Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 19 Ogos 2016

Dental Symposium with United States Navy.

Assalamualaikum. Selamat sejahtera semua.

Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari dan hari yang penuh dengan keberkatan dalam Islam. (Mohon Google dan rujuk kepada para ulama' dan buku buku pasal kebesaran dan peristiwa hari Jumaat menurut perspektif Islam).

Okay lah, untuk entry kali ini aku akan kongsikan tentang satu acara simposium. Simposium ini maksudnya ialah conference, perjumpaan, atau pertemuan yang biasanya bersifat ilmiah dan melibatkan satu tajuk perbincangan yang khusus. Belum pernah lagi aku dengar simposium sesuka hati. Biasanya acara simposium atau konferens ini lebih besar dan mengambil masa lebih satu hari. Ia tidak sama dengan kursus atau apa jua educational programs yang lain.

Jom baca apa yang aku ingin kongsikan....

 Acara ini dinamakan IIUM - USNS Dental Collaboration 2016. Ia diadakan sempena minggu penyelidikan yang berlangsung di UIAM Kampus Kuantan bermula 4 hingga 11 Ogos 2016 lalu. Oh lupa jika ada yang tertanya apakah singkatan IIUM dan USNS.

IIUM bermaksud International Islamic University Malaysia dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Satu satu universiti awam yang hanya menggunakan medium Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengajaran tetapi most commonly ialah Bahasa Inggeris. Semua urusan memang guna Bahasa Inggeris.

Manakala, USNS pula ialah United States Naval Ship 'Mercy'. Ia merupakan sebuah kapal milik United States Navy namun ia bukan lah kapal perang tetapi kapal hospital. Segala peralatan dan fungsi sebuah hospital berada di atas kapal USS Mercy. Anda boleh cari di Google maklumat dan gambar kapal USS Mercy. Ia memang besar bahkan lebih besar daripada kapal kargo yang angkut kontena dan minyak.

Nak puaskan hati korang tengok aje la gambar yang aku paste daripada internet ini.

 

Memang besar kan?? Nak banding kapal kapal TLDM pun besar dia lagi.






Ni informasi ringkas tentang apa yang terdapat di dalam kapal itu. A truly hospital but it is on the ship not on the land.

Okay lah sibuk pasal kapal USS Mercy, some said USNS Mercy...tak kisah lah apa pun...kembali tentang kisah pengalaman menyertai dental symposium yang boleh juga lah dikatakan bertaraf international kerana melibatkan orang luar negara. Sebenarnya, ini ialah pengalaman pertama aku menyertai dental symposium kerana kebiasaan ialah hanya yang bergelar dentist, specialist dentist, dental students, dental nurses, dental laboratory technicians, dental surgery assistants dan dental lecturers sahaja yang terlibat. Aku kan kerja juru X-ray dan title pulak ialah Medical Radiographer. Maka, memang aku dan yang lain agak diketepikan tatkala ada dental symposium ini. Sebab itu sebelum ini aku cuma prefer participate kursus dan perbincangan yang menjurus kepada bidang Radiografi dan Radiology sahaja. Poor me right??

Dental Symposium IIUM-USNS ini berlangsung selama 2 hari iatu pada tarikh 4 dan 5 Ogos 2016 lalu bertempat di dewan Auditorium Kulliyyah of Dentistry IIUM Kuantan Campus. Symposium selama 2 hari itu menyentuh pelbagai topik tentang dunia rawatan pergigian yang biasa dipraktikkan oleh pengamal pergigian dalam warga dentistry US Navy. Oh sebenarnya bukan anggota dan pegawai US Navy sahaja terlibat. Mereka ada juga daripada warga dentistry US Army, US Air Force, Royal Australian Armed Force dan terdapat juga golongan civillians daripada warganegara USA sendiri yang secara sukarela bertugas di atas kapal USNS Mercy.


Selain warga kapal USNS Mercy, para peserta juga terdiri daripada warga pelajar Kulliyyah of Dentistry, Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia, Hospital Tengku Ampuan Afzan bahagian Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia, staff Fakulti Pergigian UKM, Fakulti Pergigian UiTM dan individu individu yang ada kepentingan dalam dunia penjagaan dan rawatan pergigian ini.

Aku cuma dapat menghadiri pada hari pertama symposium ini kerana pada hari kedua aku terlibat dengan mesyuarat proses angkut dan pindah peralatan mesin X-ray di bangunan lama ke bangunan baru. Sedangkan topik yang agak panas (Sila rujuk pada gambar di atas) ialah pada hari kedua symposium itu.

Okay mungkin ada di kalangan para pembaca blog ini tertanya..apahal askar Amerika datang ke Malaysia ni? Okay sebelum korang nak komen ker aper..please jangan salah faham. Aku bukan nak backup atau defend atau apa apa lagi..No...aku cuma nak terangkan tujuan sebenar program ini dibuat.

Sebagaimana pada awal entry tadi, ia diadakan sempena Minggu Penyelidikan atau Research Week yang berlangsung di UIAM Kuantan. Kebetulan pula, pihak USNS Mercy juga sedang mengadakan apa yang dipanggil Humanitarian Tour di sebelah Asia Pasifik. Jadi satu kerjasama daripada aspek akademik dan kemahiran telah diadakan antara kedua belah pihak dan disokong pula oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Maka tiada apa jua agenda tersembunyi yang mungkin bermain di dalam pemikiran anda. Lagipun ia kapal hospital dan bukan kapal perang. Untuk tambahan maklumat, Malaysia merupakan negara yang ke-3 dikunjungi selepas Vietnam dan Filipina. Jadi jangan lah ada apa jua rasa sinis, skeptikal, salah sangka dan salah faham terutama mereka yang taksub dengan teori New World Orders, Iluminati, Anti Christ, Dajjal, dan lain lain.  Bahkan salah seorang staff USNS Mercy Lt. Dr.(Dentist) Joseph Cook berkata "In US Military, there are bad guys and good guys." Pada aku pula apa jua masalah yang berlaku ialah disebabkan ketamakan kuasa politik dan ekonomi baik di USA dan juga di mana mana negara seluruh dunia termasuklah dalam negara kita sendiri.

Sebelum itu, nak kongsikan mereka yang menyampaikan syarahan dalam dental symposium ini. Mereka ialah:-

1) Lieutenant. Dr. Joseph Jarman (US Navy). Bertugas di Fort Pendleton, South Carolina USA.
2) Lieutenant. Dr. Joseph Cook (US Navy). Bertugas di US Naval Medical Center San Diego, California USA.
3) Colonel. Dr. Lisa A. Franklin (US Army). Bertugas di Fort Bragg, North Carolina USA.
4) Captain (R) Dr. Teeky Kenny (US Navy). Menetap di North Carolina dan telah bersara.
5) Kolonel Dr. Wan Azmil Wan Mohammed Annuar (Kor Kesihatan Diraja, ATM).
6) Kolonel Dr. Hartini Idris (Kor Kesihatan Diraja, ATM). Bertugas di Kem Terendak, Melaka.
7) Leftenan Dr. Muhammad Noraazam Farhan Mohd Sajali (Kor Kesihatan Diraja, ATM). Bertugas di Kem Ulu Tiram, Johor.

Jom tengok gambar gambar yang aku sempat rakamkan dan sambil itu boleh lah aku ceritakan serba sedikit pasal gambar gambar itu.

Sesi bergambar dental students, dental staff dan US Navy and US Army personnel.























Antara tajuk tajuk yang disampaikan dan dibincangkan ialah:-

1. Review of current dental ceramics.
2. Tips and tricks for composite.
3. Premalignant lesions.
4. Post, Cores and Endodontically treated teeth.

Dalam 4 topik ini, hanya topik nombor 3 sahaja yang menarik perhatian aku sebab boleh lah dikatakan hampir setiap minggu unit X-ray aku menerima kes kes permohonan dan rujukan hospital dan klinik pergigian luar untuk melaksanakan prosedur Coned Beam Computed Tomography (CBCT). Ada sebahagian kes ini tidak terhad kepada pre operation untuk membuang unerupted tooth dan supernumeraries teeth akan tetapi ada juga kes melibatkan pengesanan awal premalignant atau benign lesion. Ada juga pernah terima kes post operation jaw atau mandible bone dan bila dilihat pada imej 3D CBCT, ada sebahagian struktur tulang rahang terpaksa dibuang kerana untuk mengelakkan merebak sel kanser malignant. Jangan ingat gigi, mulut, lidah dan rahang pun takde kanser..ada jugak tau.

Semua ini pada hari pertama dental symposium. Manakala masuk hari kedua pula ialah perbincangan forum yang bertajuk:
Disaster Management and Forensic Dentistry in MH17 and Operation Reunites; The Role of Forensic Odontology in Denstistry.

Semua orang sedia maklum tentang MH17 tetapi apa pula Operation Reunites?

Operation Reunites ialah satu operasi kerjasama antara tentera Malaysia dan tentera Australia untuk membawa pulang anggota dan pegawai tentera Australia yang pernah bertugas dan terkorban di Vietnam dan dikebumikan di Semenanjung Malaysia dan di Singapura ketika Perang Vietnam berlangsung. Dalam konteks Malaysia, Kem Terendak sebenarnya menjadi tanah perkuburan anggota dan pegawai tentera Australia semasa Konflik Perang Vietnam daripada tahun 1964-1974. Seramai 36 orang anggota dan pegawai tentera Australia dikebumikan di Malaysia dan Singapura.

Apa pula kaitan dengan pergigian? Menurut apa yang aku faham, dalam bidang identifikasi mayat. Salah satu aspek yang akan diperiksa ialah rekod pergigian si mati. Rekod pergigian amat diperlukan terutama bagi kes kes seperti penemuan rangka tulang dan tengkorak yang tidak dikenali. Melalui rekod pergigian, kita dapat mengenal pasti jantina, umur dan saiz si mati. Ini lah yang selalu dibuat dalam forensik dental. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh lah bertanya kepada pakar pergigian yang ada pengalaman dalam bidang Odontology. Ia merupakan bidang yang dikira masih baru di Malaysia berbanding cabang cabang kemahiran dan kepakaran pergigian lain seperti orthodontic, prosthodontic, conservative, oral maxillofacial surgery, endodontic, periodontic, dan dental public health serta dental radiology.

Dalam dental radiology pun ada cabarannya tersendiri. Tidak terhad kepada melakukan pemeriksaan X-ray gigi secara Intraoral, Extraoral dan Coned Beam Computed Tomography sahaja. Ada teknik teknik pemeriksaan yang kena tahu dan mesti dibuat apabila diminta oleh pihak dentist dan specialist. Cara jagaan pesakit, dos radiasi X-ray yang sesuai untuk pesakit, perlindungan radiasi, kawalan cegah jangkitan silang dan pelbagai lagi kena tahu dan diaplikasikan dalam kerja seharian.

Selain daripada symposium, turut diadakan ialah lawatan balas kedua dua belah pihak iaitu lawatan pihak USNS ke Kulliyyah of Dentistry dan lawatan ke USNS Mercy hospital ship. USNS Mercy berlabuh di pinggir laut dekat dengan Pelabuhan Kuantan selama lebih kurang 2-3 minggu. Manakala diikutkan waktu pelayaran USNS Mercy di rantau Asia Tenggara sudah menjangkau hampir 2-3 bulan. Untuk lawatan ini aku tidak dapat sertai kerana tidak sempat menyerahkan nama kepada pihak atasan untuk melawat ke kapal itu. Yang pasti hanya bahagian tertentu sahaja pelawat dibenarkan melawat dan nak melawat ada waktu yang telah ditetapkan oleh pihak tertinggi USNS Mercy.

Okay lah setakat ini sahaja coretan aku kali ini. Jumpa lagi di lain entry. Sekian, Terima kasih.

Tiada ulasan: