliau naiki telah memasuki perangkap tentera British. Kereta kebal British model Sherman yang telah dinaik taraf kepada tank destroyer iaitu M4 Sherman Firefly telah menembak ke arah kereta kebal Tiger 1 beliau lalu musnah dalam sekelip mata mengorbankan beliau dan anggota krew kereta kebal dia. Ketika operasi itu, beliau bersama dengan kira kira 4-5 buah kereta kebal Tiger 1 yang lain namun kereta kebal beliau dan sebuah lagi yang menjadi sasaran. Yang lain pula bertindak berundur ke tempat yang selamat.

Pergh..letih menaip sejarah orang. Sejarah negara sendiri pun tak tahu banyak mana ye tak? hahaha...

Sambung balik yang tadi. untuk kereta kebal Perang Dunia Kedua. Negara negara yang terlibat ialah Soviet Union / Russia, Amerika, Britain dan Jerman. Manakala bagi kereta kebal moden pula tidak dibahagikan mengikut negara negara. Sebaliknya anda perlu kena kutip credit coins sebanyak yang mungkin untuk mendapatkan item kereta kebal dalam garage akaun anda.

Perang Dunia Kedua:

Amerika:- M2A4 light tank, M3A3 Stuart light tank, M3A3 Lee medium tank, M4A1 Sherman medium tank, M4A3E8 Easy 8 (Sherman tank destroyer US version), M4A4 VC Firefly (Tank destroyer fitted with the British gun), M26 Pershing heavy tank, T26E4 Super Pershing heavy tank. Experimental tank pula ialah T28 Super Heavy a.k.a Turtoise tank.

British:- Tetrach light tank, Valentine 1 medium tank, Crusader III medium tank, Churchill MkIII, Cromwell IV, the Black Prince, dan A34 Comet.

Jerman:- Panzer 1, Panzer 2, Panzer 3, Panzer 4, Tiger 1, Panther 1, Tiger 2 with Porsche turret, dan Tiger 2 with Henshcel turret. Manakala bagi Jerman tank destroyers pula ialah Panzerjager 1, Marder 2, Hetzer, Stug 3, Jadgpanzer 4, Jadgpanther, Ferdinand, dan Jadgtiger. Experimental tanks milik Jerman pula ialah VK 45, E100 Henschel, dan Maus.

Soviet Union / Russia:- BT 2,T-46-1, T-34-76, KV-1, KV-2, T-34-85, IS-1, IS-2. Manakala bagi experimental tank pula ialah KV-5.

Kereta kebal Aces pula ialah  Tiger 2 334 Knipsel, Tiger 1 212 Michael Wittmann, Sherman M4 Easy 8 Furious, dan T-34-76 Lavrinenko.

Perang Dingin / pasca Perang Dingin:-

Blok NATO/US: M48A5 Patton, AMX30B, Chieftain Mk 5, Merkava Mk 2, AMX56 Lecrec, Challenger 2, Leopard 2A6, Merkava Mk IV, dan M1A2 Abrams.

Blok Soviet/Warsaw pact/ Russia:- T55, T62, T64B, T72,T80, T80U,T90,T90MS Tagil, Armata T14.

Memang banyak giler. Jadi nak tengok rupa macam mana dan main macam mana. Apa lagi download dan main lah game ini dalam smartphone anda samada android, iphone atau tablet yang ada software android atau iphone.









Selain itu, ada juga aku tengok video YouTube komen komen oleh mereka yang sudah expert main Armored Aces ni. Jadi sedikit sebanyak aku tahu la apa strategi yang patut digunakan untuk eliminate pihak lawan samada secara solo mahupun team. Tapi nak nasihat kat korang main game bersifat multiplayer online ni kena ada sifat teamwork lah baru menang.






Lain lain pula ialah...



T64B in action.

Yang ni ialah scene T-34-76 musnah kena tembak oleh opponents. Scene ending kena tembak bagi T-34 memang agak tragik la berbanding yang lain. Kerap benor turret meletup peeled off daripada main body.

Ini ialah result setiap kali tamat bermain. Berapa jumlah kredit coin ko dapat dan bilangan kereta kebal opponents yang dimusnahkan.

Sniper mode tetapi berbeza dengan WoT Blitz ia tak boleh zoom in atau zoom out. So agak poor lah bagi mereka yang suka tembak dari jauh.

Selain daripada World of Tanks Blitz dan Armored Aces, terdapat juga pelbagai lagi permainan battle tank online yang popular seperti Tanktastic dan Iron Force.




 Yang atas ni Iron Force dan bawah ni Tanktastics. Kedua duanya korang boleh download menerusi Playstore bagi android dan Apple store bagi Iphone. Basically peraturannya sama saja seperti WoT Blitz dan Armored Aces.






Okay lah setakat ini sahaja perkongsia dalam entry aku kali ini. Insya Allah next time with differents stories. Wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan