Ahad, 14 Ogos 2016

Jalan jalan sambil raya (pat 3)

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, All praise upon Allah the Almighty. Dapat juga kembali menyambung entry blog part ke-3. Well guys, it is still about raya raya tapi raya di hujung bulan raya. Sesuatu kelainan yang aku sahaja buat dalam entry ini. Usually aku cuma buat entry minggu pertama raya. Okay lah sembang lebih pulak jom baca entry aku seterusnya...

Untuk hari ini kami sekeluarga beraya agak jauh sedikit. Kali ini kami beraya ke rumah Pak Long mama yang terletak di Bandar Tenggara di daerah Kota Tinggi.


Perjalanan dari Muar ke Bandar Tenggara di Kota Tinggi mengambil masa lebih 4 jam. Kami ke sana menaiki kereta secara berkonvoi pada mulanya tetapi lastly family aku aje yang sampai dulu. Perjalanan menggunakan jalan Muar - Parit Sulong - Ayer Hitam (Kluang). Kemudian memasuki bandar Kluang dan menuju ke Bandar Tenggara. Perjalanan agak sibuk sedikit ketika berada di bandar Kluang sahaja. Mula mula sampai tu agak sesat jugak la sebab aku yang memandu dan kali terakhir pergi ke Bandar Tenggara pun kira kira 5-6 tahun lalu. Kami sampai di rumah Pak Long jam 1 tengahari. Setengah jam kemudian kereta adik aku pula satu family sampai.



Sebenarnya kawasan ini terletak dalam Bandar Tenggara. Nama kawasan perumahan ini ialah Taman Sayong Pinang. Pak Long aku ni abang sulung dalam family sebelah mama aku. Dia dan family sudah menetap sini sejak tahun 80 an..exactly aku dah tak ingat tapi yang aku masih ingat aku pernah datang ke sini tahun 1993 dan masa itu pun sudah beberapa tahun mereka menetap di situ. Rumah yang korang tengok ni dulu kecil aje tapi ye lah setelah anak anak pun tamat belajar dan bekerja serta si Pak Long aku ni pun kerja dapat juga kenaikan gaji dan pangkat maka diperbesarkan lah rumah ini. Usaha dan kesabaran tangga kejayaan.






Ketika adik aku sefamily sampai, entah kenapa 2 orang anak dia meragam semacam. Si abang (gambar atas) bila ditegur sedikit terus merajuk. Si adik (gambar bawah) menangis sekuat hati rasanya mungkin nak tidur tapi tak cukup tidur. Adeh pening la karenah 2 orang budak kecik ni.





Sambil mak bapak kedua budak kecik tu memujuk anak anak diorang, mak long jemput kami sekeluarga menjamu selera tengah hari. Subhanallah, nampak simple dan takde la istimewa namun pada aku ia tetap istimewa. Lauk pauk yang Mak Long buat ialah Sayur timun air, ayam goreng, ulam ulaman, ikan goreng, sambal belacan dan nasi putih. Selain itu, ada juga la kuih muih raya yang masih berbaki dan kerepek tapi aku kurang la nak makan kuih muih raya dan kerepek sebab dah tengahari kan...perut orang Melayu mesti nak santap nasi berlauk hehe...




Selepas makan tengahari, aku menunaikan solat fardhu namun sebab jarak perjalanan melebihi 100km dan atas tujuan ziarah hal yang baik maka aku buat solat fardhu jamak qasar Zohor dan Asar. Dengan suhu agak panas dan kebetulan angin pula sepoi sepoi bertiup tak campur lagi angin kipas dinding dan aircond...eh sorry takde aircond sebenarnya hehehe...perghhh sesedap pulak melentok kat sofa di ruang tamu. Sedap punya tidur, sedar tak sedar jam sudah pun menghampiri 5.30 petang. Parents aku pula nak ziarah rumah anak saudara abah yang juga sepupu aku di kampung Parit Bali dekat dengan area Parit Yusof di Muar. Ingatkan terus aje nak bertolak tapi jadi delayed pulak sebab menunggu family adik aku yang mandikan anak anak dia. Sebelum bertolak, macam biasa ambil gambar dulu.




Haha gambar aku macam taikun kumpulan gengster, lupa nak betulkan baju sebelum bergambar. Then kami bertolak kira kira jam 6 petang. Ingatkan terus nak ke rumah sepupu aku tu tapi sebaliknya mama cakap nak singgah di pekan Ayer Hitam di Kluang sebab nak shopping barang barang pengantin untuk majlis walimah adik bongsu aku bulan September ini.





Kat sini ada la habiskan dekat 1 jam. Then sambung kembali perjalanan ke rumah sepupu aku. Sampai di sana kira kira jam 9 malam. Again disambut oleh sepupu aku dan family dia. Actually, dia ni anak kepada Ayah Long sebelah abah aku. Hasil perkahwinan isteri pertama, sepupu aku ni tak silap anak yang ke-4 umur dia 2-3 tahun lebih tua daripada aku. Jenis suka merantau. Merata tempat dia belajar dan bekerja. Kini menetap di Muar, Johor. Sebelum ini di Shah Alam dan Sabah.



Wah dihidangkan satay daging dan ayam serta ulaman dan nasi himpit. Bukan buat sendiri tapi beli sebab masa kami datang mereka baru aje beberapa jam balik dari tempat kerja. Aku faham, kalau aku pun beli aje untuk tetamu sebab takde masa nak masak bagai dengan kepenatan kerja. Mujur juga aku tak makan sangat sekadar merasa secocok dua sahaja. Parents aku lebih banyak bersembang dengan dia berbanding aku. Penat weh sebab aku yang drive sepanjang hari ni. Jam 10 malam lebih kami pun pulang ke rumah kampung mama aku.

p/s: Aku taip entry ni pun entah kenapa rasa letih bila recall balik event ini. Hehehe...

Okay lah kita sambung next entry pula..yang ni lagi banyak tapi tak pergi jauh pun. Just around the vicinity Muar aje sebelum bergerak ke KL dan balik ke Kuantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan