Selasa, 9 Ogos 2016

Jalan jalan sambil raya (Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kembali menyambung bahagian kedua untuk entry ini. Well, the last part of previous entry ialah beraya di rumah kawan mama aku di Batu Pahat. Yes it is very interesting experience to me in term of trying some new food like Makaroni Goreng dan Lontong Goreng which rarely for us to eat and make during the festive season..alahai speaking omputih pulak...cakap ajer la melayu kan senang. Anyway living in a rojak society, you have to speak rojakly lah. Betul tak?

Jom masuk ke cerita bahagian kedua pula..
Bangun hari kedua di Kampung Parit Penyengat Darat di Muar, Johor ini..kali ini agak lewat sedikit tapi tidak lah sampai melepasi waktu syuruk. Cuma kali ini selepas bersolat dan baca al Mathurat, aku kembali baring dan tertidur seketika. Bangun sekitar jam 8.30 pagi itu pun sebab mama aku menyahut dari dapur suruh aku kejutkan abah aku yang juga sedang tidur utnuk bersarapan. Sedang yang lain pergi ke dapur menjamah sarapan, aku pula pergi ke beranda rumah.





Tak sangka ada juga 2 ekor jalan terkedek kedek ni. Kedua dua ekor itik ini milik makcik aku yang menetap di rumah ini. Actually, ada seekor angsa tapi masa aku ambil gambar dia sedang asyik menyudu kat kawasan lopak air lain. Semasa aku tidur tu, hujan tetiba turun dengan lebat. Itu lah sebab kenapa aku syok tertidur pagi. Rahmat dan rezeki bagi itik dan angsa ni sebab bila ada lopak air yang banyak maka suka lah dia berenang dan mencari makan walaupun makcik aku dah beri makan. It is just their instinct and natural. You cannot change it.

Awan masih lagi mendung tatkala aku telah bangun.

Selepas itu, aku bergerak ke dapur dan wow...alhamdulillah...




Aku tak pasti apa nama kuih atau rupa roti itu tapi yang pasti ia sedap dimakan jika dicicah dengan kuah kacang. Mama aku kata itu lah makanan orang Jawa. Nak kata rupa macam cakoi pun bukan, kuih bom pun bukan..entah lah itu tak penting yang pasti ia sedap dan 3/4 jumlah kuih yang ada di pinggan tu aku habiskan. Manakala kuih bakar dan karipap aku kurang sikit makan.

Sekitar jam 11.30 pagi, kami mulakan aktiviti beraya kami. Lokasi pertama kami pergi ialah rumah ibu saudara kepada mama aku yang terletak di Jalan Ayer Hitam, Muar. Ikutkan nak share gambar tetapi nak hormat aurat si ibu saudara mama aku yang terlupa nak pakai tudung jadi aku batalkan aje lah.

Kecuali yang ini. Rumah ibu saudara mama aku ni belakangnya memang penuh dengan pelbagai jenis pokok buah buahan. Pokok durian sahaja ada 4 batang tinggi melangit lebih kurang bangunan 6-7 tingkat. Suasana di sini betul betul aman dan tenang.

 Okay lah, seterusnya kami terus beraya di rumah ibu saudara aku yang merupakan adik kepada mama aku yang terletak di Kampung Parit Nawi, Muar. Memandangkan kami beraya dekat hujung bulan Syawal jadi feeling tu kurang lah sikit namun masih meriah dengan senda gurau ibu bapa saudara dan family kami. Kami juga turut dijamu hidangan tengahari memandangkan kami sampai di sini waktu tengahari. Alhamdulillah rezeki Allah...

Nasi putih, sup ayam kampung, kerabu sayur, salad dan ikan goreng..perghh.. memang santap sampai 3 kali tambah.

Selesai beraya di sini, singgah pula rumah sebelah yang juga saudara mama aku tapi kat situ kami takde lah nak santap sangat. Sekadar berbual dan berkongsi cerita serta juga tak lupa beri kad jemputan majlis walimah adik aku bulan September nanti. Selepas itu kami bergerak ke Sungai Rambai di Melaka yang mana juga merupakan rumah saudara mama aku. Sorry la geng, mama aku punya saudara mara ni memang banyak. Tak termasuk yang menetap di Boston, Texas di USA. Kami sampai di Sungai Rambai sekitar jam 6 petang. Perjalanan dari Parit Nawi ke Sungai Rambai hanya sekitar 30 minit sahaja menggunakan Bypass Jambatan baru Muar yang mana tak perlu masuk ke bandar Maharani.

Sebelah kiri kereta abah aku dan kanan pula adik aku nombor 1 dengan family dia.

Hahaha..kan aku dah cakap. Aku tak perlu risau rasa kempunan nak makan mee bandung Muar. Nah tetiba dihidangkan mee bandung Muar. Sedap jugak lah sebab mee dia sedikit tebal dan kuah pula pekat. Selain mee bandung, kami juga disajikan dengan jejemput bilis serta saki baki kuih dan biskut raya. Aisshhh..sedang menaip ni tetiba pulak meleleh air liur aku bila sebut dan taip perkataan mee bandung Muar.

Saudara mama aku yang duduk di Sungai Rambai ni asalnya bekerja sebagai cikgu sebelum dinaikkan pangkat dan bertukar kerja di Pejabat Pendidikan Daerah Melaka. Banyak tempat dia bekerja sebelum ini. Cuma aku tak dapat nak fokus apa yang mereka sedang sembang sebab gara gara nephew aku yang merajuk.

Selesai beraya di Sungai Rambai, kami bergerak pula ke destinasi akhir rumah untuk kami beraya iaitu rumah family arwah bapa saudara aku yang merupakan adik kepada mama aku. Aku ada taip entry pasal arwah meninggal tahun 2014 dulu. Anyway yang dah pergi tidak akan kembali dan sama sama lah sedekahkan surah Al fatihah kepada beliau. Moga roh beliau ditempatkan dalam kalangan para roh orang yang soleh. Kami sampai di sini tepat waktu Maghrib di daerah Muar ni. Mujur lah juga rumah arwah bapa saudara aku ni di belakang surau. Oh lupa nak beritahu lokasi ialah di Kampung Parit Nipah dekat dengan Parit Jawa..kawasan dalam Muar ni memang banyak parit sebab zaman dulu kala parit digunakan sebagai sempadan kampung dan terusan untuk mengairi tanaman serta mengelakkan banjir besar. Bijakkan orang zaman dulu, tak payah masuk universiti pun serba serbi tahu nak buat tetapi bukan lah bermakna kita di zaman moden ini kena ikut cara orang lama. Kita kena lah ikut peredaran masa dan zaman kita cuma kena pandai menilai. Ambil yang positif dan buang negatif.


Again..mee bandung lagi. Ya Allah, syukur syukur..nikmat rezeki makan mee bandung Muar. Kena pulak kalau isteri arwah bapa saudara aku buat ni memang sedap giler. Boleh aku katakan sesi raya hari ini ialah sesi raya mee bandung Muar. Hahaha..Selain mee bandung Muar turut disajikan ialah temosa sardin dan otak otak ikan. Memang tip top best punya. Isteri arwah bapa saudara aku ini dulu merupakan seorang pekerja kilang elektronik di daerah Muar. Dia memang ada bakat memasak kerana ibu bapa beliau merupakan tukang masak dan kini dia membuat tempahan memasak untuk pelbagai macam jenis majlis. Selain kehilangan si suami tercinta akibat penyakit Hepatitis B, sebelum ini dia juga telah kehilangan 2 orang anak perempuan beliau semasa anak anak dia masih kecil lagi. Ujian untuk dia dan alhamdulillah dia memang tabah dan sabar hadapi ujian itu. Kalau aku wallahua'lam..setiap ujian kita ni berbeza namun yang pasti sebagaimana dalam surah al Baqarah ayat ke 286.


Namun begitu dalam setiap kesukaran dan kesusahan mesti akan ada kesenangan sebagaimana yang telah dinyatakan dalam surah Al Insyirah terutama dalam ayat 5-6.


Sesungguhnya janji Allah itu pasti tetap benar. 

Okay lah, sambung entry part lain pula. Yang pasti bab raya mesti la seronok kan. Bye. Wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan