Isnin, 8 Ogos 2016

Jalan jalan sambil raya. (Part 1)




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ermm, sepatutnya tajuk entry ini ialah Terlepas pulak...bahagian 3 tetapi dek kerana aku sendiri pun dah bosan nak buat sambungan ala ala sinetron. Maka aku tukar tajuk ajer lah. Bukan setakat tukar tajuk aje, aku skip part sambutan hari pertama dan minggu pertama syawal. Sebaliknya aku cuma nak kongsi dan paparkan aktiviti ziarah raya yang dibuat pada minggu akhir bulan Syawal. Something which is rare I did in the past entries before. Okay lah, jom lah dengar cerita dan tengok gambar serta video.





Sebelum masuk cerita, kepada yang suka main mercun tengok lah aktiviti main mercun roket. Orang kata bazir main mercun tapi pada aku lah untuk sekali dalam setahun apa salahnya..just for fun. Pastikan main di tempat selamat dan bebas dari kawasan kediaman orang lain dan kawasan mudah terbakar.




 Pada tarikh 24 Julai 2016, sekitar jam 9 pagi aku diambil oleh kedua ibu bapa ku untuk temani mereka pergi ke Port Dickson dan seterusnya ke Muar. Kami bercuti selama satu minggu untuk beraya di sini. Bukan sekadar menziarahi sanak saudara tetapi juga ambil kesempatan untuk mengedarkan kad jemputan majlis pernikahan adik bongsu aku yang bakal berlangsung pada 15 September 2016 ini. Oh lupa nak beritahu, parents ambil aku di UIAM Kampus Kuantan. Bukan apa, parking kereta dalam sini terjamin keselamatan sebab ada pasukan Polis Bantuan yang bekerja 24 jam secara shift. Kalau parking di kawasan rumah sewa, bukan tak terjamin tapi takut jiran jiran ada urusan luar dan terlepas pandang ada aje isu nanti hehehe..

Gambar tu dalam kereta. Baru aje lepas sarapan di sebuah gerai makan dekat dengan Simpang Permatang Badak di jalan Bypass Kuantan. Senang aje nak cari kedai tu, jika korang datang dari arah Pelabuhan Kuantan atau Gebeng menghala ke arah Gambang menggunakan Bypass Kuantan. Sampai aje di traffic light Permatang Badak, korang terus lagi tapi pandu slow lah sebab kedai dia sebelah kiri selepas kedai pokok bunga. Harga makanan pada aku agak berpatutan la.

Perjalanan ke Port Dickson dari Kuantan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Alhamdulillah kenderaan berat agak kurang pada hari Ahad jadi ia juga salah satu sebab perjalanan menjadi agak lancar. Aku mula ambil alih memandu kereta setelah tiba di satu kawasan dekat dengan Felda Keratong. Lagipun abah aku nak rehat dan jadi co-driver juga. Kemudian aku lah yang memandu dari situ hingga lah sampai di Port Dickson. Kenapa ke Port Dickson? Sebab nak ambil adik aku la. Dia dah sarat mengandung dan nak bersalin di kampung di Terengganu. Lagipun parents in law dia bekerja dan suami dia juga kerap out station. Jadi tanggungjawab parents aku lah untuk menjaga dan memantau hingga saat kelahiran nanti. Dijangka bakal melahirkan bayi dia paling awal akhir September 2016 ini. Insya Allah harap ia berjalan lancar. Adik aku tu sebelum ni dah alami keguguran, jadi dia harap tak berulang perkara yang sama.


Kami sampai di Port Dickson dekat jam 2 petang. Rumah parents in law adik aku ini memang dalam kawasan laluan pendaratan pesawat ke KLIA dan KLIA 2. Ini salah satu pesawat yang aku sempat capture. Nampak bentuk dan warna memang sah ia milik Air Asia. Cuma tak tahu dari arah mana tetapi yang pasti bermula aku sampai jam 2 petang hingga lah kami nak bertolak ke Muar pada jam 5 petang lebih, tak lebih kurang daripada 20 buah pesawat lalu. Pergh, di rumah aku yang dekat airport pun paling banyak dalam satu hari 9 flight itu pun take off dan landing je.




Kami memulakan perjalanan ke Muar agak lewat. Jangkaan aku ialah sekitar jam 5 petang tapi faham aje lah orang perempuan kena pulak yang sedang sarat campur pulak dengan karenah nephew aku ermm memang harem..set jam 5 petang alih alih jam 6 petang baru nak gerak. Semasa dalam perjalanan, cuaca agak mendung di sekitar daerah Port Dickson. Namun apabila memasuki kawasan Cheng di Melaka hingga lah ke Ayer Keroh hujan turun renyai renyai dan kadang kala agak lebat. Gambar pelangi di atas itu diambil oleh adik aku yang duduk sebelah bertindak sebagai verifier penunjuk jalan ketika memasuki kawasan Ayer Keroh. Kami sampai di Muar pada jam 9 malam dan kami tak guna highway PLUS untuk jimatkan kos perjalanan kami kerana pada hujung minggu nanti pula kami kena pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis walimah anak sepupu mama aku. Faham faham ajer lah sebut aje KL, apa yang aku bayangkan duit banyak melayang kat jalan.




Dah jadi kebiasaan, asalkan sampai kat Muar mesti kena cari Mee Bandung Muar. Itu lah family aku cuma kali ini aku tak jamah Mee Bandung Muar yang dijual di kedai kedai kerana instict aku kuat mengatakan mesti ada hidangan Mee Bandung Muar. Nak tahu instinct aku betul atau tak, tengok aje lah sambungan entry nanti. Okay lah...errr sebut pasal kedai makan ni, lokasi kedai makan ini terletak di Parit Pechah dan namanya ialah Restoran Anis..kalau tak silap lah. Menu malam itu aku order Nasi Goreng Kampung dan Oblong Ayam serta air barli panas. Manakala parents dan adik aku pula santap Mee Bandung Muar dan perghhh....pedas giler bai, tak pernah aku rasa Mee Bandung Muar sepedas ni. Kuah pun agak sedikit cair berbanding yang aku makan sebelum ni yang mana agak pekat. Nephew aku pulak duk asyik merayau sekitar restoran je, minum cuma nak mintak air Milo sejuk dan burger telur itu pun tak habis. Jadi atok, nenek dan mak bapak saudara dia yang terpaksa habiskan. Nephew aku ini ikutkan kena datang sekali dengan mak bapak dan adik dia tetapi si adik pulak tak sihat sampai masuk hospital. Jadi si abang lah yang ikut kami datang ke Muar ni. Selesai makan malam kami pun balik lah ke rumah kampung mama yang tak jauh dari situ. Nasi Goreng Kampung tu aku bungkus dan makan setelah sampai di rumah cuma aku musykil status Nasi Goreng Kampung sebab tiada elemen kangkung di situ tapi banyak seafood.





Bangun pagi keesokannya seawal jam 6 pagi, seperti biasa tunaikan solat fardhu Subuh dan diikuti bacaan al Mathurat. Rasa seronok tau sebab masih dapat menikmati suasana kampun ni. Tatkala tempat lain sudah dikelilingi bahkan ditakluk dengan hutan konkrit tapi di sini masih ada saki baki elemen kehijauan, kicauan burung burung, itik, angsa, ayam dan sesekali ada juga kucing kucing milik makcik aku yang berkeliaran sana sini bermain sesama mereka. Subhanallah..Maha Suci Allah, Tuhan yang mentadbir sekelian makhluk dan alam. Sambil itu, aku juga turut terkenang saat mana rumah kampung mama aku ini pernah dihiasi dengan nasihat dan gurauan arwah atok, nenek, sepupu dan bapa saudara aku. Tak sangka, sudah ramai yang pergi bertemu Ilahi. Sama sama lah sedekahkan surah Al fatihah kepada mereka semua. Aku juga sempat berjalan jalan di depan dan sepanjang jalan kampung ini sebagai salah satu cara senaman pagi. Banyak manfaat bersenam waktu pagi berbanding waktu petang. Kedua dua waktu baik tapi terbaik ialah pagi kerana badan kita rasa lebih cergas dan segar. Makan pun ada selera. Sebut pasal kampung, di sini masih lagi ada beberapa buah rumah yang masih ada pokok pokok durian dan salah satu ialah rumah kampung mama aku. Alhamdulillah masih lagi ada durian yang sedang berbuah dan masih menunggu masa untuk gugur sebagai tanda ia masak ranum. Harap harap tiada lah sang tupai yang datang menebuk buah durian ni. Monyet pula jarang masuk ke kampung ni.







Aktiviti raya pada hari Isnin 25 Julai 2016 agak lewat iaitu bermula pada jam 6 petang dengan menziarahi rumah nenek. Eh kata arwah nenek?? Ya betul, itu nenek nombor 1 dan yang ini ialah nenek nombor 2 sebab arwah atok aku bernikah 2 semasa zaman muda dia. Jadi masih lagi dapat rasa kasih sayang nenek. Bahkan nenek ini lah yang kerap jaga arwah atok setelah ketiadaan nenek nyaie. Yang ini aku panggil dia nyaie Nam. Macam biasa berborak punya borak tapi tak lama pun sebab malam nanti nak pergi ke Batu Pahat pula. Pada jam 9 malam, kami gerak ke Batu Pahat berkonvoi dengan satu lagi kereta kawan sekampung mama aku. Di Batu Pahat tu, rumah kawan mama aku juga yang telah menetap di sana bersama suami tapi anak anak mereka tidak menetap bersama sebab mereka sudah beli atau sewa rumah juga di kawasan daerah Batu Pahat. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 1 jam kerana berlaku sedikit kekeliruan semasa mencari jalan ke kawasan perumahan. Sesudah sampai, kami dijemput masuk dan macam biasa lah ada sedikit adegan Jejak Kasih macam kat TV3 dulu hahaha...Selepas itu, kami dijemput untuk menikmati juadah yang dihidangkan dan pada aku salah satu hidangan yang disajikan agak istimewa iaitu Lontong Goreng. Selain itu, kami juga turut dihidangkan dengan Tauhu Sumbat dan Makaroni Goreng serta aneka macam kek dan kuih raya. Memang betul lah orang Johor ni, kalau raya mesti wajib sebulan hahaha...
Kawan kawan mama aku ni bukan setakat sekampung tapi satu sekolah rendah sampai lah menengah. Hanya selepas tamat STPM masing masing bawa haluan sama ada bekerja dan berumah tangga serta tak kurang juga sambung belajar. Aku pulak jadi bahan kawan kawan mama aku bila ditanya sudah berkahwin atau belum. Memang aku jawab belum la. Apa lagi masing masing mula la nak promo kenal sipolan gadis itu dan ini. Aku sekadar angguk dan iye kan aje, dalam hati cepat cepat lah balik sebab dah nak larut malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan